Anda di halaman 1dari 11

DEFINISI TRADISIONAL

Tradisional yang datang dari perkataan latin "traditio", bermakna mewarisi menyerahkan, atau menyampaikan, dalam erti melangsungkan, sesuatu yang

mewariskan

diperturunkan atau dilanjutkan dalam struktur keturunan, kelompok dan juga dari kepercayaan sesuatu masyarakat.

Tradisional lebih berbentuk budaya, adat, pemikiran atau juga dari segi yang kebendaan diteruskan dalam oleh kehidupan generasi sesuatu kemudian.

masyarakat

Tradisional terdahulu yang diperturunkan pada generasi terkemudian dalam kegiatan harian yang ditampilkan melalui corak atau rentak kehidupan dan biasanya tanpa perlu nota atau catitan kecuali bila kita memperkatakan tradisional yang berhubung dengan keagamaan. Kerana tradisional yang berasaskan cara hidup melalui keagamaan, biasanya

diperturunkan beralaskan catitan, nota atau dipanggil kitabkitab.

GAMELAN
Sejarah Gamelan
Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang, dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel. Di Bali dan Lombok hari ini, dan di Jawa lewat abad ke-18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan. Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Dalam konteks muzik di Asia Tenggara perkataan gamelan boleh dilihat dalam dua konteks yang berbeza. Perkataan gamel iaitu dalam perkataan Jawa bererti dipukul, diketuk atau ditabuh. Walau bagaimanapun dalam pengertian yang lebih mendalam perkataan gamelan bererti satu orkestra yang mengandungi alat-alat muzik berbentuk gong dan bilahan yang diperbuat daripada gangsa dan alat-alat ini dipukul, diketuk atau ditabuh untuk mengeluarkan bunyi. Pengertian ini menggambarkan penggunaan utama perkataan gamelan dalam konteks muzik di Asia Tenggara. Orkes Gamelan telah mencapai tahap perkembangan yang sophisticated dalam tradisi di istana Jawa Tengah terutama di istana-istana Jogjakarta dan Surakarta. Sudah beberapa abad bengkel-bengkel membuat gamelan yang utama di Asia Tenggara dapat dikesan di Jawa Tengah dan sekarang ini kawasan-kawasan inilah di Indonesia di mana pembuatan alat-alat gamelan yang bermutu tinggi dan tahan lama dapat diperolehi. Telah diperkatakan bahawa alat gong gangsa yang berpencu adalah alat muzik yang penting di Asia Tenggara. Adalah difikirkan bahawa alat gong yang awal diperbuat di kawasan antara Tibet dan Burma dan seterusnya pusat pembuatan gong berpindah dari Tan ah Besar Asia Tenggara ke kawasan-kawasan Pulau di mana pada satu ketika Brunei adalah pusat pembuatan gong yang utama. Walau bagaimanapun sekarang Indonesia mengekalkan kilang-kilang pembuatan gamelan yang utama di Jawa Tengah. Beberapa tahun yang lalu gong-gong gangsa yang berukuran besar telah

dibuat di kampung-kampung di Semarang sementara gong-gong dan bilahanbilahan kecil yang lain telah dibuat dibeberapa tempat termasuk Surakarta, Kediri, Cirebon dan Jogjakarta. Hari ini kilang-kilang membuat gong dan bilahan yang

utama terdapat di Jogjakarta dan Solo (Surakarta). Laporan bertulis menunjukkan bahawa gong telah dijumpai di Jawa dalam kurun yang ke-9TM. Walau

bagaimanapun punca daripada kajipurba hari ini menyatakan bahawa zaman gangsa di Asia Tenggara bermula sebelum 1,000 tahun SM dan Hoabinshian sites menunjukkan bahawa pembuatan alat daripada gangsa telah dikenal pasti di Tanah Besar Asia Tenggara seawal-awalnya dalam tahun 3,0000SM sementara alat-alat tembikar dan alat-alat pertanian daripada batu dapat dikesan seawal-awalnya dalam tahun 9,700SM. Oleh itu dilihat daripada pembuatan alat-alat gangsa dalam lingkungan tahun 3,000SM dan pewujudan gendang Dongson Gangsa pada tahun 1,000SM kita dapat menyimpulkan bahawa gong gangsa adalah alat muzik yang sudah lama wujud di dalam kebudayaan Asia Tenggara. Gamelan tertua di Jawa iaitu Gamelan

Monggang dan Kodok Ngorek mengandungi gong-gong berpencu dalam beberapa ukuran dan bentuk. Kedua-dua alat gamelan lama ini wujud dalam abad ke- 4TM.

GAMELAN MELAYU
Sebahagian besar alat-alat dalam Gamelan Melayu di Pahang dan di Terengganu adalah alat-alat idiofon (idiophone) iaitu yang diketuk dalam beberapa cara untuk mengeluarkan bunyi. Alat-alat idiofon ini adalah diperbuat daripada

gangsa dalam bentuk mangkuk yang berpencu dan meallophones (sekiranya alat zilafon diperbuat daripada keping-keping tembaga dipanggil metalofon) yang diketuk dengan beberapa jenis palu dengan cara yang tertentu. Di samping itu satu alat membranophone juga terdapat dalam orkestra ini dan alat ini adalah gendang yang mempunyai dua muka. Keterangan yang berikut tentang Gamelan Melayu

diasaskan kepada alat Gamelan Melayu yang tertua di Malaysia yang terdapat dari istana Terengganu. Ia menggambarkan nilai rasa muzik dan rujukan pemain-

pemain Joget Gamelan daripada tradisi istana dalam akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Hari ini alat gamelan Melayu dari istana Terengganu disimpan di

Muzium Tokoh, Kuantan, Pahang. Sungguhpun Gamelan Melayu yang digunakan pada awal tahun-tahun dalam kurun ke-19 ( Istana Pekan ) mungkin mengandungi banyak alat-alat tetapi tidak ada bukti-bukti bertulis untuk menguatkannya. Alat-alat gamelan yang kecil bilangannya yang terdapat di Muzium Tokoh, Kuantan itu melambangkan tradisi Istana Riau-Lingga, Pahang dan Terenggganu dan digunakan di sini sebagai asas untuk Gamelan Melayu kontemporari yang mengiringi tarian-tarian klasik dalam tradisi Joget Gamelan. Keterangan berikut

tentang Gamelan Melayu dan semua ukuran peralatannya adalah didasarkan kepada Gamelan Melayu di Muzium Tokoh, Kuantan, Pahang. Untuk tujuan

perbandingan rajah berikut mempamerkan jenis-jenis peralatan alat gamelan daripada Gamelan Jawa Tengah dan Gamelan Melayu Pahang dan Terengganu.

SEJARAH GAMELAN MELAYU DI MALAYSIA


Gamelan di Malaysia mula bertapak di Riau Lingga di Johor dan kemudian ke Pahang dan akhir sekali ke Terengganu. Gamelan yang mula berkembang di Pahang dalam lingkungan tahun 1800 sama seperti yang terdapat di istana Yam Tuan Muda Riau di Pulau Penyengat. Keadaan demikian berlaku kerana dalam masa yang berkenaan daerah Johor, Pahang, dan Terengganu berada di bawah pengaruh Riau Lingga dan Johor. Sultan Terengganu yang perta,an Sultan Zainal Abidin 1(memerintah dalam tahun 1726-1734) ialah keturunan Bendahara Johor Paduka Raja Tun Habib Abdul Majid. Bendahara Johor yang ke 19 mangkat dalam tahun 1969 dan saudaranya yang sulung kemudiannya diangkat menjadi raja dalam pemerintahan Bendahara mulai dari bendahara Tun tahir dari Johor hinggalah kepada Wan Ahmad yang kemudiannya mengangkat dirinya menjadi Sultan Pahang memerintah 1863-1914. Dua dari Putera Sultan Ahmad telah berkahwin dengan dua orang Raja dari Terengganu iaitu Sultan Zainal Abidin III(1881-1918) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Pada tahun 1972 kerajaan negeri Terengganu telah mengambil berat akan perkembangan Gamelan dan berhasrat menjadikan keseniaan ini sebagai sebahagian daripada kegiatan kerajaan. Satu kumpulan telah ditubuhkan dengan nama Joget Gamelan Setia Usaha Kerajaan Terengganu (SUKTRA) yang dipengerusikan oleh dato Setiausaha kerajaan Terengganu. Pada tahun 1980, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengambil Muzik Gamelan sebagai anak angkat untuk mengekalkan keseniaan dan tradisi tersebut bagi generasi akan datang. Setiap upacara rasmi seperti Konvokesyen dari lain-lain Muzik Gamelan adalah kesenian utama yang dipersembahkan dalam majlis tersebut. Bagi para pelajar UKM yang mengikuti kursus ko-kurikulum Muzik Gamelan salah satu kursus yang perlu diikuti.

Anda mungkin juga menyukai