Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN (Mengikut Model Assure) Nama Guru Mata Pelajaran Kelas Tarikh Masa Bilangan Murid

Tajuk Hasil Pembelajaran Hasniza binti Abdul Hamid Sains 4 Bestari 31 Januari 2013 7.50 pagi-8.50 pagi 22 0rang Had Keupayaan Manusia (Penglihatan) Murid dapat menyenaraikan dan menyatakan sekurang-kurangnya tiga fungsi alat untuk

mengatasi had keupayaan penglihatan.

Analisis Pelajar

Ciri Umum Pelajar

Pengetahuan Sedia Ada

Gaya Pembelajaran Pelajar cenderung ke arah gaya pembelajaran visual dan aktiviti kumpulan .

Murid-murid berada dalam lingkungan umur 10 tahun. Kebanyakkan murid datang daripada keluarga nelayan,hanya segelintir sahaja daripada keluarga kaki tangan kerajaan.Rata-rata pencapaian akademik muridmurid ini dalam kategori sederhana sahaja.

Pelajar biasa melihat orang yang memakai cermin mata dan mengetahui fungsi cermin mata tersebut.Pelajar juga biasa melihat orang menggunakan teropong dan imej yang terbentuk pada teropong itu dalam filem-filem yang mereka tonton di kaca televisyen.

Menyatakan objektif

Di akhir pengajaran hari ini,

1. Pelajar dapat menyatakan jenis alat yang digunakan untuk mengatasi had keupayaan penglihatan. 2. Pelajar dapat menyatakan fungsi alat yang digunakan untuk mengatasi had keupayaan penglihatan.

Memilih

kaedah, Kaedah

Media

Alat

dan

bahan yang

media dan sumber Kuliah, sumbangsaran, perbincangan kumpulan. Menggunakan media dan bahan Tayangan video Tayangan sliad

sumber diperlukan

Komputer dan LCD

Bahan yang digunakan ialah satu klip video yang tempoh tayangannya selama 3 minit. Video ini berjudul Penggunaan Mikroskop. Ia mengandungi gambar , bahan grafik, rakaman video, teks dan audio.

Melibatkan pelajar

Set Induksi: (7 minit) Murid diminta berdiri jauh dalam jarak lima meter dihadapan papan putih.

Murid ditayangkan carta huruf yang berlainan saiz. Murid diminta memerhati dan menyebut huruf-huruf yang terdapat pada carta huruf tersebut. Murid digalakkan menyatakan pemerhatian yang

mereka perolehi daripada aktiviti memerhati carta huruf tersebut. Murid melihat sliad pelbagai objek untuk melihat pelbagai objek dengan jelas Murid menyebut dan menyenaraikan alatan yang digunakan untuk melihat dengan jelas.

Langkah 1 : (10 minit)

Murid diberikan situasi seperti berikut

Situasi:Anda berpeluang melawat taman rama-rama di Cameron Highland. Apakah alat yang sesuai untuk melihat rama-rama dengan jelas? Murid membentangkan alat mereka yang sesuai untuk melihat rama-rama dengan jelas Dalam kumpulan murid diminta menyatakan fungsi setiap alat yang dipilih.

Langkah 2 : (20 minit) Murid melihat tayangan video yang menunjukkan fungsi alat untuk mengatasi had keupayaan penglihatan itu iaitu mikroskop,kanta pembesar,binakular dan teleskop

Langkah 3: (15 minit) Berdasarkan tayangan video, murid dikehendaki

berbincang tentang pemilihan alatan yang sesuai yang hendak digunakan untuk melihat rama-rama di taman itu. Murid juga perlu membincangkan fungsi-fungsi dan situasi yang diperlukan apabila menggunakan alatan lain seperti mikroskop,kanta pembesar dan juga

binakular(teropong)

Rumusan dan Penutup: (8 minit) Murid membentangkan hasil perbincangan mereka iaitu pemilihan alatan yang sesuai digunakan untuk situasi tersebut. Murid dikehendaki melengkapkan senarai semak

mengenai alatan dan situasi yang sesuai untuk

penggunaan alatan tersebut.

Penilaian

Pencapaian murid dinilai dari, Hasil perbincangan dan pembentangan kumpulan. Edaran senarai semak alatan dan fungsinya pada situasi yang betul. Penambahbaikan yang dibuat, Menyediakan soalan pengukuhan kepada pelajar. Memasukkan lebih banyak maklumat yang berkaitan di dalam video klip berkenaan.