Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah. 2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik. 3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput. 4. Membaca dengan baik (Khusnul Qoriah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya. 5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu. 6. Rasa Malu (Haya) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah. 7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita. 8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat. 9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat. 10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran. 11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah. 12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari. 14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja. 15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
6. Seperti firman Allah S.W.T yang di dalam Surah Al-Ankabut, ayat 45 bermaksud : 7. Bahawasanya, sembahyang itu dapat mencegah perkara jahat dan mungkar. Bagaimana Mendorong Khusyuk Dalam Sembahyang? Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mendapat khusyuk dalam sembahyang. Melakukan sujud tilawah juga merupakan salah satu di antaranya. Untuk mendapatkan khusyuk dalam sembahyang, terutamanya hendaklah kita berdoa memohon restu kepada Allah azza wajalla supaya Dia mengurniakan kepada kita khusyuk, taufik hidayah dan inayahnya dalam mengerjakan ibadah sembahyang, di samping kita melaksanakan usaha-usaha dan langkah-langkah berikut: 1. Sebelum masuk bertakbiratul ihram, terlebih dahulu kita mestilah mempunyai kesedaran, bahawa kita bersembahyang, kita mengadap dan menyembah Allah yang Maha Besar. 2. Kosongkan hati dari mengingati urusan-urusan dunia. Ingat bahawa urusanurusan itu tidak dapat dilakukan sama sekali masa kita sembahyang. Oleh itu, tunggulah selepas selesai sembahyang nanti. Tiada guna difikirkan masa sembahyang, hanya akan merosakkan sembahyang kita. 3. Hati hendaklah sentiasa mengingati. Hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh hingga sampai ke maqam Ihsan. Maqam Ihsan bermaksud beribadat kepada Allah seolah-olah anda melihatNya. Walaupun pada hakikatnya anda tidak dapat melihat-Nya (dengan mata kasar), sesungguhnya Allah melihat anda. 4. Tanamkan rasa cinta kasih yang mendalam tanpa berbelah bahagi terhadap Allah. Perasaan ini tidak akan timbul kecuali kita kenal Allah. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. 5. Menaruh perasaan takzim (agung, besar, tinggi, suci) kepada Allah yang sedang kita hadap dan sembah. 6. Menaruh perasaan al-haibatu wal khauf (gerun, takut, bimbang) kiranya sembahyang kita tidak diterima Allah, bahkan dimurkai-Nya. Allah berfirma di dalam surah Faatir ayat ke-28 yang bermaksud: Sesungguhnya yang takut kepada Allah daripada segala hamba-Nya ialah para ulama.
7. Menaruh sepenuh harapan supaya Allah terima sembahyang kita. Ulangkan selalu dalam hati kita sebelum bertakbiratul ihram dengan ucapa para sufi yang bermaksud: Tuhanku! Engkaulah jua maksud tujuanku, dan keredhaan-Mu jua tuntutanku. 8. Berasa malu kepada Allah, takut cacat cela, ada kekurangan, kelalaian yang berlaku dalam sembahyang samada dari segi bacaan, penghayatan pengertian bacaan, perlakuan perbuatan dan kekhusyukan hati terhadap Allah yang sedang kita sembah. 9. Memahami dan mengerti bacaan dalam sembahyang, sekurang-kurangnya tahu maksud-maksud dan tujuan-tujuannya. 10. Menghindarkan situasi-situasi dan keadaan-keadaan yang mengganggu serta memalingkan hati dari khusyuk seperti kebisingan, kerunsingan hati, keliaran pandangan mata, lintasan-lintasan hati, keletihan tubuh badan dan lain-lain lagi. 11. Mendengar cerita orang-orang yang khusyuk dalam sembahyang seperti sahabat nabi.
Lebih dari sekadar dokumen.
Temukan segala yang ditawarkan Scribd, termasuk buku dan buku audio dari penerbit-penerbit terkemuka.
Batalkan kapan saja.