Anda di halaman 1dari 24

zxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxc vbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbn mqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwert yuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuio pasdfghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghj klzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvb nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwert

SMK Yong Peng


Tajuk cerpen : Mutiara Bonda

Antologi : Harga Sebuah Lukisan Ahli ahli : 1. Koh Shy Yun ( ketua ) 2. Hwang Jia Ying 3. Yee Chew Jie 4. Pong Zhi Yong 5. Amirul Asraf 6. Mohd. Sharom

Guru Penasihat ,

( En. Harun Segaran Bin Abdullah )

Pengenalan
Kami murid dari SMK Yong Peng, kelas 3 kenanga membuat kajian tentang cerpen yang bertajuk Mutiara Bonda. Kami menyiapkan kerja ini dalam masa 2 minggu. Guru penasihat adalah En. Harun Segaran Bin Abdullah.

Ahli kumpulan : Koh Shy Yun ( ketua ) Hwang Jia Ying Yee Chew Jie Pong Zhi Yong Amirul Asraf Mohd. Sharom

Isi kandungan
1.

Pengenalan Sinopsis Tema Persoalan Watak perwatakan Plot Gaya bahasa Latar Nilai Pengajaran

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

Sinopsis
Bonda menerima sepucuk surat daripada anak lelaki tunggalnya yang menuntut di Jordan. Surat itu telah mengembalikan ingatan bonda terhadap peristiwa yang berlaku kira-kira sepuluh tahun yang lalu. Mohd. Harraz ataupun dipanggil adik merupakan anak bongsu yang cukup nakal, manja, dan panas baran. Namun, sikap negatifnya itu diterima oleh bonda dengan cekal dan sabar. Bonda tidak pernah menggunakan kekerasan ataupun menghamburkan kata-kata yang kurang enak dalam mendidik adik. Adik malas belajar, selalu ponteng sekolah, dan mendapat nombor tercorot di dalam kelas. Adik tidak seperti kakak-kakaknya yang berjaya dalam pelajaran. Kak Long menuntut di Universiti Southwestern, Texas, manakala Kak Ngah menuntut di Universiti Monash, Australia. Kak Cik, iaitu kakak ketiganya kerap menegur perbuatan adik. Adik bukan sahaja tidak mendengar nasihat Kak Cik malahan membalasnya dengan kata-kata kesat. Adik juga tidak kasihan kepada bonda yang membanting tulang dengan mengambil

upah menjahit , bersawah padi, dan menoreh getah untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.
Ketika awal darjah enam, adik mengambil keputusan mengejut, iaitu ingin berhenti sekolah dengan alasan tidak berminat untuk belajar. Hati bonda hancur kerana beliau meletakkan harapan yang tinggi agar adik bergelar ustaz pada suatu hari nanti. Bonda mahu adik mewarisi kewarakan arwah suaminya, Lebai Sidi. Lebai Sidi telah dianiayai orang kerana dikatakan mengedarkan dadah. Lebai Sidi meninggal dunia di penjara sebagai akibat sakit jantung ketika bonda mengandungkan adik. Bonda beranggapan adik bersikap sedemikian kerana jiwa bonda tidak pernah tenang sejak peristiwa pahit yang menimpa suaminya. Bonda juga hampir-hampir menggugurkan kandungannya tetapi telah dihalang oleh arwah datuk.

Suatu hari adik mengalami kemalangan jalan raya kerana mengelak daripada terlanggar seekor kucing. Malangnya, motosikal yang ditunggang oleh adik bertembung dengan sebuah kereta dari arah hadapan. Kemalangan tersebut telah menyedarkan adik. Adik insaf akan kesalahannya selama ini. Selepas adik sembuh, dia menyuarakan hasratnya untuk menyambung pelajarannya semula. Adik dihantar ke sekolah pondok. Selepas mengambil PMR, SMRA, SPM, STA , dan 4 Thanawi, adik memohon ke Institut Tahfiz al-Quran. Selepas bertahuntahun mendalami al-Quran, adik telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Bayt, Jordan. Adik akan menamatkan pengajiannya tiga

bulan lagi. Akhirnya, impian bonda untuk melihat adik menjadi ustaz tercapai juga.

Tema
Tema cerpen ini ialah kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anak lelaki yang melakukan pelbagai kenakalan hingga berjaya.

Persoalan
(a) Kasih sayang yang menebal dalam diri seorang ibu. Contohnya, bonda sentiasa melayan kerenah adik walaupun anaknya itu sering kali bersikap degil dan tidak mahu mendengar katakatanya.

(b) Bertawakal dan memohon pertolongan daripada Tuhan. Contohnya, bonda tidak pernah jemu berdoa kepada Allah SWT

agar adik berubah menjadi anak yang baik dan berguna kepada agama dan bangsa.

(c) Kepentingan menuntut ilmu dalam kehidupan. Contohnya, bonda menasihati adik bahawa ilmu yang bermanfaat menjadikan seseorang itu dipandang mulia.

(d) Keciciran pelajar luar bandar. Contohnya, adik berhenti sekolah ketika berada dalam darjah enam.

(e) Masalah sosial dalam kalangan remaja. Contohnya, adik gemar menghabiskan masanya dengan melepak bersama-sama dengan rakan-rakannya, malah dia juga telah mula menghisap rokok.

(f) Keinsafan untuk berubah menjadi baik. Contohnya, adik menyesal atas segala perbuatannya selama ini dan dia memohon ampun kepada bonda kerana telah banyak berkorban untuknya itu.

Watak dan perwatakan


(a) Watak utama dalam cerpen ini ialah Mohd. Harraz. (b) Watak sampingan dalam novel ini ialah bonda, Kak Long, Kak Ngah, Kak Cik, dan Lebai Sidi.

Mohd. Harraz (Adik)


(a) Anak lelaki tunggal daripada empat orang adik-beradik. (b)Nakal, manja, degil, dan panas baran. Contohnya, pada setiap pagi, bonda akan memandikan adik untuk ke sekolah. Adik juga pernah menyebabkan ibu jari kaki bonda cedera terkena serpihan cawan kaca yang dihembas oleh adik apabila permintaannya untuk membeli mercun tidak dituruti. (c) Malas belajar dan tidak berminat untuk menyambung pelajaran. Contohnya, adik tidak mahu meneruskan persekolahan dan menyatakan hasratnya untuk berhenti sekolah ketika awal darjah enam. (d)Insaf akan kesalahan yang telah dilakukan. Contohnya, adik menyesali segala perbuatannya selama ini dan dia berubah menjadi anak yang baik.

(e) Berpelajaran tinggi. Contohnya, adik menyambung pelajaran di Universiti al-Bayt, Jordan.

Bonda
(a) Ibu tunggal kepada empat orang anak. (b)Kematian suami semasa mengandungkan adik. Contohnya, suami bonda, iaitu Lebai Sidi meninggal dunia di penjara akibat sakit jantung ketika bonda mengandungkan adik tujuh bulan. (c) Penyabar dalam melayani kerenah anak lelaki tunggalnya. Contohnya, bonda tidak pernah memarahi apatah lagi memukul adik, sebaliknya bonda sentiasa bersikap tenang dalam menghadapi tingkah laku adik. (d)Gigih melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara keluarga. Contohnya, bonda menambil upah menjahit baju, mengerjakan sawah bendang, serta menoreh getah demi kelangsungan hidupnya dan anak-anak setelah kematian suami. (e) Ikhlas memberikan nasihat kepada anak-anaknya. Contohnya, bonda tidak pernah jemu memberikan kata-kata nasihat agar adik berubah menjadi anak yang baik.

(f) Bersyurkur atas perubahan sikap anak lelakinya. Contohnya, bonda banyak melakukan sujud syukur dan menunaikan nazar setelah adik berubah ke arah kebaikan.

Kak Long
(a) Saudara kembar Kak Ngah. (b)Pelajar yang bijak dan masih menuntut di Universiti Southwestern, Texas.

Kak Ngah
(a) Saudara kembar Kak Long. (b)Bijak dan masih menuntut di Universiti Monash, Australia. (c) Banyak memberikan nasihat dan teguran kepada adik. Contohnya, Kak Ngah menulis surat kepada adik untuk menasihati adik yang tidak mahu meneruskan persekolahan.

Kak Cik
(a) Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik.

(b)Tidak sabar akan kelakuan adiknya. Contohnya, Kak Cik pernah menampar adik ketika adik berkelakuan biadap terhadap bonda. (c) Amat bersimpati terhadap penderitaan yang dialami oleh bonda. Contohnya, Kak Cik amat kasihan melihat bonda terpaksa berhadapan dengan kedegilan, kekerasan, dan kemalasan adik.

Lebai Sidi

(a) Arwah suami bonda. (b)Dimasukkan ke penjara kerana dituduh mengedarkan dadah. Contohnya, pihak polis telah menjumpai sebungkus dadah di dalam kereta Lebai Sidi. Dia dipenjarakan akibat difitnah oleh orang lain. (c) Mati di dalam penjara sebagai akibat sakit jantung.

Plot

Binaan plot
(a) Permulaan

bonda menerima sepucuk surat daripada anak

tunggal lelakinya, adik yang menuntut di Jordan. Surat itu telah mengembalikan ingatan bonda ketika membesarkan adik atau nama penuhnya Mohd. Harraz sepuluh tahun yang lalu.
(b) Perkembangan

pengarang menceritakan kenakalan dan

kedegilan adik. Dia akan marah dan mengamuk seandainya permintaannya tidak dipenuhi. Adik tidak berminat untuk belajar. Ketika awal darjah enam, dia mahu berhenti bersekolah. Keputusan adik itu menghancurkan harapan bonda yang menginginkan adik menjadi ustaz bagi menggantikan arwah suaminya, Lebai Sidi.
(c)

Klimaks pada suatu malam, adik telah terlibat dalam suatu


kemalangan. Dia mendapat kecederaan kerana motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta. Sejak peristiwa itu, adik insaf atas kesilapannya dan menyatakan hasratnya untuk menyambung pelajarannya semula.

(d) Peleraian

adik melanjutkan pengajian di Universiti al-Bayt,

Jordan. Sepucuk surat yang diterima daripada adik yang menyatakan bahawa dia akan pulang ke tanah air selepas tamat

pengajiannya tiga bulan lagi benar-benar membahagiakan bonda.

Teknik plot

(a) Teknik pemerian. Contohnya, saya tidak suka dengan kelembutan bonda terhadap adik. Walaupun adik sudah hilang rasa hormat, bonda masih berlembut dan tidak jemu-jemu menasihatnya. Memang dari kecil adik tidak pernah dicubit, tidak pernah ditengking, apatah lagi dirotan. Oleh sebab itu, perangainya begitu nakal.

(b)Teknik dialog. Contohnya, Apa nak jadi dengan adik ni? Nak tunjuk samseng pula? Dah tubuat rumah macam hotel. Keluar masuk ikut suka. Apa, kau ingat bonda tu patungkah?

(c) Teknik imbas kembali.

Kak Cik terbayang akan wajah adik lalu dia terkenang akan kisah bonda membesarkan adik dengan penuh kasih sayang walaupun terpaksa menghadapi kedegilan serta kekasaran adik. Contohnya, saat syahdu begini, wajah adik culang-caling terpugau di mandala fikrah saya. Ada tikaman masa lampau yang menajam di ingatan yang sengaja saya asah-asahkan. Membesarkan adik menagih selautan kesabaran.

Gaya bahasa
Metafora
Contohnya : (a) Setem duka (b)Sampul kehidupan (c) Album pengalaman (d)Selautan kesabaran

Simile

Contohnya : (a) Ibarat pengumpul setem (b) Ibarat penyelamat kekuatan bonda (c) Bagaikan terhumban ke jurang zulmat

Personifikasi
Contohnya : Darah meluncur daripada ibu jari bonda yang terluka.

Repetisi
Contohnya : Buang masa, buang idea, buang dakwat pen, buang kertas, dan buang duit setem sahaja.

Hiperbola
Contohnya :

(a) Berasap-asap bara meluat saya (b)Kata-kata berapi yang membakar kepala (c) Ada tikaman masa lampau yang menajam di ingatan

Sinkope
Contohnya : (a) Apa, kau ingat bonda tu patungkah? (b) Kalau UPSR pun tak sempat nak ambil, nak buat apa?

Peribahasa
Contohnya : (a) Bersengkang mata (b)Bertikam lidah (c) Musuh dalam selimut (d)Bendera putih (e) Dayung sudah di tangan, sampan sudah di tengah lautan

Latar
Latar masa
(a) Masa kini, iaitu ketika bonda mendapat surat daripada adik yang mengatakan bahawa dia akan pulang ke tanah air dalam masa tiga bulan sahaja lagi setelah menamatkan pengajiannya di Jordan. (b)Sepuluh tahun yang lalu, iaitu ketika bonda menghadapi kesukaran dalam mendidik dan membentuk peribadi adik. (c) Waktu pagi. (d)Lewat malam.

Latar tempat

(a) Di rumah bonda peristiwa bonda mendukung adik di belakang badan untuk menuruni anak tangga rumah dua tingkat mereka.

(b)Di pondok dusun peristiwa pihak polis membuat serbuan dan menangkap remaja yang didapati menghisap ganja. (c) Di atas katil tempat adik terbaring lesu dengan kecederaan di beberapa anggota badannya akibat terlibat dalam kemalangan.

Latar masyarakat

(a) Masyarakat yang mengalami pelbagai masalah dalam membesarkan anak-anak. Contohnya, bonda terpaksa menghadapi kemanjaan, kenakalan, kedegilan, dan kebiadaban adik yang langsung tidak mahu mendengar kata-kata nasihatnya. (b)Masyarakat pelajar yang mencintai ilmu pengetahuan. Contohnya, kedua-dua orang kakak kembar adik, iaitu Kak Long dan Kak Ngah sedang melanjutkan pelajaran di luar negara. (c) Masyarakat yang masih mentah dan tidak matang berfikir. Contohnya, adik sering bertindak mengikut kata hatinya tanpa memikirkan perasaan bonda yang memberikan

harapan yang tinggi agar anak lelaki tunggal dalam keluarga mereka itu menjadi manusia yang berjaya. (d)Masyarakat yang menjadi mangsa pengkhianat. Contohnya, ayah adik, iaitu Lebai Sidi dipenjarakan akibat perbuatan khianat yang memerangkapnya sebagai pengedar dadah. (e) Masyarakat yang mementingkan sepenuh kasih sayang. Contohnya, bonda talah mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada adik walaupun anaknya itu tidak menghormatinya sebagai seorang ibu.

Nilai

(a) Kasih sayang. Contohnya, bonda menyayangi adik dengan sepenuh hatinya sehinggakan dia tidak pernah memarahi apatah lagi memukul adik. (b)Kesabaran. Contohnya, bonda menghadapi segala kerenah adik dengan penuh kesabaran, malah bonda tidak pernah merungut akan tingkah laku adik yang melampaui batas.

(c) Bertanggungjawab. Contohnya, kedua-dua orang kakak kembar adik yang sedang belajar di luar negara sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan adik bongsu mereka. (d)Kegigihan. Contohnya, adik gigih menuntut ilmu sehingga dia berjaya menyambung pengajian ke Universiti al-Bayt, Jordan. (e) Keinsafan. Contohnya, adik betul-betul insaf atas segala kesilapannya terutamanya terhadap bonda yang selama ini bersabar dengan kedegilannya. (f) Kesyurkuran. Contohnya, bonda banyak melakukan sujud dan menunaikan nazar setelah adik menyatakan keinsafannya dan ingin berubah ke arah kebaikan.

Pengajaran

(a) Kita hendaklah tabah menghadapi pelbagai dugaan dalam hidup. Contohnya, bonda tabah menghadapi kerenah adik.

(b)Kita hendaklah sentiasa berserah diri kepada Tuhan. Contohnya, bonda bertawakal kepada Allah agar suatu hari nanti adik akan berubah menjadi anak yang baik. (c) Kita mestilah menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik. Contohnya, suami bonda, iaitu Lebai Sidi seorang suami yang baik terhadap keluarganya. (d)Kita hendaklah menunjukkan nilai-nilai baik terhadap anakanak. Contohnya, bonda sentiasa menunjukkan ketenangan di hadapan anak-anak meskipun dia terpaksa menanggung pelbagai penderitaan. (e) Sebagai anak, kita hendaklah hormat akan orang tua kita. Contohnya, adik bersikap biadap dan tidak menghormati bonda sebagai ibunya. (f) Kita hendaklah bertaubat dan insaf atas kesalahan yang telah dilakukan. Contohnya, adik menginsafi tingkah laku buruk yang pernah dilakukan terhadap bonda. (g)Kita perlulah bersyurkur apabila permintaan atau doa kita dimakbulkan Tuhan. Contohnya, bonda melakukan sujud syurkur dan membayar nazar apabila adik telah berubah.

~ Tamat ~