Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tahun Bilangan murid Mata pelajaran Bidang Jenis Kandungan Tema Tajuk Kegiatan Masa

Hasil Pembelajaran : Batik. : Kami membuat lakaran batik. : Mengaplikasikan teknik resis. : 8.45 pagi 9.45 pagi (60 minit) : 1. Menjelaskan konsep resis 2. Menerapkan nilai mencintai alam sekitar dengan membuat motif batik bercorak flora dan fauna. 3. Menyatakan perasaan diri terhadap resis yang dihasilkan oleh diri sendiri. ABM dan BBM Alatan dan bahan : Pemancar LCD, computer. : Alat : Berus lukisan Bahan: Warna air, lilin, oil pastel. :5 Bestari :25 orang : Pendidikan Seni Visual : Membuat corak dan rekaan. : Resis

Kemahiran 5P: 1. Penggabungjalinan Kemahiran 2. Penyerapan Pengetahuan 3. Penyerapan Nilai Murni 4. Pengkayaan 5. Pemulihan Penerapan Nilai : Kebersihan, menghargai keindahan, semangat kecintaan.

SET AKTIVITI Langkah Pertama (Set Induksi)

Bagi set induksi, guru meminta para pelajar untuk membuat senaman regangan otot terlebih dahulu sebelum menjalani aktiviti seni. Di sini, kemahiran 5P iaitu Penggabungjalinan kemahiran berlaku di antara subjek Pendidikan Seni Visual dengan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Ini terbukti dengan melakukan aktiviti membuat senaman regangan otot yang dipelajari dalam subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dipraktiskan pada subjek PSV. Seterusnya, murid-murid diminta untuk memerhati serta menghayati keindahan pemandangan yang terdapat di persekitaran kelas. Sebagai contoh, murid dapat melihat bendera, kereta , dan rumput. Mengikut Standard Kandungan 1 (Persepsi Estetik), standard kandungan ini membolehkan murid membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan) yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia, dan karya seni. Bendera dan kereta sebagai contoh merupakan objek buatan manusia dan rumput pula adalah ciptaan Tuhan. Guru meminta murid untuk menyatakan bentuk dan warna objek atau flora fauna yang mereka lihat. Ini adalah untuk membiarkan para pelajar mengasah kemahiran berfikir mereka. Contohnya, murid menyatakan bahawa kereta bendera berbentuk segi empat dan mempunyai pelbagai warna. Manakala bagi rumput pula, ia berwarna hijau dan berbentuk panjang dan tirus. Ada rumput yang berwarna coklat kerana sudah mereput. Seterusnya, guru meminta pelajar menyatakan objek lain yang tidak terdapat pada persekitaran mereka yang mempunyai bentuk dan warna yang sama seperti yang telah dinyatakan. Sebagai contoh adaptasi, rumput berwarna hijau sama dengan buah epal yang juga turut mempunyai warna yang sama. Di sini, kemahiran 5P iaitu penggabungjalinan kemahiran turut berlaku di antara subjek Bahasa Malaysia dengan subjek PSV. Ini kerana, murid mempraktiskan kemahiran bertutur iaitu kemahiran yang di ajar pada subjek Bahasa Malaysia.

Contoh adaptasi dari segi persamaan warna.

Langkah Kedua (Set Pemerhatian)

Anda mungkin juga menyukai