Anda di halaman 1dari 12

MAY /2011

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

<NO MATRIKULASI> <NO. KAD PENGENALAN> <TELEFON> <EMEL ID>

PUSAT PEMBELAJARAN

<PUSAT PEMBELAJARAN>

HBHE3103

PENGENALAN Penulisan ini bertujuan untuk meneliti aspek-aspek yang terkandung dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu sekolah menengah (tingkatan 1 hingga 5) berkenaan pendekatan menggunakan komponen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Penulisan ini memberi tumpuan kepada aspek-aspek perancangan bahasa yang telah didokumentasikan, iaitu latar belakang dan sejarah, matlamat, objektif, hasil pembelajaran dan pendekatan yang menekankan kemahiran-kemahiran berbahasa yang dipilih dan diperakukan. Perancangan ini juga mengundang isu-isu dan cabaran terhadap pelaksanaannya. Penulisan ini juga menghuraikan bagaimana proses perancangan bahasa dilakukan yang melibatkan banyak pihak sehingga terbentuk satu dasar mewajibkan komponen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Hasil penganalisisan ini dapat memperlihatkan sejauh mana pendekatan komsas mampu memberi peluang, pendedahan dan kemahiran pelajar menggunakan bahasa secara teratur, gramatis, kreatif dan kritis dan penghayatan terhadap estetik bahasa. Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah merangkumi penggunaan bahasa yang menekankan kemahiran bahasa serta berteraskan bahasa Melayu baku. Pada 22 Jun 1999, Menteri Pelaran telah menyarankan bahawa semua aliran sekolah Menengah wajib tanpa meninggalkan apa-apa, kesusasteraan Melayu , kerana ini semya mempunyai kepentingan Nasional. Bagi memastikan semua pelajar sekolah menengah rendah dan atas mempelajari kesusasteraan. Komsas, sebelum terlaksananya secara sepenuh, telah pun ada satu pengajaran dan pembelajaran di dalam di lakukan di dalam kelas namun ianya adalah terhad kepada pengajaran dan pembelajaran di tingakatan lima, selepas tahun 2000. komsas diwajibkan kepada semua tingkatan dan semua jurusan dan aliran di sekolah menengah, ini adalah merupakan titik tolak bagaimana komsas di letakkan sebagai satu perkara penting di sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan.

HBHE3103

AWAL KOMSAS DAN PERANAN DI DALAM BAHASA MELAYU Aspek nilai estetik, keindahan bahasa, dan sosiobudaya Yang ditulis di dalam karya agung sastera tiddak di titik beratkan. Kendatipun komsas adalah untuk memastikan semua pelajar mampu berbahasa melayu dan meningkatkan tumpuan di dalam gaya bahasa dan seterusnya meletakkan keindahan sastera dan bahasa melayu yang penuh nilai estetik , kreatif, intelek atas pembelajaran komsas. Ditinjau dari sudut sosiolinguistik perancangan yang berkaitan dengan perancangan bahasa ialah usaha yang disengajakan atau bersungguh-sungguh untuk mempengaruhi pelakuan orang lain tentang pemerolehan, struktur atau penentuan fungsi bahasa. Secara biasanya ia melibatkan pembinaan matlamat, objektif dan strategi untuk merubah cara bagaimana bahasa digunakan. Pada peringkat kerajaan perancangan bahasa melibatkan penubuhan dasar bahasa. Sastera (1996:1194) berkaitan dengan keindahan bahasa. Kesusasteraan (1996:1194) ialah hasil seni atau karya dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Komsas ialah proses akronim daripada perkataan komponen dan sastera. Dalam hal ini, komponen sastera merujuk kepada pemilihan dan penggunaan karya-karya sastera tertentu yang diserapkan penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. stetik (1996: 345) pula ialah berkaitan dengan sesuatu keindahan. Maksudnya, bahasa yang digunakan biar dalam laras bahasa apa pun tidak cukup dengan hanya menggunakan istilah dan tatabahasa yang betul sahaja, tetapi seharusnya dapat memancarkan kejituan bahasa. Satu cadangan telah di luluskan di dalam Mesyuarat Jawatan kuasa Kurikulum Pusat Bil 2/99 dimana Komsas di masukkan sebagai alternative untuk membina insan yang sihat lagi bermoral dalam ilmu dan kehidupan. Ini adalah merupakan satu tindakan drastic kerajaan terhadap sastera. Pelaksanaan komponen sastera dalam mata pelajaran bahasa Melayu di sekolah menengah telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai Mac 2000 bagi tingkatan 1 dan 4, tahun 2001 untuk tingkatan 2 dan 5 serta tingkatan 3 pada tahun 2002. Ini merupakan lanjutan daripada pendekatan menggunakan unsur-unsur sastera dan bahan-bahan sastera yang diperkenalkan sejak tahun 1984.

HBHE3103

Dalam buku Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan terdapat 6 objektif utama terhadap perancangan bahasa untuk proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah menengah. Di akhiran pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, sehendaknya melalui komponen sastera, murid akan dapat menjalin dan bergabung antara satu sama lain untuk tujuan perbincangan yang dapat mengeratkan hubungan antara kaum, kerana komsas itu memerlukan pemahaman karya dan pelajar antara satu sama lain perlu berinteraksi serta memberi respon terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Karya juga akan menjadikan pelajar mampu menulis secara kreatif dan mampu melahirkan penghayatan , menyemai nilai murni, sikap positif serta mempunya semangat patriotisme dan perasaan cintakan kepada negara, Tujuan Komponen Komsas adalah adalah bertujuan untuk memupuk dan meningkatkan minat membaca di

kalangan pelajar, serta memperkukuhkan kemahiran mengucapkan bahasa, iaitu kemahiran mendengar bahasa dan merangkumi ketiga-tiga aspek bertutur, membaca dan menulis, iaitu; Kemahiran Mendengar Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan. Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur apabila murid berupaya berinteraksi dan mempunyai maksud serta menggunakan perkataan pada ayat dan lisan pada kadar intonasi yang betul lagi lunak, ini disebut sebagai pengucapan dalam ragam bahasa yang sesesuai. Kemahiran Menulis Kemahiran menulus ini adalah untuk melihat samada murid mampu mengeluarkan idea dan jenis pernulisan pula terbahagi kepada beberapa topic dan samada pelajar mampu menulis menggunakan ayat yang mempunya tatabahasa yang betul serta mempunyai nilai kreativiti,

HBHE3103

mempunyai maksud dan mempunyai makna yang betul terhadap pengkiasan yang di lakukan kepada penulisan tersebut. KOMSAS SEBAGAI AGEN JATI DIRI Karya-karya komsas di dalam sekolah mempunyai nilai tersendiri apabila sesetengan daripada karya tersebut melahirkan cita dan rasa penulis sebagai seorang yang patriotism seperti tutur kata Sasterawan Dato Shahnon Ahmad bahawa sastera itu dalah satu perkara yang boleh membawa gegaran, kenapa ianya membawa gegaran ? Hasil penulisan beliau sendiri iaitu novel SHIT telah membawa kegemparan terhadap politik Negara, jadi di dalam komsas itu sendiri ianya membawa sifat yang boleh membentuk jiwa dan peribadi murid pada karya yang sesuai. Dewasa ini semangat cintakan Negara tidak wujud di dalam masyarakat Cina atau pun India, jiak ada pun tidaklah signifikan , kerana mereka tidak membaca karya sastera di mana diantara cerpena atau sajak komsas mempunyai penceritaan yang besar tentang perjuangan oerang-orang melayu menentang penjajah. Jadi ini lah yang menyebabkan dua bangsa di Malaysia ini tidak akur terhadap perlembagaan. Mereka tidak mempunyai jati diri dan sentiasa hidup di dalam pengkhianatan secara diam. Komsas berperanan secara total untuk menjadikan jati diri rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini menukar pendirian dan rasa cinta kepada Negara. Di dalam karya sastera seperti sajak Pertiwi ku oleh Hussin Ahmad dimana sajak ini menyarankan kepada pembaca apakah yang kita lakukan untuk mencapai kemerdekaan dan apakah yang perlu di lakukan mempertahankan kemerdekaan, antara baris-baris nya : ..sebidang tanah ini.. Adalah rupa dada Mat Kilau, Dato Maharaja Lela.. Jika di jajah , seumpama menjajah maruah melayu Dada melayu suci dengan kalimah, Apakah kita meletakkan dada kalimah ini kepada bangsa asing..

HBHE3103

Baris tulisan ini melihatkan penulisan sajak yang keras serta nyata sifat patriotiknya, jika dibacakan kepada murid-murid mereka mendapat pengertian betapa kepentingan menjaga kemerdekaan itu adalah amat penting dan perlunya dijaga samada melayu, cina dan India serta kaum lain. Karya tulisan kesusateraan mewakili 3 komponen utama iaitu sastera yang mewakili jati diri , patriotism dan rasa syukur tinggal di sebuah Negara yang merdeka. Jika pelajar menulurusi puisi A Samad Said, kita boleh menemukan norma kehidupan didalam penulisan beliau di manan ianya penuh dengan kritikan sosial, lembut tetapi keras makna juga membicarkan tentang kehidupan yang nyata pada realiti, penulisan beliau banyak kepada membawa pembaca supaya bersikap lembut dan sentiasa ada siviknya terhadap kerja-kerja manusia, karya Usman Awang pula membicarakan betapa perlunya perdamaian dan keseimbangan masyarakat, kedua-dua penulis tersohor ini membawa minda murid yang membaca komsas menilai sejauh mana kerterlanjuran manusia itu di muka bumi dan membimbing mereka melihat kehidupan dari perpektif realiti, ini semua membentuk keadaan diri yang baik , bermotivasi serta penuh dengan nilai keinsafan serta penuh tawdhuk kepada sifat lahiriah yang positif. Karya-karya komsas akdemik seperti Siti Zainon telah bercaturan ke seluruh maya untuk menpertahankan diri beliau sebagai wanita melayu sejati, karya beliau menulurusi seluruh dunia, ini semua telah membawa kepada satu keadaan yang memberi satu emosi kuat nilai feminin kepada pembaca dari murid perempuan. Bacaan yang baik adalah bacaan sastera yang boleh menjentik pemikiran , membuka minda serta mampu membentuk diri, di dalam komsas contoh di dalam pantun : Pantun telah menajdi kajian kepada barat kerana mereka tidak mempunyai bentuk empat kerat seperti kita, namun nilai di dalam sastera itu menunjukkan tentang bagaimana nilai murni orang melayu jika meminta ilmu dengan cara bersopan dan juga mempunyai nilai santun apabila meminta ilmu, ini mendidik murid jika mencari ilmu janganlah sombong dan kedekut ilmu.. Contoh : Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan;
6

HBHE3103

Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. Begitu juga dengan pantun tentang orang berbudi : Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tiga Hancur badan dikandung tanah Budi yang baik di kenang juga

Ini menunjukkan betapa kita perlulah berterima kasih kepada orang yang memberi ilmu, ini semua menunjukkan keluhuran budi yang mana ucapan terima kasih sentiasa dan perlu di pertekankan apabila mencari ilmu, atau juga di dalam menerima pertolongan semasa kesusahan dan sebagainya, ini lah yang mahu diterapkan kepada murid-murid betapa ianya adalah sifat terpuji dan sifat penuh bermoral. Komsas perlu bergerak dalam membina kehidupan murid-murid supaya menjadi insan kamil dan syumul, ini lah yang membawa kepada kepentingan komsas kepada murid-murid. Begitu juga di dalam tulisan Amir Mohammad didalam menceritakan tentang peranan seorang anak di dalam baris-barisnya yang mengkias seperti contoh di bawah : Pertama anak manusia Anak yang tahu asal jadinya Yang tahu membalas guna Kecil cencilak padi Besarnya cencilak padang Kecilnya duduk mengaji Besarnya tegak sembahyang Mengaji syarak dengan adat Mengaji salah dengan silih Mengaji aib dengan malu

HBHE3103

Mengaji untung dengan rugi

Yang kuat mememang amanat Yang setia memegang amanah Duduk tahu akan dirinya Tegak tahu akan maruahnya Cakapnya berhingga-hingga Baiknya berpada-pada Sifatnya berpatut-patut Patut bergaul sama sebaya Patut duduk dalam majlis. Ini membawa mesej jika menjadi anak, jadilah anak yang sempurna akhlaknya serta berguna kepada semua orang, mesej ini di bawa dalam bentuk puitis yang indah serta membawa keadaan yang penuh ciri-ciri bahasa kiasan. Mesej ini membawa kepada pembentukan contoh baik yang perlu di lakonkan oleh anak di pentas dunia. Untuk membentuk moral bukan satu perkara mudah, tetapi ia perlu diterapkan juga di sekolah, jika melalui lisan tidak mampu, maka ciri ini ditekankan didalam subjek, komsas menjadi tunjang kepada tujuan ini. Dewasa ini moral manusia semakin rendah, malah jijik terutama kepada orang tua, ini semua adalah hasil dari pengaruh TV dan segala macam media elektronik, ianya semacam tidak mampu di hakis dan tidak mampu di elakkan, keruntuhan moral dan cara hidup buruk makin menular, nilai murni di dalam komsas bergerak sebagai agen pemangkin hidup yang baik lagi sempurna. Menggariskan kepada mereka apa yang perlu dan sebaliknya didalam kehidupan dan juga dalam karya seterusnya, betapa kita melihat tentang sifat sesuatu bangsa , ianya diceritakan seolah sebagai amaran kepada orang lain supaya menilai sesuatu bangsa dan menduga bangsa itu biarlah berhati-hati, ini mungkin meletakkan murid-murid didalam satu situasi sentiasa mempunyai jati diri melayu.

HBHE3103

Untuk mendidik anak bangsa ianya bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh berlaku secara sekelip mata, tetapi melalui penekanan nilai murni yang konsisten melalui komsas perkara ini boleh di perbaiki dan menjadi satu pertaruhan kepada masa depan murid-murid. Contoh melalui sajak Aku seorang Ketua , sajak ini di tulis oleh seorang pengawas dan di muatkan di dalam dewan pelajar , antara baris-baris perkataannya : Dulu ,.. sebelum Adam di jadikan Allah , bertanya kepada makhluk Nya, Siapakan yang mampu memikul tanggung jawab Namun Tiada yang berupaya, lalu di ciptakan Adam menggalas tugas Khalifah Aku ketua kecil di kelompok baju putih dan kain biru dan seluar hijau Terasa berat memikulnya Biarpun hanya kecil tugasan ini tetapi ianya tetap amanah Apalagi jika menjad ketua Negara Semuanya dipulangkan kepada Amanah Dan ini mana mampu di pikul Kecuali dengan semangat yang ada .... Sebahagian dari pada sajak tersebut menerangkan tentang betapa menjadi ketua itu tidak lah mudah, namun ini menyuntik satu keadaan di mana ianya dapat di jalankan melalui motivasi dan ini juga telah meletakkan bagaimana peranan penulis sebagai ketua mengetahui tentang amanah dan ini adalah sifat positif yang membentuk, jika ianya dibaca ianya telah menghantar satu mesej yang mana satu perilaku positif itu pasti boleh membentuk keperibadian yang mulia dan berhikmah.
9

HBHE3103

Hasil ungkapan puisi Usman Awang bertajuk melayu, menekan jati diri seorang melayu dan betapa menunjukkan santun serta betapa jika berkehidupan ianya masih di ikat dengan resam serta adat melayu, ini adalah membentuk tentang ras melayu, supaya murid kenal dari mana .rumpun melayu dan sifatnya berjudul Melayu Melayu itu orang yang bijaksana Nakalnya bersulam jenaka Budi bahasanya tidak terkira Kurang ajarnya tetap santun ---------------------------------Melayu itu kaya falsafahnya Kias kata bidal pusaka Akar budi bersulamkan daya Gedung akal laut bicara --------------------------------Berkelahi cara Melayu Menikam dengan pantun Menyanggah dengan diam Merendah bukan menyembah Meninggi bukan melonjak --------------------------------Watak Melayu menolak permusuhan Setia dan sabar tiada sempadan Tapi jika marah tak nampak telinga Tak dapat tanduk telinga di jinjing Maruah dan agama dihina jangan
10

HBHE3103

Hebat amuknya tak kenal lawan ....

KESIMPULAN Komsas itu adalah satu pendekatan kepada pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi ilmiah dan sifat murni, ini semua adalah bersandarkan kepada cara penulisan dan makna yang ditimbulkan melalui setiap karya. Penekanan diberikan kepada ilmiah adalah melalui kemaharian menulis, bertutur dan membaca, teap murni sebenar adalah tentang akhlak, komsas tidak boleh tidak lari dari kemungkinan itu dan merupakan satu keadaan yang perlu di tekankan oleh guru-guru. Guru-guru perlulah mahir dalam pengajaran komsas agar murid tidak ketinggalan serta mampu menyerap makna dan nilai estetik komsas itu, sastera adalah sesuatu yang kaya dengan nilai bahasa dan unsur kehidupan ini diletakkan di dalam situasi yang penuh puitis dan penuh kaya dengan bahasanya. Murid seumpama mendapat serampang dua mata, iaitu ilmu dan pembentukan sikap, adalah disarankan bahawa ianya perlulah ditekankan oleh Kementerian Pelajaran bahawa komsas bukan lagi sebagai satu dasar ilmiah tetapi agen merubah sikap cintakan Negara dan menerima kesatu paduan kaum antara satu sama lain. Segala terkandung di dalam komsas itu membawa satu mesej sarat tentang peradaban dan seni dan adalah diingatkan bahawa guru perlu mahir dalam membawa mesej ini, jangan di jadikan tugasan guru sebagai satu profession yang hanya mengajar tetapi seterusnya juga mendidik anak bangsa dan melahirkan mereka sebagai bangsa yang merdeka tetapi bermoral dan mempunyai jati diri yang kuat serta utuh dan tidak menjadi perkakas kepada kerosakan di tanah air itu sendiri.

11

HBHE3103

Rujukan

Abdullah Hassan. 1987. Isu-Isu Pembelajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Jurnal Kongres Bahasa http://www.kongresbahasa.org/?page_id=28 05 APRIL 2008 Kamus Dewan(Edisi Ketiga). 1996. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka N.S. Rajendran .2005. Kesusasteraan Sebagai Wahan Mengajar Kemahiran Berfikir Aras Tinggi http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/Article85 (5 April 2008) Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK). 2000. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK). 2000. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM Tingkatan 1. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK). 2000. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM Tingkatan 2. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia

12