Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN JAWATANKUASA PERALATAN

Tarikh Masa Tempat Ketua AJK

: 15-19 Oktober 2012 : Sepanjang Program Pendidikan Luar : Empangan Kg. Sungai Buluh,Jelebu,N.Sembilan : Mohd Nadly b Osni Anuar : Mohd Fairuz b Mohd Sahid

Sebelum Semua ahli jawatankuasa (AJK) peralatan telah mengadakan satu mesyuarat di laman sesawang iaitu facebook kumpulan. Mesyuarat diadakan bagi mengenalpasti peralatan dan menyenaraikan peralatan yang akan digunakan dalam program ini. Kemudian kami memberi masa seminggu untuk setiap ketua aktiviti untuk memberi senarai peralatan yang akan digunakan sepanjang program Pendidikan Luar berlangsung. Setiap AJK perlu mendapatkan kepastian alatan yang akan digunakan daripada pensyarah aktiviti yang terlibat dalam program ini. Pada 12 dan 14 Oktober 2012, semua peserta PPG PJK Kumpulan 1 dan 2 semester 3 ambilan Jun 2011 berkumpul dan memeriksa segala peralatan yang akan dibawa. Tindakan ini penting kerana bagi memastikan peralatan yang akan akan digunakan berada dalam keadaan selamat dan baik. Dalam program Pendidikan Luar kali ini, kami banyak menggunakan peralatan sendiri. Setelah pemeriksaan terakhir dibuat, segala peralatan yang disenaraikan di susun dengan teratur dan kemas bagi memudahkan kerja untuk mengangkat dan dimasukkan ke dalam lori dan seterusnya dibawa ke tempat perkhemahan.

Semasa Ketika program ini dijalankan, AJK peralatan menjalankan peranan dengan memastikan peralatan yang digunakan diselenggara dengan baik. Peralatan aktiviti ditempatkan di khemah peralatan. Segala peralatan diperiksa sebelum dan selepas aktiviti. Peralatan yang digunakan akan disimpan dalam bekas yang disediakan

setelah kerja pembersihan alatan dilakukan. Pada akhir program ini, segala akan diperiksa lagi sekali lagi sebelum dikemas untuk dimasukkan ke dalam lori.

Selepas Pada 19 Oktober 2012, kami sampai di IPGM Kampus Raja Melewar pada jam 2.30 petang. Segala peralatan diturunkan dari lori di Jabatan Pendidikan Jasmani. Segala peralatan diperiksa bagi memastikan alatan yang dikeluarkan adalah sama keadaannya seperti sedia ada. Segala peralatan yang telah digunakan dibersihkan terlebih dahulu sebelum proses penyimpanan di stor peralatan.

Masalah Yang Dihadapi Peserta program kebanyakkannya menetap berjauhan dari IPGM, maka kekurangan tenaga untuk menguruskan alatan. Selain itu juga, perjumpaan antara AJK peralatan juga kurang menyebabkan berlaku sedikit masalah komunikasi untuk mengumpul alatan.

Cadangan Penambahbaikan Setiap AJK dapat menjalankan tugas dan peranan dengan jujur, dedikasi dan bersedia menyumbang tenaga pada bila-bila masa sahaj jika diperlukan oleh pihak lain dan sanggup mengenepikan urusan berkaitan diri sendiri.

Refleksi Alhamdulillah, saya telah Berjaya mengharungi salah satu tugasan yang mencabar iaitu Program Pendidikan Luar yang diadakan selama 5 hari 4 malam di Empangan Kampung Sungai Buluh,Jelebu.. Terima kasih kepada semua yang membantu dalam melancarkan program ini terutamanya pensyarah-pensyarah program yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan galakan. Tidak lupa juga kepada AJK peralatan dan rakan-rakan yang lain kerana dapat menjalankan tugas dan peranan dengan jujur serta melaksanakan tanggungjawab dengan jayanya. Pengurusan peralatan memerlukan komitmen yang tinggi bagi memastikan program ini berjalan dengan lancer. Selain itu, AJK peralatan serta rakan-rakan kelas banyak memberi kerjasama yang tanpa berkira. Kami semua bersama-sama menguruskan segala yang berkaitan dengan peralatan walaupun ada dikalangan kami sibuk menguruskan tugas yang lain. Setiap arahan yang dikeluarkan oleh AJK peralatan atau pensyarah juga telah

dipatuhi dengan baik. Pada pendapat saya selaku ketua AJK peralatan, segala masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan mudah dan pantas dengan adanya kerjasama yang mantap daripada semua pihak. Tanpa kerjasama mereka semua segala yang dirancang tidak akan dapat dijalankan dengan baik dan akan menimbulkan banyak masalah. Saya berharap agar segala pengalaman sepanjang menguruskan peralatan ini akan memberi pengajaran yang berguna pada diri saya dan rakan-rakan yang lain. Akhir kata, yang baik dtang dari Allah dan segala kelemahan datang dari diri saya sendiri. Amin.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

................................................... (MOHD NADLY B OSNI ANUAR ) Ketua AJK Peralatan, Program Pendidikan Luar, PPG PJK Ambilan Jun 2011, IPGMK Raja Melewar.

................................................... ( MOHD FAIZAL B MOHD HANIF) Pengerusi, Program Pendidikan Luar, PPG PJK Ambilan Jun 2011, IPGMK Raja Melewar.