Anda di halaman 1dari 2

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara". Visi Berusaha menjadikan sekolah ini sebagai sebuah pusat pendidikan yang dapat melahirkan pelajar yang intelek, berketrampilan, berpekerti mulia dan bersikap positif, berteraskan kesepaduan ilmu, mengikut acuan budaya Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Misi 1. Mendidik melalui proses pengajaran dan pembelajaran terkini. 2. Menyelaraskan program peningkatan ilmu dari masa ke semasa. 3. Menjadikan sekolah sebagai taman ilmu. 4. Berusaha menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa. 5. Sentiasa bekerjasama dengan ibu bapa untuk meningkatkan prestasi murid. 6. Pengurusan sekolah yang cekap, teratur dan efisyen. 7. Sentiasa berhubung dengan sekolah-sekolah terbaik untuk mendapatkan idea-idea ke arah kecemerlangan. 8. Sentiasa berusaha mendapatkan input-input terkini daripada Pusat Perkembangan Kurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan daerah dan lain-lain pihak yang berkenaan. Objektif * Menyediakan murid-murid menjadi ahli masyarakat yang terdidik, kepimpinan yang unggul, penuh keimanan dan bertanggungjawab. * Menanam sikap yakin dan percaya ilmu pengetahuan penyuluh hidup. * Menanam semangat pentingkan ilmu dan berusaha bersungguh-sungguh menimba ilmu pengetahuan. * Membentuk semangat kerjasama, bersatu padu, hormat menghormati, ikhlas dan jujur. * Menanam semangat cintakan negara rasa kekitaan dan penyayang. * Mengalakkan penglibatan yang aktif dalam semua aktiviti sekolah. * Berusaha menyemai dan mengamalkan nilai-nilai Islam. * Memupuk tabiat suka membaca sepanjang hayat.

* Memupuk semangat berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan ko-kurikulum.

Anda mungkin juga menyukai