Anda di halaman 1dari 2

7.

0 RUMUSAN
Badan manusia merupakan suatu entiti yang kompleks dari segi struktur dan fungsi. Pembelajaran mata pelajaran Anatomi dan Fisiologi membolehkan seseorang memahami secarai saintifik mengenai struktur dan fungsi tubuh badan manusia dan persekitarannya seterusnya menjalankan kajian dan penyelidikan untuk memahami secara lebih lanjut. Kerja Kursus Pendek PJM 3106 ini dijalankan bertujuan untuk memahami aspek anatomi dan fisiologi tubuh badan manusia melalui analisis pergerakan lokomotor atau bukan lokomotor yang dipilih. Pergerakan latihan beban dumbell curl/bicep curl yang dipilih merupakan pergerakan bukan lokomotor di mana di mana ia melibatkan sendi-sendi, tulang-tulang dan otot-otot dalam pergerakannya. Ini menunjukkan kebergantungan bahagian-bahagian dalam tubuh badan manusia dalam menjalankan sesuatu pergerakan. Pergerakan dumbell curl melibatkan tiga fasa iaitu fasa pertama iaitu semasa tangan diluruskan, fasa kedua iaitu mengangkat beban dan fasa ketiga iatu semasa menurunkan tangan. 4. Aksi pergerakan ini dilakukan dengan lengan kiri/kanan, menggunakan kekuatan otot biseps untuk mengangkat dumbbell ke paras bahu dan menurunkannya. Tujuan utama pergerakan ini adalah untuk menguatkan otot bisep, namun dalam menjalankan pergerakan ini sendi-sendi, otototot dan tulang-tulang tertentu yang lain turut memainkan peranan Pergerakan ini melibatkan tulang-tulang seperti humerus, radius, ulna, metakarpus, falang dan scapula. Otot yang terlibat pula ialah bisep brachii, brachialis, brachioradialis, anterior deltoid, trapezius atas, trapezius bawah, levator scapulae dan flexor pergelangan tangan. Selain itu sendi-sendi seperti sendi engsel, sendi lesung, sendi kondil, sendi gelungsur dan sendi pelana juga memainkan peranan dalam menjalankan pergerakan ini. Satah yang terlibat pula dalam dumbell curl ini ialah satah sagittal.

22

Dengan menganalisis pergerakan latihan beban dumbell curl ini, dapat disimpulkan bahawa tubuh badan manusia merupakan sistem yang kompleks dan saling bergantung antara satu sama lain dalam menjalankan sesuatu pergerakan. Selain itu, analisis pergerakan juga akan membolehkan seseorang memahami secara lebih lanjut mengenai anatomi dan fisiologi tubuh badan manusia secara lebih mendalam.

23

Anda mungkin juga menyukai