Anda di halaman 1dari 15

PRAKATA


‫ ا ا
 ا‬
 "‫ا   رب ا    وا ة وا م و    و   و!  أ‬
Projek PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ini dijalankan khusus untuk memenuhi
prasyarat untuk mendapat kelulusan dan pengiktirafan sebagai seorang guru berijazah.
Penulisan Ini adalah berdasarkan kepada keperluan sukatan kursus terkini yang terdapat di
institut-institut perguruan seluruh Malaysia.

Isi kandungan kerja kursus ini merangkumi 4 bab. Pada bab pertama, membincangkan
berkaitan dengan sukatan pelajaran, huraian pelajaran, buku teks dan buku panduan guru.
Pada bab 2 dan 3 pula membincangkan berkaitan dengan penyedian dan penggunaan RPS
dan RPH serta BBM j-QAF. Kajian yang dilakukan banyak membawa erti kepada penulis
sekali gus memberi inspirasi baru kepada beliau untuk menjadi guru yang cemerlang.

Kerja kursus ini mula ditulis pada 24 Ogos 2008 semasa saya sedang mengikuti PBS.
Moga-moga projek ini akan memberi manfaat kepada saya sendiri dan semua pihak
khususnya bakal-bakal pendidik yang banyak berkorban dan menggembleng tenaga dalam
mendaulatkan agama, bangsa, dan negara selaras dengan kehendak pendidikan semasa.

Akhir kalam, ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada guru-guru SK Sura
yang sudi melapangkan masa bersama-sama mengajar dan mendidik saya menjadi bakal
guru yang berjaya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang memberi
dorongan positif dan tunjuk ajar. Kepada kedua ibu-bapa tercinta, Fatimah binti Sulaiman dan
Abdul Mutalib bin Kadir yang banyak berkorban, membantu dan penyuntik semangat sehingga
terhasilnya kerja kursus ini. Semoga Allah memberkati usaha kita bersama.

Muhammad Hanis bin Abdul Mutalib


Institut Perguruan Tun Hussein Onn
Batu Pahat, Johor Darul Takzim.
PENGENALAN

Pendidikan Islam sekolah rendah wajib dipelajari oleh setiap murid Islam dari tahun 1
hingga tahun 6. Pendidikan Islam menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu
dikuasai oleh individu Muslim merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan
dan kenegaraan. Tumpuan khusus mata pelajaran ini ialah, pertama; pendidikan asas tilawah
al-Quran, kedua; pembentukan akidah dan bimbingan Asas Fardu ‘Ain, ketiga; pemupukan
amalan Fardu ‘Ain dan Fardu Kifayah yang dituntut oleh Syari‘at Islam dan keempat;
penerapan adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam diri murid. Keempat-empat
bidang ini hendaklah disampaikan dengan berkesan. Penyampaian yang berkesan mampu
menanam asas keimanan dan membentuk murid-murid agar mempunyai cita-cita yang tinggi,
daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri yang menyumbang
kepada asas tamadun masyarakat, bangsa dan negara. Para pendidik perlu memastikan
setiap murid menguasai ilmu, amalan dan kemahiran yang telah ditetapkan supaya mata
pelajaran Pendidikan Islam ini dapat menyumbang ke arah pembentukan muslim mukmin
yang berilmu, beriman, beradab, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab,
beramal soleh, dan bertakwa selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Islam.

MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM


Matlamat Pendidikan Islam untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman,
kerketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah
supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah
mempertingkat tamadun bangsa dan negara.
OBJEKTIF
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah,
murid dapat :
1. Membaca surah-surah terpilih daripada juzu’ amma dengan betul dan fasih, untuk memupuk
minat membaca al-Quran dan menjadi amalan.
2. Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian.
3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya ke arah
meyakini al- Quran sebagai rujukan petunjuk Allah.
4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng
keagamaan.
5. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam Fardu ‘Ain serta memahami Fardu Kifayah sebagai
tuntutan kewajipan umat Islam.
6. Memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah s.a.w sebagai asas
perkembangan tamadun manusia.
7. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian.
8. Membaca dan menulis Jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.
BAB 1: PENGGUNAAN SUKATAN PELAJARAN,
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN, BUKU TEKS DAN
BUKU PANDUAN GURU.

Dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah, seorang guru perlulah
mengetahui beberapa perkara mengenai organisasi kandungan pelajaran yang akan diajar.
Organisasi kandungan ini terkandung di dalam semua sukatan pelajaran, buku huraian
sukatan pelajaran, buku teks dan buku panduan guru.

ORGANISASI KANDUNGAN
Kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibahagikan kepada empat bidang iaitu :

1. Bidang Asuhan Tilawah al-Quran.


Bidang ini memberi tumpuan kepada :
1.1 Membaca ayat-ayat al-Quran dengan betul dan fasih.
1.2 Menghafaz ayat-ayat al-Quran tertentu dengan betul dan fasih.
1.3 Memahami pengertian surah-surah tertentu daripada juzu’ ‘Amma (juzu’ 30) dan
menghayati pengajarannya.

2. Bidang Asas ‘Ulum Syar‘iyah.


Bidang ini memberi tumpuan untuk :
2.1 Penanaman akidah, pembentukan sikap dan tanggungjawab terhadap Allah s.w.t.
2.2 Pengetahuan mengenai peraturan ibadat yang ditentukan oleh Allah s.w.t. dan
melaksanakannya.
2.3 Percontohan dan pengambilan iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w.
2.4 Implikasi akidah, ibadah dan sirah dari segi tanggungjawab terhadap diri, keluarga,
masyarakat dan negara.
3. Bidang Asas Akhlak Islamiah.
Bidang ini memberi tumpuan kepada :
3.1 Kepatuhan terhadap peraturan dan cara hidup Muslim dalam hubungannya dengan Allah
s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.
3.2 Kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara perhubungan manusia dengan diri sendiri,
keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara.

4. Bidang Pelajaran Jawi.


Bidang ini memberi tumpuan kepada :
4.1 Menulis tulisan Jawi dengan baik.
4.2 Membaca tulisan Jawi dengan lancar.
4.3 Mempelajari asas seni tulisan Jawi.

Tumpuan-tumpuan yang dinyatakan di atas hendaklah diambil kira semasa


menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran dan melaksanakan dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Contohnya, adab yang ditentukan dalam Asas Akhlak Islamiah diajar khusus
dalam Bidang Akhlak Islamiah. Adab ini berdasarkan adab terhadap Allah dan Rasul, diri
sendiri, ibu bapa, keluarga, guru, alam sekitar, masyarakat, dan Negara berteraskan 4 nilai
utama Syaja‘ah, ‘Iffah, ‘Adalah dan Hikmah yang akhirnya membina pelajar beradab dan
menghayati nilai-nilai akhlak.
Kesemua bidang di atas merupakan kesepaduan ilmu yang dapat melahirkan insan
soleh yang diredai Allah s.w.t. Pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan berdasarkan
kandungan sukatan pelajaran ini adalah sesuai dengan peringkat keperluan dan keupayaan
murid sekolah rendah. Bahan-bahan rujukan seperti al-Quran, al-Sunnah, Sirah Rasulullah
s.a.w., sejarah para sahabat r.a., pendapat para sarjana Islam, kitab-kitab muktabar dan
sumber daripada ilmu-ilmu lain seperti Sains, Matematik, Geografi, dan Sejarah boleh
dijadikan asas bagi mengolah pengetahuan dan kemahiran di dalam sukatan pelajaran ini.
Pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi pada peringkat sekolah rendah ini
dapat diteruskan ke peringkat menengah.
PENGGUNAAN SUKATAN PELAJARAN, HURAIAN SUKATAN PELAJARAN, BUKU TEKS
DAN BUKU PANDUAN GURU.

Panduan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Buku Teks dan buku Panduan
Guru merupakan salah satu daripada buku yang diberikan kepada guru sebagai persediaan
sebelum mengajar di sekolah. Ia penting kepada guru sebelum memulakan sesi pengajaran
dan pembelajaran (P&P). Buku-buku ini juga dapat memberi gambaran awal kepada guru
mengenai perkara-perkara yang akan diajar di dalam kelas. Contohnya, penggunaan Sukatan
Pelajaran secara efektif dan bersistematik dapat memberi ruang kepada guru untuk
melaksanakan P&P yang berkesan kerana guru telah didedahkan dengan apa yang bakal
diajar oleh guru. Guru dapat menyediakan bahan-bahan seperti bahan bantu mengajar (ABM)
dan buku rujukan tambahan sebelum memulakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di dalam
kelas mahupun diluar kelas.

Buku panduan ini dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, memberi banyak
manafaat dan bantuan kepada guru. Di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah
rendah, penggunaan Panduan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Buku Teks dan
buku Panduan Guru amat dititik beratkan oleh guru Pendidikan Islam dan j-QAF.

Buku Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Buku Teks dan buku Panduan
Guru bagi mata pelajaran Pendidikan Islam tahun 1 hingga tahun 6 adalah digubal
berdasarkan kepada panduan yang terdapat pada organisasi kandungan.
BAB 2: RANCANGAN PENGAJARAN SEMESTER
DAN HARIAN

TEMU BUAL BERSAMA USTAZAH RASHIDAH BINTI ABDUL WAHAB

Pada hari kedua di sekolah SK Sura, saya mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran
bersama Ustazah Rashidah. Beliau ketika itu sedang mengajar di Kelas 5 Seroja di bawah
subjek Pendidikan Islam. Ustazah Rashidah merupakan salah seorang tenaga pengajar di
dalam kelas ini. Setelah mengajar, saya berpeluang untuk menemu bual beliau di bilik guru.

Ikuti wawancara bersama beliau:

Soalan 1

S
ٍ ejauh manakah penggunaan Rancangan Pengajaran Semester dan Harian?Apakah kaedah
pengajaran yang biasa digunakan oleh ustazah?

Jawapan:

Di SK Sura, guru-guru telah dibekalkan oleh pihak sekolah dengan beberapa contoh
Rancangan Pengajaran Semester dan Harian. Contoh-contoh Rancangan Pengajaran
Semester dan Harian ini telah dikemaskini dan dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Contoh-contoh ini menjadi rujukan
kepada para guru untuk menulis Rancangan Pengajaran Semester dan Harian. Penggunaan
Rancangan Pengajaran Semester dan Harian amat penting kepada guru kerana ia dapat
memberi satu panduan penyemakan oleh guru besar dan pegawai pelajaran terhadap kualiti
pengajaran dan pembelajaran kita di sekolah. Bagi guru pula, menulis Rancangan Pengajaran
Semester dan Harian dapat memberi satu motivasi untuk terus maju dalam bidang keguruan.
Sebagai contoh kaedah pengajaran seorang guru. Kaedah pengajaran yang biasa saya
gunakan untuk subjek Pendidikan Islam adalah dengan membahagikan murid kepada
beberapa kumpulan, biasanya saya melaksanakan aktiviti dan projek berpandukan kepada
topik. Setiap aktiviti dan projek ada peranannya sendiri. Selain itu juga, saya ada membuat
kaedah Iqra, Tikrar, Hafazan dan apa-apa yang berkaitan dengan topik tersebut. Kesemua
aktiviti dan kaedah yang saya gunakan telah dicatat di dalam buku Rancangan Pengajaran
Harian. Saya dapat menilai dimanakah kekurangan dan kelebihan saya ketika mengajar
(senyum).

Soalan 2

Apakah set induksi memainkan peranan penting dalam penggunaan Rancangan Pengajaran
Harian?

Jawapan:

Set induksi amat penting. Dalam Pendidikan Islam, biasanya kita akan menceritakan
pengalaman atau peristiwa yang berkaitan dengan sirah Rasulullah. Kita memperkenalkan
kepada murid, adakah mereka kenal Rasulullah atau bulan-bulan Islam? Kebiasaannya murid-
murid ini kenal. Set induksi penting kerana murid akan tahu apa yang akan diajar oleh guru.
Saya akan mencatat perkara tersebut di dalam buku Rancangan Pengajaran Harian.
Sesetengah guru, menjadikan set induksi sebagai kesimpulan awal tentang apa yang akan
diajarnya. Dan penulisan RPH memberi kesan terhadap aktiviti yang akan dilaksanakan oleh
guru.

Soalan 3

Apakah yang perlu dilakukan supaya dapat memupuk minat murid-murid untuk belajar?

Jawapan:

Contohnya dalam satu pengajaran, guru mesti bijak menarik minat murid. Jika cikgu terlalu
serius sangat, murid payah memberi perhatian kerana mereka dalam keadaan ketakutan.
Guru perlu melakukan suatu sesi pengajaran yang menarik supaya murid dalam suasana yang
segar. Dalam setengah jam, murid sudah hilang kawalan. Guru mesti menggunakan kaedah
gabung jalin supaya murid menjadi ceria dan mudah menerima apa yang diperkatakan oleh
guru.
Guru menjadi faktor utama kepada minat murid-murid untuk belajar. Misalnya jika guru disukai,
budak-budak mudah menerima pengajaran. Jika guru pandai menarik minat murid, pengajaran
yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Selain itu juga, persekitaran juga memainkan peranan utama yang mempengaruhi minat murid
tersebut. Persekitaran dalaman seperti suasana dalam sekolah, selain faktor luaran iaitu faktor
keluarga.

Sebagai guru, RPH akan memberi satu nilaian kepada diri sendiri, sejauh mana berjayanya
guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat membaiki kelemahan yang
ada berdasarkan refleksi pada RPH. Murid-murid akan lebih senang berhubung dengan guru
yang berdedikasi dan sentiasa cuba maju jaya dalam pengajaran.

(Wawancara ini telah diolah balik)


BAB 3: PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN
BANTU MENGAJAR DAN BILIK SUMBER j-QAF.

Di sekolah SK Sura, penyediaan dan penggunaan BBM dan bilik sumber j-QAF diselia
dan diuruskan sepenuhnya oleh guru j-QAF dan dibimbing oleh Ketua Panatia Pendidikan
Islam.
BBM yang disediakan adalah berdasarkan topic yang terkandung dalam subjek
Pendidikan Islam. Murid-murid dapat menggunakan bahan tersebut sebagai salah satu
alternatif untuk memahami dan mempelajari subjek Pendidikan Islam.
BAB 4: REFLEKSI KENDIRI.

Sekolah Kebangsaan Sura merupakan salah sebuah sekolah elit yang berjaya
melahirkan ramai pelajar yang berjaya dan cemerlang dari segi akademik malah sahsiah juga.
Sepanjang lima hari saya mengikuti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), banyak perkara
baru yang dapat saya belajar terutamanya pengalaman berhadapan dengan murid-murid.

Dalam membuat rekleksi kendiri, sepanjang saya berada di sekolah, saya telah banyak
mempelajari perkara baru berkaitan dengan suasana dan realiti sebenar keadaan seorang
guru mengajar. Semasa melaksanakan PBS ini, saya dapati pada diri saya berlaku beberapa
perubahan dalam menyediakan keperluan untuk menjadi seorang guru antaranya aspek
penampilan, pergaulan, komunikasi dan pengurusan sama ada dengan pihak skolah, guru
mahupun murid-murid. Di bawah saya sediakan perubahan yang dapat saya lakukan setelah
memahami dan menghayati kepentingan tugasan PBS kali ini.

Kesedaran Kendiri
Kesedaran emosi PBS mengajar saya berubah ke arah pemikiran dan
pengurusan emosi yang positif. Saya berkeupayaan
mengenal pasti emosi yang saya alami. Di samping itu
juga saya dapat mengurus emosi dengan baik dan tidak
emosional.
Kesedaran ketepatan PBS mengajar saya untuk menilai kekuatan dan
kendiri kelemahan yang saya ada. Di samping itu, saya
memahami batasan yang ada pada diri saya. Selain itu
juga PBS mengajar saya untuk memberi maklum balas
dengan apa yang saya lakukan dan dengan itu saya dapat
belajar melalui kesilapan yang telah saya lakukan.
Keyakinan diri PBS mengajar saya untuk lebih berkeyakinan diri dalam
melakukan sesuatu perkara yang berkaitan dengan
pengurusan masa. Ia mengajar saya untuk lebih
berketerampilan dan berkeupayaan untuk bergaul mesra
dengan masyarakat sekeliling terutamanya ketika
berhadapan dengan murid-murid. Selain itu juga, saya
dapat mempamerkan kesungguhan untuk mencapai
sesuatu perkara seperti menimba ilmu pengetahuan.
Penghormatan kendiri PBS mengajar saya untuk memahami, menerima dan
menghormati diri sendiri. Memahami keperluan harian,
menerima seadanya apa yang telah dianugerahkan Allah
dan menghormati diri dengan cara menjaga maruah dan
harga diri.
Kesejahteraan PBS mengajar saya untuk berpuas hati dengan kehidupan
sendiri, menikmati kehidupan sendiri dan bersama dengan
orang yang disayangi serta bergembira dengan
mempamerkan kelakuan dan emosi yang positif.

Pengurusan Kendiri
Kawalan emosi kendiri PBS mengajar saya untuk mengurus emosi dengan cara
yang betul, bukan dengan cara memberi tekanan kepada
perasaan. Kawalan emosi amat penting kerana emosi
negatif tiada manfaat terutamanya dalam pergaulan
seharian.
Kebolehsuaian PBS mengajar saya untuk menangani masalah dengan
cara lebih fleksibel, iaitu mengawal emosi dalam apa jua
keadaan.
Kebolehpercayaan PBS mengajar saya untuk bersifat seorang pemimpin.
Iaitu bersifat amanah, jujur dan dipercayai orang. Ini amat
penting dalam kehidupan terutamanya ketika mengajar di
dalam kelas.
Ketekunan PBS mengajar saya untuk berhati-hati dalam melakukan
suatu tugasan, cermat dan bersikap bertanggungjawab.
Daya usaha PBS mengajar saya untuk menyesuaikan diri dengan
idea-idea, pendekatan dan maklumat baru yang diterima.
Berorientasikan PBS mengajar saya untuk memperbaiki prestasi sebagai
pencapaian memenuhi piawai kecemerlangan yang ditetapkan.
Inisiatif PBS mengajar saya untuk bersedia bertindak dan
merebut peluang.
Optimis PBS mengajar saya untuk mengatasi halangan dan tekal
dalam usaha bagi mencapai objektif.

Manakala, Kompetensi Sosial pula berkaitan dengan aspek perhubungan seseorang


individu dengan masyarakat dan bagaimana menguruskan komuniti masyarakat. Contohnya,
perhubungan antara pemimpin dan rakyat, guru dan murid-murid.

Kompetensi Sosial juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kesedaran Sosial
dan Kompetensi Sosial.

Kesedaran sosial
Membangunkan orang PBS mengajar saya supaya menyedari keperluan orang
lain lain terutamanya murid-murid untuk membangun dan
meningkatkan keupayaan diri sendiri.
Empati PBS mengajar saya supaya menyedari perasaan dan
perspektif orang lain terhadap diri saya dan saya perlulah
menunjukkan minat terhadap apa yang diperkatakan
orang serta mengambil berat pandangan mereka.
Kesedaran organisasi PBS mengajar saya supaya berupaya membaca
perubahan emosi seseorang berdasarkan keadaan
semasa. Di samping itu juga menyedari perubahan yang
berlaku di sekeliling saya.
Berorientasikan PBS mengajar saya supaya pandai menjangka sesuatu
perkhidmatan perkara, mengenal pasti dan memenuhi keperluan orang
lain. Saya berusaha untuk mencapai prestasi
perkhidmatan yang terbaik kepada murid-murid.
Melayani Kepelbagaian PBS mengajar saya supaya memberi ruang kepada
orang lain mengemukakan pandangan, ragam kehidupan
dan hal yang berkaitan manusia.

Kompetensi sosial
Kepimpinan PBS mengajar saya supaya menjadi seorang pemimpin
berinspirasi yang cemerlang dan memimpin diri ke arah matlamat
yang jelas.
Komunikasi PBS mengajar saya supaya pandai berkomunikasi dan
berhubung dengan orang ramai. Selain itu juga, saya
dapat menghantar maklumat dengan jelas dan
meyakinkan orang ramai dengan mewujudkan dasar
keterbukaan dan telus dalam pergaulan.
Pengaruh PBS mengajar saya supaya pandai mengambil hati orang
lain, mempunyai tarikan pada mata manusia. Hal ini perlu
kerana saya memerlukan sokongan ramai dalam
melangsungkan kehidupan harian.
Pemangkin perubahan PBS mengajar saya supaya memulakan hala tuju yang
baru dan membawa arus perubahan dalam organisasi.
Pengurusan konflik PBS mengajar saya supaya menyelesaikan
percanggahan pendapat dan berupaya mengesan
masalah yang timbul dan mengambil langkah-langkah
untuk meredakan mereka yang terlibat.
Membina perhubungan PBS mengajar saya supaya mendorong dan memupuk
kepercayaan di antara satu sama lain, rasa hormat di
kalangan ahli dan berkongsi pemikiran untuk mencapai
persefahaman.
Kerja berpasukan PBS mengajar saya supaya membina visi yang dikongsi
dan bekerja dengan orang lain untuk mencapai matlamat
bersama.