Anda di halaman 1dari 15

Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M)

Disediakan oleh: Afiqah binti Adanan Nurfazlina binti A. Rahim Rabiatul Adawiyah binti Mahmuddin

PENGENALA N Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)


bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu.

Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dalam kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas.

Oleh itu strategi P&P yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas dengan seberapa segera yang boleh.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Tindakan susulan pencalonan

penilaian

Ujian penapisan

perancangan

CARTA ALIR Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)


Setelah melalui proses pencalonan dan ujian tapisan kemasukan, maka guru-guru yang telah dipilih untuk mengendalikan kelas ini perlulah merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berdasarkan modul pengajaran yang telah disediakan.
Berdasarkan modul berkenaan juga guru-guru boleh menyesuaikan aktiviti dan latihan yang dicadangkan mengikut tahap keupayaan murid masing-masing.

STRATEGI berikut boleh digunakan mengikut kesesuaian:


Berpusatkan Guru
Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja.

Berpusatkan Murid

Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas.

Berpusatkan Bahan

Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan.

PENDEKATAN
digunakan mengikut kesesuaian dari segi kebolehan murid, aktiviti yang dirancang dan juga kemahiran yang hendak diajar. PENDEKATAN SECARA KELAS Dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri & meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di awal & di akhir waktu belajar

PENDEKATAN SECARA INDIVIDU Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu.

PENDEKATAN SECARA BERKUMPULAN Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan.

TEKNIK
Pengendalian suatu perancangan untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk mencapai sesuatu objektif. Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik minat, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai objektif pengajaran guru.

Antara TEKNIK pengajaran bahasa yang dicadangkan ialah:


teknik bercerita teknik latih tubi teknik tunjuk cara

teknik bersoal jawab

teknik main peranan

teknik menyanyi

teknik lakonan

teknik kuiz

MASALAH YANG DIHADAPI


Kehadiran murid yang tidak menentu Murid kurang bermotivasi dan kurang tumpuan terhadap pelajaran Murid bersikap pasif dan takut

KESAN
Murid mula menunjukkan minat untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis Penguasaan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis meningkat Murid menunjukkan sikap positif dan mula berani bertanya dan berinteraksi dengan guru.

PERBEZAAN PROGRAM KIA 2M DAN PROGRAM LINUS

PERBEZAAN
KIA 2M
Akronim yang bermaksud Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis.

LINUS
LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening Saringan).
Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

Diperkenalkan pada Mac 2006 Hanya berfokus pada bahagian literasi Membantu meningkatkan kemahiran asas membaca dan menulis sahaja.

Diperkenalkan pada tahun 2010. Berfokus kepada 2 bahagian iaitu numerasi dan literasi Membantu meningkatkan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

Sasaran kepada muridmurid tahun 1 sahaja. Hanya guru bahasa Melayu sahaja yang terlibat.

Sasaran kepada murid tahap 1 iaitu tahun 1, 2 dan 3. Melibatkan guru-guru bahasa melayu, matematik dan pemulihan.

Boleh diajar secara penyerapan semasa P&P Seni Visual, Pendidikan Muzik serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

KESIMPULAN
Penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis akan lebih berkesan jika murid mendapat peluang yang luas dan pelbagai untuk membolehkannya memahami sesuatu konsep. Oleh itu adalah menjadi tugas dan tanggungjawab para guru untuk merancang pelbagai pendekatan, teknik, media pengajaran dan aktiviti agar murid dapat memahami apa yng disampaikan dengan lebih baik.