Anda di halaman 1dari 23

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Berkuat kuasa mulai Jan 2012

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU DPLI

-2TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU DPLI

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 17.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Model Konseptual Pendidikan Guru Pengenalan Program Bina Insan Guru Matlamat dan Objektif Program BIG DPLI Objektif Modul Pelaksanaan BIG DPLI Jawatankuasa Pelaksanaan dan Bidang Tugas Struktur Ahli Jawatankuasa Kerja Jadual Pelaksanaan Program BIG DPLI Panduan dan Prosedur Pelaksanaan Panel Modul

2 2 3 6 7 8 10 12 13 16 19

-3TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU DPLI

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan Negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

-4TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU DPLI

MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU


Model Konseptual Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru ( FPG ) yang menekankan kepentingan tiga aspek asas iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disepadukan merentasi semua disiplin mata pelajaran serta program yang dirancangkan seperti gambar rajah di bawah:
MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU
KETUHAN AN

ROHANI

Pengetahuan

Nilai

INTELEK

Kemahiran

EMOSI

JASMANI

KENDIRI

KEMASYARAKATAN

Model Konseptual Pendidikan Guru mengutamakan akauntabiliti guru kepada tiga dimensi utama, iaitu kendiri, kemasyarakatan dan ketuhanan. Citra guru dalam ketiga-tiga dimensi ini dijelmakan dalam program yang dirancangkan seperti berikut: -5TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU DPLI

Ketuhanan

:Menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama.

Kemasyarakatan :Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai agen perubahan. Kendiri :Menjurus kepada pembinaan profesionalisme, daya ketahanan, patriotisme, pemupukan budaya ilmu dan pembentukan sahsiah dan berpekerti mulia.

Selaras dengan FPK dan FPG, model ini menggambarkan suatu usaha membina kekuatan dan ketahanan diri guru berasaskan kepatuhan kepada Tuhan dan kesejahteraan bermasyarakat. Hasrat ini dapat dicapai menerusi pelaksanaan kurikulum pendidikan guru yang menyepadukan aspek-aspek pengetahuan, kemahiran ikhtisas dan amalan nilai-nilai keguruan.Kurikulum Bina Insan Guru Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah ( PDPLI ) digubal dengan mengambil kira usaha menterjemahkan ketiga-tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai secara bersepadu yang diperjelas seperti berikut: Pengetahuan: Merangkumi pengetahuan dan kefahaman tentang kandungan ilmu bidang pengajian, teori pembelajaran, bahan kurikulum, pentaksiran dan pengurusan persekitaran pembelajaran serta sumber berkaitan bidang pengajian. Kemahiran : Merangkumi kemahiran intelek yang melibatkan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran, penyelesaian masalah dan membuat keputusan; penggunaan ilmu dan kemahiran dalam -6TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU DPLI

pelaksanaan pengajaran pembelajaran; dan keupayaan memindahkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai dalam pelbagai situasi sebenar. Nilai : Merujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama dan kesejahteraan bermasyarakat Keguruan Malaysia. serta memiliki dan menampilkan nilai, etika dan amalan yang bertepatan dengan Prinsip Etika Kerja Perkhidmatan Awam dan Kod Etika

-7TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU DPLI

BINA INSAN GURU BAGI PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH ( DPLI ) 1. PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU
Guru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara. YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan Rancangan Malaysia

ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Selaras dengan hasrat ini, pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat serta komitmen untuk membentuk, memupuk dan melahirkan insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki pengetahuan dan ketrampilan profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji. Kursus Bina Insan Guru ( BIG ) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua pelajar program Diploma Perguruan Lepas Ijazah ( DPLI ) . Program ini direalisasikan dalam tiga fasa -8TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU DPLI

yang dilaksanakan ditempat masing-masing dalam sepanjang tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri ( real-self ) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi. Pelaksanaan Bina Insan Guru ( BIG ) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).

2.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BIG DPLI


Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-

nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. guru adalah pembina generasi negara. 2.1. 2.2. 2.3. 2.4. 2.5. Merancang dan menyusun strategi pengalaman dengan mengambil kira faktor tertentu untuk melaksanakan sesuatu tugasan secara kritis,kreatif dan inovatif untuk melaksanakan sesuatu tugasan.(8.5) Mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang dapat dijadikan sebagai contoh yang baik.(3.3) Bekerjasama dan berinteraksi dalam kepelbagaian budaya dan kepercayaan.(3.6) Meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan.(4.1) Berkomunikasi dengan pelbagai cara secara efektif.(5.2) -9TERHAD

Pembinaan insan guru merupakan usaha

berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU DPLI

2.6. 2.7. 2.8. 2.9.

Bekerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profesion keguruan(5.5) Menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi berasas untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. (6.4) Menggunakan pertimbangan sendiri yang Membuat refleksi dan menilai amalan pembelajaran serta menjalankan idea baru untuk penambahbaikan yang berterusan.(7.2)

3.

OBJEKTIF MODUL PELAKSANAAN BIG DPLI


Buku Panduan Pelaksanaan dan Modul BIG DPLI ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut: a. Menjadi rujukan dan panduan kepada pelaksana program BIG DPLI di Institut-Institut Perguruan di Malaysia b. Memastikan wujudnya kesetaraan dan keseragaman dalam pelaksanaan BIG DPLI di Institut-Institut Perguruan Malaysia c. Memastikan pelaksanaan BIG DPLI memenuhi matlamat kurikulum dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.

4.

JAWATANKUASA PELAKSANA DAN BIDANG TUGAS


Struktur Jawatankuasa Induk Program Bina Insan Guru Peringkat Institut: Pengerusi Timbalan Pengerusi - 10 TERHAD

: :

Pengarah Timbalan Pengarah

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU DPLI

Setiausaha Penyelaras Bendahari Ahli Jawatankuasa : i. ii. iii. iv. v. iv. Pengerusi Jawatankuasa Kerohanian dan Moral Pengerusi Jawatankuasa Peralatan Pengerusi Jawatankuasa Makanan Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan keselamatan Pengerusi Jawatankuasa Penilaian

: : :

Ketua Unit Kokurikulum, IPGK Penyelaras BIG Unit Kokurikulum IPGK Pegawai Eksekutif IPGK

( KJ Pendidikan Islam dan Moral ) ( KJ Pend.Jasmani & Kesihatan/ Penyelia Setor ) ( Lantikan bebas ) ( Ketua Jurulatih ) ( Lantikan bebas ) ( SUP IPGK )

- 11 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU DPLI

JAWATANKUASA INDUK BINA INSAN GURU


PENGERUSI (PENGARAH)

NAIB PENGERUSI (TIMB. PENGARAH)

SETIAUSAHA (KJ HEPKUK)

PENYELARAS BIG Unit Kokurikulum IPGK BENDAHARI PPTPegawai Eksukutif

KEROHANIAN (KJ JAPIM)

PERALATAN (KJ PJPK)

MAKANAN (BEBAS)

AKTIVITI ( KETUA JURULATIH )

PENILAIAN (SUP)

KEBAJIKAN &
KESELAMATAN (BEBAS)

- 12 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU DPLI

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK


Bil
1.

Jawatankuasa
Pengerusi (Pengarah)

Bidang Tugas
Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk dan mesyuarat perancangan BIG Menentukan dasar-dasar pelaksanaan BIG peringkat IPG Mengawal selia perancangan program Pemantauan pelaksanaan program Melantik jawatankuasa kerja BIG Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Induk dan mesyuarat perancangan BIG ( b/pPengarah) Mengawal selia perancangan program Pemantauan pelaksanaan program Melantik jawatankuasa kerja BIG Menyediakan kertas cadangan pelaksanaan BIG Menguruskan surat menyurat dan hubungan dengan agensi-agensi luar yang terlibat Membuat post mortem dan laporan pelaksanaan BIG Menyediakan laporan penilaian BIG Pemantauan pelaksanaan keseluruhan program Mengeluarkan surat lantikan bertugas kepada pensyarah / fasilitator yang akan pergi ke BIG bagi setiap siri. Menyediakan laporan keberkesanan program dan menganalisis dapatan. Menentukan tarikh dan lokasi perkhemahan Memberi taklimat pelaksanaan BIG Jurulatih, tutor dan semua ajk Memberi taklimat pelaksanaan BIG peserta / pelajar Memilih & Memastikan tapak perkhemahan Memastikan peralatan dalam keadaan baik & selamat digunakan Memaklumkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti polis,bomba & hospital terdekat Memastikan jurulatih yang berkelayakan menjalankan tugas Memastikan peserta memulakan perjalanan di Institut dan tamat di institut Memastikan peralatan & ubat-ubatan dibawa bersama

2.

Timbalan Pengerusi (Timbalan Pengarah)

3.

Setiausaha (KUK )

4.

Penyelaras ( Penyelaras BIG Unit Kokurikulum )

- 13 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU DPLI

Bil

Jawatankuasa

Bidang Tugas
Memastikan semua peserta / pelajar dalam keadaan sihat sebelum, semasa dan selepas aktiviti BIG Memastikan pengangkutan pelajar terurus dengan baik pergi dan balik Memastika borang-borang penilaian yang berkaitan mencukupi untuk digunakan Menyediakan anggaran perbelanjaan BIG. Menyediakan laporan kewangan pelaksanaan BIG Mengendalikan aktiviti kerohanian / moral Mengenalpasti fasilitator aktiviti kerohanian / moral Menyediakan dan memastikan semua peralatan perkhemahan boleh digunakan. Menyediakan peralatan memasak Menyediakan peralatan siaraya Menyediakan bahan alat tulis Menyediakan peralatan komunikasi Menyediakan peralatan berkayak dan peralatan yang berkaitan dengannya Menyediakan peralatan kembara dan orientaring Menguruskan bekalan bahan mentah / makanan Mengawasi kuantiti bekalan makanan Menyediakan menu makanan Menguruskan tempahan bahan makanan dengan pembekal. Mengawasi kebersihan penyediaan makanan dan mengawal mutu penyediaan makanan. Memberi taklimat kepada semua jurulatih dan jawatankuasa. Menyelaraskan semua aktiviti sepanjang perkhemahan. Mengadakan mesyuarat O group setiap malam Memastikan semua aktiviti sepanjang perkhemahan berjalan mengikut jadual. Sentiasa berada di tapak perkhemahan. Sentiada menjaga kebajikan dan keselamatan jurulatih dan peserta

3 4 5

Bendahari ( PEK ) Kerohanian ( KJ JAPIM ) Kuatermaster Peralatan (KJ PJK/ Penyelia Setor)

Kuatermaster Makanan (Lantikan Bebas)

7.

Kem Komandan

- 14 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU DPLI

Bil

Jawatankuasa

Bidang Tugas
Menjadi pegawai perhubungan dengan pihak luar sepanjang perkhemahan Menjadi pegawai pengiring LOkepada VIP semasa perasmian penutup Merancang, mengendali dan memantau pelaksanaan aktiviti Memilih dan menentukan jurulatih/ fasilitator Menjadi tempat rujuk bagi perlaksanaan sesuatu aktiviti. Memastikan pelaksanaan aktiviti mengikut arahan dan prosedur yang ditetapkan Menyediakan peralatan kecemasan, ubat-ubatan Menguruskan pengangkutan peserta ke tapak perkhemahan Menguruskan insuran peserta Menyediakan kawasan selamat bagi setiap program BIG Menyediakan borang penilaian BIG Memantau penilaian pelaksanaan BIG Menyediakan laporan penilaian BIG Mengumpulkan markah BIG untuk dibentangkan dalam JKPPIPG

Aktiviti (Ketua Jurulatih)

Kebajikan dan keselamatan (Lantikan Bebas)

Penilaian (setiausaha Peperiksaan)

- 15 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU DPLI

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN BINA INSAN GURU PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH ( DPLI ) SEMESTER 1 ( CERAMAH BENGKEL )

- 16 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU DPLI

1.0

PANDUAN PERLAKSANAAN Program BIG yang melibatkan aktiviti ceramah / bengkel akan lebih sempurna jika perancangan dan persediaan dapat

dibuat dengan teliti dan sistemetik. Oleh sebab itu, pihak Jawatankuasa Kerja program perlu mengadakan perbincangan, mesyuarat dan permuafakatan dalam mengenal pasti beberapa perkara penting sebelum, semasa dan sesudah program dijalankan. Antara perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh Jawatankasa Induk dalam perancangan dan persediaan awal ialah: a. Penubuhan dan pemilihan Jawatankuasa Kerja b. Menyediakan Kertas kerja pelaksanaan dan mengemukakan kepada pihak institut untuk tujuan kelulusan c. Taklimat dan merancang latihan asas kepada peserta kursus d. Memberi taklimat kepada jurulatih / fasilitator dan urusetia e. Merancang dan menentukan bantuan logistik yang diperlukan f. Mengenal pasti dan menyediakan peralatan yang diperlukan

2.0

MODUL CERAMAH / BENGKEL Modul ini merangkumi aktiviti bengkel yang difokuskan kepada tiga bidang utama iaitu a. Jati diri b. Budi bahasa guru c. Etiket sosial / protokol Melalui modul ini peserta menyedari dan mengenalpasti ciri-ciri diri (aspek kepimpinan), memperkayakan kekuatan

dan memulihkan kelemahan diri. Peserta menyedari tentang penglibatan orang lain dalam kehidupan mereka, mengetahui - 17 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU DPLI

kemahiran bekerja sebagai ahli satu pasukan, cara bertindak sebagai pemimpin dalam kumpulan dan mengatasi masalah di dalam kumpulan sepanjang karier. Pelajar diterapkan nilai-nilai insaniah keguruan yang hendak dizahirkan. Melalui aktiviti ceramah dan bengkel peserta belajar tentang kejujuran, membuat pilihan, bertanggungjawab, memimpin, menunaikan janji (komitmen) dan membina keyakinan diri. Modul ini dilaksanakan selama semester 1 dan peserta dipimpin oleh Tutor kuliah berkenaan. Kehidupan ini tidak akan memberikan sebarang makna sekiranya kita tidak mempunyai sebarang penambahbaikan bagi mambina kekuatan dan mencuba sesuatu. Oleh itu, kesukarelaan dan jatidiri yang kukuh perlu dijanakan dalam diri setiap bakal guru sebagai wahana guru di masa hadapan. 1.0 AGIHAN TAJUK 1.1. Jati diri 1.1.1. Bakti guru 1.1.2. Kepimpinan guru 1.1.3. Guru cemerlang / guru pakar 1.2. Budi bahasa guru 1.2.1. Kemahiran komunikasi 1.3. Etiket Sosial dan protokol 1.3.1. Adab di meja makan 1.3.2. Adab berpakaian - 18 TERHAD

15 jam dalam

( 4 jam )

( 4 jam )

( 7 jam )

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU DPLI

1.3.3. Adab dalam majlis rasmi 2.0 3.0 4.0 MASA BILANGAN PESERTA : 15 Jam ( Semester 1 ) : ( semua pelatih PDPLI )

HASIL PEMBELAJARAN : Program yang dilaksanakan dapat mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival) 6.1. 6.2. 6.3. 6.4. 6.5. 6.6. 6.7. 6.8. 6.9. Merancang dan menyusun strategi pengalaman dengan mengambil kira faktor tertentu untuk melaksanakan sesuatu tugasan secara kritis,kreatif dan inovatif untuk melaksanakan sesuatu tugasan.(8.5) Mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang dapat dijadikan sebagai contoh yang baik.(3.3) Bekerjasama dan berinteraksi dalam kepelbagaian budaya dan kepercayaan.(3.6) Meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan.(4.1) Berkomunikasi dengan pelbagai cara secara efektif.(5.2) Bekerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profesion keguruan(5.5) Menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi berasas untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. (6.4) Menggunakan pertimbangan sendiri yang Membuat refleksi dan menilai amalan pembelajaran serta menjalankan idea baru untuk penambahbaikan yang berterusan.(7.2)

- 19 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU DPLI

5.0

JADUAL PELAKSANAAN BIG PDPLI Sem.1 ( CERAMAH DAN BENGKEL ) 0800 0900 0900 1000 Bakti Guru / Guru Pakar / Guru Cemerlang ( 2 Jam ) Kemahiran Komunikasi 1 ( 2 Jam ) 0800 1000 1030 1000 Adab di Meja Makan dan adab REHAT berpakaian ( 2 Jam ) 10.00 10.30 10.30 12.30 Kepimpinan Guru ( 2 Jam ) Kemahiran Komunikasi 2 ( 2 Jam ) 11.30 12.30 REHAT 2.00 6.00 ptg AMALI PENGENDALIAN MAJLIS RASMI ( 4 Jam )

MASA JAM Hari 1 Hari 2 MASA JAM Hari 3

REHAT

10.30 11.30 Adad dalam Majlis Rasmi ( 1 Jam )

Catatan : a. Tajuk pada hari 1 boleh dipilih berdasarkan kepada keperluan dan persetujuan KUK dan Mentor b. Aktiviti BIG PDPLI, pada hari ke 3, pihak JK dan mentor hendaklah diadakan secara amali. c. Aktiviti BIG PDPLI, selama 3 hari boleh dilaksanakan secara terpisah atau digabungkan, dan dilaksanakan di premis IPG , bergantung kepada keputusan JK Pelaksana. 6.0 PROSEDUR SEBELUM PELAKSANAAN 6.1 Setiap kumpulan membuat mesyuarat . Agendanya ialah: 6.1.1 6.1.2 Aktiviti yang hendak dilaksanakan. Pelantikan AJK Induk

6.1.3 Menyediakan kertas kerja - 20 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU DPLI

6.2

Garis Panduan Penulisan Kertas Kerja 5.1.1. 5.1.2. 5.1.3. 5.1.4. 5.1.5. 5.1.6. 5.1.7. 5.1.8. 5.1.9. Tajuk Rasional Matlamat Objektif AJK Induk / Ahli Masa / Tarikh / Tempat Pelaksanaan Program Jadual Program Aktiviti Pengisian Peruntukan Kewangan

5.1.10. Lampiran 5.3. 5.4. Kemuka minit mesyuarat dan Kertas Kerja ke pengarah IPG. Hubungi pegawai yang berkaitan UNTUK MENDAPAT KELULUSAN kertas kerja. Antara perkara yang perlu dibincangkan ialah; 5.4.1. Program yang hendak dilaksanakan. 5.4.2. Masa 5.4.3. Tempat 5.4.4. Jumlah Peserta. 5.4.5. Sasaran Program. 5.4.6. Peralatan yang diperlukan. 5.5. Menghantar surat rasmi ke jabatan berkenaan - 21 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU DPLI

5.6. 7.0

Pelaksanaan Program.

PROSEDUR SELEPAS PELAKSANAAN 7.1 Bentangkan satu perbincangan ilmiah kepada teman-teman anda dengan berpandukan kepada persoalan dibawah ini. 7.1.1 Apakah peranan anda? 7.1.2 Bagaimana anda laksanakan? 7.1.3 Apakah dapatan yang anda perolehi? 7.1.4 Sejaumana program ini berfaedah kepada anda? 7.1.5 Faedah dari segi apa? Kenapa? 7.1.6 Apakah dapatan yang tersirat daripada program ini? 7.1.7 Bersediakah anda apabila di minta berkhidmat? 7.1.8 Siapa anda? 6.3. Selepas setiap satu aktiviti, setiap kumpulan hendaklah membuat rumusan dan refleksi. 6.3.1. Dapatan Pengetahuan Knowledge 6.3.2. Dapatan Kemahiran 6.3.3. Dapatan nilai 6.4. 6.5. Membuat laporan aktiviti Program yang telah dilaksana hendaklah disimpan dalam folio BIG.

- 22 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU DPLI

PANEL PENGGUBAL PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU PDPLI Januari 2012 1. 2 3. 4. 5 6 7 8 Dr.Noriati binti Abd.Rashid Tn Haji Mohd Noor bin Awang En.Mohamad Hafedz bin Salleh Tn Hj.Ruslan bin Saad En.Hishamuddin bin Hassan En. Ahmad Jama'amin bin Yang Tn. Haji Norhizan Bin Zainol En.Baharuddin bin Abd. Latiff Penasihat Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Penyelaras Pengarah Pusat Perkembangan Akademik IPGM, Cyberjaya IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan IPG Kampus Darulaman, Kedah Darul Aman IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sg Petani, Kedah Darul Aman IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Darul Takdzim Pusat Perkembangan Akademik, IPGM Cyberjaya IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Darul Takdzim Pusat Perkembangan Akademik, IPGM Cyberjaya

- 23 TERHAD

Anda mungkin juga menyukai