Anda di halaman 1dari 7

Cuaca dan Iklim 1. Malaysia mengalami iklim jenis khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun. 2.

Ciri-ciri iklim di Malaysia : a. suhu b. angin c. hujan 3. Suhu di Malaysia adalah tinggi dan hampir sekata sepanjang tahun. 4. Purata suhu di Malaysia adalah 27C 5. Perbezaan suhu setiap bulan adalah kecil iaitu 1C hingga 2C 6. Malaysia menerima tiupan angin Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya. 7. Angin Monsun Timur Laut Bertiup antara bulan November hingga Mac. 8. Angin Monsun Barat Daya bertiup antara bulan Mei hingga September. 9. Angin Sumetera bertiup antara bulan April hingga Mei dan antara bulan September hingga Oktober 10. Hujan di Malaysia dipengaruhi oleh tiupan angin monsun. 11. Oleh itu, Malaysia menerima hujan sepanjang tahun. 12. Jumlah hujan di Malaysia ialah 2600 mm setahun.

13. CIRI-CIRI IKLIM DI MALAYSIA 14. Malaysia mengalami iklim khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun. 15. Kawasan di dunia yang terletak antara 5 o hingga 10o Utara dan Selatan dari garisan khatulistiwa mengalami iklim khatulistiwa. 16. Min suhu tahunannya adalah di antara 26o hingga 27oC. 17. Julat suhu tahunannya kecil iaitu kurang daripada 2oC kerana : 18. Malaysia dikelilingi oleh laut. 19. Hujan lebat turun sepanjang tahun. 20. Banyak awan. 21. Kelembapannya tinggi iaitu kira-kira 80oC. 22. Julat suhu hariannya ialah kira-kira 12oC. 23. Suhu waktu siang mungkin naik ke 33oC. 24. Suhu waktu malam mungkin turun ke 21oC. 25. Malaysia menerima hujan lebat iaitu antara 2000 hingga 3000 mm setahun. 26. Kebanyakan hujan yang turun adalah hujan perolakan dan hujan bukit. 27. Hujan paling lebat turun dalam bulan April dan Oktober semasa peralihan angin monsun dalam bentuk hujan perolakan. 28. Angin Monsun Barat Daya (Mei hingga September) dan Angin Monsun Timur Laut (November hingga Mac) membawa hujan bukit.

Lembaran Kerja (a) Hujan Perolakan i. Fenomena ini biasanya terjadi pada waktu siang. ii. Hujan ini turun secara tiba-tiba dan disertai dengan kilat dan petir. iii. Jenis awan yang terbentuk ialah

awan kumulonimbus.

(b) Bayu Darat

i.

Fenomena ini berlaku pada waktu malam. ii. Laut menjadi panas dan menjadi kawasan tekanan tinggi. iii. Bayu darat bertiup dari darat ke laut.

(c) Bayu Laut

i.

Fenomena ini berlaku pada waktu siang. ii. Daratan menjadi panas dengan lebih cepat berbanding dengan laut. iii. Udara di laut mengalami tekanan rendah manakala udara di daratan mengalami tekanan tinggi.

Hujan Perolakan Matahari memanaskan udara di permukaan bumi dari pagi hingga petang. Udara panasmengembang dan naik ke atas kerana udara itu lebih ringan daripada udara disekelilingnya. Kejadian ini dinamakan perolakan. Udara itu akan naik kebeberapa ribumeter ke atas dan berlakulah pemeluwapan, iaitu udara menjadi awan. Awan yangterbentuk ini dinamakan kumulonimbus. Lama-kelamaan awan akan bertukar menjadihujan lebat. Hujan ini kerap terjadi pada waktu petang beserta kilat dan petir. Ia turundalam kawasan yang kurang daripada 50km persegi dan dalam masa kurang daripada6 jam. Hujan ini dinamakan hujan perolakan. Hujan Bukit

Apabila Angin Monsun Timur Laut dan Angin Monsun Barat Daya bertiup, hujan bukitakan turun dengan lebat di kawasan pergunungan dan bukit tinggi. Apabila angin yangbertiup dari laut ini dirintangi oleh tanah tinggi, ia bergerak ke atas dengan pantas.Udara di dalam angin menjadi semakin sejuk dan berlakulah pemeluwapan danterbentuklah awan hujan. Apabila awan ini semakin tinggi ia menjadi titisan hujan yangturun dengan lebat di hadapan tanah tinggi, iaitu yang menghala ke laut. Kawasan dibelakang gunungmenjadi kawasan lindungan hujan dan menerima sedikit hujan keranawap air telah diturunkan di hadapan gunung. Hujan ini dinamakan hujan bukit.

Bayu Darat dan Bayu Laut


Share11

Ciri-ciri bayu darat : ~berlaku pada waktu malam ~angin bertiup dari darat ke laut ~darat kehilangan haba lebih cepat~menjadi sejuk (tekanan udara tinggi) ~laut menjadi panas (tekanan udara rendah)

Ciri-ciri bayu laut : ~berlaku pada waktu siang ~bertiup dari laut ke darat ~laut kehilangan haba dengan cepat~menjadi sejuk (tekanan udara tinggi) ~daratan menjadi panas lebih cepat berbanding laut (tekanan udara rendah)

Faktor yang mempengaruhi Cuaca dan Iklim di Malaysia 1. Terdapat beberapa faktor utama yang mempengaruhi iklim di Malaysia, iaitu :

Bentuk muka bumi - suhu lebih rendah di kawasan tanah tinggi.

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Kedudukan - hampir dengan garisan khatulistiwa (menerima pancaran matahari yang banyak). Jarak dari laut - suhu disederhanakan oleh bayu laut dan bayu darat. Angin-angin Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut - membawa hujan lebat dan dapat menyederhanakan suhu. Kedudukan Malaysia terletak di antara garisan lintang 1U hingga 7U. Iklim negara kita mengalami panas dan lembab sepanjang tahun. Suhu di sesuatu kawasan dipengaruhi oleh keadaan bentuk muka bumi. Suhu rendah di kawasan tinggi seperti Cameron Highland berbanding kawasan rendah seperti Ipoh. Taburan hujan di Malaysia dipengaruhi oleh angin monsun. Angin Monsun Timur Laut membawa hujan lebat. Kawasan yang paling banyak menerima hujan ialah Bukit Larut manakala kawasan yang kurang menerima hujan ialah Kuala Pilah. Suhu di pulau menjadi rendah kerana disederhanakan oleh air laut. Contohnya suhu di Pulau Pangkor adalah rendah berbanding dengan Ipoh.

Pengaruh iklim terhadap kegiatan ekonomi penduduk. 1. Antara kegiatan ekonomi penduduk yang dipengaruhi oleh iklim ialah : a. pertanian b. perikanan c. pelancongan d. pembalakan 2. Ciri iklim di Malaysia menggalakkan kegiatan pertanian seperti penanaman padi, getah, kelapa sawit, nanas dan koko. 3. Suhu yang rendah di kawasan Cameron sesuai untuk penanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan. 4. Penangkap ikan dapat dijalankan bila laut tidak bergelora 5. Nelayan pantai timur tidak menagkap ikan ke laut pada masa angin Monsun Timur Laut bertiup.

6. Cuaca yang panas menggalakkan pelancong asing ke pinggir pantai untuk menikmati keindahan pantai. 7. Selain itu kawasan tinggi menjadi tempat pelancong untuk menikmati suhu dan udara yang segar. 8. Iklim khatulistiwa menggalakkan pertumbuhan pokok-pokok di hutan. 9. Pokok seperti cengal, merbau dan keruing dapat tumbuh subur kerana ada cuaca panas dan lembab sepanjang tahun. 10. Pokok-pokok di dalam hutan ditebang, diproses dan dieksport ke luar negara. Bencana Alam 1. Hujan, suhu dan angin boleh mengakibatkan bencana alam. 2. Bencana alam yang berlaku di Malaysia ialah a. Banjir b. Tiupan angin kencang c. Kemarau

Zon Iklim Dunia Zon iklim dunia terdiri daripada Zon Panas, Zon Sederhana Panas, Zon Sederhana Sejuk dan Zon Sejuk. Ciri-ciri bagi kawasan zon iklim tersebut ialah : 1. Zon Panas Suhunya berada di antara 32-40 darjah celcius. Hujan tahunan kurang daripada 250 mm. Contoh kawasan : Gurun Sahara, Gurun Arab dan Gurun Atacama. 2. Zon Sederhana Panas Berkeadaan panas dan kering ketika musim panas. Suhu antara 21-24 darjah celcius. musim sejuknya adalah sederhana sejuk dan lembap iaitu sekitar 10 darjah celcius. Hujan tahunan 600-800 mm. Contoh kawasan : Pantai Mediterranean dan Carlifornia Tengah. 3. Zon Sederhana Sejuk Musim panasnya sederhana sejuk iaitu sekitar 18-21 darjah celcius. Musim sejuknya panjang iaitu -17 darjah celcius. Hujan turun dalam bentuk salji. kawasan ini mengalami kejadian empat musim (Musim Panas, Musim Luruh, Musim Sejuk dan Musim Bunga) Contoh Kawasan : Canada dan Utara China. 4. Zon Sejuk Sejuk sepanjang tahun.

Suhu musim panasnya 10 darjah celcius iaitu selama 3 bulan sahaja. Musim sejuknya panjang dan suhunya -45 darjah celcius. Hujan turun dalam bentuk salji. Contoh kawasan : Greenland, Iceland dan Antartika.

Anda mungkin juga menyukai