Anda di halaman 1dari 9

Globalisasi ekonomi dan kerjasama serantau

Globalisasi ekonomi

Definisi globalisasi ekonomi


Saling bergantungan antara negara dari segi bahan mentah, modal, buruh, pasaran, dan teknologi dalam proses pengeluaran dan pemasaran yang dipermudahkan oleh kemajuan teknologi maklumat. Ianya berlaku kerana duni kini tanpa sempadan.

Kepentingan saling bergantung


Berkongsi sumber alam dan tenaga. Berkongsi teknologi dan kepakaran. Berkongsi pasaran dan perdagangan. Berkongsi modal. Berkongsi buruh.

Berkongsi sumber alam dan tenaga


Negara maju seperti Jepun, Amerika, dan Britain tidak mempunyai bekalan tenaga yang mencukupi untuk menggerakkan sektor ekonomi.Maka terpaksa bergantung kepada negara Arab. Negara Arab pula kekurangan sumber makanan seperti gandum, jagung yang diimport dari Amerika, Asia. Sumber air juga penting contohnya Singapura, Arab bergantung kepada jiran untuk dapatkan bekalan air mentah.

Berkongsi teknologi dan kepakaran


Amerika, Jepun dan Britain mempunyai teknologi tinggi dan kepakaran oleh itu negara lain perlu dapatkannya untuk memajukan dan membangunkan negara. Oleh itu memerlukan pemindahan teknologi untuk pembangunan sumber manusia, sumber tenaga, industri, marin, pelancongan dan pertanian.

Berkongsi pasaran dan perdagangan


Pasaran lebih luas meliputi kawasan negara lain permintaan bertambah. Perdagangan lebih luas barangan yang pelbagai jenis kuasa beli bertambah. Contoh USA, Britain, Taiwan eksport barangan ke Malaysia dan sebaliknya.

Berkongsi modal
Kekurangan modal dalam sesebuah negara dapat diatasi melalui pelaburan kerajaan, swasta negara lain. Contoh perkongsian modal di IMT-GT, IMS-GT dan EAGA-BIMP.

Berkongsi buruh
Kekurangan buruh dan tenaga pakar sesebuah bidang dapat diatasi oleh buruh luar. Contoh kekurangan buruh kasar di Malaysia dapat ditampung oleh Indonesia, Pakistan, Myanmar dalam perkilangan dan pertanian. Buruh pakar pula ditampung dari Jepun, Taiwan, USA dan Britain.

Sebab-sebab perlunya kerjasama antara kawasan :


Kecekapan.
Kecekapan pengeluaran akan bertambah contohnya Malaysia terkenal dengan Minyak Sawit, Thailand dengan getah dan padi.

Ekonomi.