Anda di halaman 1dari 4

KEMAHIRAN BERFIKIR 1.0 1.

1 PENGENALAN KONSEP BERFIKIR

BF2311D1

Berfikir merupakan satu proses penjanaan idea yang melibatkan aktiviti mental dan otak manusia untuk berfikir.Semasa berfikir proses pembinaan ilmu dan kefahaman amat penting supaya idea yang dihasilkan dapt membantu dalam menghasilkan dan memperolehi sesuatu penjanaan idea yang baru.Semasa berfikir , otak akan bertindak bagi memahami ransangan dari luar yang diterima melalui idea , membentuk hasil , membuat tafsiran , inferens , dan tindak balas berdasarkan pengalaman yang sedia wujud di dalam otak. Selain itu , menurut The Penguin Dictionary of Psychology (2001) , berfikir (thinking) merupakan manipulasi kognitif atau mental secara berselindung dengan idea , imej , simbol , perkataan , pernyataan , memori , konsep , persepsi , percayaan atau kehendak.Ringkasnya , berfikir merangkumi semua aktiviti mental yang berkaitan dengan pembentukan konsep , penyelesaian masalah , pemikiran intelektual ,kreativiti pembelajaran yang kompleks , proses simbolik , imagen dan sebagainya. Menurut kamus dewan , fikir bermaksud akal atau keupayaan untuk berfikir. Manakala berfikir pula bererti menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu.Oleh itu dapat disimpulkan bahawa kemahiran berfikir ialah kemahiran menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan.

Selain itu , menurut pandangan tokoh iaitu Edward de Bono (1976) menyatakan kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu. Manakala Dewey ( 1910 ) , beliau menegaskan bahawa pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.Beliau juga menyatakan berfikir

KEMAHIRAN BERFIKIR

BF2311D1

ialah satu operasi yang menggunakan fakta-fakta yang sedia ada untuk mencadangkan fakta-fakta yang lain supayafakta dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada. Seterusnya , menurut Beyer pula , beliau mendefinisiskan berfikir sebagai memanipulasi input deria dan persepsi yang diingat kembali secara mental untuk membentuk pemikiran , sebab atau keputusan. Menurut pandangan Islam , berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi.Tenaga ini diperolehi melalui tafakur. Ennis (1985) berpendapat bahawa kemahiran berfikir sebagai pemikiran yang tajam dan munasabah serta difokuskan untuk memastikan apa yang hendak dibuat atau dipercayai. Oleh itu , dapat disimpulkan bahawa kemahiran berfikir merupakan satu proses berfikir yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguaan atau masalah yang timbul dengan menggunakan cara seperti membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami. 1.2 PROSES BERFIKIR

Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang .Operasi berfikir terbahagi kepada dua jenis iaitu operasi kognitif dan operasi meta kognitif.Operasi Kognitif ialah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari,seperti mengelas , membanding , membuat urutan dan lain lain.

Manakala.Operasi Meta kognitif pula merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara komponen-komponen berfikir.

KEMAHIRAN BERFIKIR 1.3 PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR

BF2311D1

Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif.

Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah.

Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila kita perlukan berfikir secara logik, kreatif dan lateral. Kita juga perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan apakah hasil yang diharapkan.

Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang lebih baik. Setiap idea perlulah dilihat secara global supaya perincian kita tidak lari atau melencong dari skop atau landasan yang sebenar. Setiap pemikiran haruslah di akhiri dengan tindakan yang seharusnya mendatangkan kesan yang baik pada orang lain.

KEMAHIRAN BERFIKIR 1.4 PENGKELASAN KEMAHIRAN BERFIKIR

BF2311D1

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF

1. Membanding dan membeza 2.Mengkategori 3.Menciri 4.Menghurai 5.Menyusun mengikut tertib,kronologi atau keutamaan 6.Menaakul 7.Menganalisis 8.Merumus 9.Membuat Inferens 10.Menilai maklumat dan inferens

1.Menjana dan menghasilkan idea. 2.Mmebuat Hipotesis 3.Meramal perkara baru 4.Mensintesis 5.Menghubungkait 6.Mencipta metafora , analogi atau definisi. 7.Mereka Cipta. 8.Mengarang 9.Melukis

Kemahiran Membuat Keputusan Kemahiran Menyelesaikan Masalah