Anda di halaman 1dari 27

TAJUK: BAHASA BERKESAN DALAM DARJAH

1.

Pendahuluan

"If they aren't learning...then you aren't teaching." ~ Anon Guru merupakan insan yang menjadi nadi dan ejen perubahan kepada masyarakat. Tugas guru sejak dari dahulu lagi bukan sekadar hanya menyampaikan ilmu pengetahuan di dalam bilik darjah semata-mata malah, guru turut bertindak sebagai nadi penggerak kepada pembinaan ciri individu yang berketrampilan tinggi, unggul dan jitu. Guru yang hebat dari segi kualiti mampu membantu negara melahirkan generasi masa hadapan yang berkualiti tinggi dan berintegriti. Guru yang berkualiti tinggi itu mestilah melengkapi semua ciri-ciri yang diperlukan dari aspek

profesionalisme, berketrampilan, cekap, peribadi terpuji, intelektual, kestabilan emosi dan spiritual serta bijaksana dan berkeupayaan untuk memimpin.

Mengikut Pat Conroy (1982), guru yang hebat adalah guru yang mempunyai personaliti menakjubkan. Ketrampilan guru haruslah disertakan dengan sahsiah yang baik dan terpuji dan keutamaan haruslah dititikberatkan dari segenap aspek termasuk tatacara berpakaian, pertuturan, tingkah laku dan sikap agar dapat dijadikan contoh dan teladan kepada generasi yang dididik iaitu generasi yang mewakili kelompok masa hadapan masyarakat. Guru yang mempunyai personaliti yang menarik dapat mencerminkan dan menonjolkan ciri keperibadian yang tinggi di mata masyarakat,

rakan sejawat dan juga anak didik mereka. Guru yang sebenar ialah guru yang memiliki peribadi dan juga ciri-ciri yang unggul sebagai penyampai ilmu pengetahuan dan juga dapat mempraktikkan segala ilmu yang dimilikinya ke dalam pengajaran hingga ke akhirnya.

Kecemerlangan seseorang guru itu adalah bersifat subjektif dan tidak terbatas. Ianya bukan hanya dinilai berdasarkan cara seseorang guru itu menyampaikan pengajaran di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (p & p) semata-mata tetapi penilaian kecemerlangan guru itu juga terletak pada kualiti peribadinya yang tinggi kerana guru adalah cermin kepada murid untuk mereka mempamerkan peribadi yang baik sebagai ikutan kepada pelajarnya. Ketinggian kualiti peribadi guru juga boleh menjadi pemangkin kecemerlangan sesebuah sekolah melalui usaha mereka menyediakan pelajar sebagai modal insan masa depan. Pembinaan modal insan ini juga adalah teras kepada kejayaan bangsa dan negara. Ia merangkumi proses lengkap membentuk tenaga kerja manusia yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan.

Bitara menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2005), bermaksud tiada taranya, hanya satu-satunya. Selain itu juga, bitara juga membawa maksud unik, unggul, tiada tolok bandingnya dan lain daripada yang lain. Seorang guru yang berkesan dalam pengajarannya mestilah mempunyai nilai-nilai terpuji yang terkandung dalam Bitara Upsi ini untuk melengkapkan diri sebagai pendidik yang berilmu dan berpengetahuan tinggi.

Konsep mengajar pendidikan bahasa Melayu sering kali dianggap mudah bagi sesetengah pihak, namun begitu sebenarnya tidak kerana terdapat berbagai-bagai cabang dalam tajuk yang ada di dalam rancangan tahunan Nahasa Melayu dan guruguru itu juga harus mengikuti perubahan-perubahan dalam pendidikan yang mana banyak tercatat dalam banyak dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia seperti dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK), Pelan IndukPembangunan Pendidikan 20062010 (PIPP), Standard Guru Malaysia, Pelan Pembangunan pendidikan Malaysia 20102025 (PPPM) dan yang terbaru Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Semua yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini semuanya bermatlamat untuk melahirkan insan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang terkandung dalam Falsafah PendidikanKebangsaan.

2.

Definisi Konsep

1.2.1 Bahasa

Bahasa ialah kebolehan semula jadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi. Bahasa ialah alat untuk berfikir dan melahirkan buah fikir. Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996) bahawa bahasa ialah lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Kamus besar

Bahasa Indonesia Edisi Kedua Cetakan Kesepuluh (1999) pula mendefinisikan bahasa sebagai sistem lambang bunyi yang arbitrari, yang diperguna oleh para anggota suatu masyarakat untuk bekerjasama, berinteraksi dan mengidentifikasikan diri.

Beberapa pendapat sarjana barat memberi pelbagai pendapat tentang definisi bahasa. Antaranya ialah:

Wilhelm Von Humboldt seorang sarjana Jerman, mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi.

Ferdinand de Saussure seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke-20 menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat.

Charles F. Hockett memperkatakan bahasa dari sudut psikologi behaviurisme, iaitu sistem tabiat-tabiat sangat rumit.

John B. Carol juga meninjau bahasa dari sudut linguistik yang merupakan sistem bunyi vokal berstruktur dan urutan-urutan bunyi.

Bloch dan Trager mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan anggota masyarakat untuk berkomunikasi.

Bagi sarjana tempatan, mereka mempunyai pendapat yang berbeza tentang definisi bahasa. Antara sarjana bidang bahasa yang terkenal di negara ini ialah:

Abdullah Hassan (1984) berpendapat dalam memberi definisi bahasa ini, pentinglah kita kita mengetahui ciri-ciri bahasa tersebut. Ciri-ciri bahasa tersebut akan hanya menjadi jelas apabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat perhubungan

Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985) banyak dasar yang boleh dijadikan asas untuk mendefinisikan bahasa. Sesetengah orang mendefinisikan bahasa dari sudut fungsi bahasa itu sendiri. Bagi mereka bahasa merupakan alat perhubungan atau komunikasi.

Arbak (1983) bahasa merupakan bahan langsung yang menjadi tumpuan pengkajian, terutamanya dalam usaha memperlihatkan fungsinya sebagai alat yang dipakai manusia untuk perhubungan.

Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985) sekali lagi memberi definisi bahawa bahasa sebagai alat untuk menyatakan perasaan, pendapat, fikiran dan sebagainya.

Edward Sapir menjelaskan bahasa ialah suatu sitem lambanglambang pertuturan yang digunakan oleh manusia secara arbitrari untuk menyampaikan fikiran dan perasaan.

Raja Mukhtaruddin (1980) berpendapat bahawa ahli-ahli bahasa terlebih dahulu mendefinisikan bahasa sebagai suatu sistem lambanglambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat.

Secara keseluruhannya, bahasa ialah alat komunikasi yang digunakan secara arbitrari untuk menyampaikan sesuatu mesej atau maklumat yang difahami oleh masyarakat itu. Justeru, bahasa dan berbahasa merupakan asas komunikasi yang berkesan dalam bilik darjah.

Abdullah Yusuf Ali (1991) dalam buku Al Quranul Karim, Terjemahan Dan Huraian Maksud, Terjemahan Uthman El-Muhammady, Al Quran telah memberi beberapa garis panduan sebagai asas bagi mewujudkan perhubungan atau interaksi yang berkesan antara seseorang dengan seseorang insan yang lain. Antara ayat Al Quran yang menjelaskan tentang perkara di atas ialah:

"Perkataan yang baik dan perbuatan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada memberi sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan) menyakitkan hati. Dan (ingatlah) Allah maha kaya dan maha penyantun"

.(Al-Baqarah: 263)

"Dan kalaulah engkau terpaksa berpaling daripada mereka untuk tidak melayani mereka kerana menuntut Rahmat Tuhan kamu yang kamu mengharapkannya, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang baik menyenangkan hati". (Al-Isra' :28)

"Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu". (Al-'Imran : 159)

"Serulah (manusia) ke jalan (agama) Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat yang baik dan berbahasalah dengan mereka dengan cara yang sebaikbaiknya.." (An-Nahl : 125)

Petunjuk-petunjuk dari ayat-ayat Al Quran di atas telah menggariskan bahawa hikmah kebijaksanaan, lemah lembut dan percakapan dan bahasa yang baik adalah menjadi asas bagi mewujudkan komunikasi dan interaksi berkesan di antara sesama insan. Manakala sifat-sifat keras dan kasar serta kata-kata yang menyakitkan adalah dilarang.

1.2.2 Berkesan

Maksud

berkesan

dalam

Kamus

Dewan

Eedisi

Keempat

ialah

menimbulkan hasil yang diharapkan, membawa kepada sesuatu perubahan atau perkembangan dan efektif. Dalam konteks guru yang berkesan adalah guru yang dapat membawa perkembangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan hasil yang memberansangkan. Tambahan pula, guru berkesan dapat membawa pelajar ke hasil pembelajaran terakhir malahan pelajar dapat mencapai objektif yang dirancangkan dan dilaksanakan melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

1.2.3 Guru

Ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait rapat dengan masyarakat berstatus. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah (Mok Soon Sang, 1990). Guru adalah ahli ilmu yang menyampai dan mengembang serta menjayakan ilmu dalam masyarakat. Ia merangkumi ilmu pengetahuan mengenai Islam atau pengetahuan umum dengan ciri serta tugas yang perlu mendapat pembelaan sewajarnya dalam masyarakat. Mereka boleh menjalankan tugas dengan berkesan untuk mewujudkan umat yang beriman, berilmu dan beramal (Muhammad Uthman ElMuhammady, 1996)

Guru menurut Mok Soon Sang ( 2008) merupakan seorang ahli ikhtisas dalam bidang perguruan yang menjalankan tugas mendidik di sekolah sebagai pengajar,

pembimbing, pemudahcara, inovator dan pengurus yang secara tidak langsung mempuanyi peranan dalam aspek ekonomi dan masyarakat. Sekolah pula menurut T.Marimuthu ( 1990) merupakan sebuah institusi formal yang diwujudkan oleh masyarakat yang bertujuan menyerapkan fungsi-fungsi sosialisasi dan budaya yang merangkumi fungsi sebagai persediaan untuk pekerjaan, perkhidmatan untuk ekonomi, agensi penapisan dan pemilihan, arah mobiliti sosial, kawalan dan persetujuan sosial, sosialisasi politik, pendidikan untuk perubahan, agen perubahan sosial, pengaliran pengetahuan dan kemahiran serta fungsi mengawas untuk menukar atau membawa perubahan tingkah laku dalam kalangan pelajar.

Menurut Sufean Hussin ( 2005), guru berkesan di sekolah digambarkan mempunyai pengetahuan akademik yang tinggi dan mendalam tentang pedagogi am dan khususnya dalam menterjemahkan kandungan mata pelajaran, memiliki kesedaran belajar merupakan proses sepanjang hayat, berkeupayaan menghasilkan sasaran pembelajaran yang diingin dan memiliki motivasi personiliti yang tinggi sebagai seorang guru.

Ketua

Pengarah

Pendidikan

Malaysia,

Dato'

Dr. Abdul

Shukor

Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:

i. ii. iii. iv.

Bersikap profesional. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori. Kaya ilmu. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.

v. vi. vii. viii. xi.

Bermoral teguh. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa. Mempastikan situasi ' Gu ru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas. Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengansituasi tertentu). Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

x.

xi. xii.

xiii. xiv

. xv.

xvi.

xvii.

(Sumber Internet: http://www.scribd.com/doc/56971630/Ciri-Guru-Berkesan)

Darjat guru dalam Islam ditafsirkan sebagai Allah s.w.t berfirman, ...Dia akan meninggikan orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat (Al-Mujadalah: 11)

Islamic civilization was a civilization probably more than any other historically that really was centered around knowledge, the ideal of knowledge. (Franz Rosenthal, 1970).

1.2.4 Bilik Darjah

Bilik darjah bermaksud tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dan merupakan tempat terpenting yang perlu ada pada sekolah. Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru (Leonard & Karen, 1996). Secaranya amnya, bilik darjah ialah bilik-bilik di sekolah yang melibatkan sekumpulan murid atau pelajar yang mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru. Bagi konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata-mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar-pelajar dan guru yang belajar dan mengajar serta berinteraksi antara satu sama lain di dalamnya.

3.

Bahasa Berkesan dalam Darjah

Bahasa berkesan dalam darjah merujuk kepada bahasa yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala bahasa pula merujuk kepada bentuk komunikasi yang diguna pakai untuk memastikan maklumat yang hendak disampaikan mencapai objektif. Komunikasi pula terbahagi kepada dua jenis, iaitu komunikasi lisan (bahasa pertuturan) dan komunikasi bukan lisan (bahasa badan). Dalam konteks membicarakan bahasa berkesan dalam darjah bermakna pengkaji menjelaskan bentuk

komunikasi berkesan dalam darjah kerana bahasa dan komunikasi tidak dapat dipisahkan.

Elemen komunikasi memainkan peranan yang amat penting dalam penyampaian objektif pengajaran antara guru dan pelajar bagi memastikan seluruh isi pelajaran yang hendak diajar dapat disampaikan dan pelajarnya dapat menerima pengajaran dengan jelas serta boleh membuat interpretasi yang tepat dalam pengajaran tersebut. Penggunaan komunikasi yang digunakan secara cekap dan tepat dalam segala situasi juga akan dapat menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran dan ia akan dapat dilakukan dengan sempurna. Hal ini seterusnya akan dapat mempertingkatkan pemahaman para pelajar dalam setiap pengajaran yang dipelajarinya.

Guru yang mahir berkomunikasi kebiasaannya akan dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih ceria, dinamik dan seterusnya akan dapat menerapkan nilai-nilai murni serta dapat membentuk akidah pelajarnya dengan lebih mudah dan berkesan walaupun terdapat banyak pemboleh ubah yang menyumbang kepada kepelbagaian proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan seperti keadaan fizikal sekolah, suasana bilik darjah serta penggunaan alat bantuan mengajar yang canggih, tetapi yang lebih penting adalah kualiti interaksi komunikasi yang wujud antara guru dan pelajar.

3.1

Takrif Komunikasi

Di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, komunikasi bermaksud perhubungan (secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon, dll) ~ massa komunikasi atau perhubungan dengan atau yang sampai kepada orang ramai amnya. Berkomunikasi, Berhubung (secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio telefon, dll) mengadakan perhubungan ( bercakap, berbincang, bertukar pendapat, dll). Menurut Maimunah Osman (2000), komunikasi merupakan asas kepada perhubungan antara seseorang dengan seseorang yang lain. Secara kesimpulannya, penulis menyimpulkan secara peribadi bahawa komunikasi ini adalah satu medan perhubungan antara dua manusia untuk menyampaikan sesuatu perkara secara langsung dan tidak langsung. Dalam konteks perguruan pula, penulis menyimpulkan bahawa komunikasi ini merupakan salah satu elemen penting dalam mendidik pelajar supaya mencintai serta menarik minat pelajar dalam mendalami ilmu pengetahuan. Imam AlGhazali (1058-1111M) menyatakan seorang yang amat mencintai ilmu dan memahami bahawa tujuan pendidikan adalah 'membuka ufuk baru dalam pemikiran'.

3.2

Jenis Komunikasi

3.2.1 Komunikasi Interpersonal

Oleh kerana guru merupakan teras penting dalam aspek pembangunan pendidikan negara, guru seharusnya mempunyai pelbagai ciri dan kemahirankemahiran profesional. Antaranya ialah kemahiran interpersonal. Kemahiran

Interpersonal merupakan kemahiran antara insan. Di Malaysia ada yang menyebutnya

sebagai, Kebolehan Antara Personal dan Kecekapan Interpersonal . Abdullah Hassan & Ainon (2000), memfokuskan kemahiran interpersonal guru kepada kemahiran berkomunikasi, kemahiran mendengar, kemahiran bertanya, kemahiran berucap, maklum balas, unsur bahasa, mengubah sikap dan tingkah laku, penampilan dan komunikasi bukan lisan. Hubungan interpersonal adalah aspek penting yang perlu diketahui oleh guru. Persoalannya sejauh manakah guru menguasainya adalah sesuatu yang subjektif walaupun terdapat kaedah-kaedah serta panduan-panduan tertentu yang boleh dipelajari olehguru untuk menguasai kemahiran ini.

Menurut Sarina dan Yusmini (2007), kepentingan kemahiran interpersonal ialah ianya dapat melahirkan persefahaman yang baik antara guru dan pelajar serta wujud rasa percaya mempercayai di kalangan mereka serta dapat memberi kesan positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui penguasaan kemahiran ini seorang guru dapat berkomunikasi secara baik dengan para pelajar. Ini kerana, dengan adanya kemahiran berkomunikasi seorang guru dapat menarik perhatian dan keyakinan pelajar untuk berkomunikasi dengan mereka sama ada di dalam bilik darjah atau luar bilik darjah. Seperti yang dapat kita lihat di kebanyakan sekolah, para guru lebih banyak mengunakan kaedah pengajaran yang berpusatkan guru. Guru yang memberi penerangan sedangkan murid-murid hanya mendengar. Kaedah pengajaran tradisional ini didapati amat membosankan dan murid-murid tidak dapat memberi tumpuan yang baik, seterusnya menimbulkan suasana hambar di dalam bilik darjah.

Kepelbagaian kaedah

semasa mengajar serta

cara

persembahan

dan

pengucapan yang memberangsangkan perlu diamalkan oleh setiap guru untuk mewujudkan proses pembelajaran yang dinamik . Contohnya, guru perlu menggunakan pendekatan yang kreatif semasa pengajaran seperti kaedah pengajaran menggunakan komputer untuk menarik perhatian para pelajar. Oleh kerana murid-murid zaman kini amat berminat dan mampu menguasai teknologi dengan baik, pendekatan ini boleh digunakan. Selain itu, guru juga boleh memasukkan unsur-unsur humor atau lawak jenaka semasa berkomunikasi dengan murid-murid. Komunikasi yang lebih relaks dengan memasukkan unsur humor ini dapat menceriakan kelas dan pengajaran yang lebih efektif dapat dijalankan. Di samping itu, guru juga boleh menggalakkan komunikasi dua hala dengan para pelajar iaitu dengan mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran secara perbincangan dalam kumpulan. Dengan ini, kaedah pengajaran berpusatkan guru dapat dikurangkan dan komunikasi dua hala dapat dijalankan dengan lebih baik.

Hanya guru-guru yang dapat menguasai kemahiran komunikasi ini sahaja boleh dikatakan telah mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi. Punca dalam konflik komunikasi wujud apabila kurangnya kemahiran mendengar dan empati terhadap apa yang didengar (Abdullah dan Ainon, 2003). Fenomena ini biasanya berlaku terhadap murid-murid apabila tiada sesiapa yang sanggup mendengar masalah yang dihadapi oleh mereka. Berapa ramai gurukah yang sanggup bertanya dan mendengar tentang alasan pelajar yang pelbagai? Contohnya, alasan mengapa mereka ponteng sekolah, mengapa mereka tidak menyiapkan kerja rumah, mengapa mereka tidak faham apa

yang telah dipelajari, mengapa mereka menghisap rokok, membuli dan sebagainya. Kebanyakan guru berasakan ianya adalah suatu bebanan untuk bertanya dan mendengar masalah yang dihadapai oleh murid-murid mereka. Pada pendapat mereka, tugas guru hanya mengajar semata-mata dan ini merupakan satu tanggapan yang salah. Ini kerana untuk menjadi guru yang baik, mereka perlu menguasai kemahiran interpersonal yang kedua iaitu kemahiran mendengar.

Apabila guru mempunyai kemahiran mendengar yang baik, mereka dapat mendekatkan diri dengan para pelajar dan dapat memahami apa jua masalah yang dihadapi mereka. Ini seterusnya dapat membantu menyelesaikan dan meringankan masalah yang dihadapi para pelajar. Nilaikan setiap percakapan dan luahan muridmurid. Kenal pasti sama ada apa yang diucapkan merupakan fakta atau apa yang terbuku di hati. Menurut Mansur dan Nordinar (2003), guru haruslah bersikap jujur dan menunjukkan sikap yang bersungguh-sungguh semasa mendengar luahan para pelajar. Kemudian guru-guru boleh menilai sama ada alasan mereka munasabah atau tidak. Jika tidak munasabah barulah kemukakan soalan-soalan mengapa alasan-alasan tersebut diwujudkan. Selain itu, kemahiran bertanya juga merupakan ciri-ciri kemahiran interpersonal yang perlu dimiliki oleh guru. Pelbagai garis panduan bertanya telah dikenalpasti oleh Abdullah dan Ainon(2002). Contohnya, pertanyaan terbuka, tertutup, pertanyaan untuk mendapatkan fakta, mengetahui perasaan, memperjelaskan maksud, mengembangkan perbincangan dan lain-lain. Tetapi, yang menjadi isunya adalah apabila pertanyaan tersebut bertujuan memalukan dan bersifat manipulatif atau cuba mengongkong dan menyekat orang yang kita tanya supaya mengikut arahan kita

sepenuhnya. Pertanyaan sebegini mengurangkan tahap hubungan kerana ia lebih berbentuk arahan atau pertuduhan. Jadi, guru perlulah tahu membezakan jenis-jenis persoalan yang ingin diajukan kepada murid-murid.

Apabila

ingin

menyoal

murid-murid

di

dalam

kelas,

guru-guru

boleh

menggunakan kaedah pertanyaan terbuka untuk menggalakkan semua murid memberi respon. Sekiranya murid-murid telah memberi jawapan mereka, hargailah jawapan murid-murid dengan memberi pujian dan sekiranya jawapan yang diberikan salah, guru tidak boleh sesekali menggunakan perkataan salah tetapi boleh menggunakan perkataan kurang tepat supaya murid-murid tidak berasa malu dan dapat memotivasikan diri mereka untuk cuba menjawab setiap soalan yang diberikan guru pada P & P akan datang. Di samping itu, jika pertanyaan tersebut bersifat peribadi, guru-guru perlulah menggunakan kaedah pertanyaan tertutup. Contohnya jika guru ingin bertanyakan tentang masalah yang dihadapi oleh seorang pelajar yang kelihatan muram, guru perlu memanggilnya secara peribadi dan menggunakan nada yang sesuai semasa bercakap dengannya. Menurut Mok Soon Sang (2004), guru sebagai agen sosialisasi dan role model mampu menggambarkan bentuk penampilan yang tepat di mata anak-anak, ibu bapa dan masyarakat. Jadi, penampilan yang baik juga merupakan salah satu kemahiran interpersonal.

Guru perlulah mempunyai gaya penampilan yang baik dari segi pakaian, tingkah laku dan tutur kata. Gaya penampilan yang baik seterusnya dapat menarik perhatian para pelajar untuk belajar di kelas mereka. Sekiranya para pelajar dapat memberi

tumpuan yang sepenuhnya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlaku dengan lebih efektif. Persoalannya, adakah guru-guru masa kini mempunyai penampilan yang baik dari segi pakaian dan tingkah laku? Rata-rata kita sering mendengar berita dalam akhbar tentang kelakuan guru-guru yang kurang sopan. Contoh yang pernah tersiar dalam akhbar ialah mengenai sumbang mahram yang berlaku antara guru dan pelajar, guru menyertai pertandingan ratu pondan, dan lain-lain lagi. Adakah ini menggambarkan penampilan guru yang sebenarnya? Kelakuankelakuan sebegini telah mencemarkan profesion perguruan. Jadi, sebagai pihak bertangungjawab, Kementerian Pelajaran Malaysia seharusnya mengadakan garis panduan yang betul dengan mengeluarkan pekeliling mengenai penampilan yang betul sebagai seorang guru baik dari segi pakaian, tingkah laku, prestasi kerja dan lain-lain lagi. Pihak sekolah juga perlu memainkan peranan penting dalam mewujudkan gaya penampilan yang betul dalam diri seorang guru dengan mengadakan kursus-kursus berkaitan dengan etika perguruan dan etika penampilan peribadi sebagai seorang guru. Guru diibaratkan sebagai artis yang menjadi idola murid-murid. Penampilan guru yang memenuhi etika perguruan boleh menjadi ikutan yang betul kepada murid-murid.

3.2.2 Komunikasi Intrapersonal

3.3

Kemahiran dan Kaedah Komunikasi

Sebelum

membincangkan

dengan

lebih

mendalam

tentang

kecekapan

komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu, guru-guru

seharusnya mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi tentang isi pengajaran Bahasa Melayu yang hendak diajar dan sebaiknya, guru itu juga harus mengikuti perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu dan paling utama yang harus difokuskan adalah kesediaan guru Bahasa Melayu menyampaikan isi bahan pengajaran, ini amat penting dalam membina komunikasi yang lebih berkesan dalam pengajaran kurikulum bahasa Melayu dan seterusnya akan dapat mewujudkan keberkesanan pengajarannya.

Guru juga harus mempunyai nilai pengetahuan serta fakta atau konsep bagi membolehkan guru menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berkenaan. Dalam hal ini, akan dapat mewujudkan keyakinan kepada pelajar, bahawa setiap pengajaran yang diajar kepada mereka amat penting dan berguna dan komunikasi secara ini akan dapat menambah lagi keberkesanan tahap pemikiran pelajarnya.

Paling utama, sebelum mewujudkan komunikasi yang berkesan dalam bahasa Melayu, guru itu seharusnya menguasai ilmu pengetahuan dalam mata pelajaran bahasa Melayu seperti penguasaan ilmu tatabahasa, dan ilmu pedagogi Bahasa Melayu.Dengan adanya ciri-ciri di atas guru-guru dapat merancang dan menentukan dengan baik proses pengajaran dan pembelajaran (Wood 2002) dengan baik dan cemerlang.

3.3.1 Kemahiran berbahasa/bertutur.

Untuk membina kecekapan berkomunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, guru harus menguasai kemahiran berbahasa. Kemahiran berbahasa amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran berbahasa melibatkan dua komponen asas iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Menurut Izani Daud (2001), bertutur merupakan satu cara berkomunikasi yang kompleks dan melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. Penguasaan terhadap ilmu ini penting dalam komunikasi supaya guru dapat

memastikan input yang diberikan kepada murid-murid adalah sejajar dengan apa yang dikehendaki dan termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah atau menengah. Contoh penggunaan kemahiran berbahasa atau bertutur:

1. Guru dapat menyebut perkataan dengan sebutan yang betul. Oleh sebab itu, guru seharusnya menguasai terlebih dahulu penyebutan sesuatu perkataan dengan betul sebelum proses pengajaran sesuatu topik itu dilakukan. Dengan cara ini, para pelajar akan lebih yakin terhadap pengajaran gurunya.

2. Guru dapat bertutur dengan fasih supaya pendapat dan pandangan yang disampaikan oleh guru dapat didengari dengan jelas oleh pelajar.

3. Guru membuat latih tubi sebutan untuk membetulkan kesalahan penyebutan yang dikenal pasti.

3.3.2 Kemahiran Komunikasi Lisan.

Dalam meningkatkan pengetahuan pelajar dalam pendidikan Bahasa Melayu, guru harus mengembangkan kemahiran komunikasi secara lisan. Oleh itu, guru hendaklah lebih kreatif dalam membentuk sesuatu perhubungan itu terutamanya sesama pelajar dan guru. Guru juga harus memberi peluang kepada pelajar melahirkan pandangan mereka sendiri seiring dengan dasar pendidikan KSSR dan KSSM iaitu menggalakkan pelajar memberi Idea supaya pelajar itu berasa dihargai di dalam kelas. Selain dari itu, guru juga akan dapat menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan dan seterusnya akan mendapat maklum balas yang sebenar dari pelajarnya. Dari itu, guru akan mudah membuat kesimpulan dan impak untuk pengajaran seterusnya. Penggunaan kemahiran komunikasi yang tepat pada masanya akan mendapat banyak kelebihan kepada guru, antaranya ialah guru dapat menghasilkan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran, guru juga dapat meluaskan skop pembelajaran bahasa Melayu dan seterusnya dapat meningkatkan mutu pengajaran.

Dalam kajian Verdeber (2002) mendapati komunikasi sebagai proses untuk membina atau berkongsi makna perbualan informal, interaksi dalam kumpulan atau

syarahan. Penggunaan komunikasi lisan memerlukan kedua-dua pihak memelihara aspek kesopanan dalam komunikasi.

3.2.4 Kelebihan Komunikasi Berbentuk Lisan

1. Kelebihan komunikasi berbentuk lisan adalah, guru akan mudah mendapat maklumat dan menerima mesej dari pelajarnya kerana terdapat unsur komunikasi dua hala antara pelajar dan guru.

2. Guru akan dapat mengawal sesuatu keadaan dan situasi di dalam kelas.

3. Salah satu cara mudah untuk guru menyampaikan maklumat dan memberi idea baru seterusnya akan dapat meningkatkan daya pemikiran kreativiti pelajarnya.

4. Dalam komunikasi lisan, guru juga akan dapat meningkatkan dorongan dan motivasi pelajarnya dengan menerapkan unsur nilai-nilai murni kepada para pelajarnya.

3.2.5 Contoh penggunaan kemahiran komunikasi secara lisan

1. Guru menggunakan kejelasan suara yang jelas. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, guru haruslah menggunakan kejelasan suara yang kuat. Dengan ini, semua pelajarnya akan dapat menumpukan perhatian

dengan perkara yang diucapkanoleh guru mereka dan impak kefahaman yang dapat diterima oleh pelajarnya akan meningkat.

2. Penggunaan komunikasi lisan juga bergantung kepada kelajuan percakapan seseorang guru itu, jika terlalu laju percakapan penyampaian sesuatu mesej yang hendak disampaikan oleh guru itu akan terjejas.

3. Ketinggian suara oleh guru haruslah dikawal dan perlu bersesuaian dengan persekitaran dan bilangan pelajarnya, pengaruh bahasa yang digunakan oleh guru kepada pelajar juga boleh mempengaruhi kefahaman pelajarnya.

4. Komunikasi secara lisan juga dapat membolehkan pelajar dan guru berkongsi pengalaman dan perasaan pelajarnya ketika bertutur sekalipun pelajarnya berlainan budaya dan latar belakang yang berbeza. Ketika ini, guru harus memainkan peranannya agar semua pelajarnya bersifat terbuka dan saling menerima idea untuk kebaikan bersama. Brown and Levinson (1978)

menyatakan bahawa strategi kesantunan dikembangkan untuk martabatkan pendengar dan pihak yang terlibat. Antara strategi kesantunan yang biasa digunakan adalah berterus terang, kesantunan positif, kesantunan negatif dan ia berlaku tanpa rekod.

5. Guru harus menggunakan teknik yang efektif, guru harus juga sering mengingatkan murid untuk memberi perhatian kepada idea dan perasaan rakan

dan lebih bersifat terbuka dan mendengar apa yang diperkatakan oleh rakan dan juga gurunya.

6. Penyampaian sesuatu mesej itu haruslah sempurna walaupun berbeza topik kerana proses pengajaran itu boleh berlaku secara spontan dan untuk mengelakkan pelajarnya membuat kesimpulan sendiri secara tersirat atau tidak tersirat.

7. Komunikasi secara lisan juga haruslah disertai dengan senyuman, ekspresi muka dan pergerakan kecil tubuh badan supaya pelajarnya dapat memahami pengajaran dan pembelajaran yang hendak disampaikan oleh gurunya.

4.4 Komunikasi Bukan Lisan

Mc Cardle (1974) menyatakan komunikasi bukan lisan merupakan faktor penting yang membentuk gestalt keseluruhan pada komunikasi. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan komunikasi bukan lisan ini dengan hanya menggunakan bahasa tubuh seperti eye contact atau melihat dengan penuh tumpuan kepada pelajarnya. Tubuh badan guru itu juga harus berada dalam posisi yang betul seperti menghadap pelajarnya supaya pelajar itu sedar akan kehadiran guru tersebut semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu itu berjalan.

4.5

Komunikasi menggunakan ICT(Teknologi Maklumat dan Komunikasi )

Dalam pengajaran Bahasa Melayu, penggunaan komputer sebagai bahan bantuan mengajar amat kurang berbanding mata pelajaran lain terutamanya mata pelajaran Bahasa Inggeris. Namun pendekatan komunikasi menggunakan kaedah ini harus diguna pakai seiring dengan teknologi yang semakin maju.

4.5.1 Kaedah Pengajaran Komunikasi Menggunakan ICT 1. Video call atau panggilan video. Kaedah ini banyak digunakan di dalam abad teknologi kini dan banyak syarikat dunia maya menyediakan perkhidmatan ini. Sebagai contoh Yahoo messenger dan Google talk. Dalam pe ngajaran berbentuk panggilan video ini, pelajar dan guru itu berkomunikasi menggunakan komputer di rumah. Dalam kaedah pengajaran seperti ini, guru itu haruslah berpakaian kemas danmenggunakan kejelasan suara yang kuat supaya pelajar yang menggunakan aplikasi ini akan nampak yakin dan memahami isi pengajaran yang ingin di sampaikan oleh guru mereka.

2. Power Point. Dalam kaedah komunikasi ini, guru berkomunikasi dengan pelajarnya menggunakan isi-isi penting yang telah disediakan oleh guru tersebut terlebih dahulu. Dalam konsep pengajaran seperti ini, guru banyak

berkomunikasi dengan menggunakan kaedah bersoal jawab serta bertanyakan pendapat pelajarnya tentang isi-isi kandungan topik yang hendak diajar.

3. Guru lebih kepada fasilitator. Dalam hal ini, guru yang mengajar bahasa Melayu itu, hanya perlu berkomunikasi dengan membimbing pelajarnya mencari maklumat yang hendak diajar dalam sesuatu topik yang diajarnya.

BIBLIOGRAFI

1.

Abdul Chaer, Drs: 2003, Linguistik Umum; Penerbit Rineka Cipta.

2.

Abdullah Hassan; 1992; Rencana Linguistik; Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala

Lumpur. 3. ;Azman Wan Chik; 1982; Trend-trend Baru Dalam Bidang Pendidikan Bahasa;

Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. 4. C. George Boeree; 2000; Sejarah Psikologi : Dari Masa Kelahiran Sampai Masa

Moden; Penerbit Prisma Sophie. 5. David W. Carroll; 1999; Psychology of Language; 3rd. Edition; Brooke/Cole

Publishing Co. 6. Henry Guntur Tarigan & Djago Tarigan; 1988; Pengajaran Analisis Kesalahan

Bahasa; Penerbit Angkasa, Bandung, Indonesia. 7. Ruth M. Kempson; penterjemah Zaiton Ab. Rahman; 1991; Teori Semantik;

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 8. 9. 2010. 10. Sumber internet; scribd; Peringkat Pemerolehan Bahasa; diakses pada 20 Samsuri; 1994; Analisis Bahasa; Penerbit Erlangga, Jakarta, Indonesia. Sumber internet; scribd; Teori Permerolehan Bahasa; diakses pada 18 Februari

Februari 2010. 11. Sumber internet; scribd; Teori Pembelajaran; diakses pada 25 Februari 2010.

12. Abdullah Yusuf Ali (1991), Al Quranul Karim, Terjemahan Dan Huraian Maksud, Terjemahan Uthman El-Muhammady,KL., DBP

Anda mungkin juga menyukai