Anda di halaman 1dari 1

Sejarah Lumba Jalan Kaki Kemunculan Perlumbaan Jalan Kaki: Lumba jalan kaki berkembang sebagai salah satu

daripada acara-acara trekterawal yang diperkenalkan pada mesyuarat pertama Persatuan Olahraga Amatur Inggeris pad a 1880. Catatan pertama lumba jalan kaki datang daripada percubaan untuk menetap kan undang-undang bagi acara sukan lumba jalan kaki jarak jauh yang popular pada abad ke-19, iaitu Pedestrianism. Pedestrianism telah berkembang seperti juga su kan lumba kaki dan menunggang kuda yang merupakan sukan yang popular bagi golong an atasan British dan Amerika pada suatu masa dahulu, selain menjadi tempat mera ka untuk melakukan aktiviti pertaruhan.Para peserta lumba jalan kaki telah menga njurkan kejohanan lumba jalan kaki amatur Inggeris yang pertama pada 1866. yang dimenangi oleh John Chambers dan dihakimi dengan undang-undang "fair heel and to e". Peraturan yang agak kabur ini merupakan asas kepada peraturan yang telah dik odkan semasa mesyuarat pertama Persatuan Olahraga Amatur Inggeris pada 1880, yan g merupakan kemunculan olahraga moden. Lumba Jalan Kaki Dalam Sukan Olimpik: Acara lumba jalan kaki membuat kemunculan pertama dalam sukan Olimpik moden adal ah pada 1904 yang dikenali sebagai acara lumba jalan kaki separuh batu, dan tela h dimasukkan ke dalam 10 acara dalam dekatlon. Pada 1906, acara lumba jalan kaki yang berdiri secara sendiri iaitu lumba jalan kaki jarak 1,500m and 3,000m telah diperkenalkan semasa sukan Olimpik, dan kecua li pada 1924, terdapat sekurang-kurangnya satu acara untuk lelaki bagi setiap pe rtandingan lumba jalan kaki. Pertandingan lumba jalan kaki bagi wanita menjadi a cara sukan Olimpik hanya pada 1992, setelah beberapa tahun diminta diperkenalkan . Kejohanan Piala Dunia bagi acara lumba jalan kaki diadakan setahun dua kali,dan acara lumba jalan kaki muncul dalam Kejohanan Olimpik Dunia IAAF, SukanKomanwel dan Sukan Pan Amerika.

Anda mungkin juga menyukai