Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN PUSAT SUMBER Latar belakang Pusat Sumber Sekolah Lokasi Pusat Sumber Sekolah Pelan sekolah VISI

I ** Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan MISI PSS ** Menjadikan Pusat Sumber Sekolah pusat penyebaran ilmu dan maklumat PIAGAM PSS DEFINISI Pusat sumber sekolah adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. Pusat sumber sekolah memberi tafsiran kepada peranannya yang lebih luas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya; Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis. Pusat sumber menyediakan maklumat , perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran-pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat penndidikan. Ke arah Pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. RASIONAL Pusat Sumber Sekolah adalah sumber maklumat sekolah , guru dan murid perlu meningkatkan perkembangan dalam bidang teknologi dan persediaan maklumat serta memperluaskan fungsi-fungsi Pusat Sumber Sekolah, supaya dapat mewujudkan suatu suasana pengajaran dan pembelajaran yang dinamik dan sumber untuk mempelajari berbagai kemahiran maklumat dengan lebih aktif. Pembelajaran ialah satu proses yang memerlukan interaksi empat komponen utama iaitu "Pelajar , Pengajar , Pendekatan dan Bahan Pemelajaran". Dalam era sains dan teknologi ini bahan pemelajaran ini bukan sahaja terhad kepada buku, alat tulis, carta tetapi meliputi alat-alat alat pandang dengar, alat bantu mengajar dan peralatan elektronik yang canggih seperti video, televisyen , radio, pemain cd dan komputer yang boleh didapati di Pusat Sumber Sekolah.

Pengajaran dan pembelajaran yang banyak menggunakan bahan sumber dan cara penyampaian yang sesuai dengan tajuk pengajaran akan lebih memberikan keberkesanan dan menarik minat serta perhatian pelajar ke arah menguasai pembelajaran yang lebih cemerlang. Seterusnya sekolah dapat mencapai matlamat Fasafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan Kepercayaan, keyakinan, kepatuhan kepada Tuhan. KONSEP PUSAT SUMBER SEKOLAH Pusat sumber sekolah ialah satu tempat yang strategik, mudah dikunjungi oleh pengguna , guru dan pelajar. Ia adalah merupakan tempat berlakunya segala kegiatan yang bertujuan untuk mempertingkatkan taraf profesionalisme keguruan ke arah melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Pusat Sumber Sekolah yang unggul mempunyai aspek-aspek yang berikut:* Lokasi di tengah-tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi, tidak terpisah dari mana-mana bahagian sekolah. * Masyarakat sekolah tahu dan mengenali staf yang mengurus pusat sumber sekolah. * Terdapat berbagai aktiviti galakan penggunaan pusat sumber dijalankan sepanjang tahun. * Masyarakat sekolah merasa senang dan sedia ke pusat sumber sekolah untuk mendapat bahan , alatan dan maklumat. * Mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik. * Perkhidmatan dan koleksi PSS digunakan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. * Masyarakat sekolah memahami peranan PSS sebagai satu khidmat bantu kurikulum.

MATLAMAT PUSAT SUMBER SEKOLAH Sekolah berwawasan mewujudkan pendidikan yang bermutu dengan menggunakan secara optimum segala kemudahan, bahan, peralatan, kelengkapan dan sumber manusia. Pusat sumber sekolah seharusnya menepati keperluan pendidikan masakini yang menitik beratkan penggunaan berjenis-jenis media supaya membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pelbagai sumber dan berorientasikan aktiviti-aktiviti secara individu atau kumpulan adalah jelas dan bermatlamat. Ini secara langsung dapat

mewujudkan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang amat menarik minat dan berkesan. Justeru itu Pusat Sumber Sekolah adalah satu bahagian yang amat penting dan mesti diwujudkan di semua sekolah. Kewujudan pusat sumber sekolah mestilah diiringi dengan keberkesanannya dalam membantu meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. OBJEKTIF PUSAT SUMBER SEKOLAH. * Meningkatkan mutu pengajaran , pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah * Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja. * Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematis. * Membantu pelajar dan guru menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran. * Mengadakan perkhidmatan untuk keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar-pelajar. * Melatih pelajar dan guru menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran dan pengajaran. FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan kokurikulum * Menggalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat. * Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran. * Menyediakan peluang pelajar mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri. * Merupakan tempat bahan pengajaran-pembelajaran dapat dipilih dan dinilai untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.

Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.

* Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan. * Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi. * Memberi panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum. * Menyediakan alatan reprografi dan rakamsalin serta memberi perkhidmatan bagi memudahkan proses pembelajaran. PERANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH * Pusat penyelidikan ,perancangan , penghasilan dan penilaian sumbersumber bahan pembelajaran dan pengajaran. * Pusat pembelajaran dan pengajaran yang menggalakan penggunaan pelbagai media di kalangan guru dan pelajar. Guru dan pelajar saling berinteraksi dan berkomunikasi sesama mereka dengan menggunakan pelbagai media. * Pusat khidmat nasihat dan bimbingan serta rujukan kepada guru dan pelajar di dalam memilih media bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Ini bertujuan membantu para guru dalam proses pendidikan , seperti penggunaan dan intergrasi pusat sumber dalam kurikulum bagi meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. * Pusat latihan penggunaan pelbagai media . Peningkatan perkembangan di dalam pelbagai teknologi dalam pendidikan memaksa PSS menganjurkan bengkel dan latihan amali serta kursus peningkatan metodologi di kalangan guru. * Pusat maklumat yang mengumpul , mengurus dan menyebarkan semua jenis sumber pendidikan samada dalam bentuk bahan bercetak, visual dan video. Menggalakan guru dan pelajar menggunakan internet sebagai capaian paling singkat untuk mendapatkan sumber maklumat .

Anda mungkin juga menyukai