Anda di halaman 1dari 5

PERSEDIAAN SEBELUM PERTANDINGAN Lazimnya, sebelum melaksanakan sesuatu acara, ahli-ahli sesuatu persatuan, dari orang yang memegang

jawatan tertinggi hinggalah kepada ahli-ahli jawatankuasa kecil terlebih dahulu akan mengadakan perjumpaan atau mesyuarat untuk berbincang dan berkongsi idea tentang penganjuran sesuatu aktiviti. Dalam hal ini, aktiviti Persatuan Sains dan Matematik SK. Nukahan akan dianjurkan oleh guru-guru pembimbing. Di kalangan guruguru pembimbing, ketua akan meminta salah seorang guru untuk membuat kertas kerja pelaksanaan aktiviti atau pertandingan yang akan dianjurkan. Kertas kerja yang akan dibuat perlu merangkumi beberapa perkara penting seperti belanjawan pertandingan dan jawatankuasa atau tugas-tugas yang akan dipegang dalam pelaksanaan aktiviti itu kelak. Kertas Kerja Dalam melaksanakan sesuatu pertandingan, walaupun pertandingan tersebut tidak memakan belanja yang besar, namun penyediaan kertas kerja adalah sangat penting dan diperlukan. Melalui penyediaan kertas kerja itulah maka pelbagai perkara penting dapat diketahui bermula dengan objektif pelaksanaan pertandingan tersebut, ahli-ahli jawatankuasa yang akan melaksanakan pertandingan tersebut serta belanja-belanja dan anggaran-anggaran kos sepanjang pertandingan tersebut dijalankan. Kertas kerja ini perlu disemak oleh Penolong Kanan Ko-Kurikulum sebelum disahkan oleh Guru Besar. Dengan adanya kertas kerja yang telah mendapat pengesahan daripada Guru Besar sekolah, maka senanglah pihak pentadbiran sekolah mengeluarkan belanja untuk pertandingan yang akan dilangsungkan kelak. Saya akan memasukkan contoh kertas kerja yang telah saya buat dalam pelaksanaan pertandingan yang akan dianjurkan oleh Persatuan Sains dan Matematik kelak. Dalam kertas kerja ini ada dinyatakan secara jelas dan ringkas mengenai beberapa aspek penting dalam pelaksanaan sesuatu pertandingan, contohnya anggaran perbelanjaan, tugas-tugas, jadual pertandingan mahupun tujuan atau objektif penganjuran pertandingan tersebut.

KERTAS KERJA PERTANDINGAN SAINS DAN MATEMATIK SEMPENA MINGGU SAINS DAN MATEMATIK SK. NUKAHAN, 2013 PENGENALAN Program ini adalah anjuran oleh Panitia Sains dan Matematik SK. Nukahan, yang merupakan salah satu daripada program tahunan Panitia ini. Program ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik kerana program-program yang telah dirancang akan mampu memberi perangsang murid-murid agar meminati bidang Sains dan Teknologi serta Matematik seterusnya mampu melahirkan murid-murid yang berketrampilan, kreatif dan inovatif. MATLAMAT 1. Menarik minat murid-murid terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik serta melahirkan murid yang bermotivasi tinggi. 2. Sebagai pengisian kepada waktu lapang dengan perkara yang berfaedah dan bermanfaat. 3. Untuk meningkatkan pencapaian akademik seterusnya mencapai target yang telah ditetapkan. 4. Menyahut cabaran dan gesaan negara dalam melahirkan murid-murid yang kompeten dalam bidang sains dan teknologi, inovatif dan kreatif selaras dengan hasrat PIPP, teras kedua iaitu melahirkan modal insan berdaya saing tinggi. 5. Melahirkan murid-murid yang bersatu-padu melalui pertandingan atau permainan secara berkumpulan. OBJEKTIF 1. Menilai tahap penguasaan murid-murid dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. 2. Menyemai rasa sukakan dan cintakan Sains dan Matematik. 3. Meningkatkan penguasaan murid-murid terhadap Sains dan Matematik. 4. Merapatkan hubungan mesra dan silaturrahim antara guru-guru dan murid-murid 5. Melahirkan murid-murid yang kreatif dan inovatif

KUMPULAN SASARAN Semua murid dan guru-guru SK. Nukahan, Beaufort. TARIKH PELAKSANAAN Tarikh Hari Masa Tempat : 10 hingga 12. April. 2013 : Rabu hingga Jumaat : Selepas waktu rehat (Rabu dan Jumaat) 7.20 10.10 dan 10.30 1.00 (Khamis) : Kelas Tahun 5 dan 6, Pondok Bacaan

JADUAL PELAKSANAAN Rujuk Lampiran 1 ANGGARAN PERBELANJAAN Rujuk Lampiran 2 JAWATANKUASA PROGRAM Rujuk Lampiran 3 Disediakan Oleh, (EN. AZRIN BIN MOHD. YUSOF) Ketua Guru Penasihat Panitia Sains dan Matematik Disemak Oleh, (EN. HAZLAN BIN MOHD. JANI) Penolong Kanan KoKurikulum Disahkan Oleh, (EN. SABLI BIN MAT JANIH) Guru Besar, SK. Nukahan, Beaufort.

Lampiran 1 JADUAL PELAKSANAAN TARIKH / HARI AKTIVITI Kuiz Matematik Tahap 1 10/04 (Rabu) Kuiz Sains Tahap 2 Kuiz Sains Tahap 1 Kuiz Matematik Tahap 2 11/04 (Khamis) Cari Harta Karun MathsSains Melukis Modal Rekaan Gajet Tahap 1 dan 2 Bijak Sifir (Tahap 1) Bijak Mengira (Tahap 2) 12/04 (Jumaat) Acara Penutupan dan Penyampaian Hadiah 11.40 12.40 7.20 8.20 8.30 9.30 9.40 10.10 10.30 11.30 MASA 10.30 11.30 GURU BERTUGAS En. Radey Ismail Pn. Nurjinah Jakri Pn. Siti Fatimah M. Khalis Pn. Salamah Hj. Liusin En. Nawawi Ag. Amin En. Azrin Mohd. Yusof En. Nawawi Ag. Amin En. Azrin Mohd. Yusof Pn. Ermetah Johari En. Mohammad Badron En. Arin Mohd. Yusof Pn. Nurjinah Jakri Semua guru Cik Faridah Hj. Yunus En. Ramdan Tahir Pn. Ermetah Johari En. Hazlan Md. Jani En. Radey Ismail Pn. Nurjinah Jakri En. Mohammad Badron En. Azrin Mohd. Yusof Semua guru

11.40 1.00 10.30 11.30

Lampiran 2 ANGGARAN PERBELANJAAN PERKARA KUANTITI Hadiah: Alat tulis (pen, pensil) 63 X 2 = 126 batang Buku latihan 15 pek Pembalut hadiah 10 keping JUMLAH KESELURUHAN HARGA 126 X RM 2.00 = RM25.20 15 X RM5.50 = RM82.50 10 X RM1 = RM10.00

Lampiran 3

JAWATANKUASA PROGRAM PENASIHAT EN. SABLI BIN MAT JANIH GURU BESAR PENGERUSI PN. NURJINAH JAKRI GPK1 SETIAUSAHA EN. AZRIN MOHD. YUSOF KETUA GURU PENASIHAT PANITIA SAINS DAN MATEMATIK BENDAHARI EN. NAWAWI AG. AMIN GURU PENASIHAT SAINS AJK VENUE EN. RADEY ISMAIL EN. HARUN HJ. SUNTRAK AJK AKTIVITI LUAR EN. HAZLAN MD. JANI EN. MOHD. ASIF ZAINOL

AJK HADIAH PN. SALAMAH HJ. LIUSIN PN. ERMETAH JOHARI PN. SITI FATIMAH M. KHALIS

PENGACARA EN. RAMDAN TAHIR PN. ZURIAH ZULKIFLI

Anda mungkin juga menyukai