Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
BIL
CUE
ANN
CATATAN
Mengumumkan ketibaan Encik Zulkamal Bin Ariffin Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu.
1.
Nyanyian lagu
Dijemput para hadirin berdiri untuk menyanyikan 3 buah lagu iaitu 1. Lagu Negaraku 2. Selamat Sultan 3. Dan Lagu IPG
2.
Protokol majlis
Yang berusaha, Encik Zulkamal bin Ariffin, Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan.
Yang dihormati, saudara Muhamad Amir Afiq Bin Junaidi, Pengarah Festival Prosa Klasik.
3.
Menyatakan kesyukuran
Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali; Selamat datang kami ucapkan, Moga diiring restu Ilahi.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul dalam Majlis Perasmian Penutup Festival Prosa Klasik peringkat IPG KSM.
4.
Bacaan doa
Hadirin sekalian,
Garam ada kicap pun ada, Sayang lada terlupa bagi; Pantun ada ucapan ada, Sayang tiada berdoa lagi.
Untuk memberkati majlis pada petang ini, dengan sukacitanya dijemput al Fadil saudara Mohd Faiz Malik Bin Fahmi dari unit PPISMP Bahasa Melayu untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
5.
Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan saudara Muhamad Amir Afiq Bin Junaidi, Pengarah Program Festival Prosa Klasik peringkat IPG Kampus Sultan Mizan untuk member ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
6.
Hadirin sekalian, Majlis kita diteruskan lagi dengan ucapan yang berusaha Encik Roslan Bin Said, selaku penasihat program ini.
Selepas ucapan...
7.
Kini tibalah waktu yang dinantikan iaitu ucapan Perasmian Penutup Festival Prosa Klasik peringkat IPG KSM.
Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan Encik Zulkamal in Ariffin Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan untuk menyampaikan ucapan seterusnya menyempurnakan penutupan rasmu Festival Prosa Klasik.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian yang berusaha Encik Zulkamal Bin Ariffin, Pengarah IPG KAmpus Sultan Mizan atas ucapan dan kesudian beliau untuk menutup rasmi Program Festival Prosa Klasik itu tadi.
8.
Persembahan
Seterusnya marilah kita bersama-sama mengalihkan perhatian di pentas dengan persembahan tarian kebudayaan yang dipersembahkan oleh ahli-ahli Kelab Kebudayaan IPG KSM.
9.
Penyampaian hadiah
Dengan segala hormatnya, majlis menjemput yang berusaha Encik Roslan Bin Said bagi mengiringi, yang berusaha Pengarah IPG KSM Encik Zulkamal Bin Ariffin untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
10.
Jamuan ringan
Kalau tuan pikat cemara, Buatlah bara bakar selasih; Sudilah tuan jamu selera, Hidangan mesra pengikat kasih.
Seterusnya dijemput para hadirin untuk menjamah sedikit jamuan ringan yang disediakan. Kepada tetamu VIP, dijemput untuk menjamu selera di bilik makan VIP.
11.
Penutup
Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta.
Di atas dahan burung tempua, Melihat rusa tepi perigi; Salam perpisahan untuk semua, Dilain masa bersua lagi.
11.
Majlis mengumumkan yang berusaha Encik Zulkamal Bin Ariffin meninggalkan majlis.
Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci wabillah..... wassalamualaikum w.b.t