Anda di halaman 1dari 8

1

TAJUK KAJIAN: Permasalahan budaya lepak selepas waktu kelas di kalangan pelajar sekolah menengah atas. Satu kajian kes di sebuah sekolah menengah di daerah Kulai.

Design Kajian
Tajuk

Rangka teori

Focus Group

Design Kajian

Objektif kajian Menentukan Isu-Isu/soalan Moderator

Kajian rintis

Kajian terhadap sampling atau kumpulan fokus

Analisis data

Kesimpulan dan cadangan

1. OBJEKTIF KAJIAN (FOKUS KAJIAN) a) Mengkaji punca luaran yang menjadi penyebab kepada budaya melepak di kalangan pelajar. b) Mengkaji punca dalaman yang menjadi penyebab kepada budaya melepak di kalangan pelajar. c) Mengkaji sama ada budaya lepak sebelum dan selepas waktu kelas boleh menjejaskan prestasi akademik pelajar yang terlibat. d) Menilai kaedah-kaedah yang paling berkesan dalam menangani masalah tersebut.

2. KUMPULAN FOKUS DALAM KAJIAN Terdiri daripada kalangan pelajar yang terlibat dalam gejala lepak tersebut, ibu bapa mereka, guru kaunseling sekolah terbabit, guru disiplin dan guru kelas. a) Pelajar-pelajar yang terlibat dalam gejala lepak tersebut adalah terdiri daripada : Pelajar lelaki Dihadkan kepada 25 orang sahaja Pelajar kelas menengah atas (tingkatan 5) Dari keluarga berpendapatan sederhana dan miskin Tinggal di kawasan taman perumahan, kampung, felda atau setinggan Balik dari sekolah dengan berjalan kaki, berbasikal atau motosikal Terlibat melepak di kawasan sekitar dalam dan luar sekolah, di perhentian bas serta teksi sahaja. b) Ibu bapa Mereka ini terdiri daripada golongan ibu bapa murid yang bermasalah lepak yang menjadi sampling kajian. c) Guru disiplin

Guru disiplin dari sekolah yang terlibat dalam kajian tersebut. Terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mendisiplinkan pelajar yang menjadi sampling kajian.

d)

Guru kaunseling Guru kaunseling dari sekolah yang terlibat dalam kajian tersebut. Mempunyai rekod tentang pelajar yang bermasalah di sekolah tersebut.

e)

Guru kelas Guru kelas bagi pelajar yang menjadi sampling kajian. Mempunyai rekod akademik dan sahsiah pelajar terbabit.

3. MODERATOR Moderator yang dipilih dalam membantu menjayakan kajian ini adalah merupakan guru kaunseling dari sebuah sekolah menengah di daerah Kulai. Alasan : Beliau mengajar dan tinggal di sekolah dan kawasan yang jauh dari sekolah dan kawasan di mana kajian ini akan dijalankan. Oleh itu, beliau tidak berapa dikenali oleh pelajar dan penduduk setempat Memandangkan beliau adalah seorang guru kaunseling, adalah dipercayai bahawa beliau akan dapat menjalankan temubual dengan kumpulan fokus secara berkesan, berhemah, mesra, fleksibel, terbuka dan dapat mengalakkan hubungan komunikasi serta dapat menguruskan masa dengan cekap agar ahli kumpulan tidak merasa bosan.

4. ISU-ISU / SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN TERHADAP KUMPULAN FOKUS 4.1 Soalan / isu-isu yang dikemukakan kepada PELAJAR-PELAJAR YANG SUKA MELEPAK. Kenapa mereka suka melepak. Dengan siapa mereka melepak selepas waktu sekolah. Adakah mereka terpengaruh dengan rakan sebaya. Ada tak mereka terfikir cara lain untuk menganti masa lepak dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Adakah mereka menyedari kesan budaya lepak kepada akademik dan sahsiah. Siapa yang menegur dan menasihat mereka sebelum ini. Bagaimana reaksi mereka terhadap teguran dan nasihat. Adakah keputusan akademik mereka memuaskan. Adakah mereka pernah merujuk guru kaunseling atau guru lain untuk mengatasi tabiat ini. Mereka suka berada di rumah atau tidak. Suka bersenam dan bersukan di waktu petang atau tidak. Adakah wujud perasaan tertekan atau bosan bila berada di rumah. Adakah dengan melepak di sekitar kawasan sekolah sebagai satu cara menonjolkan diri. Dari segi perasaan, apa yang mereka dapat hasil dari perbuatan melepak. Ada tak kesedaran tentang perbuatan itu sebenarnya membazir masa. Boleh tak mereka menyatakan punca-punca sebenar mereka suka melepak

4.2 Soalan / isu-isu yang dikemukakan kepada IBU BAPA PELAJAR YANG SUKA MELEPAK. Adakah mereka mengetahui anak mereka terlibat dengan gejala tersebut. Ada mereka buat teguran dan nasihat. Apa reaksi anak mereka terhadap teguran dan nasihat. Apa penilaian mereka terhadap kesan gejala tersebut terhadap anak-anak. Adakah anak lain bertabiat seperti anak yang bermasalah tersebut. Adakah mereka merasa putus asa untuk menasihati anak. Ada rancangan untuk menukar anak ke sekolah lain untuk jauh dari rakan mereka yang bermasalah lepak. Adakah mereka selalu balik kerja lewat. Bagaimana hubungan dengan anak di rumah. Pernah membawa mereka bersiar-siar di waktu cuti atau hujung minggu. Bagaimana mereka menasihati atau menghukum anak mereka. Bagaimana hubungan pelajar tersebut dengan adik-beradik. Pada pendapat mereka, apakah punca-punca sebenar yang mereka anggap sebagai penyumbang kepada keterlibatan anak mereka itu dengan gejala lepak selepas waktu kelas. Bagaimana cadangan mereka untuk mengatasi masalah tersebut.

4.3 Soalan / isu-isu yang dikemukakan kepada GURU DISIPLIN SEKOLAH TERBABIT. Adakah beliau mengetahui gejala tersebut. Ada mengambil tindakan atau tidak. Apa tindakan yang telah atau sepatutnya diambil untuk membantu pelajar tersebut.

Bagaimana hubungan beliau dengan pelajar yang terbabit. Ada menghubungi ibu bapa dan mendapat kerjasama dari mereka. Adakah gejala ini memberi kesan terhadap akademik pelajar. Boleh tak pelajar ini meninggalkan tabiat tersebut jika dibantu oleh guru. Ada tak beliau cuba ambil tahu atau menyelidiki punca masalah tersebut. Boleh tak beliau menyatakan punca-punca utama yang telah dikesan sebagai penyumbang utama kepada gejala lepak dikalangan pelajar di sekolah tersebut.

Apakah cadangan beliau untuk mengatasi masalah tersebut.

4.4 Soalan / isu-isu yang dikemukakan kepada GURU KAUNSELING SEKOLAH TERBABIT. Adakah beliau mengetahui gejala tersebut. Adakah beliau telah mengambil tindakan yang perlu untuk membantu pelajar yang terlibat. Adakah pelajar yang terlibat cuba merujuk beliau untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan. Apakah masalah atau punca yang diberitahu oleh pelajar yang terbabit. Ada tak beliau membuat rekod serta tindakan susulan. Bagaimana situasi pelajar selepas tindakan susulan. Ada tak beliau menghubungi ibu bapa pelajar terbabit. Adakah isu ini menjadi salah satu agenda utama beliau. Selepas beberapa kali sesi kaunseling ada tak pelajar menunjukkan perubahan. Ada tak pelajar tersebut menunjukkan tanda-tanda untuk balik ke gejala lepak tersebut.

Pada pendapat beliau, berdasarkan pengalaman dan rekod sedia ada, apa punca sebenar yang menyebabkan pelajar terbabit terlibat dengan gejala lepak.

Pada pendapat beliau, berdasarkan pengalaman dan rekod sedia ada, apakah langkahlangkah yang paling sesuai untuk mengatasi masalah lepak dikalangan pelajar terbabit.

4.5 Soalan / isu-isu yang dikemukakan kepada GURU KELAS PELAJAR-PELAJAR TERBABIT. Adakah mereka mengetahui kewujudan gejala tersebut. Ada tak mereka membuat teguran dan nasihat. Apa reaksi pelajar terhadap teguran dan nasihat. Bagaimana hubungan guru dengan pelajar terbabit. Adakah keputusan pelajar terbabit merosot atau lemah. Ada menghubungi ibu bapa pelajar terbabit atau tidak. Bagaimana disiplin pelajar tersebut di dalam kelas. Pernah tak mereka cuba menyoal pelajar atau menyelidiki sebab pelajar tersebut suka melepak. Berdasarkan pengamatan, rekod atau sesi perbincangan dengan pelajar, apakah punca sebenar pelajar-pelajar terbabit suka melepak selepas waktu kelas. Setakat ini, apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk membantu pelajar tersebut. Boleh nyatakan langkah-langkah yang berkesan berdasarkan rekod masa lalu atau cadangan-cadangan yang sesuai dalam menangani gejala tersebut.

Anda mungkin juga menyukai