Di Ireland, hoki dikenali sebagai hurley dan di Scotland pula ia dinamakan Shinty, tetapi permainan hoki sekarang barangkali mendapat namanya daripada Perancis iaitu houquet. Orang Belanda juga mempunyai permainan yang serupa. Namun begitu hoki moden banyak terhutang budi kepada orang Inggeris. Dahulu permainan itu dipanggil commock sehinggalah sekitar tahun 1840 apabila nama hockie digunakan. Pada tahun 1800-an permainan hoki mula menjadi popular di sekolah-sekolah di England. Apabila hoki menjadi lebih popular, peraturan-peraturan mula dibuat dan diterima oleh pelbagai kumpulan. Pada tahun 1883, Kelab Hoki Wimbledon ditubuhkan. Pada tahun 1886 pula Persatuan Hoki British (B.ELA.) ditubuhkan dengan Prince of Wales pada masa itu (bakal raja King Edward VII) sebagai presiden pertama. Beberapa kelab daripada seluruh England telah menjadi ahli. Persatuan ini telah menyusun peraturan permainan secara lebih terperinci dan standard diasasi telah dilakukan di antara pelbagai kelab. Kaum wanita yang berminat juga mula menubuhkan kelab-kelab dan mengelolakan perlawanan-perlawanan. Tidak lama selepas itu negara-negara lain mula mengambil dan menggunakan peraturan-peraturan yang telah disusun oleh B.H.A. dan pertandingan hoki antarabangsa pertama di antara England dengan Ireland telah diadakan.
Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki Bas-reliefs - http://en.wikipedia.org/wiki/Relief Shinty - http://en.wikipedia.org/wiki/Shinty Prince of Wales - http://en.wikipedia.org/wiki/Prince_of_Wales
Posted by myhokiband