Anda di halaman 1dari 13

Ahli Kumpulan: Anne Sia Kah Bing Hun Ming Yen Tan Joo Khiung Cecilia Tiong Kim

Chin Tu Hiong Hiong

Sistem kardiovaskular adalah suatu sistem organ yang berfungsi memindahkan zat ke dan dari sel. Sistem ini juga menolong menstabilkan suhu dan pH tubuh.

Komponen dalam kardiovaskular


terdiri daripada
Jantung Paru-paru Salur darah Darah

Otot

Senaman seperti aerobik boleh memanfaatkan kita. Apabila bersenam ia memaksa saluran darah buka dan membuat tekanan darah turun,walaupun tekanan akan naik sedikit semasa bersenam,ia akan turun sebaik sahaja

senaman tamat.Kemudian jika ia naik semula,


ia tidak naik setinggi sebelumnya.

Kecergasan kardiovaskular berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular, kecergasan respiratori, kecergasan aerobik. Semua ini merupakan aspek kecergasan

terpenting.

Asas kepada sebarang aktiviti fizikal juga faktor utama yang boleh mengurangkan risiko individu dari penyakit kardiovaskular.

Keupayaan jantung, saluran darah dan paru-paru mengedar oksigen ke otot-otot secara berterusan dalam jangka masa yang lama semasa melakukan aktiviti fizikal.

Berkaitan dengan efisiensi dan keupayaan sistem


kardiovaskular mengepam dan menyalurkan darah beroksigen ke seluruh tubuh secara

berterusan bagi membolehkan seluruh anggota


tubuh bekerja dalam tempoh masa yang panjang.

Pelari pecut memerlukan ketahanan kardiovaskular yang tinggi untuk masa yang singkat. Pelumba basikal jarak jauh memerlukan ketahanan kardiovaskular yang stabil sepanjang kayuhan. Perenang memerlukan ketahanan kardiovaskular yang tinggi dan stabil untuk mengawal penafasan dan suhu badan didalam air. Bagi ahli sukan bina badan, pembentukan otot tidak akan terhasil dengan mengangkat berat atau bebanan sahaja, malah pembakaran lemak badan juga perlu dibantu dengan senaman kardiovaskular.

Senaman yang sesuai untuk melatih sistem ini ialah :

Latihan di pusat gymnasium adalah antara yang terbaik untuk melatih sistem kardiovaskular. Latihan angkat berat yang berbeza mengikut bahagian badan tertumpu sama ada lengan, kaki,

bahu dan lain-lain lagi, amat baik untuk mendapat


kebaikan keseluruhan.

Mulakan dengan yang tidak terlalu berat untuk menguji tahap ketahanan badan agar tidak berlaku kecederaan.

Berat latihan boleh ditambah tetapi adalah lebih


baik memilih untuk melakukan latihan yang agak lama. Terlalu berat boleh memenatkan dan

memendekkan masa latihan.

Ketahanan fizikal, denyutan nadi dan jenis sukan diceburi perlu dititikberatkan dalam memilih corak

latihan dan masa diperlukan.

Latihan begini amat baik kerana mengabungkan kekuatan fizikal, pengawalan nafas, melatih

jantung untuk menstabil denyutan, sistem


rembesan peluh dan melatih agar stamina berpanjangan.

Thombosis koronar - pembentukan atau kewujudan darah beku pada saluran darah di dalam jantung. Serangan jantung - tekanan berpanjangan mempercepat serangan, menyebabkan kolesterol dan unsur-unsur lemak berkumpul dengan sendiri di dinding arteri secara berlebihan hingga menghalang arteri ini. Ritma jantung tidak normal.

Jika terjadi luka dan berlaku pendarahan berlebihan. Badan akan menghantar tanda amaran seperti rasa sejuk, berpeluh, tekanan darah rendah, darah dan oksigen kurang di alir ke seluruh badan, kencing sedikit, bernafas pantas dan tercungapcungap, ia tanda membimbangkan. Jika tidak mendapat rawatan segera, kemungkinan berlaku kematian.

Sama ada sihat atau sakit, tubuh kita sentiasa berada dalam satu tahap tegangan. Tegangan membawa kesan buruk apabila kita sakit atau menghadapi trauma. Ia juga boleh membawa maut. Apabila tubuh mengalami tegangan, badan menunjukkan rasa tidak selesa yang memaksa kita berbaring. Ini rawatan semula jadi dan amat berkesan memulih tegangan jasmani.

Sekian Terima Kasih !

Anda mungkin juga menyukai