Anda di halaman 1dari 13

PERANAN PENDIDIKAN MUZIK DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

2012

PENDAHULUAN Semua pendidik harus sentiasa peka dan sedar tentang perkembangan-perkembangan baharu dan isu-isu semasa dalam arena pendidikan. Perkara ini amat mustahak atau penting dalam arena pendidikan muzik Di Malaysia yang kini sedang giat berubah dengan kemunculan beberapa masalah serta cabaran untuk golongan pendidik muzik. Segala perubahan dan perkembangan baharu harus disedari, difahami, dan dikaji secara rasional oleh golongan pendidik muzik supaya mereka dapat menghadapi dan mengatasi cabaran-cabaran semasa dalam bidang ini dengan satu sikap psikologi yang lebih pragmatis.

Ini bererti golongan pendidik harus sanggup untuk berubah dengan menerima serta mencuba kaedah-kaedah baru dan pendekatan-pendekatan dalam pedagogi muzik yang mungkin berbeza. Sikap demikian amat penting bagi golongan pendidik muzik supaya mereka boleh berfungsi dengan lebih baik dan yakin demi kepentingan diri, para pelajar, profesion pendidikan, masyarakat dan Negara. Dalam hal ini citarasa dan aspirasi rakyat Malaysia seperti yang terkandung dalam Rukun Negara dan Wawasan 2020, tidak dapat diketepikan.

Muzik adalah salah satu unsur dalam kehidupan yang sangat anjal sifatnya. Kerana itu pengertian dan fungsi muzik dalam kehidupan adalah pelbagai. Salah satu fungsi asas muzik adalah sebagai hiburan. Fungsi ini telah meletakkan muzik sebagai salah satu bidang budaya jelata yang dominan. Ini kerana, selain melodi, muzik mengandungi utusan dalam bentuk lirik. Gabungan kedua-dua melodi dan lirik boleh meletakkan muzik sebagai salah satu aspek komunikasi yang bertenaga dalam kehidupan manusia. Kerana itu, ada juga pihak yang melihat muzik sebagai khazanah budaya sesuatu bangsa yang mampu menggambarkan imej dan ketamadunan budaya sesuatu bangsa itu.

Ada juga yang melihatnya sebagai salah satu cabang aktiviti ekonomi yang boleh membentuk industrinya sendiri seterusnya membantu perkembangan pembangunan social.Tetapi,

sejauhmanakah masyarakat umum sedar tentang keadaan ini? Sejauhmanakah masyarakat Malaysia sedar kepentingan fungsi Pendidikan Muzik dalam pembangunan sesebuah negara? Hal ini akan saya kupas bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingannya kepada agama,bangsa dan juga negara.
KENEGARAAN (HNS 2013)

Page 1

PERANAN PENDIDIKAN MUZIK DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

2012

PERANAN PENDIDIKAN MUZIK DALAM PEMBANGUNAN NEGARA Muzik memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan sesebuah Negara berjalan dengan lancar. Ia merangkumi beberapa aspek terutama dalam bidang pendidikan, sosio-ekonomi, politik, kesihatan dan juga agama.

PERANAN MUZIK DALAM BIDANG PENDIDIKAN Menarik dan mempengaruhi minat pelajar dalam pelajaran Peranan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dengan cara mempengaruhi minat murid terhadap tajuk yang diajar. Contohnya dalam pengajaran Bahasa Melayu, guru boleh mengunakan lagu-lagu rakyat untuk menyampaikan kandungan matapelajaran yang diajar. Melalui pendekatan seperti ini, murid lebih berminat untuk mengetahui apa yang dipelajari dengan lebih mendalam.Pelajar akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut muzik. Mereka juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar.Kebolehan guru menyampaikan pengajaran dengan baik dan

menggunakan kaedah yang betul dan sesuai dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran. Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif. Menurut ahli piskologi kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh sesuatu ilmu pengetahuan melalui cara yang pasif (Meyer, L. B.,1956). Mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah digalakkan. Pembelajaran melalui musik ini adalah merupakan satu pembelajaran yang aktif dan bersesuaian dalam membina pengetahuan pelajar. Kesimpulannya, muzik

memainkan peranan penting dalam menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih menarik dan bersesuaian dalam membina pengetahuan pelajar

KENEGARAAN (HNS 2013)

Page 2

PERANAN PENDIDIKAN MUZIK DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

2012

Memupuk Minda Kanak-kanak Muzik sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti nyanyi-bersama yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di prasekolah. Semua rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak. (Draper, T.W. & Gayle, C. ,1986) Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak.Pada trimester ketiga pembesaran janin, otak sedang membuat persediaan untuk operasi lengkap. Oleh itu, ia mudah menerima sebarang bentuk informasi. Ketika itu, telinga fetus telah terbentuk sepenuhnya dan perlahan-lahan mula mengenali suara ibu dan bunyi sekeliling.Pada peringkat ini, Stimulasi Prenatal adalah digalakkan kerana kaedah ini melibatkan pelbagai rangsangan seperti bunyi, gerakan, tekanan dan getaran unuk berkomunikasi dengan bayi sebelum bayi dilahirkan.Pada peringkat ini, bayi mula belajar mengenali dan bertindak-balas kepada rangsangan berbeza yang membantu dalam perkembangan fizikal, mental dan deria mereka. Latihan ini membantu mengukuhkan ikatan hubungan ibu dan bayi, serta membantu dalam perkembangan emosi dan potensi intelektual bayi. (Spintge, R. & Droh, R., Eds. 1992)

Menurut kajian oleh Dr. Frances Rauscher dan Dr. Gordon Shaw yang menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah yang mengambil pelajaran muzik menampilkan keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran muzik, termasuk mereka yang mengambil pelajaran komputer dalam tempoh yang sama. (Stijnen, J.,1995)

KENEGARAAN (HNS 2013)

Page 3

PERANAN PENDIDIKAN MUZIK DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

2012

PERANAN MUZIK DALAM ASPEK KESIHATAN DAN PERUBATAN Memulih kanak-kanak Dileksia Muzik juga memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak. Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Stanford University telah mendedahkan bahawa muzik meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak dileksia.Seperti yang dinyatakan dari awal, pengalaman muzikal boleh meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada.John Gabrielli, bekas Profesor Psikologi Stanford menekankannya dengan berkata: apa yang ditunjukkan oleh kajian ini, yang penting, terdapat aspek tertentu bahasa (Blair, D.,1964).Yang berubah dalam minda dan otak manusia dengan latihan muzikal.Kajian dijalankan turut mencadangkan bahawa memainkan alat muzik mempunyai faedah kognitif, walaupun tahap ukurannya belum ditentukan. Terapi muzik berkesan pulih tekanan mental, perasaan dan emosi/jiwa

Terapi muzik kedengaran asing pada sesetengah individu tetapi ia sebenarnya berguna untuk meredakan tekanan akibat kekangan waktu kerja, tersepit dalam pergolakan hidup berumahtangga atau stres menghadapi peperiksaan.Ia adalah alternatif rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk

pemulihan,pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal.Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi mampu dicapai melalui teknik muzik tertentu. Malah, seramai antara 6,000 hingga 10,000 pakar terapi muzik terlatih ada di seluruh dunia dan bersedia memberi perkhidmatan kepada masyarakat terutama yang menghadapi trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS.(Bunt, L.,1994) Antara matlamat utama terapi jenis ini untuk memulihkan kekuatan fizikal, menyediakan pesakit dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan akibat rawatan, memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga, serta memberi peluang kepada mereka meredakan ketegangan perasaan dan fikiran.

Terapi muzik mempunyai teknik rawatan tertentu yang memerlukan seseorang pesakit itu melalui penafsiran klinikal khusus. Melalui teknik itu, pakar terapi akan menjalankan
KENEGARAAN (HNS 2013)

Page 4

PERANAN PENDIDIKAN MUZIK DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

2012

program muzik terapi membabitkan teknik mendengar pilihan muzik tertentu, memainkan alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik muzik, mengarang dan mengubah lagu, membuat persembahan berkumpulan, hipnosis muzik, menari atau melukis menggunakan muzik (Feder, E. & Feder. B.,1981).Tujuannya untuk mengalih kesakitan dan tekanan yang sesak ditanggung pesakit menggunakan medium muzik.Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa kaitannya terapi muzik dengan kecantikan. Jangan anda lupa, tahap kesihatan mental sebenarnya banyak mempengaruhi kesihatan emosi dan jasmani kita.Malah, ada yang mengaitkan jiwa yang tenang terpancar melalui air muka seseorang. Justeru, apabila mental bebas daripada sebarang tekanan, pasti wajah akan kelihatan awet muda dan berseri-seri secara semula jadi.

KENEGARAAN (HNS 2013)

Page 5

PERANAN PENDIDIKAN MUZIK DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

2012

PERANAN MUZIK DALAM ASPEK SOSIO-EKONOMI Mewujudkan dan membina Bangsa Malaysia Muzik Malaysia yang mencerminkan masyarakat berbilang bangsa yang bersatupadu belum pernah didefinisikan walaupun muzik setiap kaum ada membawa kesannya yang tersendiri kepada muzik kaum yang lain. Dalam proses membina Bangsa Malaysia, sifat keunikan negara kita di mana pelbagai jenis kaum hidup aman sentosa harus dititikberatkan.Mengikut perangkaan yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, (Malaysia, Jabatan Perangkaan,1993) populasi negara kita terdiri daripada kaum Melayu (54.5%), China (29%), India (8%), orang asli (8%, kebanyakannya kaum Iban dari Sarawak dan kaum Kadazan dari Sabah dengan kaum Orang Asli semenanjung hanya membentukkan 0.5% daripada jumlah populasi Malaysia) dan lain-lain (0.5%, kebanyakannya Arab, Sinhalese, Eurasians dan Eropah).

Untuk mendefinisikan sesuatu budaya Malaysia yang bersepadu bukannya mudah. Masyarakat majmuk Malaysia mengekalkan tradisi kebudayaan yang kepelbagaian yang walaupun saling berinteraksi masih mengekalkan identiti masing-masing. Information Malaysia 1994 YearBook ,menghuraikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengandungi 5 jenis budaya berasingan - Islam, China, India, Barat dan Asli - dan menghujah bahawa wujudnya bersama 5 budaya ini melalui zaman membawa maksud mereka pasti telahpun menyerap ciri-ciri satu sama lain untuk membentukkan suatu budaya Malaysia yang unik.

Allahyarham Tan Sri P.Ramlee (1929-1973) merupakan pejuang seni yang paling banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan muzik di Malaysia dan pembentukan muzik Malaysia yang tersendiri. Beliau berhasrat untuk membentukkan gaya muzik tanahair yang unik dengan ciri-cirinya yang tersendiri yang menggabungkan elemen muzik dari pelbagai budaya yang wujud di Malaysia. Beliau mencipta lebih daripada 250 buah lagu yang kebanyakannya masih popular pada masa kini (Shafiee Ahmad & Sulaiman Zakaria,1992). Karya beliau menggabungkan elemen muzik Melayu tradisional, muzik Barat, muzik Hindustani dan muzik Timur Tengah. Terdapat ramai artis terkini yang juga
KENEGARAAN (HNS 2013)

Page 6

PERANAN PENDIDIKAN MUZIK DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

2012

berusaha untuk menggabungkan pelbagai elemen muzik tradisional dari pelbagai kaum di Malaysia dalam lagu ciptaan dan persembahan mereka. Artis begini, seperti Zainal Abidin, M. Nasir, Sheila Majid, Jenny Chin, Mac Chew, Michael Veerapan dan Zahid Ahmad semuanya boleh dianggap sebagai memainkan peranan dalam pembentukan identiti budaya muzik Malaysia yang bersepadu. Walaupun demikian, harus dititikberatkan bahawa Muzik Malaysia yang mencerminkan masyarakat berbilang bangsa yang bersatupadu belum pernah didefinisikan secara formal.

Media masa boleh memainkan peranan yang penting dalam membentukkan identiti muzik Malaysia yang boleh digunakan dalam membina Bangsa Malaysia. Sebagaimana yang telah dilihat, muzik memang boleh digunakan untuk tujuan yang murni, dan ianya amat sesuai dalam membangunkan semangat nasionalisme serta membina identiti kebangsaan di kalangan rakyat sesuatu negara. Media masa seperti television, radio, dan muzik yang dimainkan di bas mini, kompleks beli-belah dan sebagainya semuanya mempunyai pengaruh yang mendalam dan berkesan ke atas masyarakat umum disebabkan sifat sentiasa adanya media ini di semua tempat (Melvin, L.D.F. & Sandra, B.R. ,1988). Sekadar muzik masih dimainkan melalui saluran tersebut, pengaruh muzik ke atas orang ramai tidak dapat dielakkan. Muzik yang melambangkan ciri-ciri yang menyumbang terhadap pembentukan masyarakat yang sihat harus dipromosikan melalui saluran tersebut.

Multimedia Information Superhighway atau Internet pula boleh juga memainkan peranan yang penting dalam membina Bangsa Malaysia. Imej budaya Malaysia boleh dipaparkan ke seluruh dunia. Disebabkan sifat muzik dan sifat multimedia, media ini merupakan pentas yang amat sesuai untuk mempersembahkan bangsa Malaysia yang bersatupadu yang dicerminkan oleh muzik Malaysia yang bersepadu.Kesimpulan Muzik memang memainkan peranan yang besar dalam membina Bangsa Malaysia.

KENEGARAAN (HNS 2013)

Page 7

PERANAN PENDIDIKAN MUZIK DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

2012

Hiburan dan sumber ekonomi masyarakat Muzik jugaberfungsi sebagai suatu medium dan produk dalam sistem hiburan di sesebuah negara.Sistem hiburan adalah sebahagian daripada sistem media, yang juga sebagai salah satu unsur dalam sistem sosial. Sistem media dan sistem-sistem sosial yang lain, adalah saling bergantungan kerana salah satu tidak boleh mencapai matlamat masing-masing tanpa menggunakan kekuatan sistem yang lain itu . Muzik juga adalah sebagai satu sistem industri di Malaysia kerana kewujudannya sebagai satu sistem sangat bergantung kepada sistem-sistem lain. Satu sistem yang tersusun boleh meletakkan muzik bukan saja sebagai sebuah industri yang boleh menyokong ekonomi negara tetapi, sebagai medium efektif dalam penyaluran mesej yang boleh membantu pembangunan sosial. Dalam konteks kajian ini, isu kekuatan industri itulah yang menjadi persoalan. Ini kerana,jika industri ini lemah, kedua-dua fungsi muzik sebagai satu produk ekonomi dan sebagai wahana pembangunan sosial tidak dapat diwujudkan, sedangkan muzik sebagai unsur seni dan budaya sangat mudah untuk mendekati masyarakat, terutamanya kelompok remaja. Lantas, ianya sangat sesuai menjadi produk yang boleh dipasarkan. Untuk mengetahui bagaimana masyarakat Malaysia memberi penerimaan terhadap muzik, kajian dilakukan terhadap bagaimana atau apa persoalan muzik yang diketengahkan oleh media cetak. Akhbar khususnya, akhbar milik syarikat swasta akan mengetengahkan sesuatu maklumat yang mereka fikir boleh dan mampu menarik perhatian khalayak. Terdapat wartawan dan ahli akademik yang menjelajahi teknik pengawalan isi mesej media dan penyebarannya. Pakar media dan penguna-pengguna media menganggap media seolah-olah media mempunyai kuasa dalam membawa mesej yang disampaikan (Lull, J. ,1987). Dengan beranggapan sedemikian, mereka menambahkan kuasa media di mata masyarakat. Dengan kata lain, apa yang sesuatu akhbar itu paparkan adalah kandungan yang dijangka boleh diterima oleh khalayak umum atau khalayak massa. Sekiranya akhbar-akhbar cenderung memaparkan maklumat yang bersifat pinggiran dan picisan, ini bermakna khalayak boleh menerima isu-isu yang sedemikian kerana tidak ada bantahan mengenai perkara tersebut. Sekiranya akhbar-akhbar ini cenderung

memaparkan isu-isu yang boleh memberi implikasi dasar, bermakna pembaca sudah bersedia untuk didedahkan dengan maklumat berat yang juga boleh memberi implikasi
KENEGARAAN (HNS 2013)

Page 8

PERANAN PENDIDIKAN MUZIK DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

2012

dasar khususnya dalam kaitan pembangunan ekonomi dan sosial. Oleh itu, kajian ini memberi perhatian khusus terhadap peranan media cetak dalam memaparkan isu-isu yang berkaitan dengan hiburan khususnya hiburan muzik. Persoalannya ialah, apakah jenis kandungan mengenai hiburan muzik yang dipaparkan oleh akhbar dan dalam bentuk bagaimana maklumat itu

PERANAN MUZIK DALAM ASPEK POLITIK Meningkatkan semangat Nasionalisme dan Patriotik Semangat nasionalisme mula dibangunkan di benua Eropah semasa Revolusi Perancis dan Perang Napolean pada awal abad ke-19. Semangat ini mempengaruhi ramai komposer pada pertengahan abad yang sengaja mencipta lagu yang mempunyai identiti kebangsaannya yang tersendiri. Lagu dan tarian rakyat serta melodi baru yang menggunakan elemen lagu rakyat sengaja disertakan dalam karya komposer nasionalis ini (Grout, D.J. & Palisca, C.V.,1988) .Komposer nasionalisme sering mencipta lagu dan opera yang mempersembahkan sejarah, legenda atau landskap masing-masing. Ritma, corak nada, tekstur dan melodi yang berpunca dari muzik tradisional dipaparkan dalam membina gaya komposisi kebangsaan yang tersendiri. (Matusky, P. ,1994)

Di setiap negara muncul komposer yang mewujudkan muzik kebangsaan dengan identiti masing-masing yang tersendiri. Bagi setiap komposer, bangsa dan negara masing-masing dicerminkan dalam karya komposisi mereka. Muzik digunakan untuk menimbulkan semangat kekitaan serta untuk melambangkan identiti unik negara.

KENEGARAAN (HNS 2013)

Page 9

PERANAN PENDIDIKAN MUZIK DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

2012

PERANAN MUZIK DALAM ASPEK AGAMA Peranan Muzik dalam agama Hindu Dalam agama Hindu, kesenian dan budaya tak dapat dipisahkan dari hidup keagamaan. Khususnya di India Selatan, tempat kebudayaan Veda masih bertahan dengan keaslian bentuknya selama ribuan tahun, seni budaya mendapat tempatnya yang sangat terhormat. Bagi umat Hindu dari India Selatan dan terutama bagi para Vaishnava sebagaimana yang diketahui, seni budaya salah satunya muzik, adalah bahagian yang sangat penting dalam kuil. Muzik dikatakan membawa pemuja menjadi lebih dekat dengan Tuhan. Alat-alat musik yang berjenis-jenis, dipelihara dalam kuil adalah untuk mengiringi lagu-lagu suci. Biasanya tidak ada ritual apapun yang dilaksanakan tanpa iringan musik dan lagu-lagu dari Veda. Peranan Muzik dalam agama Kristian Perkembangan muzik gereja dalam agama Kristen dari waktu ke waktu semakin lama semakin berkembang fungsi dan strukturnya. Awalnya muzik digunakan di Gereja Ortodoks dan Katholik. Muzik dalam gereja ini menggunakan modus-modus seperti dorian, frigian, lidian, miksolidian, eolian, dan ionian, yang berkarakter kuat menggunakan melodi. Modus-modus muzik gereja ini bertumpu kepada masa Yunani dan Roman sebagai sumber kebudayaan Barat. Di dalam Gereja Protestan unsur-unsur muzik Eropah juga muncul dalam teori dan praktiknya.Setelah era reformasi gereja yang digerakkan oleh Marthin Luther King dalam agama Kristian Protestan munculah aliranaliran seperti Pietisme, Anglikan, Revival, dan Karismatik (Kamien, R. ,1996). Sebahagian besar perkembangan muzik dalam aliran-aliran gereja tersebut banyak dipengaruhi oleh orang-orang Barat, yang berlatar belakang peradaban Barat. Persebaran atau muzik, selain bersumber kepada ajaran-ajaran agama yang bertumpukan kepada kitab suci juga membawa kebudayaan-kebudayaan dari mana agama tersebut dikembangkan. Dalam konteks persebaran agama Kristian ke seluruh dunia, selain ajaran-ajaran Kristian yang tertumpu dalam Kitab Suci Injil, para pendakwah agamanya turut membawa kebudayaan-kebudayaan seperti Timur Tengah, Eropah, maupun Amerika. Oleh karena itu, muzik dan ibadah tidak dapat dipisahkan, muzik berperanan
KENEGARAAN (HNS 2013)

Page 10

PERANAN PENDIDIKAN MUZIK DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

2012

untuk menciptakan kesedaran akan kehadiran Tuhan dan suasana untuk ibadah, menghidupkan jiwa manusia, menyatukan manusia dalam suatu pengalaman ibadah bersama dan menunjukkan keimanan kepada Tuhan. Peranan Muzik dalam agama Islam Dalam Islam Al Qur'an adalah sumber & ilham untuk muzik. Semangat pasukan nabi Muhammad SAW lebih berkobar ketika perang Uhud pada 625 M, dan 3 kali pasukan Nabi dapat mengalahkan pasukan kaum Qureish, dengan bantuan nyanyian perang yang dikumandangkan oleh Hindun seorang wanita kesatria Muslimat sekaligus yang memimpin nyanyian perang tersebut. Memanggil umat Islam untuk menjalankan sholat (adzan) menjadi indah ditelinga umat Islam kerana ia dilakukan dengan nyanyian yang bermelodi.

Dalam muzik ia boleh menjadi syurga sekaligus neraka yg diciptakan oleh manusia itu sendiri bergantung kepada bagaimana manusia itu menempatkan dan dimana muzik itu digunakan.Semenjak perkembangan muzik tumbuh dalam Islam, muzik tidak pernah terlepas dari tuntunan Agama. Ia tumbuh dengan siraman ketuhanan yg terdapat dalam Islam. Dalam Islam muzik yg tercipta adalah suatu yang indah dan untuk membahagiakan umat manusia.

KENEGARAAN (HNS 2013)

Page 11

PERANAN PENDIDIKAN MUZIK DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

2012

KESIMPULAN/PENUTUP

"MUZIK sememangnya berpengaruh besar dalam kehidupan. Kehebatan muzik menerusi iramanya yang mesra dan syahdu, dapat menerobos sempadan bangsa, budaya dan bahasa. Malah tidak salah untuk dikatakan muzik sudah lama menjadi medium atau perantara berkesan menyatupadukan masyarakat di seluruh dunia."

Muzik telah membantu manusia dalam pelbagai aspek. Elemen-elemen muzik yang terkandung dalam muzik ibadah daripada semua bangsa dan kaum sepanjang zaman adalah cukup jelas dan nyata. Maka, pembelajaran muzik tentu akan dapat membantu kita dalam hal-hal yang berkaitan muzik ibadah secara langsung ataupun tidak langsung. Muzik mempunyai banyak potensi dan skop untuk mempengaruhi kelakuan dan pemikiran manusia sama ada secara positif atau negative. Oleh itu, kita boleh menggunkan muzik secara positif untuk beberapa keperluan kebangsaan sama ada menanam rasa taat setia dan cinta akan nusa dan bangsa serta meningkatkan lagi perpaduan Negara. Perpaduan Negara merupakan salah satu matlamat utama dalam pendidikan di Malaysia sejak merdeka lagi seperti yang terkandung dalam Laporan Tun Razak (1956).

Pada masa sekarang, soal untuk memperkenalkan warisan budaya kebangsaan serta identity Malaysia difikirkan amat perlu. Perkara ini lebih ketara dikalangan Negara-negara yang membangun seperti Malaysia.Maka, pembelajaran muzik tradisional kita secara formal banyak membantu dalam aspirasi kebangsaan ini. Soal moral adalah sesuatu yang diutamakan dalam proses pendidikan di Malaysia dan juga dalam proses pembangunan Negara pada amnya. Hal moral ini juga adalah amat penting dalam semua agama. Dengan ini, lagu-lagu yang mengandungi lirik berkenaan, nilai-nilai murni, aspek moral dan aspek akhlak yang baik boleh diajarkan kepada golongan muda-mudi dari peringkat prasekolah lagi bagi memastikan Negara akan terus menuju era kemodenan seiring dengan peningkatan moral dan akhlak yang dipuji.
KENEGARAAN (HNS 2013)

Page 12

PERANAN PENDIDIKAN MUZIK DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

2012

Rujukan [1] Bunt, L. (1994). Music Therapy. London: Routledge. [2] Blair, D. (1964). Arts in Society: Music Therapy. New Society. 30 Jan 64. p26. [3] Draper, T.W. & Gayle, C. (1986). An Analys is of Historical Reasons for Teaching Music to Young Children. Music and Child Development. New York: Springer-Verlag. pp 194205. [4] Feder, E. & Feder. B. (1981). The Expressive Arts Therapies: Art, Music and Dance as Psychotherapy. New Jersey: Prentice-Hall. [5] Grout, D.J. & Palisca, C.V. (1988). A History of Western Music. London: J.M. Dent & Sons. [6] Kamien, R. (1996). Music, An Appreciation. New York: McGraw-Hill. [7] Lull, J. (1987). Popular Music and Communication. CA: SAGE Publications. [8] Meyer, L. B. (1956). Emotion and Meaning in Music. Chicago: University of Chicago Press. [9] Malaysia, Jabatan Perangkaan. (1993) Yearbook of Statistics 1992. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan. [10]Matusky, P. (1994). Traditional Music among the Singapore Malays: Notes and Reflections on Old Genres in a New Urban Context. Tirai Panggung. 2: 43-56. [11]Melvin, L.D.F. & Sandra, B.R. 1988. Teori komunikasi massa. Terj. Noor Bathi.Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. [12]Spintge, R. & Droh, R., Eds. (1992). Music Medicine. St. Louis: MMB Music. [13]Stijnen, J. (1995). The Psychology Of Music. http://michotte.psy.kuleuven.ac.be/%7Epeterd/RESEARCH.HTML [14]Shafiee Ahmad & Sulaiman Zakaria. (1992). Kesenian di Malaysia. Kuala Lumpur: Buku Must Sdn. Bhd.

KENEGARAAN (HNS 2013)

Page 13