Anda di halaman 1dari 2

KERTAS CADANGAN

SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN DAN IFTAR RAMADHAN


PERINGKAT SK. BUKIT TIU 2011 1. PENDAHULUAN : Ketibaan Ramadhan disambut dengan penuh rasa kesyukuran, kerana didalamnya terdapat Madrasah yang mendidik dan melentur umah manusia menjadi sesempurna makhluk, Ramadhan juga bulan turunnya Al-Quran, bulan yang penuh keberkatan dengan amalan jamai yang dilipat ganda oleh Allah Taala, SK Bukit Tiu tidak ketinggalan untuk mengadakan aktiviti yang dalam bentuk jamai seperti majlis berbuka puasa dan ceramah sempena Nuzul Al-Quran. 2. OBJEKTIF : Di antara objektif utama majlis ini adalah meliputi perkara berikut: Memberi kesedaran kepada murid dan guru betapa Ramadhan adalah bulan kebesaran islam yang diganda oleh Allah Taala pahalanya. Menggalakkan murid dan guru menjadi golongan yang suka memberi dan memartabatkan semangat kerjasama. Menjadikan amalan membaca Al-Quran sebagai satu kemestian setiap hari serta rasa cinta mendalami ilmu Al-Quran. Mewujudkan hubungan yang akrab antara guru, murid dan Ibu bapa. 3. PENGISIAN : Adalah dicadangkan acara berikut untuk dijadikan sebahagian daripada pengisian program: Ceramah Nuzul Al-Quran/Motivasi Majlis berbuka puasa Solat Hajat murid UPSR 4. CADANGAN TARIKH: 18 Ogos 2011 (Khamis) 5. TEMPAT : Dewan Dewan Wawasan, Kantin dan Musalla SK. Bukit Tiu.

6. JADUAL PERLAKSANAAN : MASA 8.30 pagi 9.00 pagi 6.00 ptg 6.15 ptg 7.30 ptg 8.00 ptg 8.30 ptg PENGISIAN Majlis Khatam Al-Quran Ketibaan guru, murid dan tetamu dan penceramah jemputan Ceramah Motivasi/Nuzul Al-Quran Majlis berbuka puasa Solat Magrib berjemaah dan Solat Hajat Majlis bersurai CATATAN Aturcara Khatam Al-Quran disediakan.

7. BILANGAN JEMPUTAN :
BIL JEMPUTAN BILANGAN

1 2 3 4 5 6 7

Guru dan Kakitangan Murid Tahun 6 Penceramah Pegawai dari PPD Ibu bapa PIBG Guru KAFA Jumlah

30 orang 53 orang 1 orang 2 orang 53 orang 7 orang 7 orang 153 orang

8. PUNCA PENDAPATAN : 1. Sumbangan Sekolah 2. Persatuan Ibu bapa dan Guru 3. Individu