Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS GALA MAKAN MALAM SERIBU KENANGAN Que: Sebaik sahaja tetamu tiba di karpet merah..

Ann: Mengumumkan ketibaan.. 1. Puan Rujinah Miki, Pengarah IPG Kampus Keningau. 2. Encik Baharom Bin Mohd Noor Penolong Pengarah IPG Kampus Keningau diiringi oleh ketua-ketua jabatan, pensyarah-pensyarah cemerlang dan para pensyarah masuk kedalam dewan. Que: Ucapan alu-aluan.. Ann: Ke Pekan Keningau membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah, Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah Yang Berbahagia Puan Rujinah Miki, Pengarah IPG Kampus Keningau Yang Berusaha Encik Baharom Bin Mohd Noor, Timbalan Pengarah IPG Kampus Keningau Puan Hanifah Sabin, penyelaras Kohot 9 PISMP GSTT BM2 IPG Kampus Keningau Pensyarah-pensyarah kanan, pensyarah-pensyarah cemerlang, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, seterusnya siswa siswi IPG Kampus Keningau. Assalamualaikum dan salam sejahtera, Selamat datang ke Majlis Gala Makan Malam Seribu Kenangan PISMP GSTT BM2. Ann: Hadirin yang dimuliakan sekalian, Majlis ini diadakan sempena memperingati dan menghargai pengajian yang telah dilalui oleh para pelatih guru selama 5 tahun di IPG Kampus Keningau. Majlis ini juga adalah satu cara bagi para pelatih untuk mengucapkan rasa syukur dan terima

kasih mereka kepada para pensyarah yang telah membimbing kami sebagai guru pelatih untuk menjadi bakal guru di masa akan datang. Ann: Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa, Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang Maha Esa. Sidang hadirin sekalian, Bagi mendapat keberkatan dan keredhaan, marilah kita menerima berkat dan mengaminkan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Remee bin Basri. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Amin..ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Remee atas pempinan bacaan doa tadi. Ann: Dengan ini majlis mempersilakan dengan menjemput Puan Hanifah Sabin, penyelaras kohot 9 PISMP GSTT BM2 Ambilan Disember 2011 untuk memberikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis merakam jutaan terima kasih atas ucapan sebentar tadi. Ann: Untuk meyempurnakan majlis pada mala mini, dieprsilakan Puan Rujinah Miki, pengarah IPG Kampus Keningau untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Makan Gala Makan Malam PISMP GSTTT BM 2. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Pengarah atas ucapan perasmian tadi Ann: Hadirin yang dihormati sekalian, Majlis pada mala mini diteruskan lagi dengan tayanngan multimedia yang disediakan khusus untuk majlis gala pada malam ini.. Ann: Hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan.. Ann: Dengan ini, majlis menjemput Puan Rujinah Miki diiringi Puan Hanifah Sabin untuk naik ke pentas menerima cenderamata. Majlis mempersilakan. Terima kasih Puan Rujinah Miki atas kesudian beliau menerima hadiah kenangkenangan daripada alumni kelas PISMP GSTT BM 2 sebentar tadi. Ann: Orang tani mengambil nipah, Hendak dibawa kepasar tani, Kita bertamu akhirnya berpisah, Diizin Tuhan bersua lagi. Nampaknya masa amat mencemburui kita. Dengan ini saya Dilly Tyrance Jaimis dan Nurul Ain Mustapah mewakili seluruh warga PISMP GSTT BM 2, memohon seribu kemafaan atas kekurangan yang berlaku sepanjang majlis ini berlangsung. Ann: Mengumumkan, Puan Rujinah Miki Pengarah IPG Kampus Keningau diiringi oleh Timbalan Pengarah, pensyarah-pensyarah kanan dan ketua-ketua jabatan.

Anda mungkin juga menyukai