Anda di halaman 1dari 24

SELSEMA BABI A (H1N1)

Selesema babi adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Berdasarkan ujian awal makmal ia menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi yang berasal dari Amerika Utara. Sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan manusia.

Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun.


Individu berusia 65 tahun dan ke atas. Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangka masa yang panjang. Wanita mengandung. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, atau masalah metabolik seperti Diabetes. Dewasa dan kanak-kanak yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression).

Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan, melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

Sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan.

Ada sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.
Beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini terutamanya semasa demam. Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.

Buat masa ini terdapat dua jenis ubat antiviral, iaitu : Oseltamivir (Tamiflu). Zanamivir (Relenza). Yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini. Ubat ini hanya diberikan kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke hospital-hospital tertentu. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli ataupun mengambil antiviral ini bagi tujuan untuk mencegah jangkitan.

Pengambilan antiviral yang berleluasa boleh mengakibatkan terjadinya resistan terhadap ubat tersebut.
Ini akhirnya mengakibatkan ubat tersebut tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan influenza.

Membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Mengelakkan diri dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelakkan diri dari berhubung dengan mereka yang sakit.

Perlu diketahui bahawa virus A (H1N1) ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.

Antara Contoh2 Penyakit Berjangkit Yang Lain :-

Penyakit taun atau kolera merupakan penyakit akibat daripada jangkitan virus (kuman), vibrio cholera. Tersebar melalui pengambilan makanan dari persekitaran yang kotor dan tidak terurus seperti pengambilan makanan yang dicemari kuman taun atau tidak dimasak. Virus ini biasanya ditelan melalui air minuman yang tercemar kerana pengendalian yang tidak bersih atau melalui ikan yang tidak dimasak dengan betul terutamanya kerang.

Simptom: Cirit-Birit ( diarrhea ) Perut Tegang ( abdominal cramps ) Mual Muntah Kekeringan
Dirawat dengan: Rehidrasi dan antibiotik, tetapi dalam kes teruk, taun boleh menyebabkan kematian.

Diarea ( Inggeris = diarrhea ) ataupun cirit-birit merupakan keadaan di mana seseorang itu hilang kawalan keupayaan membuang najis menyebabkan sentiasa perlu membuang najis setiap masa.

Disebabkan oleh: Alahan makanan yang sangat berlemak atau pedas ataupun makanan yang banyak fiber atau berserat serta penuh dengan bijirin.
Sekiranya berlarutan akan menyebabkan kekeringan air @ dehydrated dan sekiranya berterusan mampu membahayakan pesakit. Cirit-birit yang berlaku kepada beberapa orang melebihi tempoh 24 jam selepas memakan makanan yang sama berkemungkinan disebabkan oleh keracunan makanan. Dianggarkan bahawa dalam serangan cirit-birit disebabkan oleh bakteria di Amerika Syarikat, 99% daripadanya disebabkan oleh Campylobacter jejuni.

Dikenali sebagai selsema ("flu"), merupakan penyakit berjangkit burung dan mamalia. Disebabkan oleh virus RNA dari famili Orthomyxoviridae (virus influenza). Golongan berisiko: Pesakit diabetis mellitus. Mengalami masalah pernafasan dan lelah. Pesakit kardiovaskular. Pesakit buah pinggang. Pesakit HIV. Mereka yang menerima rawatan barah atau yang menjalani pemindahan organ. Kanak-kanak dan mereka yang berusia 65 tahun ke atas.

Virus

Virus RNA

Penyakit berjangkit bawaan vektor yang disebabkan oleh parasit protozoa. Bentuk penyakit malaria yang paling serious disebabkan oleh Plasmodium falciparum dan Plasmodium vivax, termasuk spesies yang lain seperti Plasmodium ovale, Plasmodium malariae, dan kadang-kala Plasmodium knowlesi turut mampu menjangkiti manusia. Kumpulan pathogenic manusia, spesies Plasmodium ini dirujuk sebagai parasit malaria. Parasit Malaria disebar oleh nyamuk Anopheles betina. Parasit membiak di dalam sel darah merah. P

Simptom2 malaria: Anemia (kepala rasa ringan, semput nafas) Demam, sejuk, mual, penyakit seperti selsema. Dalam kes teruk, koma dan kematian.

Parasit yang membiak di dalam sel darah merah

Batuk kering atau Tuberkulosis adalah jangkitan bakterium Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru (TB pulmonari ) juga mampu menyerang sistem saraf tunjang, sistem limfatik, sistem peredaran atau "circulatory system"(TB miliari ), tulang, dan sendi. Simptom2 batuk kering: Batuk berdarah atau berkahak. Sakit di bahagian dada. Lemah dan keletihan. Susut berat badan. Kehilangan selera. Menggigil. Demam. Berpeluh waktu malam.

Golongan berisiko: Mereka yang dijangkiti AIDS (virus HIV). Mereka yang mendampingi pesakit batuk kering. Mereka yang kekurangan zat dan vitamin. Cara batuk kering merebak:aa Melalui udara. Apabila penghidap batuk atau bersin, Bakterium mereka mengeluarkan bakteria dalam udara Mycobacterium akan dihidu orang sekeliling. tuberculosis Apabila seseorang menghidu bakteria batuk kering, bakteria tersebut akan bertapak di dalam paru-paru dan membesar serta bergerak melalui darah kepada buah pinggang, tulang belakang dan otak.

Penyakit berjangkit yang merebak melalui sentuhan, pakaian kotor dan udara oleh dua jenis virus, iaitu:I. Variola major. II. Variola minor. Simptom2 cacar: Demam ringan diikuti sakit kepala. Pertumbuhan gelembung-gelembung air pada tubuh badan. Kulit mulai rasa gatal-gatal apabila gelembung2 tersebut pecah. Kesukaran untuk tidur.

Pengidap penyakit cacar

Ebola merupakan satu penyakit demam berdarah yang berpunca daripada jangkitan virus. Virus ini baru sahaja dikenalpasti dan dianggap sebagai suatu penyakit yang amat berbahaya. Ebola mudah berjangkit dan boleh membawa maut. Simptom2 Ebola: Pendarahan di seluruh tubuh dan di dalam badan. Kesan Ebola: Pesakit menjadi lemah, kekurangan air, lesu dan keliru. Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 sehingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang serius.
Gambar rajah Virus Ebola

Penyakit demam kuning dikalangan orang dewasa mungkin disebabkan oleh serangan virus dalam kumpulan "keluarga Flaviviradae". Virus ini disebarkan melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti oleh virus penyebab penyakit Demam Kuning. Penyakit ini disebabkan oleh arbovirus dari famili Flaviviridae, dan adalah virus RNA terkecil diasingkan dari manusia. Diantara pembawa @ vektor kepada virus penyebab demam kuning adalah nyamuk Aedes Aegyti (pembawa kepada virus Denggi punca kepada penyakit Demam Denggi dan penyakit Demam Denggi Berdarah). Nyamuk yang lain adalah Aedes Simpsoni, Aedes Africanus, dan Aedes Aegypti. Demam kuning (juga dikenali sebagai muntah hitam ( black vomit ) atau kadang kala (The American Plague) adalah penyakit virus biologi.
Aedes Aegypti

SARS adalah sejenis penyakit pernafasan akut yang teruk yang boleh mengakibatkan penyakit radang paru-paru ("atypical pneumonia").

Simptom2 SARS: Demam panas secara mendadak (lebih 38 C) dalam tempoh 10 hari

setelah mengunjungi kawasan / negara yang mempunyai jangkitan SARS. Masalah pernafasan seperti batuk, sesak atau sukar bernafas. Sakit tekak. Sakit otot. Sakit kepala.

Punca SARS: Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui. Ahli sains telah mengesan sejenis "coronavirus" baru yang tidak dikenali dalam tubuh pesakit SARS. "coronavirus" disyaki menjadi punca utama penyakit SARS, kajian ke atas virus-virus lain yang mungkin menjadi penyebab SARS masih terus dijalankan.

SARS sejenis penyakit berjangkit yang berbahaya dengan merebak melalui titisan cecair dari hidung dan mulut. Pesakit SARS yang bersin atau batuk akan mengeluarkan titisan cecair di udara dan individu yang berdekatan akan menyedutnya. Golongan berisiko: Mereka yang baru kembali dari kawasan / negara yang mempunyai jangkitan SARS. Mereka yang berhubung rapat secara langsung dengan pesakit SARS (seperti tinggal serumah dengan pesakit SARS).

Corona virus yang dijangka agen punca SARS

SEKIAN, TERIMA KASIH

Disediakan Oleh :WANI HAZIRAH HUSNA eDAYAH