Anda di halaman 1dari 1

Laporan Kejohanan Olahraga SJKT Enggor 2012

kejohanan Olahraga Sekolah telah diadakan dengan penuh kemeriahan dan jayanya
di padang Sjkt Enggor pada tahun lepas.Semua murid telah mengambil bahagian dalam acara-acara tertentu. Pada tahun lepas ,murid yang bernama Suresh A/L Tamilselvam telah mendapat tempat pertama dalam acara larian pecut 100M di peringkat sekolah.Murid tersebut menyertai acara larian 100m di peringkat zon chandan yang diadakan pada 23 Februari 2012.Dalam acara tersebut,dia mendapat tempat kedua sebagai pemenang naib johan. Dia mendapat sijil dan piala daripada pengerusi pengelola kejohanan olahraga zon chandan En Mazlan bin Ariffin. Bil Nama 1. Suresh A/L Tamilselvam Acara 100 Meter Kategori 12Lelaki Pingat Perak

Selepas Kemenangan itu,dia telah mengambil bahagian dalam acara larian 100meter di peringkat MSSD daerah Kuala Kangsar yang diadakan di Padang SMK Clifford pada 8 Mac 2012.Namun dia mendapat tempat ketujuh dalam acara tersebut.Dengan ini,murid tersebut tidak layak untuk bertanding di peringkat negeri yang diadakan di Stadium Perak pada Jun lepas. Walaubagaimanapun sekolah kami bangga dengan kejayaan murid tersebut di peringkat Zon dan kami berharap akan wujudkan atlit-atlit sukan dalam acara olahraga ini pada masa akan datang.

Laporan disediakan oleh, -----------------------------En.S.Pathmanathan Penyelaras Olahraga