Anda di halaman 1dari 1

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah
S.W.T telah
memberikan lima wasiat, antaranya :

� Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku


tidak menjadikan
dunia ini untuk engkau.
� Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
� Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
� Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun
tidak ada kuasa di
tangan mereka.
� Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu
berserta
qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan
saya tahu
mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah
nasihat yang berguna
kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.

Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

� Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran


hatinya.
� Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat
darinya.
� Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat
kemanisan
ibadahnya.
� Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul
khatimahnya.
� Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
� Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan
sangat
kelurusan agamanya.
� Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan
keredhaan Allah
daripadanya."