Anda di halaman 1dari 34

Disediakan oleh: Mohd Syukur bin Abdullah

SURAH AL-NISA AYAT 11-12

TAFSIR
11. Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anakanak kamu, Iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati. dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang Yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adikberadik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat Yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya Yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masingmasing seperti Yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

12. dan bagi kamu satu perdua dari harta Yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta Yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat Yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta Yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta Yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat Yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. dan jika si mati Yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, Yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. kalau pula mereka (saudara-saudara Yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki Dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat Yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat Yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.

Diriwayatkan dari Jabir bahawasanya Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar dengan berjalan kaki mendatangi dirinya yang berada di perkampungan Bani Salamah. Saat itu, dia sedang sakit parah hingga tidak sedarkan diri. Kemudian, rasulullah memercikkan air wudu ke mukanya sehingga sedarkan diri .Lalu dia bertanyakan kepada Rasulullah perihal harta benda yang akan diwariskannya,Apa yang harus aku lakukan dengan hartaku? Lalu turunnya ayat ini yang menjelaskan hak orang tua dan anak atas harta waris.

Sebab kedua turunnya ayat ini, diriwayatkan Imam Ahmad, Abu Dawud, Al-Tirmizi,dan Hakim dari Jabir, dia berkata,Isteri Saad bin Rabi datang kepada Rasulullah saw kemudian berkata, Wahai rasullullah, ini adalan dua anak perempuan Saad bin Rabi. Ayahnya meninggal pada Perang Uhud sebagai syahid. Namun,bapa saudara dari kedua anak perempuan ini mengambil hartanya dan tidak membiarkan keduanya menguasai harta

PENDAHULUAN
Ilmu faraidh atau ilmu pusaka merupakan cabang ilmu yang tidak kurang penting dalam Islam. alQuran al-karim sebagi pegangan asas individu Islam, menerusi beberapa ayatnya telah menjelaskan hukum-hukum waris dan keadaan setiap pewaris dengan begitu terperinci. Allah S.W.T tidak membiarkan hambaNya menguruskan sendiri harta peninggalan si mati, sebaliknya ditetapkan bahagian pusaka kerana Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana akan keadaan hambaNya. Syariat Islam juga telah memberi hak kepada wanita dalam pusaka.

PENGERTIAN PUSAKA
Ilmu pusaka di dalam bahasa Arab dikenali dengan nama ilmu faraidhatau ilmu mirath.Al-mirath menurut bahasa bermaksud perpindahan sesuatu dari seseorang individukepada seorang yang lain atau dari satu kaum kepada kaum yang lain. Perpindahan ini meliputi harta atau ilmu atau kebesaran ataupun kemuliaan. Manakala maksud faraid atau mirath dari sudut istilah ialah ilmu yang menentukan tiap-tiap hak dari pusaka. Ia merupakan satu bentuk perkiraan yang telah ditetapkan oleh syarak mengenai pembahagian harta peninggalan si mati kepada wariswaris yang layak menerimanya

RUKUN DAN SYARAT PUSAKA


Rukun pusaka terbahagi kepada tiga iaitu: a)Si mati iaitu orang yang meninggalkan pusaka b)Waris iaitu individu yang menerima pusaka c)Harta iaitu harta atau barang atau nilai yang dipusakakan.

Manakala syarat pusaka adalah seperti berikut: a)Diyakini kematian orang yang meninggalkan pusaka dengan sebenarnya atausecara hukum. b)Diyakini bahawa pewaris masih hidup selepas matinya si mati walaupun beberapa minit sahaja. c.)Mengetahui tentang keadaan ahli waris yang menerima pusaka denga jelas.

SEBAB MENDAPAT PUSAKA


Syariat Islam menetapkan tiga sebab yang membolehkan seseorang individu mendapat pusaka: Melalui perkahwinan yang sah dan akad ini berterusan sehingga ke hari kematian suami atau isteri. Melalui sebab keturunan atau kerabat. Melalui wala iaitu tuan kepada hamba yang telah dibebaskan apabila hamba tersebut meninggal dan dia tidak meningglkan waris, maka tuan lamanya berhak menerima harta peninggalannya

HAK WANITA DALAM PUSAKA


Kedudukan wanita yang dipandang hina pada zaman jahiliyyah telah berubah dengan kedatangan Islam. Islam telah memartabatkan kedudukan kaum hawa sehinggakan salah satu surah di dalam al-Quran dinamakan dengan alNisa yang bermaksud wanita. Wanita pada zaman jahiliyyah tidak memiliki hak dalam mewarisi harta peninggalansuami mahupun keluarga. Tetapi Islam sebagai din al-hanif telah memberikan merekahak dalam penerimaan harta pusaka.

HAK WANITA DALAM PUSAKA SEBAGAIMANA YANG DIJELASKAN DALAM AYAT 11 SURAH AL-NISA

Ayat 11 surah al-Nisa' dimulai dengan firman Allah yang berbunyi Ertinya:"Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anakmu". Terkandung di dalam ayat ini pembahagian kadar pusaka kepada anakanak sama ada perempuan mahupun lelaki. Daripada ayat ini dapat dikeluarkanbeberapa keadaan pusaka yang diterima oleh wanita.

Keadaan-keadaan ini adalah seperti berikut :


1.Perempuan mendapat bahagian separuh daripada apa yang diterima oleh anak lelaki. Ini dapat difahami daripada firman Allah yang berbunyi. Maksudnya : "seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan".

Ada beberapa hikmah di sebalik penetapan ini


a).Orang lelaki wajib membayar maskahwin (mahar) kepada wanita dan mereka diwajibkan menyediakan tempat tinggal,makanan dan pakaian kepada isteri dan anak-anak. b).Lelaki lebih memerlukan kewangan yang banyak untukmenampung kehidupan seharian seperti memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak, serta menampung kos rawatan dan pembelajaran ahli keluarga. c). Perempuan tidak perlu mengeluarkan nafkah atau menanggung seseorang. Sebaliknya perempuan ditanggung oleh bapa atau walinya sekiranya belum berkahwin dan perbelanjaan selepas berkahwin merupakan tanggungjawab suami.

2. Penentuan kadar pusaka yang layak diterima oleh anak perempuan yang lebih daripada dua. Perkara ini disebut menerusi ayat yang berbunyi:

Maksudnya : "dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagimereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan, jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka dia memperoleh separuh harta". Ayat ini menegaskan tentang hak anak perempuan dalam pusaka. Terdapat tiga kadar pusaka yang telah digariskan oleh Islam bagi anak perempuan iaitu satuperdua, dua pertiga dan mewarisi harta pusaka dengan cara tasib.

Anak perempuan akan mendapat satu perdua daripada harta peninggalan bapaatau ibunya dengan beberapa syarat iaitu : i. tidak ada anak lelaki atau asabah. ii. hanya dia seorang sahaja dan tidak memiliki adikberadik perempuan. Manakala dua orang anak perempuan atau lebih akan mendapat dua pertiga daripada bahagian pusaka. Anak perempuan akan mewarisi harta pusaka dengan cara tasib sekiranya dia memiliki adik beradik lelaki, di mana adik beradik lelaki akan dua bahagian manakala perempuan mendapat satu bahagian.

Contoh pewarisan anak perempuan


a). Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang anak perempuan,seorang isteri, bapa dengan meninggalkan wang berjumlah $480.

b). Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami, seorang anak lelaki, seorang anak perempuan, seorang adik lelaki kandung dan seorang ibu saudara sebelah ibu dengan meninggalkan wang berjumlah $800.

Contoh pewarisan anak perempuan


a). Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang anak perempuan,seorang isteri, bapa dengan meninggalkan wang berjumlah $480. Anak perempuan Isteri Bapa 1/2 1/8 1/6 + Baki (5/24) Cara pengiraan : 1/2 + 1/8 + 1/6 = 12+3+ 4 = 19/24 24 $480 bahagi 24= $20 bagi setiap satu bahagian. Oleh sebab itu anak perempuan mendapat $240, isteri mendapat $60 dan bapa $180. b). Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami, seorang anak lelaki, seorang anak perempuan, seorang adik lelaki kandung dan seorang ibu saudara sebelah ibu dengan meninggalkan wang berjumlah $800. Suami Anak perempuan Anak Lelaki Adik lelaki Ibu saudara 1/4 Baki dengan Baki dengan Terhalang Terhalang cara tasib cara tasib dengan anak dengan anak lelaki lelaki Cara pengiraan : $800 bahagi 4 = $200 bahagian untuk suami. Baki duit sebanyak $600 bahagi 3 = $200. Oleh itu anak perempuan mendapat $200 manakala anak lelaki mendapat $400.

c). Ahmad meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri, empat orang anakperempuan , seorang adik perempuan kandung dan bapa dengan meningglkan wang berejumlah $4800. Isteri 4 orang anak perempuan Adik perempuan Bapa 1/8 2/3 Terhalang dengan 1/6 + Baki (1/24) bapa Cara pengiraan : 1/8+2/3+1/6 = 3+16+4 = 23/24 24 $4800 bahagi 24 = $200 bagi setiap satu bahagian. Oleh itu isteri mandapat $600, $3200 untuk 4 orang anak perempuan ($800 setiap seorang) dan bapa mendapat sebanyak $1000.

3.Kadar bahagian pusaka yang layak diambil oleh Ibu menerusi firman Allah:

Maksudnya : "dan untuk kedua-dua orang ibubapa, bagi masing-masing satu perenam dari harta yang ditinggalkan, jika orang yang meninggal mempunyai anak ;jika orangyang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibubanya (sahaja), makaibunya mendapat sepertiga; jika orang yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat seperenam".

Ayat di atas menjelaskan bahawa kadar pusaka ibu terbahagi kepada dua iaitu 1/6 atau 1/3. Ibu akan mendapat 1/3 daripada harta pusaka dengan dua syarat. Pertama si mati tidak mempunyai anak atau cucu sama ada perempuan atau lelaki atau kebawah. Kedua, si mati tidak mempunyai dua orang atau lebih adik beradik lelaki atau perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu. Manakala kadar 1/6 akan diterima oleh ibu si mati dalam dua keadan: i). sekiranya si mati mempunyai anak atau cucu sama ada perempuan atau lelaki ii) jika si mati mempunyai dua orang atau lebih adik beradik lelaki atau perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu.

HAK WANITA DALAM PUSAKA SEBAGAIMANA YANG DIJELASKAN DALAM AYAT 12 SURAH AL-NISA

Di dalam ayat 12 surah al-Nisa' terdapat dua hukum yang berkaitan dengan hak wanita dalam pusaka. Pertama hak isteri terhadap harta peninggalan suami dan Kedua hak adik-beradik perempuan seibu ke atas pusaka si mati.

Kadar pusaka isteri dapat ditentukan menerusi ayat :

Ertinya :Para isteri memperolehi seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperoleh seperlapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu"

Ayat di atas menjelaskan bahawa isteri mendapat 1/4 daripada harta peninggalan suami sekiranya suami tidak memiliki anak. Jumhur ulama bersepakat mengatakakan bahawa anak di dalam ayat tersebut bermaksud furu waris iaitu anak atau anak kepada anak lelaki dan ke bawah, sama ada furu waris berasal daripada isteri tersebut atau isteri yang lain. Sekiranya suami mempunyai furu waris, maka isteri hanya layak mendapat 1/8.

Contoh Pewarisan Isteri


a). Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan 3 orang anak perempuan,dua orang isteri, ibu dan bapa serta meninggalkan wang berjumlah $540. 3 anak perempuan 2 isteri ibu bapa 2/3 1/8 1/6 1/6+ baki Cara pengiraan : 2/3 + 1/8 + 1/6 + 1/6 = 16+3+4+4 = 27/24 (masalah ailah) 24 $540 bahagi 27 = $20 bagi setiap satu bahagian. Oleh itu 3 orang anak perempuan mendapat $320 ($106.66 bagi setiap seorang), 2 orang isteri mendapat $60 ($30 setiap seorang), ibu dan bapa masing-,masing mendapat $80.

Selain daripada kadar pusaka yang diterima oleh isteri, terkandung juga dalam ayat 12 surah al-Nisa pembahagian kadar pusaka bagi adik-baradik perempuan seibu bagi si mati. Ini ditegaskan melalui ayat yang berbunyi :

Maksudnya : " Jika seseorang mati, baik lelaki mahupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara lelaki (seibu sahaja) atau seorang saudara perempuan (seibu sahaja), maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. Tetapi jika saudarasaudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris 7)"

Ulama sependapat mengenai makna "Kalakah" di dalam ayat di atas iaitu seseorang meninggal dunia tanpa meninggalkan ayah (asl) mahupun anak (fur)(Ibn Kathir.1994.610) . Ulama juga bersepakat menngatakan bahawa "akh" dan "ukht" di dalam ayat ini ialah adik beradik lelaki dan perempuan sebelah ibu sahaja kerana adik beradik seibu sebapa atau sebapa menerima pusaka dengan cara tasib (alQurtubiyy. 1995.68).

Perlu ditegaskan disini, adik beradik seibu tidak layak mendapat pusaka si mati sekiranya si mati memiliki ayah (asl) mahupun anak (fur). Mereka juga tidak layak mendapat pusaka sekiranya terdapat mawanial-irth (penghalang daripada mendapat pusaka) seperti mereka kafir atau membubuh. Kadar yang diperolehi oleh adik beradik lelaki mahupun perempuan seibu ialah 1/6 atau 1/3. Apabila si mati meninggalkan seorang adik beradik lelaki seibu atau seorang adik beradik perempuan seibu maka masingmasing mendapat 1/6. Dan apabila si mati meninggalkan sekurang-kurangnya dua orang adik beradik seibu lelaki mahupun perempuan, maka mereka mendapat 1/3 daripada harta si mati yang dibahagi sama rata.

Contoh Pewarisan adik beradik seibu


a). Lina meninggal dunia dan meninggalkan suami, ibu, kakak kandung dan kakak seibu serta meninggalkan wang berjumlah $840. Suami Ibu Kakak kandung Kakak seibu 1/2 1/6 1/2 1/6 Cara pengiraan : 1/2 + 1/6 + 1/2 + 1/6 = 3+1+3+1 = 8/6 6 $840 bahagi 6 = $105 bagi setiap satu bahagian. Oleh itu suamimendapat $315, ibu mendapat $105, kakak kandung mendapat $315 dan kakak seibu mendapat $315.

b). Kadijah meninggal dunia dan meninggalkan suami, adik perempuan kandung dan empat orang adik beradik seibu dengan meninggalkan wang berjumlah $5600. Suami adik perempuan kandung 4 adik beradik seibu 1/2 1/2 1/3 Cara pengiraan : 1/2 + 1/2 + 1/3 = 3+3+2 = 8/6 6 $5600 bahagi 6 = $700 bagi setiap bahagian.Oleh itu suami mendapat $2100, adik perempuan kandung juga mendapat $2100 dan 4 orang adik beradik seibu mendapat $1400 ($350 setiap seorang)

PENUTUP
Ayat 11, 12 dan 176 surah al-Nisa' menjelaskan dengan terperinci hak wanita dalam penerimaan harta pusaka. Penetapkan hak ini jelas membuktikan bahawa Islam tidakmeminggirkan golongan hawa ini. Dakwaan yang mengatakan bahawa sistem pusaka Islam tidak adil kerana melebihkan lelaki dalam pusaka adalah melesit sama sekali. Lelaki dibebani dengan tanggungjawab kewangan yang berat. Justeru wajarlah merekamendapat bahgian yang lebih berbanding perempuan sedangkan perempuan memilikiharta pusaka sepenuhnya tanpa perlu diagih kepada pihak lain. Bahkan dalam sesetengan keadaan wanita mendapat bahagian lebih berbanding lelaki. Keadilan sistem pusaka Islam tidak perlu diragukan lagi kerana Allah S.W.T Maha Adil, Maha Mengetahui keadaan hambaNya.

Anda mungkin juga menyukai