Anda di halaman 1dari 3

Keupayaan menggunakan ICT Keupayaan menggunakan ICT secara berkesan sudah dilihat sebagai agenda penting sebagai prasyarat

kepada pengguna untuk memperolehi dan mengeksploitasikan maklumat setiap aktiviti manusia di mana sahaja. Bentuk ICT akan berubah mengikut peredaran masa. Keperluan akan kebolehan menggunakan ICT tetap kekal sebagai kunci untuk ikut serta secara mutlak dalam masyarakat bermaklumat. Kurikulum sekolah sudah menuntut betapa pentingnya penguasaan pengetahuan dan kemahiran literasi ICT, terutama kepada semua pelajar sekolah . Kini pengetahuan dan kemahiran ICT sudah disepadukan dalam kurikulum sekolah. Para guru kini lebih tercabar lagi dengan dasar baru kementerian pendidikan yang menghendaki guru-guru mesti mengajar subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Mereka dibekalkan dengan alat sokongan pembelajaran seperti unit komputer, bahan perisian lain seperti CD pembelajaran dan sebagainya. Bayangkan bagaimana kalau guru tidak menguasai kemahiran ICT dan pengetahuan berkaitan . Akan sesialah kerajaan mengeluarkan belanja yang tidak terhad untuk kemudahan itu jika guru langsung masih segan dengan komputer. Bagaimana pula dengan makmal komputer yang disediakan di kebanyakan sekolah sekarang? Kejayaan penyepaduan ICT dalam kurikulum bergantung kuat di bahu para guru bagaimana mereka manfaatkan kemudahan ICT sebagai alat untuk mengakses pelbagai maklumat yang kaya di sekeliling mereka, baik untuk diri mereka sendiri atau kepada pelajar mereka . Semua usaha ini adalah untuk menyokong ke arah pembelajaran berkesan. Jika guru pandai menggunakan kemudahan ICT sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah atau hal-hal yang berkaitan dengan kerja mereka, tentu sekali ini akan memberi pengalaman pembelajaran baru dan mengubah paradigma pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sudahkah guru bersedia dengan cabaran ini? Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah menjadi suatu keperluan di dalam hidup pada abad ini. ICT ini adalah satu teknologi yang digunakan untuk memproses, menyimpan, dan memindahkan maklumat dalam bentuk elektronik. Perkembangan teknologi maklumat telah memberi impak ke atas konsep asas literasi dan kaedah pengajaran membaca dan menulis. Perubahan ini disebabkan oleh peralihan mendadak dari literasi tradisional berasaskan teks bercetak kepada kemunculan teks secara elektronik. Pendedahan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan guru amatlah perlu dalam melahirkan masyarakat bermaklumat. Seperti yang kita tahu, ICT merupakan wadah baru masyarakat hari ini. Semua insan alaf baru terpaksa kenal dan tahu memanfaatkannya. Apatah lagi sebagai guru, perlu memainkan peranan yang penting dalam melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan berfikiran secara global. Justeru itu sebagai guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran ICT dengan secukupnya dalam era globalisasi ini. Menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah menggambarkan seseorang guru itu mempunyai kelebihan bakat serta kemahiran (Giesert & Futrell, 1990). Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Abdul Aziz Shamsudin, ICT amat penting dalam asas pendidikan seumur hidup serta memperkembangkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Para guru perlu mahir menggunakan ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Keperluan perisian dan perkakasan yang berkualiti amatlah penting dalam menentukan keberkesanan dan kejayaan penggunaan komputer dalam P & P. Menurut Rhodes dan Cox (1990), peningkatan beban kerja di sekolah telah menghalang penggunaan komputer di kalangan guru.

Semua sekolah-sekolah di Malaysia akan dilengkapi dengan kemudahan asas prasarana telekomunikasi menjelang 2005 bagi membolehkan pelajar dan penduduk pedalaman turut mendapat kemudahan akses maklumat. Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie berkata, pembangunan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di pedalaman agak ketinggalan masa kini berbanding di bandar. Penguasaan kemahiran ICT di kalangan guru amatlah diperlukan pada era ini untuk menjayakan lagi prasrana ini. Seseorang guru itu perlu mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pada peringkat asas dalam pengendalian perisian dan perkakasan komputer untuk menghasilkan proses P & P yang berkesan (Hillary Mc Lellan, 1991). Banyak persoalan timbul ekoran pelaksanaan konsep pendidikan bestari yang dirintis di 89 buah sekolah. Antaranya ialah adakah kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) manual lebih pantas berbanding menggunakan komputer yang lengkap dengan modul-modulnya? Bagi menjawab soalan itu, Utusan Malaysia menemui Penyelaras Sudut Akses, Sekolah Seri Bintang, Noraini Abd. Bari di Cheras, Kuala Lumpur. Beliau yang juga guru Matematik menolak tanggapan bahawa kaedah P&P manual lebih pantas berbanding bestari. Menurutnya, Projek Perintis Sekolah Bestari adalah lebih pantas berbanding dengan kaedah pembelajaran dan pengajaran (P&P) manual kerana melalui projek ini, pelajar dan guru itu sendiri boleh mendapatkan maklumat mengenai mata pelajaran tanpa hanya merujuk kepada buku-buku teks. Justeru itu, minat dan keyakinan yang penuh amatlah penting dalam menguasai teknologi komputer. Sikap yang kurang yakin terhadap diri sendiri di kalangan guru adalah salah satu faktor penyebab kegagalan guru dalam melaksanakan kaedah PPBK (Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer) (Bliss, 1986). Keyakinan dan keselesaan dalam menggunakan komputer perlu dititikberatkan. Guru yang bersikap negatif atau tidak berkesan dalam penggunaan komputer akan mendorong kepada penolakan inovasi komputer (Somekh, 1989). Menurut Gan (1991), penggunaan komputer akan dipraktik oleh guru sekiranya guru berasa selesa dan yakin dengan komputer. Oleh yang demikian, sikap dan sokongan padu di kalangan guru amat penting dalam menentukan kejayaan program teknologi pendidikan (Woodrow, 1992). Adalah jelas bahawa kebolehan menggunakan ICT secara efektif adalah lebih dari hanya mengetahui menggunakan papan kekunci serta tetikus sahaja. Kefahaman tentang nilai, kesesuaian serta impak dari maklumat sebagai sumber pengetahuan adalah suatu kepastian ( Carta & Monaco , 1987) Oleh itu, kajian ini ditumpukan kepada keperluan guru-guru terhadap ICT dalam konteks yang lebih luas tentang literasi maklumat(iaitu kebolehan untuk mencari, mengenalpasti dan menilai secara kritikal kandungan dan kualiti maklumat;memilih, suaikan, gunakan maklumat bagi memenuhi keperluan pembelajaran serta mengadakan refleksi terhadap proses ini.

kajian menunjukkan bahawa : Lebih dari 80.0 % guru-guru sekolah yang terlibat dalam kajian ini mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan ICT dalam profesion mereka. 89.4 % guru-guru berminat untuk belajar ICT 87.3 % guru-guru mengaku bahawa ICT membantu mereka mendapatkan maklumat dan menguasai pengetahuan secara efektif. Hampir tiga perempat ( 78.2 % ) dari guru-guru dalam kajian ini mengaku bahawa mereka masih belum cekap / tak tahu untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan menggunakan sumber ICT. Walaubagaimanapun, terdapat 38.7 % guru-guru dalam kajian ini mengaku bahawa mereka tergolong dalam golongan yang sangat cekap dan cekap dalam pengetahuan dan kemahiran ICT secara pribadi. Oleh yang demikian, terdapat 16.9 % guru-guru dalam kajian ini yang memiliki pengetahuan dan kemahiran ICT tapi tidak berpeluang mempraktikkan kecekapan mereka dalam bilik darjah. Mungkin kekangan disebabkan oleh kekurangan infrastruktur sekolah atau kekurangan alat / sumber ICT. Ini memerlukan kajian lanjutan untuk mengetahui jawapannya. Kajian juga telah menunjukkan bahawa Pemprosesan Perkataan (Word Processing) merupakan sumber ICT yang paling popular digunakan di sekolah rendah dan menengah. Namun demikian masih terdapat 48.6 % dari guru-guru kajian ini menyatakan mereka Tidak pernah menggunakannya. Demikian juga halnya dengan sumber-sumber ICT yang lain, lebih dari 55.0 % dari responden menyatakan mereka Tidak pernah menggunakan sumber-sumber ICT yang lain ( yang disenaraikan dalam kajian ini ). Kajian juga menunjukkan bahawa sumber ICT yang diperlukan bagi mengatasi halangan dan menambah lagi keyakinan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah adalah seperti berikut : Digital Camera Networking Video Conferencing Database Spreadsheet dan Digital Scanner

Sebagai rumusannya, dicadangkan bahawa beberapa langkah perlu diambil oleh pihak pengurusan pendidikan bagi meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam penggunaan sumber ICT dalam bilik darjah. Demikian juga perlunya dipertingkatkan kelengkapan sekolah dengan sumber-sumber yang ICT bagi memberi peluang kepada guru-guru yang memiliki kecekapan melaksanakan pengajaran dengan lebih berkesan.

Anda mungkin juga menyukai