Anda di halaman 1dari 1

MUHAMMAD NURSYAHMIE BIN NORDIN RBT / PJ / BM KUMPULAN 2

Alhamdulillah dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan WAJ 3112. Tugasan ini memerlukan kami berempat menyiapkan satu Rancangan Pengajaran Harian mengenai olahraga. Kami telah memilih acara lompat tinggi untuk dibuat pengajaran pada tugasan. Pada mulanya, kami berasa amat sukar untuk membuat rancangan pengajaran harian ini kerana kami tidak mempunyai pengalaman tentang cara membuat RPH olahraga. Tetapi dengan bantuan rakan-rakan dan pensyarah saya iaitu Encik Abdul Latif Bin Ahmad, dapatlah saya menyiapkan Rancangan Pengajaran Harian ini dengan jayanya. Ini kerana RPH untuk olahraga adalah seakan0akan RPH Pendidikan Jasmani, jadi tidak asing bagi saya dan rakan-rakan seperjuangan yang lain untuk menyiapkan RPH ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan seperjuangan saya yang menjayakan untuk membuat Rancangan Pengajaran Harian ini iaitu Muhammad Rafie Bin Abu, Khairul Azri Bin Saipul Sahri, dan Sheikh Muhamad Shamil Bin Sheikh Zainal. Tanpa mereka, tidak dapatlah kami semua menyiapkan RPH ini. Di samping itu, saya juga perlu mencari kemahiran-kemahiran yang ada di dalam lompat tinggi. Pada mulanya ianya amat sukar kerana saya tidak didedahkan tentang lompat tinggi sejak dari zaman persekolahan lagi. Jadi, apabila mendapat tugasan ini, saya telah menjumpai pelbagai kemahiran yang boleh dimuatkan di dalam RPH olahraga ini. Jadi, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan mudah berpandukan rujukan-rujukan yang ada. Akhira kata, saya ingin berterima kasih kepada semua yang telah menyumbang dalam menyiapkan Rancangan Pengajaran Harian ini. Saya berharap agar pengalaman yang telah saya dapat boleh diadaptasikan di sekolah nanti.