Anda di halaman 1dari 13

Isu-isu Kontemporari Peradaban

Globalisasi
Proses pengecilan dunia @ menjadikan dunia sebuah perkampungan kecil -Proses meletakkan dunia di bawah satu kuasa tanpa dibatasi sempadan & kedudukan geografi sesebuah negara. -Tiada sempadan peta dunia, ruang udara langit terbuka untuk pelbagai maklumat.

Globalisasi menurut Kamus Dewan

Global bermaksud mengenai dunia seluruhnya. Globalisasi sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan IT. (Kamus Dewan) Himpunan pengaliran global berbagai-bagai jenis objek yang melibatkan pelbagai aktiviti manusia.

Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban.


Globalisasi ada membawa kebaikan dan pada masa yang sama turut membawa keburukan. (Ekonomi-politik-budaya-sosial)
Memberi impak kepada peradaban manusia dari segala aspek.

Impak Positif
Peranan pelabur asing dalam mewujudkan pekerjaan & mengurangkan kemiskinan. Peluang lebih luas mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu kerana kemajuan IT. Komunikasi lebih mudah dan murah. Peluang interaksi lebih luas pelbagai etnik, budaya dan agama berinteraksi. Penonjolan hak-hak asasi wanita.

Impak Negatif
Kualiti alam sekitar semakin merosot. Pembangunan tidak seimbang & jurang ekonomi semakin lebar. Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin. Penyebaran budaya pengguna yang bertentangan dengan tuntutan nilai kerohanian dan moral. Penyebaran budaya Barat. Segar panca mati roh.

.samb
Kecenderungan institusi pengajian tinggi memberi keutamaan kepada kursus-kursus pengurusan dan teknikal dan mengabaikan kursus ilmu kemanusiaan & kemasyarakatan. Pembanjiran maklumat tidak berguna. Barat manipulasi isu demokrasi & hak asasi manusia untuk dominasi politik dunia.

Globalisasi ekonomi memberi kesan negatif kerana berteraskan kapitalisme. Globalisasi maklumat secara positifnya memberi peluang lebih luas kepada masyarakat dunia untuk mendapatkan maklumat namun ia membawa kpd kebanjiran maklumat tidak berguna. Globalisasi sosial secara negatifnya membawa kpd penyebaran budaya pengguna yang bertentangan dgn nilai kerohanian. Pengukuhan jatidiri berteraskan peradaban Islam & agama-agama lain demi menangani arus globalisasi.

Isu-isu Globalisasi
MEDIA -Penguasaan barat terhadap media komunikasi dunia, maklumat berpihak kpdnya. -Ilmu dan maklumat mudah serta boleh diakses oleh sesiapa sahaja. -Kebanjiran maklumat tidak berguna & masalah jurang antara masyarakat bandar-kg.

EKONOMI
-Kod undang-undang ekonomi yang seragam membawa kpd penghapusan halangan ekonomi antara negara. (Perdagangan, kewangan, pelaburan) -Dasar kerajaan yang mengawal ekonomi asing semakin longgar dan ekonomi tempatan terpaksa mengikut rentak ekonomi asing. -Pelbagai krisis dan spekulasi pasaran seperti nilai matawang, saham dsbnya.

POLITIK -Penyebaran idea-idea & fahaman politik yg salah seperti demokrasi ala Barat, pluralisme dan hak asasi manusia. -Fenomena deterritorialization (penyalahwilayahan) iaitu suatu proses & tindakan politik yang melintasi perbatasan wilayah negara. -Dominasi politik antarabangsa oleh kuasa besar sebagai Polis Dunia

BUDAYA -Dalam keghairahan mengejar gaya hidup ala Barat, generasi muda tidak merasa bersalah meniru budaya hidup Barat. Contoh & bukti dalam budaya:a) Makanan Barat b) Hidup ala Barat c) Muzik dan hiburan d) Komunikasi bahasa Inggeris.

Kesan Perkembangan Kontemporari Kepada Masyarakat & Negara.


Pengaruh globalisasi besar dan luas sehingga meliputi semua bidang peradaban. Cabaran globalisasi kini memerlukan pembentukan generasi muda yang berdaya saing melalui ilmu, kemahiran dan adab. Penerimaan terhadap perubahan haruslah difikirkan dan diterima secara positif dan membina untuk kemajuan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Gunakan kekayaan dalaman (inner riches) yang terdapat dalam agama dan tradisi bagi menghindari keburukan globalisasi.