Anda di halaman 1dari 1

PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN NOTA TINGKATAN EMPAT TEMA 1: PENCAPAIAN KENDIRI WAWASAN DIRI 1.

Wawasan diri merujuk kepada suatu pandangan masa depan yang jauh dengan matlamat yang pasti. 2.Wawasan diri yang positif harus dibina dengan: mengetahui kekuatan dan kelemahan diri. menyedari minat peribadi. mengenali personaliti diri. 3. Wawasan diri dapat dicapai dengan menentukan matlamat yang ingin dicapai, menggariskan rancangan yang perlu diambil dan senarai tindakan terhadap rancangan tersebut. 4. Matlamat merupakan sesuatu yang dapat dilaksanakan dan mesti bersesuaian dengan minat dan kebolehan individu. 5. Rancangan merupakan garis panduan yang perlu dilaksanakan untuk merealisasikan wawasan ini. 6. Tindakan merupakan usaha yang dilaksanakan untuk setiap rancangan yang digariskan . 7. Kepentingan mempunyai wawasan diri: menjadi pendorong untuk kita mencapai cita-cita. Menjadi panduan untuk mendisiplinkan diri. Membantu kita merancang strategi atau langkah supaya lebih teratur dan berkesan. Membantu merealisasikan wawasan negara iaitu Wawasan 2020. Membantu kita mencapai kecemerlangan dalam hidup. 8. Kita hendaklah menentukan wawasan diri yang bersesuaian dengan kebolehan, minat dan kemahiran yang dimiliki. PERKEMBANGAN DIRI YANG SEIMBANG 1. Perkembangan diri yang seimbang merujuk kepada usaha melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. 2. Individu yang seimbang merupakan individu yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran, berakhlak baik dan mulia, bertanggungjawab serta cergas tubuh badannya. 3. Intelek merujuk kepada aspek perkembangan minda seseorang untuk berfikir dan memahami sesuatu. Perkembangan ini dapat dicapai dengan menambahkan ilmu dan memperoleh pengalaman. 4. Rohani merupakan perkembangan perasaan dan hati yang berkaitan dengan jiwa atau naluri manusia. Rohani dapat dikembangkan dengan amalan agama, norma masyarakat, pantang-larang dan undang-undang. 5. Emosi merupakan unsur semulajadi yang ada pada manusia iaitu pengawalan perasaan seperti sayang, marah, takut, cinta, benci dan sebagainya. Manusia perlu mengawal emosi agar tidak mendatangkan tindak balas yang negatif daripada pihak lain. 6. Perkembangan tubuh badan dikenal sebagai jasmani. Tubuh yang sihat akan mewujudkan intelek yang baik, emosi yang terkawal dan waktu rehat yang mencukupi serta riadah yang sistematik akan menghasilkan jasmani yang sihat. 7. Keempat-empat aspek ini penting untuk menikmati kehidupan yang sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai