Anda di halaman 1dari 15

Majlis Perpisahan & Majlis Keraian

DISEDIAKAN OLEH:ZAITU AKMA BT. MUSTAFFA ASMINAWATI BT. ISMAIL SITI FATIMAH NORAZAH BT. ABDUL HABI

MAJLIS PERPISAHAN
Majlis Perpisahan diadakan jika terdapat:i) Pertukaran guru ke sekolah lain ii) Persaraan seseorang guru

BILA MAJLIS PERPISAHAN DIADAKAN ?


(i) Di akhir tahun atau (ii) Sebelum guru berkenaan bertukar ke tempat lain / bersara

PENGENDALIAN MAJLIS PERPISAHAN


1. Mewujudkan:(i) Jawatankuasa Pengelola
(tempat, menu, aturcara majlis)

(ii) Jawatankuasa Kecil

(jamuan, hadiah, juruacara, jemputan, sambutan, persiapan tempat)

2. Menetapkan lokasi majlis dijalankan (hotel, restoran, sekolah atau lain-lain tempat). 3. Mengedarkan kad/surat jemputan kepada guru yang bersara atau guru yang berpindah. Kandungan surat perlu menyatakan sama ada suami / isteri mereka dijemput sama dalam majlis tersebut.

4. Pihak Urusetia menetapkan pakaian semasa mengedarkan kad/surat jemputan. Contohnya, baju batik untuk lelaki. 5. Juruacara akan menetapkan siapa yang sepatutnya berucap semasa majlis berlangsung. Contohnya, pengetua atau wakil guru-guru yang terbabit).

6. Juruacara perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak yang akan berucap supaya mereka dapat menyediakan atau merangka teks ucapan dan membuat persiapan mental sebelum berucap.

7. Tetamu jemputan adalah terdiri daripada guru yang akan berpindah atau bersara. Tempat duduk khas disediakan untuk jemputan tetamu kehormat.

MAJLIS KERAIAN
Majlis Keraian adalah satu majlis yang diadakan sempena menyambut Pengetua atau Guru Besar yang baru bertukar, kenaikan pangkat staf dan sebagainya.

Majlis turut diadakan bagi meraikan mereka yang berjaya dalam sesuatu bidang atau sebagai tanda terima kasih dan penghargaan. Kebiasaannya, dalam majlis ini diadakan jamuan nasi atau jamuan separuh berat beserta ucapan.

PENGENDALIAN MAJLIS KERAIAN


1. Penubuhan Jawatankuasa Pengelola (Pemilihan tempat, pengagihan program, aturcara majlis, jamuan dan sebagainya).

2. Jawatankuasa yang terlibat perlu mengambilkira perbelanjaan dan sumber kewangan.


3. Jawatankuasa Pengelola perlu menyenaraikan tetamu jemputan dan tetamu kehormat yang perlu dijemput dalam majlis tersebut.

4. Menentukan mereka yang ketika majlis berlangsung (sebaik-baiknya antara 2 @ 3 orang sahaja yang berucap).

berucap

5. Juruacara perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak yang akan berucap supaya mereka dapat menyediakan atau merangka teks ucapan dan membuat persiapan mental sebelum berucap.

6. Juruacara juga boleh mengambil biodata individu yang diraikan dan membacanya di dalam majlis itu (jika perlu).