Anda di halaman 1dari 16

Apa yang dapat ita nasihatkan disini, baca setiap resepi dengan betul.

Fahami fungsi setiap bahan, sediakan bahan-bahan yang diperlukan sebaiknya, sukatan bahan haruslah tepat sebagaimana yang tercatat dalam resepi. Jangan mengubah bahan tanpa kita ketahui fungsinya, jangan menggunakan teknik anggaran bila menyukat bahan lebih-lebih lagi jika kita nak menyediakan kek yang amat sensitive cara pengolahannya. Pastikan kita telah bersedia 100% mental dan fizikal bila nak membuat kek. Jangan ambil jalan shortcut dengan memandai-mandai mengedit beberapa bahan dalam resepi sekiranya kita bukan pakar masakan. Pastikan kita memahami fungsi oven kita yang sebenarnya. Kepanasan sesuatu oven banyak bergantung pada jangka hayat oven tersebut. Pastikan tepung, serbuk koko, baking powder diayak terlebih dahulu. Pastikan juga telur berada dalam keadaan segar. Kita juga kena fahami beberapa teknik dan bahasa baking seperti, double boiler, kukusan, kaub balik adunan, tempering, softpeak, meringue, kental, putih gebu, gebu ringan, berkrim, sebati dan lain-lain lagi. Bila kek dah siap, gunakanlah kreativiti kita pula untuk mencorakkannya sebaik mungkin. Ialah dah penat-penat bersinsing lengan didapur tiba-tiba kita seperti melepaskan batuk ditangga pula bila menyudahkan decorasinya. Deco adalah sangat penting, kerana dari mata meruntun ke hati.. Bila memasak juga kita diuji dengan sifat sabar yang tinggi. Kek yang telah siap tidak boleh terus dipotong, simpan dalam peti ais jika kek berkrim, cheese cake, mouse cake atau kek berganache. Paling kurang 4 jam dan sebaiknya semalaman, untuk kita mendapatkan potongan yang menarik.

Macam mana ? dah bersedia nak menyediakan kek ? Jom bersama Dalili terokai cara penyediaan Swiss Roll Zirafah yang unik ini yokk!!

SWISS ROLL ZIRAFAH


Sumber : Everybody Eats Well in Flanders Di alih bahasa oleh : Citarasawan Mula-mula sediakan loyang berukuran 10 X 10 inc Lukiskan corak zirafah di atas sekeping kertas minyak Sapukan atau griskan loyang dengan butter Terbalikkan kertas minyak yang telah dicorakkan tadi dan letakkan di dalam loyang Sapukan atau griskan atas kertas minyak tadi dengan butter sehingga rata, ini bertujuan supaya corak tidak melekat pada kertas minyak apabila kertas minyak di tanggalkan Setelah siap ketepikan Sekarang kita mulakan proses untuk menyediakan kek Mula-mula kita sediakan dahulu adunan coklat. Untuk memudahkan kita bahagikan adunan ini kepada 2 peringkat. Peringkat pertama Adunan Coklat Bahan A 3 biji kuning telur 15 gm gula kaster 60 ml air 40 ml minyak mazola / minyak masak 75 gm tepung gandum 1/2 sudu teh esen vanilla

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Satukan gula dan telur Pukul sehingga adunan berkrim Tambahkan esen vanilla Air dan Minyak Pukul adunan hingga sebati Tambahkan tepung Kaup balik adunan hingga rata

9. Ambil 2 sudu besar adunan, asingkan untuk di campurkan dengan adunan corak zirafah Setelah siap ketepikan. Sekarang kita buat pula adunan putih telur (Bahan B) yang akan kita campurkan dengan adunan dari Bahan A. Kita juga akan sediakan Bahan C yang akan kita campurkan sekali dengan adunan Bahan A dan Bahan B Bahan B 3 biji putih telur 50 gm gula kaster 1/4 sudu teh cream of tartar Bahan C 8 gm serbuk koko 1 sudu teh coklat emulco

1. 2. 3.

Pukul putih telur hingga berbuih Kemudian tambahkan cream of tartar dan Gula kaster

4. Pukul bahan ni dengan mixer sehingga ia jadi kental / kaku / bertanduk ( softpeak) 5. Ambil 1/4 adunan dan masukkan di dalam adunan Bahan A yang telah kita sediakan tadi. Gaul rata dengan kaedah kaup balik. 6. Campurkan semua baki yang selebihnya ke dalam adunan dan gaulkan dengan kaedah kaup balik sehingga ia sebati. 7. 8. Sekarang kita tambahkan serbuk koko dari Bahan C Tambahkan juga coklat emulco

9. Dengan kaedah yang sama, kaup balik adunan hingga ia bergaul sempurna. Ketepikan Selesailah proses pringkat pertama. Sekarang kita beralih pula pada proses peringkat ke dua. Proses untuk menyediakan adunan mencorakkan zirafah Peringkat ke dua Adunan Corak Zirafah 1 biji putih telur 2 sudu teh gula kaster 1 sudu teh tepung gandum 2 sudu besar adunan dari Bahan A yang telah kita asingkan tadi

1. Pukul putih telur bersama 2 sudu teh gula kaster sehingga kembang dan bertanduk (softpeak) 2. Tambahkan tepung dan kaup balik adunan sehingga sebati 3. Kemudian kita masukkan pula 2 sudu besar adunan Bahan A yang telah kita asingkan tadi. Gaul rata adunan dengan kaedah kaup balik sahaja. 4. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam piping bag Sekarang boleh lah kita mulakan proses peringkat ke tiga iaitu , melakar corak atas kek dan diikuti proses penyediaan kek kita. Sebelum itu panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170C Ita letak pada rak bawah dan menggunakan api atas dan bawah.

1. Potong hujung piping bag. Paipkan atas lakaran corak yang telah kita lukiskan di atas kertas minyak tadi 2. Setelah siap , bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 1 minit sahaja. 3. Bila adunan dah masak, keluarkan dari oven dan tuangkan pula adunan coklat tadi 4. Ratakan hingga ke setiap penjuru loyang 5. Hentak-hentakkan loyang, untuk menghilangkan gelembung udara yang terperangkap didalam adunan. Bakar adunan di dalam oven pada suhu 190C selama 10 ~ 15 minit sahaja atau sehingga kek kita di masak dengan sempurna. 6. Bila kek telah masak keluarkan dan terbalikkan kek kita tadi di atas redai dengan kertas minyak nya sekali. Jangan buka kertas minyak sehingga kek benar-benar sejuk. Bila kek telah sejuk barulah kita tanggalkan kertas minyak tersebut. Sekarang, bolehlah kita mulakan pula peringkat ke empat. Bahan Filling 100 gm krim putar bukan tenusu ~ Non Dairy Whipping Cream 100 gm Blueberry Filling ~ jika suka

Putar krim putar bukan tenusu / Non Dairy Whipping Cream sehingga kental / kaku ( softpeak) 1. Letakkan kek di atas sekeping kertas minyak dengan corak zirafah di sebelah bawah 2. Letakkan blueberry filling di atasnya dan ratakan

3. Letakkan juga Non dairy Whipping Cream yang telah kita putar tadi 4. Dengan berhati-hati gulung kek membentuk selinder Balut kek dengan kertas minyak dan simpan di dalam peti ais semalaman atau paling kurang 4 jam sebelum di potong.

Anda mungkin juga menyukai