Anda di halaman 1dari 6

Aktiviti 1: Menambah Menggunakan Bahan Maujud Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat menyatakan hasil tambah

dua himpunan objek. Langkah-langkah : Mencungkil Idea 1. Guru menayangkan satu klip video iaitu Menghafal angka 1234. 2. Guru mengaitkan klip video dengan isi pelajaran pada hari ini. Memperkenalkan Konsep 1. Murid diberi dua kumpulan biji kacang dan diminta menentukan bilangan dalam setiap kumpulan objek. 2. Murid diminta menyatukan kedua-dua kumpulan biji kacang itu dan menentukan bilangan biji kacang dalam kumpulan yang disatukan. 3. Guru memperkenalkan isi pelajaran dan membimbing murid menghuraikan situasi penambahan secara lisan. 3 biji kacang dan 2 biji kacang jumlahnya 5 biji kacang. 3 biji kacang ditambah dengan 2 biji kacang bersamaan dengan 5 biji kacang. Jumlah 3 biji kacang dan 2 biji kacang ialah 5 biji kacang.

Membina Konsep 1. Guru mengulangi langkah pengajaran dengan menggunakan pembilang yang lain dengan jumlah yang berbeza. 2. Guru menyediakan dua kumpulan gula-gula dan meminta murid-murid menentukan bilangan dalam setiap kumpulan. 3. Guru meminta murid-murid menyatukan kedua-dua kumpulan gula-gula dan menentukan bilangan gula-gula dalam kumpulan yang disatukan. 4. Guru membimbing murid-murid menghuraikan situasi penambahan. 4 biji gula-gula dan 2 biji gula-gula jumlahnya 6 biji gula-gula. 4 biji gula-gula ditambah dengan 2 biji gula-gula bersamaan dengan 6 biji gula-gula. Jumlah 4 biji gula-gula dan 2 biji gula-gula ialah 6 biji gula-gula.

Penilaian 1. Guru menyedarkan lembaran kerja kepada murid-murid. 2. Guru membuat penilaian terhadap hasil kerja murid-murid. Penutup 1. Guru merumuskan pelajaran hari ini. 2. Guru memberi galakan kepada setiap soalan yang berjaya dijawab oleh murid dengan betul supaya mereka akan terus berusaha.

Aktiviti 2: Memperkenalkan Ayat Matematik

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat menulis ayat matematik dengan menggunakan simbol tambah (+) dan sama dengan (=). Bahan Bantu Mengajar : Krayon, guli, kad gambar, lembaran kerja Langkah-langkah : Mencungkil Idea 1. Guru menunjukkan 2 kumpulan krayon dan bersoal jawab dengan murid-murid. Berapa bilangan krayon dalam kumpulan 1 dan kumpulan 2? Berapa jumlah krayon dalam kedua-dua kumpulan? 2. Guru meminta murid-murid menjumlahkan bilangan krayon dalam kedua-dua kumpulan. 3. Guru mengaitkan aktiviti yang telah dijalankan dengan isi pelajaran hari ini. Penyampaian Isi Pelajaran 1. Guru meletakkan satu kumpulan 3 biji guli dan satu kumpulan 4 biji guli di atas meja. 2. Murid-murid diminta membilang setiap kumpulan objek dan meletakkan kad nombor 3 dan 4 di bawah setiap kumpulan 3. Guru membimbing murid menghuraikan perkataan-perkataan yang digunakan untuk penyatuan kumpulan-kumpulan guli. 3 biji guli dengan 4 biji guli jadi 7 biji guli. 3 biji guli dengan 7 biji guli ialah 7 biji guli. 3 dengan 4 ialah 7. 3 tambah dengan 4 sama dengan 7.

4. Guru mengemukakan soalan untuk mendorong murid berfikir mengenai penyatuan kumpulan-kumpulan guli berkenaan. Apakah hasilnya apabila 3 biji guli dan 4 biji guli disatukan? 5. Guru memperkenalkan simbol + dan = dan menerangkan maksudnya. 6. Guru memperkenalkan ayat matematik sambil melengkapkan ayat dengan kad simbol + = dan kad nombor angka 7 7. Guru menegaskan bahawa kad simbol + diletakkan di antara 3 dan 4, manakala kad kad simbol = diletakkan sebelum angka 7. 8. Guru membimbing murid-murid menyebut ayat matematik. Pembinaan Konsep 1. Murid-murid diberi kad gambar dan diminta melengkapkan ayat matematik. 2. Murid-murid diminta menyebut ayat matematik secara lisan. 3. Guru mengulangi aktiviti dengan kad gambar yang mengandungi bilangan yang berlainan. Penilaian 1. Guru menyedarkan lembaran kerja kepada murid-murid. 2. Guru membuat penilaian terhadap hasil kerja murid-murid. Penutup 1. Guru merumuskan pelajaran hari ini.

2. Guru menegaskan lagi maksud simbol + dan =.

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Mengenai Wang Aktiviti 1: Mengenal Pasti Mata Wang Malaysia Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat mengecam duit yang berlainan nilai. Bahan Bantu Mengajar : Wang kertas dan syiling sebenar, model wang, tabung, lembaran kerja Langkah-langkah : Mencungkil Idea 1. Guru menunjukkan sebuah tabung dan bersoal jawab dengan murid-murid. Apakah kegunaan tabung ini? Apakah yang dimasukkan ke dalam tabung ini? 2. Guru mengaitkan tabung dengan isi pelajaran hari ini. Penyampaian Isi Pelajaran 1. Guru memperkenalkan mata wang Malaysia dengan menggunakan wang sebenar. 2. Guru menyatakan ciri-ciri yang terdapat pada wang kertas dan syiling Malaysia. 3. Guru meminta murid-murid menyebut dan menyatakan nilai mata wang dengan betul. Aktiviti Berkumpulan 1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil dan mengedarkan sampul surat yang mengandungi wang kertas dan syiling Malaysia serta mata wang asing. 2. Guru meminta murid-murid mengasingkan mata wang Malaysia dan mata wang asing. 3. Murid-murid cuba mencari mata wang Malaysia dalam bentuk kertas dan syiling. 4. Guru meminta murid-murid mewarnakan mata wang Malaysia yang telah diasingkan dengan warna yang betul. Penilaian 1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid. 2. Murid-murid menyiapkan lembaran kerja secara individu. 3. Guru membuat penilaian terhadap hasil kerja murid-murid. Penutup 1. Guru merumuskan pelajaran hari ini. 2. Guru menegaskan lagi ciri-ciri wang kertas dan syiling Malaysia.

Aktiviti 2: Membeli Belah Dengan Wang (Duit Syiling) Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat memberi jumlah wang (duit syiling) yang tepat dalam simulasi jual-beli. Bahan Bantu Mengajar : Model duit syiling, model buah-buahan, kad harga, barang-barang terpakai untuk jual-beli, pemadam, lembaran kerja

Langkah-langkah : Mencungkil Idea 1. Guru menunjukkan seketul pemadam yang dilekatkan dengan harga. 2. Guru meminta murid-murid menyebut harga pemadam tersebut. 3. Guru menjelaskan tajuk pembelajaran hari ini. Penyampaian Isi Pelajaran 1. Guru memaparkan model duit syiling dan model buah-buahan. 2. Guru melekatkan harga setiap jenis model buah-buahan dengan kad harga. 3. Guru menunjukkan salah satu jenis model buah-buahan yang dilekatkan dengan harga dan meminta murid mengeluarkan jumlah wang yang tepat. 4. Guru mengulangi aktiviti tersebut dan meminta murid memberi jumlah wang yang tepat secara rawak. 4. Guru membimbing murid sekiranya murid tidak dapat memberi jumlah wang dengan tepat. Aktiviti Berkumpulan 1. Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan menetapkan beberapa kumpulan sebagai pembeli dan kumpulan yang lain sebagai penjual. 2. Guru mengedarkan model duit syiling kepada setiap kumpulan pembeli. Barangan terpakai yang dilekatkan dengan harga diedarkan kepada penjual. 3. Guru menjelaskan cara-cara permainan dijalankan. Kumpulan yang berperanan sebagai pembeli akan menggunakan model duit syiling yang diterima sebagai wang belanja. Kumpulan pembeli perlu membayar harga barang yang dibeli dengan menggunakan jumlah wang yang tepat. Kumpulan penjual pula menerima dan memeriksa jumlah wang yang dibayar oleh pembeli bagi barangan yang telah dijual. 4. Selepas satu pusingan penjualan, kumpulan yang menjadi pembeli akan bertukar peranan sebagai penjual, begitu juga sebaliknya. 5. Guru membuat rondaan dan memberi bantuan kepada kumpulan yang menghadapi masalah.

Penilaian 1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid. 2. Guru membuat penilaian terhadap hasil kerja murid-murid. Penutup 1. Guru merumuskan pelajaran hari ini. 2. Guru menerapkan nilai jimat cermat semasa membuat perbelanjaan.

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Mengenai Bentuk Tiga Dimensi Aktiviti 1: Mengenal Dan Menamakan Bentuk Tiga Dimensi Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat : i) menamakan bentuk 3D. ii) menunjukkan bentuk 3D yang disebut dengan tepat. Bahan Bantu Mengajar : Set bentuk 3D, slaid power point (Lampiran 1), kotak tisu, kotak kapur, topi hari jadi,bateri, bola, lembaran kerja Langkah-langkah : Mencungkil Idea 1. Guru menunjukkan kotak tisu, kotak kapur, topi hari jadi, bateri dan bola. 2. Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai bentuk benda-benda yang ditunjukkan. 3. Guru mengaitkan benda-benda tersebut dengan bentuk 3D. Penyampaian Isi Pelajaran 1. Guru menunjukkan set bentuk 3D dan memperkenalkannya kepada murid-murid satu persatu sambil menampalkan kad nama. 2. Guru mengedarkan beberapa set bentuk 3D kepada murid-murid dan meminta murid memegang dan memerhatikan setiap bentuk 3D. 3. Guru menyebut 3D dan meminta murid-murid menujukkannya dengan tepat. 4. Guru meminta murid-murid menyebut dan mengeja setiap bentuk 3D dengan sebutan yang betul secara kelas, berkumpulan dan individu berulang kali. Pembinaan Konsep 1. Guru menayangkan power point sambil bersoal jawab dengan murid-murid mengenai bentuk-bentuk 3D dalam slaid yang ditayangkan. 2. Murid-murid memberi perhatian sambil menjawab soalan guru. Aktiviti Berkumpulan 1. Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan. 2. Guru mengedarkan bentuk-bentuk 3D dan kad nama kepada setiap kumpulan. 3. Guru meminta setiap ahli kumpulan melekatkan kad nama mengikut bentuknya. 4. Kumpulan yang dapat melekatkan kad nama dengan betul dalam masa yang paling singkat adalah pemenang. 5. Guru menyemak jawapan setiap kumpulan. Penilaian 1. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk mengukuhkan kefahaman murid-murid. 2. Guru membuat penilaian terhadap hasil kerja murid-murid. Penutup 1. Guru merumuskan pelajaran hari ini. 2. Guru menaksir kefahaman murid dengan menanya soalan kepada murid. 3. Murid-murid menjawab soalan guru.

Aktiviti 2: Menyusun Objek Mengikut Pola Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat: i) menyusun bentuk-bentuk 3D mengikut pola. ii) membentuk bentuk 3D mengikut pola sendiri. Bahan Bantu Mengajar : Bentuk 3D saling bersambung, slaid power point (Lampiran 2), set bentuk 3D, lembaran kerja. Langkah-langkah : Mencungkil Idea 1. Guru menunjukkan bentuk 3D saling bersambung. 2. Guru bersoal jawab dengan murid-murid. 3. Murid-murid memberi perhatian dan menjawab soalan guru. Penyampaian Isi Pelajaran 1. Guru meletakkan bentuk-bentuk 3D di bawah mengikut susunan. 2. Guru bersoal jawab dengan murid-murid. Sebutkan bentuk-bentuk yang ditunjukkan. Bagaimana bentuk-bentuk ini disusun? Apakah bentuk-bentuk seterusnya? 3. Murid-murid membuat pemerhatian terhadap bentuk-bentuk yang ditunjukkan. 4. Guru mengulangi aktiviti dengan menyusun bentuk 3D menggunakan pola yang berlainan. Pembinaan Konsep 1. Guru menayangkan power point sambil bersoal jawab dengan murid-murid. 2. Murid-murid memberi perhatian sambil menjawab soalan guru. Aktiviti Berkumpulan 1. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. 2. Guru mengedarkan bentuk-bentuk 3D kepada setiap kumpulan. 3. Guru meminta murid-murid membentuk bentuk 3D mengikut pola mereka sendiri. 4. Guru meminta wakil kumpulan menunjukkan hasil kerja mereka di depan kelas. Penilaian 1. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk mengukuhkan kefahaman murid-murid. 2. Guru membuat penilaian terhadap hasil kerja murid-murid. Penutup 1. Guru merumuskan pelajaran hari ini. 2. Guru meminta murid-murid mengimbas kembali isi pelajaran yang disampaikan.

Anda mungkin juga menyukai

  • Tugasan HBMT3203 Sept 2014 (Edited)
    Tugasan HBMT3203 Sept 2014 (Edited)
    Dokumen15 halaman
    Tugasan HBMT3203 Sept 2014 (Edited)
    Siti Norleni Leynie
    Belum ada peringkat
  • I
    I
    Dokumen8 halaman
    I
    Ngu Woo Hing
    Belum ada peringkat
  • Contoh Borang Penilaian
    Contoh Borang Penilaian
    Dokumen10 halaman
    Contoh Borang Penilaian
    Grace Tan
    Belum ada peringkat
  • Geo Metri
    Geo Metri
    Dokumen2 halaman
    Geo Metri
    Grace Tan
    Belum ada peringkat
  • Didik Hibur
    Didik Hibur
    Dokumen4 halaman
    Didik Hibur
    Muhamad Asyraf Kamal
    Belum ada peringkat
  • Lesson Plan
    Lesson Plan
    Dokumen6 halaman
    Lesson Plan
    Grace Tan
    Belum ada peringkat
  • Grafik
    Grafik
    Dokumen2 halaman
    Grafik
    Grace Tan
    Belum ada peringkat
  • Lesson Plan
    Lesson Plan
    Dokumen6 halaman
    Lesson Plan
    Grace Tan
    Belum ada peringkat
  • Lesson Plan
    Lesson Plan
    Dokumen6 halaman
    Lesson Plan
    Grace Tan
    Belum ada peringkat
  • Aktiviti 1
    Aktiviti 1
    Dokumen2 halaman
    Aktiviti 1
    Mary Bailey
    Belum ada peringkat
  • KOD
    KOD
    Dokumen5 halaman
    KOD
    Grace Tan
    Belum ada peringkat
  • KOD
    KOD
    Dokumen5 halaman
    KOD
    Grace Tan
    Belum ada peringkat