Anda di halaman 1dari 28

DARI EDITOR

JAUHAR SIDANG EDITOR EDITOR ABUL AKMAL ARIF BIN ANUAR NUR SYAFEKAR BT ZAINI SETIAUSAHA MUHAMMAD ZUBAIR MOHAMAD ZUKERI NURUL AISYAH BT MUDA BENDAHARI MUHAMAD FARIS BIN MUHAMAD ASRI AYUNI SHAFAF BT MOHD ADNAN UNIT ARTIKEL ABUL AKMAL ARIF BIN ANUAR AFIF FAHIM BIN MOHAMAD DIMYATI MOHAMED AFIQ HIDAYAT BIN ZAILANI MUHAMMAD SYIHAM BIN ROSLI KHAIRUN NISA BT MOHD ZAIDAN NAQIYAN ANIS BT ABDUL RAHIM NOOR AMALINA BT ABD RAHMAN NOOR FATHIYAH BT YUSOF NUR SHAYMAK BT ABDULLAH UNIT KREATIF AFIFI SYAMIL BIN ABDUL RAZAK AMIR FIKRI BIN ZULHILMI MASTURA BT BUKHARI NUR ADIBAH HUSNA BT ALADDIN NUR FARAHIN BT MAT TARMIZI UNIT WARTAWAN NOR ATIQAH BT MOHAMMAD TAHIR MUHAMAD ZHARIEF AFZAL BIN MD.KASIM JURUGAMBAR WAN NADZIRAH BT WAN HASSAN UNIT GRAFIK WAN NORIZZAH BT WAN ZAINUDDIN NURHAWA ILLANI BT ROSLAN

Assalamualaikum w.b.t
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasullulah s.a.w, ahlul beit dan para sahabat. Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk bertemu kembali dalam Jauhar edisi ke 18. Sebagai kesinambungan kepada tema membaca (input) pada edisi yang lepas, Jauhar kali ini akan berbicara tentang kemahiran insaniah (output).

Kita sebagai pelajar dan bakal bergelar seorang doktor seharusnya sudah berjaya menguasai kemahiran insaniah ini. Seperti yang kita ketahui, kebanyakkan para graduan sering dikatakan tidak mempunyai pakej yang lengkap untuk memasuki alam pekerjaan kerana tidak mempunyai penampilan diri yang baik, kurang kemahiran berkomunikasi dan penguasaan bahasa, kurang kemahiran sosial dan kurang bermotivasi. Memang terasa pedas, tetapi itulah kenyataannya.
Persoalannya, apa itu kemahiran insaniah? InsyaAllah, Jauhar kali ini akan cuba mengupas lebih lanjut tentang isu ini. Antara objektif yang cuba dicapai ialah: 1. Memberi pendedahan kepada ahli tentang kemahiran insaniah dan kepentingannya. 2. Menggalakkan ahli menambah keyakinan diri dalam meluahkan pendapat dengan berhikmah, bijak dan beradab. 3. Mempersiapkan diri menjadi graduan perubatan yang berkeyakinan dan serba boleh. 4. Memberi kesedaran dan meningkatkan kemahiran interpersonal terutamanya kemahiran komunikasi. 5. Memahami potensi diri sebagai agen perubah. Maka dikesempatan ini, kita haruslah mengambil ruang dan peluang yang ada untuk mempersiapkan diri agar menjadi graduan kelas pertama, insyaAllah. Selamat membaca dan mempraktikkannya!

RESPONS GEN09
Oleh: Nor Atiqah bt Mohammad Tahir

Adakah anda tahu apa itu kemahiran insaniah? Apakah aspek yang anda ingin tahu lebih mengenainya?

Is Faris Fadhilah Najahi Iberahim Apa yang aku paham, soft skills ialah apa -apa yang kita perlu ada in dealing with people. Apa yang aku nak tahu ialah compare soft skills yang kita (Malaysians belajar dekat Mesir) dengan students di tempat lain. I believe we're behind them. Kemahiran insaniah ialah kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap mahasiswa sebagai persediaan mereka untuk menghadapi dunia pekerjaan. Aku nak tahu: Apakah kelemahan kemahiran insaniah yang dijalankan melalui sistem pendidikan sama ada di Mesir atau Malaysia? Bagaimana mahu mengatasinya?

Adibah Husna Soft skills bukan dalam buku teks tapi benda tu lagi penting daripada yang dalam buku teks, dapat dari environment dan muamalat. Orang selalu kejar nak mumtaz dan jadi bookworm tapi sebagai seorang doktor, public relations (PR) tu lagi penting. Teringin nak tahu kemahiran insaniah yang ada pada Sultan al-Fatih (tawan Turki) dan Sultan Salahuddin al-Ayyubi (menang Perang Salib 100 tahun) apa soft skills yang telah diterapkan dari kecil dan apa yang ada pada mereka tapi tiada pada kita? Muzammil Soft skills? Apa yang aku faham adalah communication is one of them. Soft skills communication kita di Mesir sangat lemah, baik antara orang Melayu itu sendiri mahupun sesama masyarakat Mesir..hehe. So aku nak tahu barrier untuk mengatasinya.

ARTIKEL

KIM + KIT = KITA


Oleh: Noor Fathiyah Yusof & Khairun Nisa Mohd Zaidan

Situasi 1: Kebanyakkan mahasiswa boleh mengenal pasti, menganalisis masalah dan membuat penilaian dalam situasi kompleks dan kabur, TETAPI tidak semua berkebolehan untuk BERFIKIR DI LUAR KOTAK. Situasi 2: Rata-rata mampu untuk mencari dan menguruskan maklumat daripada pelbagai sumber TETAPI tidak semua mampu MENERAPKAN SIKAP INGIN TAHU DAN DAHAGAKAN ILMU. Situasi 3: Hampir semua orang berupaya untuk menguruskan projek TETAPI tidak semua orang berupaya untuk memahami dan mengambil peranan silih berganti ANTARA KETUA PASUKAN DAN ANGGOTA PASUKAN. Betul atau salah. Tepuk dada tanya diri anda sendiri. KIM=kemahiran yang wajib dimiliki oleh semua pelajar. Jika elemen ini tidak ada, mahasiswa tidak dianggap kompeten dalam elemen yang berkaitan. KIT= Kemahiran yang dianggap memberikan nilai tambah kepada mahasiswa. Jika kemahiran ini dimili4

ki oleh pelajar disamping KIM, beliau dianggap KOMPETEN dan CEMERLANG. Saya percaya mungkin anda tertanya-tanya apa itu kemahiran insaniah? Bunyi seperti pertama kali mendengarnya tetapi sebenarnya kemahiran insaniah ini sering sahaja menjadi bualan kita sebagai seorang pelajar. Kemahiran insaniah atau lebih dikenali sebagai `soft skills` tidak hanya tertumpu kepada kemahiran komunikasi sahaja bahkan ia mengandungi 7 elemen yang harus kita kuasai. 7 Elemen KEMAHIRAN INSANIAH: 1. Kemahiran Berkomunikasi 2. Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah 3. Kemahiran bekerja berpasukan 4. Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat 5. Kemahiran Keusahawanan 6. Moral dan etika professional 7. Kemahiran Kepimpinan

ARTIKEL

Persoalan yang penting di sini, bilakah seorang doktor itu layak mendapat gelaran sebagai seorang doktor yang terbaik? Adakah ketika doktor itu lulus cemerlang dalam ujian kedoktoran atau waktu mendapat sijil kepujian 4 pointer dalam peperiksaan? Sehingga digelar pelajar elit yang "cream", atau berjaya mengharungi housemanship dengan jayanya? Adakah tafsiran kita begitu?
Tidak! Doktor yang terbaik adalah apabila mereka membuat kerja-kerja kedoktoran, iaitu apabila mereka terjun ke dalam masyarakat, dan menggunakan ilmu kedoktorannya untuk membantu masyarakat sehingga masyarakat mendapat manfaat dari ilmu kedoktorannya, maka ketika itulah seorang doktor itu layak mendapat gelaran sebagai seorang doktor yang terbaik! KITA? "Kamu (umat Islam) adalah UMMAT TERBAIK yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) MENYURUH (BERBUAT) YANG MAKRUF, DAN MENCEGAH DARI YANG MUNGKAR, dan beriman kepada Allah "

FOKUS: KEMAHIRAN INSANIAH

KEMAHIRAN INSANIAH: KAIFIAT DAN CABARAN


Oleh: Noor Amalina binti Abd Rahman

Pengaruh itu tidak dicari tetapi binalah kualiti diri untuk membina pengaruh Penulis bersetuju dengan kata-kata di atas kerana untuk membina pengaruh memerlukan kemahiran insaniah yang mantap agar pengaruh yang dibina dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Kemahiran insaniah tidak boleh didapati daripada pembacaan buku mahupun pembelajaran teori tetapi ianya harus dipraktikkan agar keberkesanannya terserlah. Adakah pembaca ingin membina kemahiran insaniah? Jom bersama penulis merungkai persoalan ini. 5 tips untuk menggapai kemahiran insaniah. 1) Mendengar secara aktif Apakah yang dimaksudkan dengan frasa mendengar secara aktif? Sangat penting bagi seseorang mendengar dengan baik. Jangan memotong percakapan orang yang sedang berucap kerana perkara ini akan membawa aura negatif kepada pendengar dan juga menghalang keyakinan orang tersebut terhadap anda. Kemahiran insaniah adalah perkara yang berkait rapat dengan pembinaan hubungan sosial dan ini
6

boleh berlaku apabila anda menunjukkan minat dan bertanya soalan-soalan yang berkaitan dalam perbualan. 2) Berkomunikasi dengan bijak Apabila tiba giliran anda untuk bercakap, pilihlah perkataan yang sesuai untuk menyalurkan ideaidea anda. Nada suara sangat penting kerana anda boleh dilihat sebagai seorang yang patriotik atau sinikal dalam memberikan pendapat dan juga menentukan kecekapan anda untuk menggabungkan idea-idea. Pastikan bahasa anda neutral, elakkan memberi contoh kontroversi. Berkomunikasi dengan jelas dan terang agar pendengar boleh menerima. 3) Membina pasukan Anda adalah sebahagian daripada pasukan sama ada anda suka atau tidak. Sebagai ahli pasukan, anda perlu bersikap terbuka, mempertimbangkan kekuatan dan kelemahan dan membuat keputusan secara bersama. Penghargaan kepada pasukan anda akan menambah daya saing dan kekuatan ukhuwah yang tersemai antara ahli pasukan luaran.

FOKUS: KEMAHIRAN INSANIAH

Penyertaan dalam pasukan mengajar Cabaran? anda erti keterikatan, pengurusan Negara kita memerlukan graduan masa, skill kepimpinan, erti kesabaran yang mempunyai kemahiran insaniah dan toleransi serta banyak lagi. yang bagus untuk hasil kerja yang mantap. Hal ini timbul kerana mereka 4) Kemahiran kepimpinan kekurangan kemahiran-kemahiran Kepimpinan mempengaruhi orang tambahan yang sepatutnya mereka sekeliling. Anda boleh berlatih untuk miliki sebelum diterima bekerja oleh membina kemahiran kepimpinan mana-mana majikan. dalam satu kumpulan yang kecil dengan bertanyakan soalan kepada Penulis ingin membahagikan rakan sekumpulan anda dan mengajak orang lain menyertai perbualan. cabaran untuk mengaplikasikan kemaMendengar masalah yang diutarakan hiran insaniah kepada dua iaitu: a)Faktor dalaman ahli dan tidak cepat melatah dengan b)Faktor luaran komen mereka menjadikan Faktor dalaman ialah faktor yang anda seorang berkaitan dengan diri anda. Takut dan pemimpin tidak berani ke hadapan ialah cabaran yang baik. dalaman untuk mengaplikasikan Sentiasa positif dan bertanya khabar ahli supa- kemahiran insaniah. Sifat rendah diri ya ahli tidak melabel anda sebagai dan kurangnya pengetahuan juga merupakan cabaran dalaman. seorang yang sombong. Penyelesaiannya ialah anda harus 5) Mengambil inisiatif (peluang) berketrampilan dan lebih proaktif. Jika dijalankan bengkel kemahiran Sentiasa positif dan tawarkan diri komunikasi, anda orang pertama yang menjadi sukarelawan. Berusaha untuk harus mendaftar. Apa-apa program menambah pengetahuan melalui dan aktiviti yang boleh membina pembacaan. kemahiran insaniah, jadilah orang pertama yang merebut peluang keemasan seperti itu. Sambarlah peluang yang diberi kepada anda. Jika anda melepaskannya, penyesalan akan datang bertandang di lubuk hati. Percayalah!
7

FOKUS: KEMAHIRAN INSANIAH

Manakala faktor luaran yang menyumbang ialah pandangan masyarakat umum. Penerimaan masyarakat umum terhadap anda dan pembawaaan anda dalam satu gerak kerja ialah satu cabaran yang hebat. Kemahiran insaniah yang mantap dapat mendekatkan diri anda dengan masyarakat sekeliling dan meyakinkan mereka untuk menerima anda. Persekitaran juga merupakan satu cabaran untuk anda mengaplikasikan kemahiran insaniah. Jika anda berada dalam kalangan orang-orang hebat, anda pasti akan lemas dalam persekitaran tersebut dan menjadikan diri anda tidak berani tampil ke hadapan. Penyelesaiannya? Apabila anda berjaya mengatasi faktor dalaman sudah pasti anda mampu mengatasi faktor luaran. Kesimpulannya, sebagai seorang pelajar perubatan, kemahiran insaniah amat penting untuk dipupuk sekarang sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Berusahalah sehabis baik untuk membina kemahiran insaniah dalam diri serta berani untuk berhadapan dengan cabaran ketika mengaplikasikannya.

1. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tidak boleh duduk? 2. Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran. 3. Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?

JAWAPAN: 1. penguin

2. antenna TV 3. Nampak pembohong, kura -kura tidak boleh panjat

FOKUS: SOFT SKILL & DOKTOR

Oleh: Oleh: Afif Fahim bin Mohamad Dimyati


Realiti kini, bidang kedoktoran di Malaysia adalah satu bidang pekerjaan yang sangat-sangat diperlukan untuk menampung peningkatan jumlah pesakit di Malaysia selari dengan peningkatan populasi rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, kerajaan Malaysia amat menggalakkan segala usaha pembangunan bidang kedoktoran ini. Kita selaku mahasiswa perubatan perlu mengambil cakna akan isu-isu kedoktoran. Bidang kedoktoran memerlukan satu kemahiran yang mampu meletakkan seseorang itu mampu untuk berhadapan dengan segala cabaran yang bakal mendatang Sebagaimana yang kita ketahui, doktor berurusan dengan manusia, bukan mesin ataupun robot. Maka seorang doktor perlu ada kemahiran yang mampu menghubungkan antara kita dengan manusia yang lain. Kemahiran itu adalah kemahiran insaniah.

Di sini disenaraikan antara TUJUH (7) KEMAHIRAN INSANIAH yang perlu ditDoktor perlu tahu bagaimana untuk erapkan dalam bidang kedoktoran iaitu: mengendalikan pesakit dengan 1.Kemahiran Berkomunikasi kemahiran pendengaran yang baik, Keberkesanan berkomunikasi dalam kemahiran interpersonal, dan bahasa yang mudah difahami. kemahiran komunikasi. Mereka (doktor) Menyampaikan idea dengan jelas, cemerlang pada kemahiran teknikal berkesan dan berkeyakinan, secara (seperti kemahiran perubatan), tetapi lisan dan bertulis. dalam masa yang sama mereka perlu Kemahiran mendengar yang aktif tahu bagaimana untuk mengendalikan dan maklum balas. pesakit. Oleh itu, kemahiran insaniah Berunding dan mencapai adalah sangat penting. persetujuan. Kombinasi kedua-dua kemahiran Berkomunikasi antara budaya yang teknikal dan kemahiran insaniah adalah berlainan. rahsia kejayaan pada masa kini. KemaMenggunakan komunikasi bukan hiran insaniah membantu doktor lisan. dengan menjadikan mereka lebih bijak, lebih teliti dan lebih berkesan. Apabila ahli perubatan dilengkapi dengan kemahiran sebegini, perkhidmatan yang lebih baik dalam disampaikan kepada pesakit yang mampu menghasilkan masyarakat bebas penyakit.
9

DALAM BIDANG KEDOKTORAN PERUBATAN

FOKUS

2. Kemahiran Bekerja secara Berpasukan Melibatkan kerjasama dengan orang lain daripada pelbagai latar belakang dan sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama. Membina hubungan yang baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif untuk mencapai objektif yang sama. Mengenali dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain. Memberi sumbangan kepada perancangan dan menyelesaikan hasil usaha kumpulan.
3. Kemahiran Keusahawanan Keupayaan untuk meneroka peluang dan membangunkan kesedaran tentang risiko (risk awareness), kreativiti dan inovasi dalam aktiviti berkaitan perniagaan dan pekerjaan. Mengenalpasti peluang dalam bidang kedoktoran yang luas. Membina, meneroka dan merebut peluang dalam bidang masing-masing. Bekerja sendiri seperti klinik atau hospital sendiri. 4. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat Usaha berdikari dalam pemerolehan kemahiran dan pengetahuan baru. Mencari dan mengurus maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber. Menerima idea baru dan berkeupayaan untuk pembelajaran autonomi.
10

Mengembangkan minda ingin tahu dan dahagakan ilmu.


5.Etika dan Moral Profesional Mengamalkan standard moral yang tinggi dalam amalan profesional dan interaksi sosial. Menganalisis dan mebuat keputusan dalam menyelesaikan masalah berkaitan etika seperti ikrar dan etika dalam bidang kedoktoran. Mengamalkan sikap beretika, disamping berasa tanggungjawab terhadap masyarakat. 6.Kemahiran Kepimpinan Keupayaan untuk mengamalkan ciri kepimpinan dalam pelbagai aktiviti. Berpengetahuan tentang teori asas kepimpinan. Memimpin projek dalam bidang kedoktoran. Menyelia anggota pasukan.

ARTIKEL BONUS

PEMIKIRAN KRITIS; ADAKAH KITA TOKOH Oleh: Mohamed Afiq Hidayat bin Zailani SETERUSNYA?
"Allahyarham ketika itu sedang membaca buku dan mengadu kepada ibu saya yang beliau letih dan ingin tidur, sebelum ibu menyedari bapa saya telah meninggal dunia dalam tidur," katanya kepada pemberita. 25 Mac 2013, kita kehilangan seorang lagi tokoh pemikir Islam yang disegani, Allahyarham Dr. Muhammad Usman El-Muhammad. Tokoh Maal Hijrah 2005 itu pergi selang 3 hari pemergian As-Syahid As-Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buti. (AlFatihah) ***

Dua nama besar di atas, adalah antara tokoh pemikir Islam yang sangat dikagumi dan diyakini pemikiran mereka. Sengaja penulis membawa nama tokoh di atas, adalah untuk bertanyakan kepada kita semua, mungkinkah kita akan menjadi tokoh pemikir seterusnya, dalam 10-20 tahun akan datang? Pemikiran kritis, adalah antara 7 elemen kemahiran insaniah yang penting untuk diterapkan dalam diri mahasiswa. Perkataan kritik berasal daripada bahasa Yunani "Kritikos" yang bermakna mampu menilai. Secara umum, kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar berdasarkan alasan dan bukti. Ringkasnya ,menurut pakar, antara elemen pemikiran kritis adalah: kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru dan berlainan. Kebolehan mengembangkan dan memperbaiki kemahiran berfikir seperti menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan. Kebolehan mencari idea dan menari penyelesaian alternatif . Kebolehan berfikir melangkaui batas. Kebolehan membuat keputusan berdasarkan bukti yang kukuh. Kebolehan untuk bertahan serta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang diberikan. Kebolehan memahami dan menyelesuaikan diri kepada budaya komuniti dan persekitaran kerja yang baru.

11

ARTIKEL BONUS

Tentunya, tunjang utama pemikiran kritis, adalah meningkatkan kuantiti pembacaan ilmiah, dan perbincangan ilmiah. Membaca bahan bacaan aras pemikiran tinggi, menonton wacana ilmu, menghadiri konvensyen, perbincangan dengan pakar, adalah antara contoh praktikal yang boleh kita lakukan. Menurut Dr. Edward De Bono, seorang pakar dalam bidang perubatan dan pemikiran (juga pengasas lateral thinking kini diterimapakai oleh kamus bahasa Oxford), berfikir adalah suatu keterampilan untuk menggunakan KECERDASAN berdasarkan PENGALAMAN.
Dengan keterbatasan ruang kolum, dan sebagai persediaan awal menjadi tokoh pemikir, cukuplah penulis meninggalkan pembaca dengan 3 kaedah mudah (rujukan: Nosch 2001) untuk diaplikasi agar kemahiran berfikir kita diasah dari semasa ke semasa. Pertama: cuba bertanya soalan, kedua: cuba mencari jawapan, ketiga: cuba memberi idea atas idea.
Bersempena i-FEST yang diadakan baru-baru ini, adakah kawan-kawan perasan atau tidak namanama kumpulan yang diambil adalah daripada nama-nama haiwan dalam Al-Quran seperti Semut, Paus, Unta, dan Hud-hud.? Jauhar kali ini akan menampilkan nama-nama haiwan lain yang turut disebut oleh Allah dalam Al-Quran berserta dalilnya. 1. LEBAH Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia (16:68) 2. GAJAH Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? (105:1)

3. MONYET Maka setelah mereka berlaku sombong takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina. (7:166)

12

LIPUTAN

i FEST : Ukhuwah Dibina, Islam Dihayati


Oleh : Muhamad Zharief Afzal bin Md Kasim

KAHERAH, 11 MAC 2013 - 3 APRIL 2013 : Bertemakan Aslih Nafsak Wad'u Ghairak, Festival Amal Islami atau i-FEST telah dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Batch GEN 09. Program yang bersifat Islamik ini telah menghiasi diari kehidupan Ahli GEN 09 selama hampir sebulan. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman tentang Islam dan memupuk semangat berdakwah. Saudara Afif Fahim telah diberi kepercayaan untuk mengetuai i-FEST 2013 ini sebagai pengarah program. I-Fest dilaksanakan dengan membahagikan ahli-ahli GEN 09 kepada 4 buah Kumpulan. Kumpulan-kumpulan tersebut ialah NAIM (Hijau), Mawa (Kuning), Adn (Hitam) dan Firdaus (Putih). Selain itu, kumpulan-kumplan ini juga turut dikenali dengan nama-nama haiwan yang ada disebut di dalam al-Quran iaitu unta, burung hud-hud,semut dan ikan paus. I-FEST dimulakan dengan majlis perasmian pada 11 Mac 2013 bertempat di Markas Perubatan Abou Risy. Saudara Afnan Fakhrurazi selaku AJKT Perubatan Cawangan Kaherah telah merasmikan program ini. Dalam pada itu, satu kolokium ilmu telah diselitkan dalam acara perasmian ini. Kolokium yang bertajuk Dakwah Dinamik ini telah menampilkan Ustaz Abdul Hadi Jusoh sebagai pengisi. Pelbagai soalan telah dilontarkan oleh ahli GEN 09 yang pastinya ingin mendapatkan penjelasan yang holistik mengenai dakwah. Tidak dilupakan juga, program Ziarah Mahabbah turut diadakan untuk merapatkan hubungan ahli GEN 09 dengan adik-adik tahun 1 dan 2. Selain itu, tabung derma untuk rakyat Syria, Palestine dan Rohingnya juga turut diadakan dengan kerjasama Unit PEACE PERUBATAN.

13

TAKWIM

14

FIKRAH

Bismillahirrahmanirrahim, Segala puji-pujian dipanjatkan kepada Allah SWT serta selawat buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kali ini giliran kami pula untuk mencoretkan secebis fikrah buat tatapan para sahabat. Kurang daripada seminggu ini, umat Islam digemparkan dengan kematian 4 orang ulama. Tanggal 21 Mac menyaksikan peristiwa berdarah di Syria yang telah mengorbankan Syeikh Ramadhan Al-Buthi. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar bagi ummah. Selang 4 hari selepas itu, tanah air digemparkan pula dengan pemergian 3 orang tokoh Islam yang mana ketinggian ilmu mereka sangat disegani dan dikagumi. Belasungkawa bagi umat yang mendambakan suapan ilmu daripada para mujahid ini. Semoga Allah merahmati mereka. Al-Fatihah Tajuk jauhar pada edisi ini amat menarik. Pada pendapat saya, soft skill ni lebih kurang anugerah jugalah. Yalah, bukan semua orang pandai cakap di depan, bukan semua orang pandai menulis. Cabangnya sangat luas. Soft skill ini penting tambah-tambah lagi bagi kita bakal-bakal doktor. Nak jadi doktor yang hebat, kena hebat soft skill juga. Pandai berkomunikasi dengan pesakit, pandai pujuk pesakit yang degil, bukan pandai bagi ubat sahaja. Cara nak mantapkan soft skill yang pertama ialah exposure, kedua practice. Mungkin ada orang kata, bukan semua orang diberi kelebihan yang sama. Tetapi kemahiran ini kita boleh dapat sebenarnya dengan berlatih. Practice makes perfect! Thats the spirit. Bagi saya, kesemua kemahiran insaniah ini tidaklah dapat kita kuasai melainkan dengan membina keyakinan diri. Saya yakin kita semua mempunyai potensi yang hebat dalam diri masing-masing namun kadang-kadang kita kurang yakin dengan kekuatan yang kita ada. Yakinlah wahai sahabatsahabatku yang comel sekalian, percayalah kita ini adalah umat istimewa yang dianugerahkan Allah dengan kekuatan untuk memakmurkan seluruh pelusuk bumi. Akhir kalam, jangan lupa titipkan doa kalian untuk saudara kita di Syria, Palestin dan khususnya Malaysia. Selamat bermujahadah dalam mengulang kaji. Kita ahli Gen-9 yakin boleh. Mari kita mantapkan ukhuwah dengan beri-Fest.Peace!!
15

LIPUTAN

Pada 2 April 2013, Majlis Penutup i-Fest 2013 telah diadakan secara gilanggemilang bertempat di Markas Perubatan Abou Risy. Acara perasmian penutup ini telah disempurnakan oleh Saudara Ahmad Kamil Bin Fahmi selaku Pengerusi PERUBATAN Cawangan Kaherah. Dalam majlis penutup ini, pemenang keseluruhan bagi i-Fest 2013 turut diumumkan. Rumah Firdaus telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Manakala, rumah Naim terpaksa akur dengan tempat kedua. Rumah Mawa dan Adn masing-masing berkongsi hadiah saguhati. Majls penutup ini turut diserikan dengan bacaan pantun oleh Saudari Nur Nabilah Atiqah dan deklamasi sajak oleh Saudara Suaidi. Menurut Saudara Hafiz Mazlan, beliau mengharapkan program berbentuk Islamik seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Banyak ilmu baru yang beliau perolehi disamping dapat merapatkan ukhuwah sesama ahli GEN09. Berikut merupakan senarai pertandingan yang diadakan berserta senarai pemenang : Ultimate Genius (Saringan) Explorace (siswa)

SISWA Glee Muslim (siswa)

SISWI Muslimah Modesty Futsuka (siswi)

Tilawah Al-Quran 1. Ahmad Faiz bin Zaib 2. Afif Fahim bin Dimyati
16

1. Anis Safiah bt Azmi 2. Badriyah bt Husin

LIPUTAN

My Sweety Tongue

SISWA Ultimate Genius (Akhir)

SISWI

PERTAMA
Listen

KEDUA

KETIGA

1. Muhammad Asyraf Bin Kamil (Firdaus) 2. Muhammad Zharief Afzal Bin Md Kasim (Naim) 3. Mohamad Suaidi Bin Sazali (Firdaus)
1. Siti Maryam Mohd Sallehuddin (Mawa) 2. Nur Akma Anis Tajuddin ( Naim) 3. Liyana Nadhirah Mustafha (Naim)

Seni Warisan
1. Mohamad Suaidi Bin Sazali (Firdaus) 2. Mohamad Suaidi Bin Sazali (Firdaus) 3. Nur Muhammad Ammar Bin Mohd Razak (Ma`wa) 1.Nur Nabilah Atiqah bt Abd Wahid ( Naim) 2. Nazhah Hani bt Mukhtar (Mawa) 3. Nurhawa Illani bt Roslan (Firdaus)

Kaligrafi 1. Harsyafiq Razazwan Bin Abdul Haris (Mawa) Islam 2. Ahmad Zulfadhli Bin Mahadi (Adn)
3. Ahmad Naufal Bin Basri (Adn) 1. Hamizah Zainal (Naim) 2. Aimi Syahirah Serba Jalil ( Adn) 3. Nur Farahin Mat Tarmizi (Firdaus) 1. Siti Aisyah Binti Mohd Sari (Naim) Lensa Dakwah 2. Nor Atiqah Binti Mohammad Tahir (Firdaus) 3. Harsyafiq Razazwan Bin Abdul Haris ( Mawa)

17

TOP 10

Oleh: Abul Akmal Arif bin Anuar

5. PEMBAHAGIAN ISI YANG BERKESAN Bahagi isi anda dan huraian anda pada kadar yang sesuai. Huraian yang berlebihan akan menampakkan anda seolah-olah cuba menggoreng isi, manakala isi yang berlebihan tanpa huraian yang mencukupi sukar untuk dicerna pendengar

18

TOP 10

19

Q &A

mampuannya berterbangan di angkasa. Apakah di Sebalik Sayap Si Bahkan terdapat burung yang mampu Helang? terbang selama 9 hari tanpa henti! Buia terus berterbangan bebas di angkasa rung helang dipilih kerana ia persis pahmembawa kebesaran lawan gagah di angkasa kerana kajian Ilahi namun kaki-kaki mendapati burung Falcon Peregrine yang memijak sering alpa mampu terbang menjunam dengan keuntuk melihatnya lajuan kira-kira 322km/jam!
Firman Al-Quran : Apakah mereka tidak memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya daripada jatuh di udara selain Yang Maha Pemurah. Seseungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu. (Surah AlMulk:19) Apakah iktibar daripada si helang? Selain ciri-ciri fizikal yang hebat, burung helang juga dianugerahkan Allah dengan ciri-ciri sikap yang begitu menarik. Sikap helang (H) boleh dibandingkan dengan sikap remaja (R) hari ini sebagai iktibar:
Sikap Saling menyokong Mampu diajar dan berasa seronok apabila mengetahui tenaga pengajar menyukainya Tidak suka dipandang hina dan pengkhianatannya Berinteraksi dengan pasangannya secara baik Menjaga anak-anaknya H / R x

Oleh: Mastura bt Bukhari

Apakah formula di sebalik ayat? Mata +kejadian burung (berterbangan) = terzahir kebesaran Ilahi Mata kejadian burung (berterbangan) = alpa dan lalai
Maha Suci Allah! Sememangnya kebesaran Ilahi tidak mampu dihitung oleh manusia. Kebesaran Allah hanya dapat dilihat dengan begitu mudah apabila manusia mencarinya menggunakan pancaindera yang diberikan oleh Allah. Hanya sedikit usaha sahaja diperlukan seperti melihat ke udara. Kesannya, runtuhlah tembok jahiliah dalam hati dan cahaya Ilahi akan menerangi hati sanubari mereka. Siapakah si helang? Ayat Al-Quran di atas menerangkan tentang satu perihal burung iaitu ke20

/
/ / /

x
x x x

Apakah kesimpulan /pengajaran ayat? Perbandingan bukan untuk membuktikan binatang lebih baik daripada manusia, tetapi manusia boleh menjadi lebih rendah daripada binatang, apabila akal dan hatinya terpinggir daripada menerima hidayah Allah. Alangkah indahnya apabila Allah menjadikan makhluknya sebagai turning point untuk kembali kepada jalan yang benar dan diredhaiNya. Semoga kita sama-sama mengambil iktibar daripada si helang.

SANTAI

Oleh : Amir Fikri bin Zulhilmi C A L L I G R A P H Y T C H I Q A B Q E G A N E D L O G A S E P M A G N A M A L U D R E L E C B Z I A L K W W G M A C M Q U C I D R A L N H F R E H Q S V U M K T O I A F A Q I H H R J W D A C R A M A R E R C K R A Y T K E L B R M L U K R D Q T L J D W Y L I F N E C P S J U E O H J A N A U T R G H N F H L U Y W T V H W I C Y Z T T M O V S I H F Q X I A E T U I X A H Q I T H M T M I J R L R R K O M Y J A S G A S G E M S I Q E H L P C U K Z R B R O F D C G M V T M A A V I L W E Y I C D I N T A D O B E S A R T S V H A I S C B L U S Y C O D B O Z X N N J E A I S D Q R U N P F N P X E O U M T P N V U L B E R I S C I E N C E I Y O E E A G A L A M

ARCHITECTURE ART CALIPH CALLIGRAPHY CONVERSION CORDOVA EQUALITY

FAQIH GOLDEN AGE HAJJ IMAN JIHAD KAABAH LITERATURE

MALAGA MATHEMATICS MEDICINE MOSQUE MUSLIM SOCIETY RIHLA SCIENCE

SHARIA SLAVERY SUFISM TRADE ULAMA UMMA

21

FIQH PERUBATAN

APAKAH HUKUM MENGGUNAKAN UBAT YANG DIPERBUAT DARIPADA BAHAN ASAL BABI? (SIRI 1) Hukum mendapat rawatan WAJIB: Imam Syafie, Hambali & Ibnu Taimiyah SUNAT HARUS: jumhur fuqahak & imam-imam mahzab Mana satu lebih afdal? Mendapatkan rawatan atau bersabar Pendapat bersabar itu lebih afdal 1. Hadis Ibnu Abbas : Kisah seorang jariah yang ditimpa penyakit sawan memohon Rasululullah SAW berdoa untuknya Rasulullah SAW bersabda: Kalau engkau mahu bersabar, bagi engkau syurga. Jika engkau mahu, aku boleh doakan supaya Allah menyembuhkan penyakit engkau Berdasarkan tindakan sebahagian para sahabat yang lebih rela bersabar seperti Ubay bin Kaab dan Abu Dzar r.a Pendapat lain: 2. Imam Al Ghazali (Kitab Ihya Ulumuddin) menolak pendapat tidak berubat adalah lebih afdal dalam semua keadaan 3. Dr. Yusuf Al Qardawi wajib mendapatkan rawatan apabila kesakitan bersangatan dan ubat adalah mujarab serta mengikut sunah ALLAH s.w.t, harapan untuk sembuh masih ada Rasulullah SAW sendiri berubat dan baginda juga menyuruh sahabat-sahabat baginda berubat Ibnu Qaiyum dlm Zaadul Maaad.
Kesimpulan Hukum mendapatkan rawatan/mencari ubat untuk mengubati sesuatu penyakit sekiranya pesakit masih ada harapan untuk sembuh adalah wajib atau sunat ,tetapi apabila penyakit itu sudah tiada harapan untuk sembuh mengikut sunnah Allah berdasarkan hukum sebab dan musabab dan pendapat doktor pakar, maka tidak ada seorang pun yang mengatakan hukumnya adalah sunah apatah lagi wajib. Abu Dawud meriwayatkan di dalam al-Sunan daripada hadis Abu Dardak katanya; Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat dan menjadikan untuk setiap penyakit itu ada ubatnya, kerana itu berubatlah dan jangan berubat dengan benda yang HARAM (At-Tabrani)

22

SEPINTAS Oleh: Nor Atiqah bt Mohammad Tahir

SEPINTAS MAC 2013


Mesyuarat Agung Tahunan ke-9 (MAT9) PERUBATAN - Tentukan Hala Tuju PERUBATAN. Antara agenda mesyuarat kali ini ialah pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat agung yang lepas,pembentangan laporan, sesi soal jawab dan muhasabah Majlis Tertinggi serta setiap biro, pembentangan dan perbahasan usul serta pengisytiharan ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN sesi 2013/2014. Suntikan Vaksin Hepatitis B Percuma dari VacSera,Warga GEN 09 ternyata tidak melepaskan peluang mengambil suntikan tersebut. Dos pertama selesai sudah, dos kedua dan ketiga bakal menyusul kemudian. Perpindahan sebilangan ahli GEN 09 - Perpindahan ahli GEN 09 yang terlibat adalah dari Mouniera ke Sayyeda juga dari Abou Risy ke Sayyeda ataupun dari Abou Risy ke Mouniera. Warga GEN 09 sayu menghantar abang/kakak Gen 06 pulang ke Malaysia yang telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan (MBBCh) pada Februari lalu. Lahad Datu: Ops Daulat dilancarkan polis dan tentera Malaysia pada 2 Mac lalu untuk menamatkan krisis di sempadan dengan pihak Sulu, Filipina yang menduduki Kampung Tanduo, Lahad Datu bermula 12 Februari lalu. Ophthalmology End Round Exam: 27 Mac, end round exam dengan markah sebanyak 50 markah ini merangkumi bahagian klinikal dan bahagian lisan. Syria: 21 Mac, syahidnya seorang Tokoh Ulamak terkenal di bumi Syam Syria dan seantero dunia, Syeikh Dr. Sa'id Ramadhan al -Buti telah terbunuh Syahid pada umur 83 tahun di Masjid al -Iman, di Utara Bandar Damsyik. Beliau syahid ketika menyampaikan kuliah mingguan di masjid.

23

ULASAN BUKU

Oleh : Muhammad Syiham bin Rosli

Tajuk Penulis Genre Penerbit Tahun terbit Halaman

: Ungu Karmila : Ramlee Awang Murshid : Triller : Alaf 21 SDN BHD : 2008 : 511

ngu Karmila merupakan sebuah novel thriller yang berlatarkan sebuah vila ungu yang sudah lama tidak berpenghuni, tidak jauh dari perkampungan Orang Asli. Mengimbau kembali beberapa tahun lalu, penulis memulakan cerita dengan kematian misteri Jikon, seorang pemuda Orang Asli selepas memasuki vila tersebut. Misteri tentang vila tersebut diteruskan dengan asal-usul pembinaan vila tersebut 10 tahun yang lalu. Vila tersebut dibina sebagai lambang kasih dan cinta Arif terhadap isterinya, Karmila. Arif merupakan seorang pakar tumbuhtumbuhan dan telah berjaya mencipta satu spesies tumbuhan baru. Bermula daripada sini, pelbagai misteri menyelubungi pasangan ini yang berakhir dengan tragedi pembunuhan yang menyayatkan hati dan telah dikaitkan dengan pelbagai unsur mistik dan spiritual oleh masyarakat setempat. Sejak itu, tiada seorang pun yang berani mendekati vila tersebut. Ema, seorang wanita masyarakat Orang Asli yang berpendidikan, secara diamdiam cuba meneroka vila tersebut. Motifnya hanya satu, iaitu mencari punca sebenar kematian abangnya, Jikon. Pada masa yang sama, Arafat, abang kepada Arif juga telah mengupah beberapa orang penyiasat bagi membongkar rahsia kematian Arif dan Karmila. Sekali lagi, kejadian-kejadian aneh mula terjadi. Vila lama tersebut kembali berhantu. Tragedi silam berulang kembali. Satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga menyancam nyawa. Siapakah yang menjadi korban seterusnya? Bagi mereka yang menggemari novel thriller, saya sarankan anda membaca buku ini. Plot penceritaan yang menarik dan kemas ditambah dengan unsur saspens dan misteri akan membuatkan anda membaca sehingga ke penghujung cerita.
24

ULASAN BUKU Oleh : Nur Shaymak bt Abdullah Judul : Salah Faham Terhadap Islam Tahun terbit : 1955 Penulis : Muhammad Qutb Genre : Pemikiran Penerbit : Dar Shourouk Jumlah Halaman : 223 Pemilik buku :Nur Shaymak Abdullah

ertitik tolak dari penyebaran kekeliruan oleh para orientalis barat terhadap sistem Islam yang lengkap, Muhammad Qutb telah bangkit menganalisis dan merungkai satu-persatu persepsi tersebut dan menghasilkan buku yang akhirnya telah menjadi rebutan di seluruh dunia serta diterjemah ke dalam banyak bahasa sehingga ke hari ini. Muhammad Qutb yang dilahirkan di Asyut, Mesir merupakan adik kepada pemikir Islam terkenal Syed Qutb. Beliau telah mengarang banyak buku dan berusaha menyambung perjuangan abangnya. Menurut beliau, buku ini ditulis istimewa untuk golongan anak-anak muda yang suka berfikir dan ikhlas mahu mencari kebenaran Islam tetapi telah dikaburi dengan kesangsian dan kebohongan kuasa-kuasa imperialistik Barat. Antara salah faham yang ditimbulkan adalah seperti; Adakah sistem yang telah menghalalkan perhambaan, feudalism, kapitalisme, merendahkan nilai wanita, mengurung mereka dalam rumah, menjalankan hukuman rejam dan memotong tangan, serta tidak memberikan jaminan hidup lumayan boleh mengharungi pertarungan hebat di zaman moden ini dan mengatasi kehebatan sistem Eropah dan pelbagai lagi persoalan telah dibentangkan dalam buku ini.

Orang-orang Inggeris telah menjajah minda kita membuatkan ramai anak muda beranggapan bahawa Eropah merupakan contoh terbaik dalam pelbagai aspek aspek. Pendek kata, mereka mendoktrinkan pemuda-pemuda Islam bahawa mereka adalah negara terulung yang tidak dapat ditandingi. Negara Islam pula adalah negara Awang Kenit yang kerdil dan tidak boleh berdiri atas kaki sendiri.
Secara tulusnya, setiap baris ayat dalam buku ini amat berharga buat saya. Ia sangat membuka minda dan mengajar saya pelbagai erti dalam perjuangan. Apa yang ditunggu lagi,cepat dapatkan buku ini di pasaran dan boleh juga dimuat turun dalam bentuk PDF. Selamat membaca!
25

CERPEN BERSIRI

Diorang dah pergi Alcazaba kot, jawab Rasul. Dia meluruskan tangan kirinya ke atas menyebabkan lengan bajunya sedikit tertarik, menampakkan Tag Heuer Carrera Calibre 16 bersilau dipanah matahari. Patutlah. Dah pukul sembilan lima minit ni. Jomlah gerak ke sana, katanya lagi dengan wajah yang sedikit Oleh: WATI risau. Kenapa? Ada apa kat sana? Adam kebingungan. Wajahnya berkerut seribu, menagih jawapan. Sebab kat sana ada Nasrid Palace, balas Rasul sambil mengeluarkan tiketnya daripada poket seluar. Dia menghulurkan tiket itu kepada Adam sambil menuding jarinya pada tulisan kecil yang tertera di atasnya. Tengok ni. Horario Palacios Nazaries. Maksudnya visit hour Nasrid Palace. Bawah tu ada tulis 9.30 pagi. Kita kena masuk sana by 9.30 jugak. Kalau tak, nanti dia tutup, Rasul cuba menerangkan kepada Adam. Sedar tak sedar, mereka telah pun berjalan sehingga ke pintu masuk Generalife. Jauh juga mereka terlajak jalan. Adam mengalihkan pandangannya pada istana al-Hambra yang kelihatan jauh di sebelah bukit sana. Kepalanya ligat memikirkan sempatkah menuju ke sana dalam masa 20 minit? Kenapa tak dari tadi je kau Adam menoleh ke kiri. Kata -katanya terhenti apabila melihat Rasul yang telah pun berjalan terlebih dahulu meninggalkannya tercegat seorang diri di hadapan Generalife. Haishh mamat ni! Adam bersungut lantas dia terus berjalan dan mempercepatkan langkahnya mengekori Rasul dari belakang. ******* Ini dulu tapak masjid, terang Rasul sambil menunjuk ke arah gereja di sebelah kanannya. Saint Marys Church. Yang bangunan kecil ni, bilik air masjid yang asal. Hammam kalau dalam bahasa arab dia, tambahnya lagi. Adam memandang sekilas pada papan tanda di tepi bangunan kecil itu. Bao de la Mezquita (The Bath of Mosque). Setelah melangkah ke kawasan itu, barulah Adam sedar rupa-rupanya para pelancong lain semuanya sudah berada di sekitar Alcazaba. Hanya dia dan Rasul sahaja yang tersesat menuju ke Generalife. No wonder lah sunyi sahaja kawasan Generalife tadi. Yang ini bangunan apa pulak? tanya Adam sambil kepalanya mendongak ke atas melihat bangunan yang tersergam megah di hadapannya.

SEPANYOL AKU DATANG

26

CERPEN BERSIRI

Seingat aku tiba-tiba Rasul membahasakan dirinya aku, terasa lebih selesa dan tak janggal, ini istana yang dibina oleh orang Christian setelah mereka tawan kota Alhambra. Tapi tak ingat apa nama bangunan ni. Adam mengangguk-anggukkan kepalanya. Mana kau tau semua ni? Memang buat research ke sebelum datang sini? tanya Adam kehairanan. Rasul tergelak besar ketika dilabel sebegitu rupa. Ini kali kedua aku datang sini. Tahun lepas, aku datang dengan geng.Backpackers style. Rasul memperlahankan langkahnya apabila tiba di hadapan Nasrid Palace. Buat apa datang kali kedua? tanya Adam. Wajahnya tertunduk ke bawah. Sesekali kasutnya diseretkan pada konkrit merah yang tersusun rata di atas tanah, bermain dengan butiranbutiran ais yang kelihatan seperti biji kristal yang bertaburan. Saja, rindu Andalusia. Rindu kegemilangan Islam yang pernah hidup dan memerintah kat sini suatu ketika dahulu, ujar Rasul. Terdengar keluhan nafas yang berat di hujung kata-katanya. Jom, pintu dah bukak tu, sambung Rasul. Tangan kekarnya dipautkan pada bahu kanan Adam, mengajaknya berjalan bersama. ***** Fuh, smart gila! Impressive.

Adam meneliti satu-persatu kaligrafi khat yang terukir pada dinding Hall of the Abencerrages. Khat ni umur 700 tahun ke? Biar betul? dia seakan-akan tidak percaya. Jarinya menyentuh halus ukiran Wa La Ghalib Illa Allah lalu melontarkan pertanyaan, Apa maksud ayat ni? Rasul yang ralit mengambil gambar patung singa di Palace of the Lions lantas menoleh ke belakang. Ayat mana? Matanya meliar mencari ayat yang dimaksudkan oleh Adam. Ini lah, jawab Adam sambil jarinya menyentuh ukiran pada dinding itu. Oh, yang itu, tak silap aku, Tiada Kemenangan Melainkan Allah, balas Rasul. Setiap dinding dalam Al-hambra ada terukir ayat ni, perasan tak? Adam melihat sekelilingnya sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Dikisahkan, ayat ni menjadi peringatan kepada orang Islam zaman tu untuk meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada Allah, secara tak langsung memberi semangat kepada mereka untuk berjuang. Dan supaya mereka tak lupa, setiap apa yang mereka kecapi itu, semuanya datang dari Allah. Cuba pandang atas, dongak Rasul ke arah siling Hall of Abencerrages.

27

Oleh : popo

Anda mungkin juga menyukai