Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH CEMERLANG TARIKH: 13/04/2013 HARI: SABTU

MASA 8.30am
KETIBAAN PERASMI

UCAPAN

TINDAKAN

Diumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berbahagia En.Abd. Ghani Bin Rashid

Niena

Naib Ketua Umno Bahagian Sembrong.


Tetamu berjalan masuk ke dalam dewan. Pastikan tetamu duduk di atas kerusi sehingga muzik iringan berhenti

8.35am Kata-kata aluan

Pastikan tetamu duduk di atas kerusi sehingga muzik iringan berhenti

Hisham
PROTOKAL PA SISTEM

Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara, Pemanis kalam selamat datang Awal bismillah pembuka bicara.
Yang Berbahagia En.Abd.

Ghani Bin Rashid

Naib Ketua Umno Bahagian Sembrong.


Yang Berusaha En. Mohd Noh Bin A.Karim YANG DI PERTUA PIBG SMK LKTP BELITONG Yang Berusaha En. Zainuddin Bin Jaini, pengetua SMK LKTP BELITONG Pengurus-pengurus Felda, Pengurus-pengurus Ladang, AJK PIBG, para ibu bapa, guru-guru seterusnya pelajar yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di Dewan Bestari yang bersejarah ini bagi menjayakan Mesyuarat PIBG kali ke-17 & Majlis Anugerah Cemerlang SMK LKTP Belitong pada tahun 2013.
1

TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH CEMERLANG TARIKH: 13/04/2013 HARI: SABTU


NIENA

Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita Yang Berbahagia En.Abd. Ghani Bin Rashid Naib Ketua Umno Bahagian Sembrong, kerana sudi hadir dalam majlis ini. Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat sekalian. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini akan lebih bermakna dan berseri.
Bacaan doa

Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa, Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang maha esa. Bagi memulakan dan memuliakan majlis, marilah samasama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan ____________________________________ untuk memimpin bacaan doa. Majlis mengucapkan terima kasih kepada ___________________________________________atas bacaan doa sebentar tadi.

Hisham

Selesai bacaan doa

Ucapan alu-aluan tuan pengetua

Emas tempawan buatmu puteri, Busana indah buat rupawan, Sudilah tuan tampilkan diri, Bersama madah kata aluan. Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan alualuan daripada En. Zainuddin Bin Jaini, Pengetua SMK LKTP Belitong. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En. Zainuddin

NIENA

TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH CEMERLANG TARIKH: 13/04/2013 HARI: SABTU

Bin Jaini untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Majlis merakamkan dan mengucapan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Zainuddin Bin Jaini, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.
Besar langit di tepi busut, Besar x muat di dalam peti, Besar hajat kami menjemput, Besar niat di dalam hati. Aturcara diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Di Pertua PIBG SMK LKTP Belitong, En. Md Noh Bin A.Karim untuk menyampaikan sepatah dua kata. Majlis dengan ini mempersilakan Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan itu tadi
Ucapan perasmi HISHAM

Selesai ucapan

Ucapan YDP PIBG

Daun semulur di pekan sari, Batang jerami rebah ke bumi, Madah dihulur sembah diberi, Kata perasmi hajatnya kami. Hadirin dan hadirat yang dihormati, Kini, tibalah kita kepada acara yang dinanti-nantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia EN ABD GHANI BIN RASHID,NAIB KETUA UMNO BAHAGIAN SEMBRONG menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Mesyauarat Agung PIBG kali ke-17 & Hari Anugerah Cemerlang SMK LKTP BELITONG pada tahun ini.Dengan segala hormatnya dipersilakan. -paluan kompang sebagai gimik Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia EN ABD GHANI BIN RASHID, NAIB KETUA UMNO

NIENA

TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH CEMERLANG TARIKH: 13/04/2013 HARI: SABTU Selesai ucapan perasmian

BAHAGIAN SEMBRONG atas ucapan serta perasmian MESYUARAT AGUNG PIBG dan majlis Hari Anugerah Cemerlang sebentar tadi. Adat tuan adat berserah Mari datang membawa puan Adat bersirih adat sejarah Untuk tuan kami sembahkan Hadirin hadirat sekalian, Seterusnya majlis kita pada pagi ini di serikan lagi beberapa persembahan oleh para pelajar smk lktp belitong. Persembahan pertama dipersilakan Saudari Nor Asyura binti Abdul Karim untuk mendendangkan syair yang bertajuk Orang Berakal Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudari asyura atas persembahan itu tadi. Seterusnya adalah persembahan khoir dari pelajar tingkatan 4 dan 5 smk lktp belitong yang diberi tajuk Alahai Cikguku. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar-pelajar yang membuat persembahan sebentar tadi. Untuk makluman semua, persembahan tadi dibimbing oleh PN NURSYIDAH BINTI RABIT.
PENYAMPAIAN ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR PMR DAN SPM 2012 NIENA

HISHAM

Persembahan

Selesai ucapan perasmian

PENYAMPAIA N HADIAH

Kini, tibalah kita ke acara penyampaian anugerah kepada para pelajar yang telah pun menyumbang kepada kecemerlangan pmr dan spm SMK LKTP BELITONG pada tahun 2012. Sebelum itu marilah kita bersama-sama menonton video montaj pelajar-pelajar yang mendapat anugerah cemerlang pmr dan spm. sama-sama kita saksikan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan EN ABD GHANI BIN RASHID KETUA UMNO BAHAGIAN SEMBRONG diiringi oleh EN ZAINUDIN BIN JAINI PENGETUA SMK LKTP BELITONG naik ke pentas untuk
4

TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH CEMERLANG TARIKH: 13/04/2013 HARI: SABTU

menyampaikan anugerah. Untuk pengetahuan hadirin, pelajar cemerlang akan menerima sijil penghargaan ,trofi dan wang sagu hati sumbangan pibg smk lktp belitong. Dipersilakan tuan,
PENYAMPAIA N CENDERAMAT A AJK PIBG

HISHAM

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata kepada AJK PIBG SMK LKTP BELITONG sesi 2011/2013 sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerana memberikan kerjasama dan berusaha dalam memastikan persatuan ibu bapa dan guru sentiasa berfungsi sebagai medium utama pengantaraan antara ibu bapa dan guru. Senarai penerima cenderamata: 1. 2.

ucapan Penutupan majlis

Hadirin sekalian, sebagai tanda terima kasih dan penghargaan atas kesudiaan Yang Berbahagia EN ABD GHANI BIN RASHID NAIB KETUA UMNO BAHAGIAN SEMBRONG kerana sudi merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang dan menyampaikan anugerah khas pada petang ini, majlis mempersilakan YANG BERUSAHA EN ZAINUDIN BIN JAINI , PENGETUA SMK LKTP BELTONG diiringi YANG BERUSAHA EN. MOHD NOH BIN A. KARIM, YDP PIBG SMK LKTP BELITONG UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI kepada Yang Berbahagia EN ABD GHANI BIN RASHID NAIB KETUA UMNO BAHAGIAN SEMBRONG sebagai tanda penghargaan pihak sekolah ,dipersilakan tuan Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada YANG BERUSAHA EN ABD GHANI BIN RASHID kerana sudi menyempurnakan penyampaian cenderahati itu tadi.

NIENA

TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH CEMERLANG TARIKH: 13/04/2013 HARI: SABTU

Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara Banyak keluk ke penarik, Keluk tumbuh pohon kuini Nan elok bawalah balik, Nan tak elok tinggallah disini Bunga dedap di atas para Anak dusun pasang pelita Kalau tersilap tutur bicara Jemari disusun maaf dipinta Di atas dahan batang tempua Melihat rusa tepi perigi Salam perpisahan untuk semua Dilain masa bersua lagi Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Hari Anugerah Cemerlang 2013 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini. Sekian,wabillahitaufik,walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
JAMUAN MAKAN

Majlis menjemput En,ABD GHANI BIN RASHID, Tn pengetua , pengurus-pengurus FELDA dan lading ke bilik catering untuk menikmati jmuan yang telah disediakan. Para hadirin dan ibu bapa sekalian di minta tunggu di dewan untuk acara seterusnya. Majlis akan diserahkan kepada ahli jawatan kuasa pibg untuk meneruskan mesyuarat agung pibg kali ke-17.

hisham

Niena