Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN BARU 1.Sekiranya terdapat balingan percuma selepas wisel penamat dibunyikan oleh penjaga masa, ia perlu diambil.

Pasukan yang mendapat balingan itu hanya boleh menukar seorang pemain sahaja, iaitu pembaling balingan percuma tersebut. Pemain lain termasuk dari pihak bertahan tidak dibenarkan melakukan sebarang pertukaran. (peraturan 2:5) 2. Tidak ada time out untuk balingan 7 meter kecuali berlaku dalam keadaankeadaan tertentu seperti bola terkeluar jauh atau pemain dikenakan hukuman (kad kuning / 2 minit / kad merah / singkir). Hanya pembaling dan penjaga gol yang dibolehkan untuk pertukaran. (peraturan 2 :8) 3. Mana-mana pegawai yang dibenarkan masuk ke padang oleh pengadil untuk rawatan pemain yang cedera tidak dibenarkan memberi arahan kepada pasukan, menghampiri pengadil atau pasukan lawan. Sekiranya berlaku, pegawai tersebut boleh dikenakan hukuman atas dasar tiada semangat kesukanan. (peraturan 4:11) 4. Tidak ada ketua pasukan. Mana-mana pemain atau pegawai boleh terlibat dalam lambungan duit syiling untuk permulaan perlawanan. (peraturan 4:1) 5. Hanya 2 orang pegawai atau pemain yang didaftar boleh masuk ke padang untuk rawatan pemain yang cedera atas arahan pengadil. (peraturan 4:1)

6. Untuk balingan permulaan, pembaling mesti memijak garisan tengah dengan sekurang-kurang sebelah tapak kaki dan berada di posisi itu sehingga bola dilepaskan. Rakan pasukan tidak dibenarkan melintas garisan tengah padang sehingga tiupan wisel. (peraturan 10.3) 7. Isyarat pasif play batal sekiranya bola terkena tiang gol atau penjaga gol serta terdapat pemain pertahanan yang mendapat hukuman. (klarifikasi no 4) 8. Sebarang posisi yang tidak betul pemain pasukan menyerang yang mendapat balingan percuma atau balingan ke dalam, perlu diperbetul oleh pengadil. (peraturan 15.6) 9. Sekiranya bola terkena siling, balingan ke dalam diberi pada kedudukan yang terhampir kepada pasukan lawan. (peraturan 11.3) 10. Sewaktu team time out, pemain pasukan boleh berada di dalam atau luar gelanggang. (klarifikasi no 3)