Anda di halaman 1dari 16

ISI KANDUNGAN

1. Pengenalan 2. Rancangan Mengajar Harian 3. Refleksi 4. Bibliografi 5. Lampiran

Pengenalan. Rancangan mengajar harian mata pelajaran Bahasa Malaysia ini banyak menggunakan pekbagai teknik dan strategi sebagai pengukuhan dan menambah nilai dalam diri seorang pelajar. Rancangan harian ini juga banyak membantu guru mengatasi kelemahan dan proses pembelajaran dapat berjalan dengan lancer. Namun begitu, jika murid tahap pengetahuan sedia ada rendah , maka proses pembelajaran memerlukan masa untuk menerangkan kepada murid. Oleh itu, seseorang guru perlu mengetahui tahap pendidikan ibu bapa dan penjaga kerana tahap pendidikan ibu bapa banyak memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran oleh guru supaya berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran bernilai tambah seperti menghubung-kait dan menyelesaikan masalah adalah sangat penting kerana pendedahan awal ini untuk memberi persediaan kepada murid dalam menghadapi masalah pada masa akan datang dan mengkaitkan dengan perkara lain dalam kehidupan mereka. Strategi yang digunakan juga bersesuaian dengan kehendak isi pelajaran yang dipelajari. Contohnya, kemahiran berfikir ,kecergasan pelbagai, kemahiran belajar cara belajar dan kemahiran kontekstual adalah bersesuai dengan aktiviti yang dijalankan semasa proses pembelajaran. Aktiviti mendengar lagu dan menyanyikan semula lagu sesuai dengan murid berkemahiran verbal linguistik dan melakukan aktiviti perbincangan merupakan kemahiran kinestetik. Murid-murid yang berminat dengan lagu akan mudah menghafal lirik lagu dan seterusnya dapat mengingati rentak lagu dengan cepat berbanding murid yang tidak berminat dengan lagu. Kecergasan ini dipanggil kecergasan visual dan ruang. Terdapat satu sahaja kelemahan dalam rancangan mengajar harian ini iaitu, masa yang diperuntukkan mungkin akan melebihi masa yang sepatutnya sebagaimana

terdapat dalam rancangan mengajar harian ini. Jika murid yang diajar pula adalah aktif maka masa yang singkat sahaja dalam dihabiskan aktiviti dalam proses pembelajaran dan pengajaran ini. Namun , aktiviti yang telah dirancang boleh ditambah dan dikurangkan mengikut kesesuaian tahap pencapaian murid serta tahap kawalan murid. Guru boleh mengulang aktiviti yang kurang dikuasai oleh murid pada masa pengajaran akan datang.

REFLEK SI

Syukur Alhamdulillah ke hadratNya saya dapat menyiapkan tugasan yang serba mencabar ini. Walaupun sangat mencabar kerana sudah lama tidak menyediakan rancanngan mengajar harian mat bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia. Terima kasih yang teramat kepada pensyarah bimbingan saya iaitu Encik Aminnuddin kerana banyak memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada saya walaupun secara tidak lansung Saya juga berterima kasih kepada rakan rakan dan teman teman seperjuangan di sekolah kerana sedikit sebanyak memberi pendedahan yang tidak ternilai terutama kepada guru guru bukan opsyen Bahasa Malaysia seperti saya. Kekangan saya semasa menyiapkan tugasan ini hanyalah masalah keluarga dan kesihatan saya merosot sejak akhir-akhir ini. Kesibukan saya dengan tugasan di sekolah adalah masalah setiap pelajar pendidikan jarak jauh seperti saya. Namun berkat kesabaran dan ketekunan saya mencuri curi masa , akhirnya saya dapat melengkapkan tugasan ini sebaik mungkin. Rakan-rakan saya banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Rakanrakan di sekolah turut sama memberi idea dan cuba sama-sama mencari jalan penyelesaian dalam menyiapkan tugasan ini. Begitulah adat seorang pelajar PPG tidak sama dengan pelajar PJJ pada zaman dulu. Walaupun maklumat dihujung jari tetapi tidak sama dengan pengalaman menyediakan sendiri rancangan mengajar seperti ini. Saya dapat merasai bagaimana sakit kepala untuk menyedia dan merancang aktiviti yang terkini walaupun banyak kekurangan isi namun saya harap Encik Abdul Ramit dapat menerima dengan seadanya. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada pensyarah bimbingan iaitu Encik Aminuddin yang banyak membantu dan menjelaskan apa yang menjadi kemusykilan saya ketika di dalam kelas. Sekian , terima kasih.

SITI AISHAH BINTI SHAHIDAN 750309-06-5076

Rancangan Pengajaran Harian Mata Pelajaran Tahun Bilangan Murid Masa Tarikh Tema Tajuk : : : Bahasa Malaysia 3 Cerdik 25 orang

: 9.15 hingga 10.15 pagi. : 7 Mac 2013 : Panduan Keselamatan : Panduan keselamatan untuk murid.

Standard Kandungan : 3.4 : Menulis imlak dengan tepat

Standard Pembelajaran : 3.4.1 : Menulis imlak perkataan berimbuhan dengan tepat.

Objektif

: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid berupaya : 1. Menulis imlak secara tepat berdasarkan bacaan guru dengan ejaan dan tanda bacaan yang betul 2. Menulis karangan pendek dengan menggunakan bahasa yang betul 3. Mengenalpasti isi penting yang terdapat dalam lirik lagu yang diperdengarkan.

Sistem Bahasa

: Kosa kata : Undang-undang, jenayah dan keamanan.

Pengisian Kurikulum/ Elemen Merentasi Kurikulum : 1. Ilmu 2. Nilai Murni 3. Kreativiti Strategi : : Penyoalan, menghubungkait dengan pengalaman : : : Pendidikan Sivik dan kewarganegaraan Bekerjasama dan disiplin Imaginasi dan visualisasi

1. Kemahiran berfikir sedia ada. 2. Kecerdasan pelbagai

: Verbal linguistik, interpersonal dan kinestetik. : Mengumpul maklumat dan memproses

3. Kemahiran belajar cara belajar

maklumat mengenai kes jenayah di tempat awam. 4. Pembelajaran kontekstual : Menghubungkait dengan keselamatan di tempat awam. Bahan Bantu Belajar Lirik lagu Kertas mahjung Buku latihan Pen marker : Murid pernah melihat kenderaan kecemasan dan :

Pengetahuan Sedia Ada

mengetahui nombor telefon kecemasan.

Langkah / Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Guru memaparkan gambar Set Induksi (5 minit) kenderaan kecemasan 1. Kereta polis 2. Kereta bomba 3. Kereta ambulan

1.Murid dipamerkan kecemasan 2.Murid ditanya mengenai nama kenderaan yang dilihatnya. 3.Tiga orang murid diminta memadankan kenderaan dengan gambar pekerjaan 4.Murid ditanya fungsi nombor yang dipamerkan 5.Guru mengaitkan aktiviti dengan tajuk pelajaran

BBM kenderaan kecemasan -Kad nombor kecemasan -Gambar pekerjaan

dengan gambar kenderaan -Gambar

Nilai Murni . Rasional . Berani

TKP: -Verbal linguistik -kinestetik -ruang KBT: Menghubungkait

Cadangan soalan : 1.Pernahkah kamu melihat kenderaan seperti ini? 2.Di manakah kamu pernah melihat kenderaan ini ? 3.Apakah nombor telefon kecemasan bagi

KB: Mengelas

kenderaan ini ?

Nyanyian lagu. Langkah 2 ( 15 minit ) ( Berdasarkan kad lirik lagu )

1.Guru mengagihkan lirik lagu kepada murid. 2.Lirik lagu adalah berkaitan dengan panduan keselamatan murid (JKJR) 3. Guru menyanyi dahulu diikuti dengan murid. 4.Murid menyebut isi

BBM: -lirik lagu -Komputer riba -Pembesar suara

Nilai Murni: _Berani KBT: Menghubungkait Kaedah : Linguistik BBM:

Kosa kata : - Undang-undang -Jenayah -keamanan

penting yang terdapat di dalam lirik lagu yang telah dinyanyikan. 5.Murid diminta mencatatkan isi isi penting di dalam buku latihan.

1.Guru membacakan Aktiviti imlak petikan Langkah 2 (15 minit) Jiran Saya petikan pendek mengenai panduan keselamatan.

Petikan Jiran Saya

2.Murid diminta mengimlak Nilai murni : bacaan guru dalam buku latihan. 3.Setelah siap, murid diminta menukar buku latihan dengan rakan dan guru bersama murid menyemak dengan cara guru mempamerkan cerita KBT: Menyelesai masalah TKP Interpersonal Berdisiplin

sebenar pada kertas mahjung dan ditampal di hadapan kelas. 4. Murid diminta menyemak ejaan dan tanda bacaan.

Karangan pendek tugas Langkah 3 ( 10 minit) seorang polis, bomba dan doktor.

1.Guru menulis arahan pada papan putih. 2.Murid diminta menulis karangan pendek berdasarkan arahan guru. 3. Murid diberi masa tujuh minit untuk menulis karangan pendek tersebut 4. Karangan pendek tersebut dimulakan dengan ayat Jika saya seorang polis, saya akan.. 5.Beberapa orang murid dipilih untuk membacakan karangan tersebut. 6. Guru menyemak bacaan dan ejaan muridmurid.

BBM: Kertas mahjung Pen marker Nilai murni: Bekerjasama Kaedah: Sumbangsaran KB: Menyelesaikan masalah

Rumusan Kognitif -Rumusan isi pelajaran

1.Murid disoal mengenai isi pelajaran pada hari ini.

Nilai murni : Berdisiplin

Penutup (5minit)

Rumusan social -Nilai murni Soalan cadangan: 1.Apa yang kamu pelajari pada hari ini ?

2.Murid disoal mengenai cara menjaga panduan keselamatan murid 3.Murid diterapkan dengan nilai-nilai murni oleh guru. 4.Guru membuat rumusan isi pelajaran. KBT: Kemahiran merumus.

LIRIK LAGU Negara kita ada undang-undang Perbuatan jenayah adalah dilarang Rakyat selamat perkara utama Untuk keamanan negara Malaysia 999 nombor kecemasan Daillah sahaja pihak polis tiba Pencuri diberkas penjahat ditahan Pihak polis hebat cekap dan berjasa Jangan salah guna nombor kecemasan Salah guna nombor kena masuk lokap Jaga keselamatan tanggungjawab semua

Jiran Saya

Pada suatu malam, saya dan adik sedang menonton tayangan larut malam. Ketika saya dan adik sedang seronok menonton, tiba-tiba terdengar suara jeritan meminta tolong dari rumah kejiranan kami. Saya mengajak adik keluar untuk melihat-lihat apa yang berlaku di rumah jiran . Adik saya menunjukkan kepada saya seseorang telah masuk ke rumah jiran kami. Saya dan adik cepat-cepat masuk ke dalam rumah dan menelefon nombor kecemasan.Polis dapat menangkap pencuri di rumah jiran saya. Saya berbangga dapat menolong jiran saya.

Arahan : Jika saya seorang polis, saya akan. ( Tuliskan karangan pendek dalam masa 7 minit )

Bahan Rujukan Buku : 1. Buku Huraian Sukatan Bahasa Malaysia Tahun 3, Kementerian Pelajaran Malaysia. Tahun 2012 2. Dokumen Standard Prestasi Bahasa Malaysia Tahun 3( KSSR), Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013 3. Huraian Sukatan Bahasa Malaysia Tahun 3 KBSR , Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahan Rujukan Internet : 1. http://www.slideshare.net/zalkin/rph.bm 2. http://www.slideshare.net/norakmar74/kurikulum 3. http://www.kssronline.com/p/kssr.html 4. http://syazana83.blogspot.com/2012/07/kurikulum-standard-sekolah-rendahthn3-html 5. http://www.moe.gov.my/lp/files/penerbitan/DSP/Tahun3/168 6. http://www.slideshare.net/norakmarmohdkhairuddin/instrumen-pentaksiranstandard-prestesi-bm