Anda di halaman 1dari 11

USAHA-USAHA KERAJAAN DAN AMALAN MASYARAKAT MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PERPADUAN PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA UNTUK MEMUPUK

Rukun Negara (ideologi kebangsaan)

Konsep 1 Malaysia

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Program Integrasi antara Wilayah

Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

PENGENALAN RUKUN NEGARA (IDEOLOGI KEBANGSAAN)

Bagi menimbulkan satu semangat dan identiti yang sama bertujuan memupuk muafakat dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik. Bertujuan untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu padu serta sebuah masyarakat Malaysia yang adil, demokrasi, liberal dan progresif.

Kepercayaan kepada Tuhan menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mempunyai pegangan agama dan kepercayaan masing-masing. Mereka mempercayai bahawa adanya Pencipta dan agama itu sendiri meletakkan seseorang manusia itu mulia serta perlu hidup dalam harmoni.

Rakyat yang hidup dalam sesuatu pegangan agama, pasti akan timbul nilai-nilai murni di dalam diri mereka untuk setia kepada raja dan negara, patuh kepada undang-undang serta hidup dalam suasana yang hormat-menghormati.

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu. Bahasa Melayu (Malaysia) sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi.

Sukatan pelajaran yang seragam kandungannya untuk semua sekolah di Malaysia. Melaksanakan kegiatan kokurikulum

Pendidikan tidak seharusnya berorientasikan peperiksaan semata-mata Kegiatan kokurikulum dan ekstrakurikular diperkasakan supaya proses pembentukan diri dan pasukan dapat disuburkan dalam kalangan murid, pelajar dan mahasiswa. Sistem pendidikan juga tidak melahirkan insan robotik semata-mata tetapi menyeimbangkan teknologi tinggi dengan sentuhan keinsanan supaya kemajuan yang bakal dibina memiliki etika yang tinggi.

Sukatan pelajaran yang seragam membolehkan setiap kaum di Malaysia berpandangan luas dan berfikiran hampir sama tanpa mewujudkan perselisihan dalam persefahaman. Pelajaran para pelajar tidak terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.

PENUBUHAN JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL (JPNIN)

Untuk memupuk perpaduan dan keharmonian antara kaum. Ini juga merupakan rentetan daripada peristiwa berdarah 13 Mei 1969

Memantapkan integrasi nasional, iaitu merapatkan masyarakat daripada semua negeri di Malaysia, khususnya antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak

Menganjurkan kelas-kelas perpaduan (Pusat Pendidikan Tidak Formal) di seluruh negara dengan mengajar bahasa Melayu, adat resam, nilai-nilai keagamaan masyarakat Malaysia dan pelajaran Sivik Kewarganegaraan

Kegiatan-kegiatan yang bercorak muhibah atau kejiranan seperti kempen kebersihan, pertandingan sukan, rondaan keselamatan dan kelas kejiranan. Menganjurkan khemah kerja kejiranan bagi mengeratkan persefahaman di kalangan belia serta menanam sifat-sifat kewarganegaraan toleransi dan semangat perpaduan

Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) untuk memupuk kerjasama antara masyarakat dengan pihak sekolah menerusi pelbagai kegiatan dan aktiviti

PROGRAM INTEGRASI ANTARA WILAYAH

Satu penggabungan bagi mewujudkan keserasian antara kawasan bandar dengan luar bandar serta antara semenanjung malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

Negeri-negeri yang kurang maju diberi peruntukan perbelanjaan pembangunan yang lebih berbanding dengan negeri-negeri lain yang dianggap maju bagi tujuan merapatkan lagi jurang perbezaan ekonomi wilayah.

Sistem pendidikan telah disatukan. Perhubungan diperkukuhkan lagi melalui perkhidmatan telekomunikasi, pengangkutan udara dan perkhidmatan pos yang baik. Rangkaian radio dan televisyen juga telah disatukan dengan rangkaian radio dan televisyen nasional. Jabatan Perpaduan Negara menganjurkan lawatan-lawatan muhibah untuk membolehkan pemimpin-pemimpin masyarakat Sabah dan Sarawak bertemu dan beramah mesra dengan pemimpin-pemimpin masyarakat Semenanjung Malaysia.

KONSEP 1 MALAYSIA

Lanjutan daripada usaha kerajaan seperti pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, Rukun Negara, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Sosial Negara, dan seumpamanya agar sebarang konik perkauman dapat dielakkan serta pencapaian dapat dipertingkatkan.

Asas-asas yang ada dalam konsep 1Malaysia ini adalah untuk mencapai teras perpaduan antara kaum di Malaysia supaya cita-cita negara untuk mencapai Wawasan 2020 sebagai negara yang berstatus maju tercapai dengan jayanya.

Konsep yang diketengahkan ini menghargai dan menghormati identiti setiap etnik yang ada di Malaysia serta menganggap ia merupakan suatu elemen yang patut dibanggakan oleh semua lapisan masyarakat, di samping mengakui prinsip-prinsip yang ada dalam perlembagaan persekutuan.

ASPEK-ASPEK DI DALAM KONSEP 1 MALAYSIA Penerapan teras-teras perpaduan 1. Sikap menerima Perlu dijadikan budaya dan amalan bagi semua golongan ia rakyat di 2. Budaya ketetapan di mana Penerapan nilai-nilai aspirasi Lapan nilai aspirasi : 1. Mengenai budaya berprestasi tinggi

Malaysia komponen

kerana utama

merupakan mampu

yang

seseorang individu atau komuniti haruslah mendidik sikap menepati masa dalam melaksanakan tugas dan mengutamakan kecekapan

menjadikan rakyat berbilang kaum di Malaysia dapat hidup bersatu padu. Teras ini haruslah diimplementasikan oleh nilai-nilai murni seperti saling hormat-menghormati antara satu sama lain, sabar dan bersopan-santun.

serta ketepatan

3. Budaya ilmu, iaitu kesediaan untuk menimba ilmu pengetahuan dengan

2. Empat aspek : Hormat-menghormati yang berlainan antara kaum agama,

walaupun

berdepan

pelbagai cabaran.

budaya,

bahasa dan adat resam agar dapat mengelak perselisihan daripada faham berlakunya yang mampu

4. Integriti yang tinggi seperti bersih, cekap dan amanah juga perlu ada dalam setiap diri masyarakat agar dalam melaksanakan tugas dan amanah dihormati. sentiasa disegani dan

mengundang tindakan negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan

mempersoalkan peruntukkan undangundang perkauman. berkaitan sensitiviti

5. Ketabahan, iaitu sikap bersedia menerima cabaran dugaan dan serta sabar tidak

Rendah hati atau tawadhuk mengajar kita erti keinsafan dan kesedaran

menempuh

mudah mengaku kalah, sebaliknya mempunyai semangat dan

dalam diri di mana kita merupakan rakyat yang tinggal bersama-sama

keyakinan diri yang tinggi dalam apa jua bidang yang diceburi.

dalam sebuah negara berdaulat.

Kesederhanaan pula merupakan gaya hidup yang tidak terlalu ekstrem yang mana apabila menghadapi situasi yang negatif, tidak mudah terpengaruh dan cuba sedaya upaya mencari jalan penyelesaian melalui rundingan atau mengadakan dialog.

6. Kesetiaan

yang

melibatkan

kesanggupan untuk berkorban dan berbakti kepada negara maruah demi dan

membuktikan

kedaulatan negara dipertahankan dan dijaga.

Berbudi bahasa merupakan tingkahlaku yang bersopan-santun, tata tertib dalam menjalankan hubungan dan

7. Kebijaksanaan,

iaitu

cara

menghadapi situasi dan masalah tertentu dengan penuh hemat dan teliti agar penyelesaian diambil perasaan dan tidak mana-

interaksi sesama kaum bagi menjana kemesraan dan pemuafakatan yang lebih kukuh.

pendekatan menyinggung mana pihak.

8. Budaya

berinovasi

yang

melambangkan rakyat Malaysia itu berani menceburi bidang baru dan juga harus dikenali sebagai

pemimpin dalam pelbagai bidang yang diceburi. Perubahan perlu

dilakukan untuk menjadi lebih baik lagi demi kebaikan dalam

menangani masalah serta bersedia untuk menjadi perintis.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),

Kad Siswa

Kemudahan untuk membantu rakyat

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M),

Baucer Buku 1Malaysia (BB1M)

SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN RUKUN NEGARA SEBAGAI MEKANISME PERPADUAN DI MALAYSIA

Penerapan Rukun Negara dalam kalangan murid sekolah

Ramai rakyat Malaysia yang berhijrah ke luar negara


Amalan mereka terhadap lima prinsip itu tiada kerana di luar negara, mereka berada di bawah prinsip dan undangundang negara lain. Setiap kelakuan atau amalan mereka tidak dipantau dan mereka juga tiada pembimbing.
Kebanyakan rakyat Malaysia yang berada di luar negara bebas melakukan apa sahaja yang mereka inginkan tanpa menghiraukan nama baik negara.

Majoriti generasi muda di Malaysia telah menghafal Rukun Negara tetapi mereka tidak mengamalkannya. Kebanyakan pelajar pula sedar tentang Rukun Negara tetapi tiada pengamalan kerana takut dikategorikan oleh rakan-rakan sebagai skema, terlalu sivik, berdisiplin dan sebagainya.

Hari ini sudah ada rakyat yang tidak lagi mendukung prinsip kedua Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada raja dan negara
Sudah berani mencabar dan mempersoalkan Perlembagaan Negara apabila mempersoalkan tentang hak dan keistimewaan sesuatu kaum seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan. Ada juga yang berani menyuarakan tentangan dengan membakar bendera Malaysia serta menghina kesultanan diraja.

Menggunakan rukun keramat itu bagi kepentingan peribadi dan politik kepartian.

Isu-isu yang boleh menjejaskan perpaduan kaum disentuh tanpa rasa bersalah

Jika ditanyakan kepada generasi muda hari ini, apakah mereka faham dan menghayati falsafah di sebalik Rukun Negara, tentu sebahagian besar daripada mereka gagal untuk memberikan interpretasi yang tepat. Pentingnya generasi muda didedahkan dengan sejarah agar mereka lebih faham dan sedar akan proses pembentukan negara yang berasaskan pelbagai kaum

Penduduk asal negara Malaysia atau warga Bumiputera merupakan majoriti dan mereka menerima etnik-etnik yang lain dengan tangan yang terbuka. Kerajaan sentiasa membuat penambahbaikan bagi menjamin perpaduan kaum antara masyarakat Malaysia. Kesemua perkara tersebut adalah bertumpu kepada matlamat yang satu iaitu menuju kejayaan dalam perpaduan dan mewujudkan masyarakat yang harmoni.

Anda mungkin juga menyukai