Anda di halaman 1dari 38

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA (IPGKBA) LEMBAH PANTAI KUALA LUMPUR
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) AMBILAN NOVEMBER 2009 (KOHOT 2) SEMESTER 3

BINA INSAN GURU (BIG)


WAJ 3114

NAMA PELAJAR : ZAINAB BT. HJ. MUSTAPA NO. K/P PENSYARAH : 680508-02-5500 : 1. EN. TAHIR BIN KAMARUZZAMAN 2. EN. MOHD ARUS BIN KUDUS TAJUK : LAPORAN BINA INSAN GURU FASA 1

TARIKH HANTAR : 28 MEI 2011

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

BIL

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

1 2 3 4 5 6 7

ISI KANDUNGAN PENDAHULUAN LAPORAN PROGRAM REFLEKSI DIRI SATU WAJAH SERIBU RASA PENUTUP DAN PENGHARGAAN LAMPIRAN

23 45 6 16 17 22 23 35 36 - 37 38 -

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

PENDAHULUAN Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikannya. Secara dasarnya, Program BIG ini mengandungi pelbagai aktiviti sebagai intipatinya seperti perkhemahan, khidmat komuniti dan sebagainya yang dapat menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga pendidik sebagai insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara. Bagi peserta-peserta kursus PGSR, program ini tidak terkecuali. Ia perlu bagi melengkapkan jumlah jam kredit yang diperuntukkan untuk memenuhi syarat pengajian kami. Di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (HEP IPGKBA), program ini dijalankan secara langusng di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP). Untuk fasa 1 ini, jawatankuasa tertinggi peringkat IPGKBA bersama jawatankuasa PGSR kohot 2 telah memutuskan untuk mengadakannya di Blue Lagoon, Port Dickson, Negeri Sembilan selama 3 hari 2 malam iaitu pada 9 hingga 11 Disember 2010. Beberapa fasa perancangan, perbincangan dan pelaksaan telah dijalankan. Jawatankuasa kecil telah dibentuk bagi melicinkan program. Di sinilah kebijaksanaan merancang, mengurus dan bertindak mula teruji. Sifat peribadi seperti kesabaran, kemahiran berkomunikasi dan segala macam kekuatan dan kelemahan mulai terserlah satu demi satu agar kita lebih mengenali diri sendiri dan mengambil tindakan bijak untuk mengatasinya. Inilah objektif BIG!

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU (FASA 1) PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH KOHOT 2 Pada 23 November 2010 (Selasa), mesyuarat pertama telah diadakan bagi membincangkan mengenai perjalanan BIG yang telah ditetapkan pada 9 hingga 11 Disember 2010. juga membuat pemilihan Dalam mesyuarat ini, kami telah memilih En. AJK bagi memastikan kelancaran program. Ahmad Suhaimi bin Termizi sebagai pengerusi program BIG fasa 1 ini. Kami Perincian mengenai tugas setiap jawatankasa dibuat dan semua ahli jawatankuasa berpuas hati dengan tugas yang diberikan dan sedaya upaya akan melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sebaik mungkin. Saya telah diberi kepecayaan menjadi ketua AJK Tugas-Tugas Khas dan Cenderahati bersama Rohaiza binti Rapiyee.Tugas kami meliputi penyediaan cenderahati kepada pensyarah yang terlibat di samping menjadi juruacara dalam aktiviti sepanjang program berlangsung. Semasa pengerusi membentangkan keseluruhan tentatif program, tidak dinafikan setiap seorang daripada kami agak ragu-ragu dengan kemampuan sendiri kerana faktor usia memandangkan hampir sebahagaian aktiviti melibatkan aktiviti fizikal. Namun, slogan yang menjadi pegangan kami bersama iaitu; Together We Are Unstoppable, No Pain No Gain telah menguatkan semangat kami untuk mencabar diri sendiri dan melihat hasilnya pada akhir program nanti.

24 November 2010 (Rabu) Dalam mesyuarat kali kedua ini, pengerusi BIG iaitu Encik Ahamd Suhaimi memperincikan lagi taklimat mengenai perjalanan program yang akan dijalankan sepanjang 3 hari tersebut serta memaklumkan perubahan terkini. Lagi sekali, pelbagai reaksi yang telah diberikan setelah mengetahui aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan terutamanya mengenai aktiviti berkayak dalam jarak melebihi 16km.

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

Selain itu, perbincangan bersama jawatankuasa masing-masing mengenai tugas-tugas yang perlu dilaksanakan sepanjang program BIG. pengerusi. Saya dan Rohaiza bersepakat untuk membalut segala cenderahati yang telah dibeli oleh Kami turut membahagikan tugas di mana Rohaiza akan mengacarakan malam kebudayaan dan saya mengacarakan majlis penutup.

29 November 2010 (Isnin) - Semua ahli jawatankuasa kecil melaksanakan tugas yang diberi bagi melancarkan proses persiapan program BIG. Setiap jawatankuasa merangka pelan strategi jawatankuasa masing-masing dan membuat senarai keperluan untuk diberikan kepada pengerusi bagi tindakan lanjut. Hasil perbincangan ini dibentangkan untuk mendapat pandangan dan maklumbalas daripada semua peserta kursus yang akan menjadi peserta BIG. Pada 01 Disember 2010 (Rabu) - Satu sesi perbincangan diadakan sekali lagi. Semua ketua jawatankuasa kecil telah diminta membentangkan perkembangan terakhir tugas jawatankuasa masing-masing dan masalah yang dihadapi. Bagi saya dan Rohaiza, kami tidak menghadapi sebarang masalah kerana tugas menyiapkan cenderhati telah selesai dan telah diserahkan kepada pengerusi untuk disimpan. Rangka teks juruacara juga telah kami siapkan terutama bahagian protokol majlis bagi mengelakkan kesilapan.

08 Disember 2010 (Rabu) - Bertempat di kelas kami iaitu di F101, satu taklimat rasmi oleh pihak urusetia telah dijalankan oleh En. Mohd Tahir Bin Kamaruzaman, ketua jabatan HEP merangkap jurulatih air bersama Encik Mohd Arus Bin Abdul Kudus iaitu Penyelaras dan Kem Komandan. Encik Mohd Tahir menekankan mengenai persepsi negatif terhadap program BIG. Ia dikatakan bertujuan untuk membuli para peserta terutama guru-guru senior seperti kami tetapi sebaliknya untuk mengembalikan semangat muda untuk terus berjuang dalam arus pendidikan perdana yang semakin mencabar.

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

Setelah itu, Encik Mohd Arus memberikan sedikit taklimat mengenai tentatif program yang akan dijalankan sepanjang 3 hari 2 malam tersebut. Beliau juga meminta para peserta untuk bersedia dari segi fizikal dan mental untuk berada dalam keadaan yang ditakrifkan sebagai uncomfort zone. berjalan akan sentiasa menjadi keutamaan pihak beliau. Ternyata, taklimat ini sedikit sebanyak telah melegakan kami dan membuatkan kami lebih bersedia dari sudut fizikal dan mental untuk menyahut cabaran yang bakal didepani. Anggapan buruk yang kami terima selama ini kian terkikis malah diganti dengan semangat membara. Kami kian jelas tentang hasrat murni di sebalik program yang mencabar ini. Pada sebelah petangnya, semua peserta BIG berkumpul di stor Gerko IPGKBA untuk mengenalpasti, memilih dan mengambil peralatan dan keperluan perkhemahan dan kelengkapan lain. Semua peralatan tersebut dikumpul sebelum dimasukkan ke dalam kenderaan yang akan digunakan kelak. Sikap bekerjasama dan setiakawan antara semua peserta tak ubah bak kata bidalan, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing menjadikan kerja-kerja dapat disempurnakan tanpa sebarang masalah. Kem Komandan ini turut menegaskan ciri-ciri keselamatan di sepanjang program

Pada 09 Disember 2010 (Khamis) - Seawal jam 7 pagi, 30 orang peserta BIG yang terdiri daripada peserta PGSR Bahasa Melayu kohot 2 IPGKBA telah berkumpul di hadapan perpustakaan IPGKBA dengan penuh semangat. Kami bertolak pada pukul 9.00 pagi selepas bacaan doa selamat yang dipimpin oleh saudara Zulkifli Mat Siron. Turut serta dalam program ini ialah seramai 6 Perjalanan kami ke tapak orang pensyarah yang bertindak sebagai jurulatih BIG disamping saudari Nadia ( pelajar KPLI IPBA) sebagai fasilitator. seketika di R&R Senawang. perkhemahan Blue Lagoon, Batu 10 dengan menaiki bas IPBA berhenti rehat

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

Kami tiba di tapak perkemahan pada jam 12.30 tengah hari. Aktiviti pertama yang dilakukan apabila tiba di sana ialah membersihkan tapak perkhemahan dan mendirikan khemah. Dengan berkat tujuk ajar daripada fasilitator dan jurulatih, kerja-kerja menyiapkan tapak perkemahan berjaya disiapkan hasil kerjasama yang baik sesama peserta. Selesainya mendirikan khemah, kami mendirikan solat jamak dan qasar secara berjemaah dengan diimamkan oleh saudara Zulkifli Mat Siron. Sejurus selepas itu, kami diberikan taklimat oleh Kem Komander, En. Mohd Arus. Beliau memberikan taklimat mengenai aktiviti yang akan kami jalankan iaitu mendaki bukit atau jungle trecking. Beliau turut menasihati kami agar memakai pakaian yang sesuai terutamanya kasut. Hal ini kerana permukaan bukit tersebut agak curam dan licin serta boleh menyebabkkan perkara yang tidak diingini berlaku jika langkah keselamatan tidak diambil. Pada sebelah petangnya aktiviti diteruskan lagi dengan mendaki bukit menuju ke kawasan rumah api Tanjung Tuan. Aktiviti memanaskan badan diketuai oleh saudara Mohd. Nazri bagi menyediakan fizikal tubuh dan mengelakkan kecederaan. Cabaran fizikal ternyata telah bermula. Saya akui, mendaki dengan kecuraman yang agak tingggi ini amat-amat memenatkan. Namun kepenatan ini terubat dengan melihat keindahan flora alam semulajadi sekeliling. arus laut. Pemandangan sekitar laut di rumah api Tanjung Tuan amat Selain itu, Tanjung Tuan juga merupkan tempat berkumpul memikat hati apatah lagi apabila mendapati keistimewaan tempat pertemuan beberapa jenis kawanan burung dari luar yang tidak terdapat di tempat lain. Dalam aktiviti mendaki bukit ini, terdapat 2 rakan kami iaitu Norazua dan Nora tidak dapat meneruskan perjalanan atas faktor-faktor kesihatan. Saya kagum kerana mereka begitu bersemangat untuk mencuba tetapi tidak dapat menghabiskannya dan terpaksa berpatah balik atas nasihat rakan-rakan.

10

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

Selepas menuruni bukit, kami meneruskan perjalanan menyusuri pantai sehingga sampai ke kawasan mata air tawar. Di sinilah kami semua berasa kagum dan mensyukuri kebesaran Ilahi kerana wujudnya lopak air tawar di sekeliling air masin. Masing-masing tidak ketinggalan untuk merasa sendiri air keajaiban alam ini. Kami juga mengumpul 7 helai daun herba bagi setiap kumpulan yang boleh dijadikan ubatan seperti yang diminta oleh Ustaz Hishamuddin untuk kegunaan dalam aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Perjalanan pulang kami sekali lagi menguji ketahanan mental dan fizikal di mana kami terpaksa mendaki bukit yang lebih mencabar kerana laluannya licin dan curam di samping laluannya berakar dan penuh semak-samun. Ramai peserta perempuan menitiskan airmata. Kami sentiasa bantumembantu agar semua rakan dapat meneruskan perjalanan. Saya sendiri menjadi salah seorang peserta yang terakhir kerana menemani dan memapah seorang rakan iaitu Arbayah yang hilang semangat akibat keletihan teramat. Saya terus-terusan memberikan kata-kata semangat bagi membantu beliau. Pada sebelah malam, aktiviti masih diteruskan. Selepas makan malam dengan penuh berselera sekali, kami bersolat berjemaah dengan diimamkan oleh Ustaz Ilham Rushdi. Sesi tazkirah dilakukan bersama En Mohd Tahir dan beberapa jurulatih lain. Aktiviti terakhir pada hari pertama ialah aktiviti LDK bersama Ustaz Hishamuddin. Kami diminta membuat imbasan aktiviti yang berlangsung sepanjang hari, di samping merenung kelebihan dan kelemahan diri. Kemudian, kami tidur di dalam khemah dengan rasa selamat kerana ada rakan-rakan yang mengawasi keselamatan kami menjadi sentri. Walau bagaimanapun, secara jujur, saya langsung tidak dapat melelapkan mata. Mungkin akibat terlalu letih ditambah lagi dengan suasana di tempat baru serta tidur beralaskan plastik khemah yang hanya menjadi pengalaman hampir 20 tahun yang silam.

11

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

10 Disember 2010 (Jumaat) - Seawal pagi, semua peserta bangun untuk persiapan diri dan solat Sujud Sejadah berjemaah. Kemudian kami diberi taklimat mengenai dua aktiviti yang akan dijalankan dari pagi hingga ke petang iaitu aktiviti water confident dan aktiviti berkayak. Taklimat disampaikan oleh En. Tahir, ketua jurulatih air. Water confident berjaya mengembalikan kepercayaan diri terhadap fobia air. Kami diajar cara-cara memakai jaket keselamatan, cara mengapungkan diri dan teknik menyelamatkan diri di dalam air. Berbagai telatah dapat dilihat dan ada di antaranya amat melucukan. Walapun suasana pada masa tersebut agak tegang, namun ia akan menjadi satu kenangan yang amat manis untuk dikenang pada masa-masa akan datang. Sejurus kemudian kami diberi kebebasan untuk memilih pasangan kayak. Saya dengan yakin telah memilih untuk berpasangan dengan saudara Alias yang bagi saya seorang yang kuat jatidiri dan sangat kekuatan fizikal dan mental menjadi taruhan. bertanggungjawab. Perjalanan kami bermula dan terpaksa menempuh ombak kuat. Sekali lagi Apatah lagi kami diberitahu jarak perjalanan pergi dan balik menjangkau 20 km iaitu melebihi jarak biasa. Namun keseluruhannya kami gembira kerana berpeluang melakukan rafting dan keselamatan di tengah laut. Di tempat rehat yang ditetapkan, kami, para peserta wanita menyiapkan hidangan makanan yang dimasak oleh rakan-rakan kami yang tidak dapat turut serta, sementara para jurulatih dan peserta lelaki menunaikan solat Jumaat. Selepas makan, kami sekali lagi terpaksa mengharungi ombak yang semakin kuat akibat air kian surut. Sesekali dalam perjalanan berkayak pulang ke pantai, saya hampir-hampir berputus asa dan kecederaan pada bahu yang dialami semasa mengikuti kursus Latihan Membina Semangat (KLMS) dahulu kembali lagi.

12

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

Syukur kepada tuhan dan terima kasih kepada rakan kayak saya yang sentiasa memotivasikan diri saya dengan semangat yang ditunjukkan oleh beliau. Terima kasih, Alias! Setiap seorang daripada kami pulang ke khemah dalam keadaan yang amat letih namun masih bersemangat untuk ketawa apabila mengenangkan segala pengalaman yang baru ditempuh dalam aktiviti berkayak. membersihkan diri, seperti lazimnya kami bersolat jemaah. Kemudian, masing-masing mulai sibuk dengan persiapan Malam Mesra PGSR. Ada yang sibuk membuat latihan persembahan dalam kumpulan dan peserta lelaki pula sibuk membuat persediaan makan malam yang agak istimewa. Selesai solat Isya, semua peserta menantikan para jurulatih untk bersama sama dalam majlis Malam Mesra. Makan malam tersebut menjadi istimewa bukan sahaja kerana makanan yang dihidangkan lazat-lazat belaka, namun ia turut diserikan dengan persembahan mengikut kumpulan. Pelbagai keletah yang dapat dilihat kerana setiap kumpulan tampil dengan persebahan mengikut kreativiti masing-masing. Kumpulan saya telah membuat persembahan drama dan nyanyian yang mengisahkan penipuan sekumpulan manusia yang menyamar sebagai orang buta demi kepentingan diri sendiri. Selesai berkemas, kami tidur kepenatan. Selesai

11 Disember 2010 (Sabtu) Hari ini merupakan hari terakhir program BIG fasa 1 kami. Pada wakti pagi, hanya aktiviti ringan sahaja yang dijalankan termasuklah membersihkan kawasan tapak perkhemahan. Kami juga membuat persediaan untuk majlis penutupan rasmi berlangsung pada jam 11.00 pagi. yang dijangka

13

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

Selain itu, kami sempat mengikuti Latihan Dalam Kumpulan( LDK) bersama Kem Komandan dan Ustaz Hishamuddin serta jurulatih-jurulatih lain. Dalam sesi ini kami diberi peluang untuk membuat refleksi menganai program yang telah berjalan selama 3 hari 2 malam tersebut. Pelbagai pandangan telah disampaikan termasuk dari sudut kekuatan dan kelemahan serta cadangan penambahbaikan. penolong ketua unit. Saya juga tidak ketinggalan untuk meluahkan isi hati saya secara peribadi dan dari sudut seorang Secara keseluruhannya, saya menyedari semangat kesetiakawanan antara 30 ahli kelas PGSR BM kohot 2 ini kian mantap berbanding keadaan sebelum ini yang mulai wujud kelompok-kelompok kecil dalam kumpulan besar. Saya mengharapkan keadaan ini akan berterusan sehingga tempoh pengajian kami tamat pada tahun 2013 kelak. Tepat pada masa yang dijadualkan, En. Giam Kah How, Timbalan Pengarah IPG KBA tiba. Saya telah bertindak sebagai pengacara majlis majlis penutupan itu. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Saudara Zulkifli Siron. Sejurus kemudian, saudara Suhami iaitu Pengerusi BIG fasa 1 memberi ucapan yang berkisar kepada ucapan terima kasih atas peluang untuk kami menimba pengetahuan dan pengalaman baru. Ustas Hishamuddin pula menyampaian ucapan bagi pihak Ketua kem Komandan yang kurang sihat. diperoleh sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian. dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Kemuncak majlis ialah ucapan perasmian penutupan oleh En. Giam. Beliau mengharapkan semua peserta PGSR tidak memandang rendah terhadap kemampuan diri sendiri atas alasan usia. Beliau turut menyatakan para peserta PGSR membuktikannya menerusi usaha dan semangat tinggi untuk Beliau mengharapkan para peserta kursus dapat menerapkan falsafah dan ilmu yang Beliau turut memuji semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua para peserta

14

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

melanjutkan pelajaran dan kesanggupan mengorbankan masa cuti sekolah demi mencapai cita-cita untuk bergelar guru berijazah. En. Giam kemudiannya merasmikan penutupan Program Bina Insan Guru PGSR Ambilan 2009. En. Giam kemudiannya menyampaikan cenderahati kepada semua jurulatih dan fasilitator yang menjayakan program berkenaan. Sebagai tanda terima kasih atas kesudian En. Giam, pengerusi BIG, saudara Suhaiami menyampaikan cenderahati kepada En. Giam Kah Haw. Sebelum menikmati jamuan, En. Giam telah melawat tapak perkhemahan serta melepaskan tali khemah sebagai tanda program telah berakhir. Sebelum bertolak pulang, peserta-peserta BIG tidak melepaskan peluang bergambar bersama para jurulatih. Kemudian kami bertolak pulang dengan menaiki bas. Kami selamat tiba di perkarangan IPBA. Sekali lagi semua peserta bekerjasama memulangkan dan menyimpan barang-barang yang dipinjam dari stor Unit Gerko IPBA seperti keadaan asal. Kami semua memastikan semua peralatan yang dipinjam telah dipulangkan dengan bilangan yang mencukupi dan dalam keadaan baik. Kemudian semua peserta pulang ke rumah masing-masing dengan seribu satu kenangan untuk dikongsi bersama ahli keluarga. Walaupun jelas kelihatan semua peserta keletihan, namun rasa kepuasan dan kegembiraan tetap terpancar pada wajah masing-masing kerana berjaya melalui satu lagi tugasan yang diberikan kepada kami sebagai mengisi kurikulum pembelajaran program pensiswazahan guru sekolah rendah. pembelajaran ini dijalankan di luar bilik darjah. Bezanya cuma sesi

15

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

Secara keseluruhannya; saya merasakan Program Bina Insan Guru fasa 1 ini berjaya mencapai segala matlamatnya ke arah membentuk insan guru yang mempunyai daya tahan bukan sahaja dalam aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial. Ia turut menyuntik nilai-nilai murni yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebagai seorang guru dan kehidupan seharian. Secara peribadi, program 3 hari 2 malam ini bukan sekadar memberikan kenangan yang paling indah dan amat berguna kepada saya namun lebih daripada itu ia dapat dijadikan kayu pengukur sejauh manaka kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Saya turut mengharapkan program sebegini dapat diteruskan dengan sedikit penambahbaikan dalam beberapa aspek pada masamasa akan datang.

Laporan disediakan oleh, ................................................. (ZAINAB BT HJ MUSTAPA) Peserta PGSR BM Ambilan 2009, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.

30 APRIL 2011.

16

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

17

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

REFLEKSI DIRI Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan segala kesyukuran dan terima kasih saya kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua jurulatih dan rakan yang terlibat dalam Program Bina Insan Guru pada kali ini sehingga kami dapat menempuhi semuanya dengan selamat tanpa banyak masalah besar yang timbul dan berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Saya ingin merakam ribuan terima kasih khas kepada semua jurulatih kerana mengiringi dan membimbing kami dan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak dalam semua aktiviti yang telah kami jalankan. Jutaan terima kasih atas semua motivasi dan teguran yang telah dicurahkan. Saya akan memanfaatkan semua ilmu yang saya dapat sepanajang tempoh 3 hari 2 malam ini dengan sebaik mungkin dalam kehidupan seharian saya. Antara aktviti yang dijalankan tersebut, aktiviti water confidence dan berkayak paling banyak meninggalkan kesan dalam diri saya Secara jujurnya, inilah aktiviti yang paling saya takuti kerana saya hanya pandai berenang di dalam air tenang dan bukannya di laut. Namun, kali ini saya terpaksa juga menghadapi alam semulajadi ciptaan Tuhan yang amat mengagumkan sekaligus menakutkan. Ketika sampai ke pantai untuk aktiviti air, saya terpegun dengan keindahan ciptaan Tuhan yang terbentang luas di hadapan saya. Suara ombak menghempas pantai amat mengasyikkan. Ombak yang tinggi, besar dan kuat menyedarkan saya betapa kerdilnya diri saya dalam dunia ini. Saya menjadi begitu gentar lantaran memikirkan kelemahan saya yang tidak pandai berenang. Namun saya memujuk diri sendiri dengan menyakinkan bahawa ada lagi rakan-rakan lain seperti saya dan kelemahan ini tidak sesekali akan menghalang kami daripada melakukan aktiviti tersebut.

18

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

Semasa melakukan aktiviti meningkatkan keyakinan dalam air (water confidence), saya mula menghadapi masalah. Ombak yang kuat dan bertalutalu menghalang pergerakkan untuk mengapungkan diri dan berenang menuju ke kawasan yang ditetapkan. Saya tertelan air masin berkali-kali. Setelah dipukul ombak beberapa kali, saya mula berasa letih dan putus asa. Mata menjadi pedih dan pandangan menjadi agak kabur. Namun, berkat pertolongan dan sokongan kawan-kawan serta fasilitator, Cik Nadia semangat rakan-rakan lain, akhirnya saya semakin bersemangat untuk mencuba dan melawan kelamahan diri. Saya tidak kisah berapa besar ombak yang melanda, saya tetap mahu mencuba untuk mengapungkan diri dan belajar berenang. Saya amat berterima kasih kepada kawan-kawan dan fasilitator yang telah banyak menolong saya. Saya cuba mengaitkan keadaan saya di laut itu dengan membandingkan dengan situasi realiti kehidupan seharian. Kehidupan kita tidak semudah yang kita harapkan. Kita sentiasa berhadapan dengan cabaran dan dugaan dan ombak merupakan perlambangannya. Ada ketika, hidup kita tenang dan ada masanya pula kita gelisah dan terpaksa berhadapan dengan masalah, rintangan dan cubaan. Untuk berjaya dalam hidup, kita tiada pilihan selain menghadapi dan meyelesaikan setiap permasalahan tersebut tanpa mengira sebesar mana kelemahan mahupun kekuatan sendiri . Di sini kesabaran dan kebijaksanaan kita amatlah perlu. Hanya orang yang sanggup berhadapan dengan masalah akan menemui kejayaan. Sebanyak mana bantuan yang kita terima daripada orang lain, namun keputusan akhir tetap berada di tangan sendiri. Lantaran itu, saya tetap tabah dan berusaha keras untuk melawan arus ombak dan mengenepikan rasa takut yang sedia ada dalam diri. Akhirnya saya berasa bangga kerana saya dapat mengapungkan diri dengan selesa dan mula yakin untuk berenang dalam arus laut yang bergelora. Saya mula memahatkan azam untuk terus belajar berenang dengan lebih giat selepas program ini berakhir kelak.

19

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

Selain itu, saya mempelajari bahawa kita tidak boleh hidup bersendirian. Kawan amatlah penting dalam kehidupan kita. Tanpa kawan, banyak perkara yang tidak dapat kita rasai dan lalui dengan jayanya. Sekiranya tiada kawankawan yang menolong semasa menghadapi ombak yang besar, pasti saya akan mengalah. Kehadiran kawan-kawan di sekeliling saya telah memberi semangat dan keberanian kepada saya. Saya juga melihat ramai kawan-kawan lain yang mengalami keadaan yang sama seperti saya, malah ada yang lebih takut lagi. Namun, dengan adanya kawan-kawan lain dengan mereka, mereka berjaya melawan ketakutan tersebut. Semasa kami mula berkayak, saya berasa sangat teruja untuk mencuba. Apa tidaknya, aktiviti ini telah saya tinggalkan sebaik sahaja kehidupan sebagai pelatih maktab di Maktab Perguruan Ipoh, Perak telah tamat. Kalau dahulu, Pulau Pangkor menajdi tempat saya dan rakan-rakan melepaskan gian berkayak. Namun, ia telah menjadi kenangan hampir 17 tahun tahun silam. Disebalik keghairahan untuk kembali berkayak, saya juga sebenarnya mempunyai sejarah berkayak yang menyakitkan. Ia terjadi semasa menjalani Kursus Latihan membina Semangat (KLMS). menderita sakit tulang belikat untuk sekian lama. Untuk kali ini, saya bersyukur kerana diberi peluang untuk memilih rakan kayak. Saya telah memilih saudara Alias atas sebab-sebab tertentu. Syukur ke hadrat Ilahi kerana beliau tidak menolak. Sepanjang perjalanan yang telah ditetapkan itu, saya dan rakan saya tidak mempunya masalah besar. Sekali sekala kayak kami dilambung ombak ganas. Namun. saya kagum dengan sikap rakan saya yang saya sifatkan sebagai sangat sabar serta bijak mengendalikan kayak. Dengan tunjuk ajar dan arahan beliau, kami dapat membawa kayak kami ke tempat yang telah ditetapkan dengan selamat. Rakan kayak saya tidak memberikan kerjasama dalam mengandalikan kayak kami. Hasilnya, saya

20

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

Saya mengandaikan dalam kehidupan kita, perancangan dan pengurusan pentadbiran amat penting. Seorang ketua seharusnya bijak mengawal keadaan dan orang di bawahnya. Sikap sabar dan kemahiran berkomunikasi menjadi senjata utama untuk mengendalikan sesuatu organisasi contohnya di sekolah mahupun di dalam kelas. Sebagai orang yang ditadbir, keikhlasan untuk menerima teguran adalah penting. Sentiasa berfikiran positif dan berusaha membetulkan kesilapan akan menjadikan hidup sentiasa tenang. Semasa berkayak untuk pulang ke pantai, kami terpaksa bertarung dengan arus surut yang menarik kami ke arah laut. Pada masa itu, saya hampir menangis kerana tertekan dengan kudrat yang kian terbatas. Beberapa kali saya mejerit untuk melepaskan perasaan sendiri. Saya terasa ingin berhenti mendayung, Alhamdulillah, itu semua tidak terjadi. Saya masih lagi rasional memikirkan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh rakan kayak saya untuk bertarung sendirian seperti yang saya telah lalui semasa KLMS dahulu apabila rakan kayak saya hanya menangis dan tidak membantu! Berkat semangat, usaha dan penat lelah, akhirnya kami berjaya juga sampai ke pantai. Dalam kehidupan ini, kita juga harus tabah dan sentiasa bekerjasama. Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha yang kental. Biarpun kita kecundang, namun kita harus bangun dan bermula semula. Kesilapan bukan satu kekalahan, sebaliknya ia sebagai satu peluang untuk kita mengubah cara dan pemikiran agar kita tidak mengulangi kembali kesilapan yang sama kelak. Kedua-dua aktiviti membina keyakinan dalam air dan berkayak mengajar saya bahawa hidup ini bukan sekadar kekuatan sahaja. Kita tidak sepatutnya merendahkan kebolehan diri sendiri sebelum mencuba akan sesuatu. Dalam situasi perguruan, sebagai seorang guru kita patut menyediakan diri kita dengan pelbagai jenis ilmu. Ini kerana kita bakal berhadapan dengan lautan manusia yang mempunyai pelbagai kerenah. Dengan ilmu dan pengalaman

21

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

yang kita timba, kita akan lebih bersedia menghadapi dunia yang semakin hari semakin mencabar terutamanya dalam bidang perguruan yang objektifnya menghasilkan modal insan berkualiti demi kelangsungan generasi seterusnya. Apa jua kesulitan yang kita alami, tentunya ada hikmah disebaliknya. Bak kata perumpaan, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Setiap kepahitan yang kita alami akan menjadi sesuatu yang amat manis untuk dikenang di kemudian hari. Inilah yang berlaku kepada kami, peserta-peserta BIG PGSR BM ambilan 2009, usia tidak pernah membataskan kami daripada melakukan sesuatu yang disifatkan mustahil pada awalnya. Inilah antara apa yang dapat saya pelajari melalui BIG ini iaitu sikap sentiasa ingin mencari ilmu. Semua benda di sekeliling kita merupakan guru yang sentiasa memberi pelbagai ilmu kepada kita. Tanpa ilmu, kita merupakan manusia yang paling malang dan miskin di dunia ini. Dalam kehidupan seorang guru, ilmu di dada haruslah mencukupi. Ilmu yang harus ada pada seorang guru bukan sahaja dari segi intelek, malah semua aspek kehidupan ini. Ini kerana guru dijadikan tempat rujukan dan pusat maklumat. Perjuangan kami dalam mencapai objektif sebenar iaitu untuk menaiktaraf diri sendiri dari segi taraf akademik belum berakhir. Tidak dapat dinafikan, terlalu banyak dugaan dan masalah yang timbul dan tidak terkecuali, banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Semoga pengorbanan dan semangat kental kami akan menjadi pembakar semangat kepada anakanak kami mahupun anak-anak murid kami untuk mencapai kecemerlangan. Rumusannya, program BIG ini banyak memberi peluang kepada saya untuk menilai kakuatan dan kelemahan diri sendiri. Disebalik semua kegembiraan dan kesedihan dan kesakitan yang saya hadapi, saya dapat melakukan refleksi untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik sebagai seorang insan yang bergelar anak, isteri, ibu dan guru. Terima kasih program Bina Insan Guru!!

22

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

23

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

PERSEDIAAN AWAL PROGRAM BINA INSAN GURU PGSR-BM AMBILAN 2009 09 11 DISEMBER 2010

Mesyuarat dan taklimat persediaan BIG fasa 1 PGSR BM yang dipengerusikan oleh saudara Suhaimi Termizi.

Para peserta memilih peralatan yang akan digunakan selama program berlangsung dan memuatkannya ke dalam van.

24

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

HARI PERTAMA: 09 DISEMBER 2010 (KHAMIS) PROGRAM BINA INSAN GURU PGSR-BM AMBILAN 2009

Para peserta bergambar kenangan dengan sebahagian jurulatih di perkarangan perpustakaan IPGKBA sebelum bertolak.

Saudara Zulkifli Siron mengetuai bacaan doa agar perjalanan sepanjang program mendapat keberkatan dan perlindunganNya.

Di R&R senawang, para peserta mengambil kesempatan membeli makanan untuk juadah tengah hari.

25

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

Tarik kuat wei! Nanti tengah malam, tak pasal-pasal ada yang dihempap khemah.

Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing. Bergotong royong membersihkan tapak khemah, mendirikan khemah dan memasak untuk makan malam.

26

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

Mendaki bukit ke Rumah Api Tanjung Tuan menjadi aktiviti pertama yang mencabar kekuatan fizikal dan minda peserta.

Laluan berbatu yang tajam dan licin menambahkan lagi cabaran. Namun pemandangan laut dapat mengubati segala kepenatan.

Maisng-masing kagum dengan kebesaran Ilahi. Lopak air tawar yang terletak di kawasan air masin mebuatkan para peserta ingin merasainya sendiri. Air penerang hati ni... Sah exam nanti aku boleh score!!
27

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

HARI KEDUA: 10 DISEMBER 2010 ( JUMAAT ) PROGRAM BINA INSAN GURU PGSR-BM AMBILAN 2009

Faham,tuan!!!

Saya tidak akan berkompromi dengan dsiplin di laut kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa. Semua faham????

Perjalanan pulang ke pantai menjadi kian mencabar kerana air laut mulai surut dengan cepat.

28

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

SEKITAR MALAM MESRA

Giliran peserta lelaki menujukkan kebolehan mereka untuk menyediakan juadah makan malam yang istimewa.

SEDAAAAAPP....!!!!

29

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

Kak.. kaki adik ni sakit sebab hari-hari panjat bukit kat IPBA. Kalau ada Viva mesti sakit ni hilang. Boleh ya, kak?

Anak kawe ni keno sawan nikoh tigo! Bawok rombonge pergi rumoh ambo.. ada anok tino ambo tak nikoh lagi tu...

Bute mate tak mengape, Asal hati teghang saje.. Hidup di dunia semantare saje, Cukop mase pergilah kite..! Jangan menipu sesame menusie, Tuhan tahu segale-galenye.. Sebagai hamba serah padeNye, Semoga bahagie selamenye..!

Ooo.. kudaku lari gagah berani.. Ayuh lari..Kudaku lari kencang rasa hariku girang kawanHARI KETIGA: 11 DISEMBER kawanku riaaang ... 30

Tanya sama pokok apa sebab goyang? Nanti jawab pokok angin yang goncang.. Tanya 2010 ( SABTU ) sama hati apa sebab sayang..?

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

PROGRAM BINA INSAN GURU PGSR-BM AMBILAN 2009

Para peserta berpeluang memberikan pendapat mengenai keberkesanan aktiviti dan cadangan penambahbaikan keseluruhan program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam.

LDK DAN SESI REFLEKSI

MAJLIS PENUTUPAN RASMI


31

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

Para peserta sabar menanti ketibaan Timbalan Pengarah IPG KBA yang dijadualkan merasmi penutupan program.

Ketibaan En. Giam Kah Haw di sambut pleh para jurulatih bersama Pengerusi Program BIG dan Ketua Unit PGSR BM Ambilan 2009.

En. Giam memeriksa perbarisan dan berkenal mesra dengan ketua kumpulan yang mewakili 30 peserta.

32

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

Kiri (atas): Saudara Suhaimi, Pengerusi BIG PGSR BM 2009 menyampaikan ucapan alu-aluan. Kiri (bawah): En. Hishamuddin berucap mewakili Kem Komandan. Kanan: En Giam Kah Haw menyampaiakan ucapan dan merasmikan penutupan Program BIG fasa 1 PGSR BM 09.

Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa. Terima Kasih Sekalung Jasa, Dikenang Orang Tiap Ketika.

33

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

Lawatan ke tapak perkhemahan sebelum semua khemah dirobohkan.

Amboi amboi amboi Azli...! Kalau ko tak buat kerja,aku pun tak nak buat!!

Pemeriksaan khemah bagi memastikan ianya disimpan dalam keadaan baik dan betul.

Jamuan ala perkhemahan disajikan kepada perasmi majlis.

34

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

Atas: Semua peserta, jurulatih dan fasilitator bergambar kenangan bersama En. Giam Kah Haw, Timbalan pengarah IPG KBA. Bawah : Peserta lelaki tersenyum girang bersama Cik Nadia, fasilitator tunggal yang terlibat. Peserta perempuan ceria bersama-sama Ustaz Ilham Rusydi, jurulatih kerohanian dan imam solat berjemaah.

Bersama-sama menyimpan semula segala peralatan yang telah dipinjam ke dalam stor GERKO.

Kalau ada sumur di ladang, Boleh kita menumpang mandi; Kalau ada umur yang panjang, BIG fasa 2 pasti bertemu lagi.

35

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

36

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

PENUTUP DAN PENGHARGAAN Pertama sekali, limpah kesyukuran kepada Tuhan pencipta alam atas segala kurniaan dan nikmat kehidupan di bumi yang sangat indah ini. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga ditujukan kepada keluarga yang banyak memberi dorongan untuk saya terus melangkah sedepa lagi bagi meningkatkan kualiti diri. Kekuatan dan ketabahan yang kalian tunjukkan sentiasa menjadi inspirasi untuk langkah ini terus diayun dengan penuh yakin. Terima kasih khas kepada pihak pentadbiran IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, terutama kepada Pengarah dan Timbalan Pengarah atas kepercayaan kepada kami sehingga Program Bina Insan Guru (BIG) fasa 1 ini dapat direalisasikan biarpun agak kabur pada peringkat awal. Jutaan penghargaan juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah di Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) atas komitmen yang tinggi sehingga BIG PGSR-BM kohot 2009 dapat dijayakan dan mencapai objektif. Sesungguhnya semua pengalaman ini telah meremajakan kami dan menyedarkan kami untuk melawan arus kesukaran yang membatasi usia yang dihitung melalui angka. Buat rakan-rakan kumpulan PGSRku, tugasan ini tidak sekadar melengkapkan kurikulum pembelajaran kita tetapi sesungguhnya ia memberi kesempatan untuk kita meninjau sejarah silam bagi meneroka masa hadapan yang lebih gemilang dan bermakna. Ayuh! nyalakan azam, pahatkan cita dan teruskan usaha. Sesungguhnya, benarlah slogan yang menjadi keramat kita, Together We Are Unstoppable. No Pain No Gain. Sejambak Kasih Seuntai Penghargaan daripada;

Zainab binti haji Mustapa PGSR BM Ambilan 2009 IPG KBA


37

Bina Insan Guru Fasa1 Zainab Hj Mustapa

38

Anda mungkin juga menyukai