Anda di halaman 1dari 4

Akauntabiliti Keguruan Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh.

Jikadihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara danmelatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakalakeguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atautempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajarandan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru. 2.0 Konsep Akauntabiliti Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan akauntabiliti di huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut TanSri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapandan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displindan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawabanterhadap sesuatu keputusan yang telah diambil. 3.0 Akauntabiliti keguruan. Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakanoleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengantanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atautanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guruterhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesionkeguruan amnya. Akauntabiliti guru terhadap : 3.1 Pelajar Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjahtermasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslahmengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hallain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar- pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosialdan perkara-perkara lain.

Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknyaguru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkanmereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorangguru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulahguru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dantidak di hormati lagi oleh anak muridnya. 3.2 Diri Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankantugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiridan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang bolehmengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskankewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Iniadalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapimasaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran disekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supayamudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga bolehmelibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang bolehmenjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal. 3.3 Sekolah Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawabterhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalamsebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuansekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusahaPIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah. 3.4 Masyarakat dan Negara

Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita danmatlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guruhendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagairakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatanmasyarakat. Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama dikalangan guru dan ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat ataunegara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah seringmemupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing merekamenjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklahmenghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhitanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku soppan yangditerima oleh masyarakat . 3.5 Profesion Keguruan Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai bukurujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnyaisi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan sepertikursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah.Ini di lakukan dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagimencapai objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar denganfakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat. 4.0 Penutup Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnyayang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapatmeningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebutmembolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru

merangkumiakuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akandapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankantanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidangtersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkantaraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadapkerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian,akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itumengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , makatanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modalinsan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan. Rujukan Mok Soon Sang(2003),Ilmu Pendidikan Untuk KPLI SekolahRendah:Komponen 1&2 Psikologi Pendidikan & Pedadogi.Kumpulan Budiman,SubangJaya