Anda di halaman 1dari 5

LATIHAN 1 Pilih kata kerja transitif yang sesuai. 1. Encik Wong ___________ perahunya yang bocor. A. memahat B.

membina C. menampal D. menjahit 2. Anggota polis berjaya __________ sekumpulan pemuda yang sedang menagih dadah. A. memegang B. memandang C.melawan D. memberkas 3. Pekerja pelabuhan itu sedang ___________ seguni beras. A. menggalas B. memikul C. menjinjing D. menjunjung 4. Ibu __________ meja dengan sehelai kain. A. membasuh B. mengalas C. membuat D. membina 5. Budak nakal itu __________ sahaja apabila dimarahi ayahnya. A. membantu B. menangis C. menanti D. melawan 6. Kita mestilah saling ___________ antara satu sama lain. A. menghormati B. memuji C. menggubah D. menjerang 7. Pelancong-pelancong asing suka ____________ pemandangan tepi pantai yang indah. A. menikmati B. menjerang C. membantah D. menyiapkan 8. Kamal tidak terus pulang , tetapi ___________ ke rumah kawannya. A. melaut

B. menyimpang C. memerah D. menguncup 9. Abang Zul sedang sibuk ___________ rumah barunya itu. A. mencuram B. mengatap C. menjerat D. mengiau 10. Tiap-tiap hari, orang tua itu masuk ke hutan untuk ____________ . A. mendamar B. menyudu C. menyemak D. memungut

LATIHAN 2 Isi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang diberi. menampal menegah memunggah menempah menyudu memungut mengukur menyemak menguji memarang

1. Peperiksaan itu diadakan untuk ___________ kebolehan murid-murid. 2. Abang saya__________ majalah Dewan Pelajar daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Mereka sedang __________ sebuah peti ais dari lori. 4. Dia _________ poster itu pada papan kenyataan. 5. Puan Minah __________ anaknya betmain di tepi jalan raya. 6. Mereka sedang __________ keluasan tanah lapang itu. 7. Pihak sekolah __________ derma untuk membantu murid yang malang itu. 8. Cikgu Osman __________ buku kerja kami setiap hari. 9. Ibu sedang __________ nasi dari periuk nasi. 10. Ayah _________ besi itu sehingga licin.

LATIHAN 3 membesar menguncup memerath menjatuhi memenuhi menyeterika mengikir menyeberang memanjang mengecilkan

1. Puan Minah sedang ____________ seluar panjang suaminya. 2. Pemburu itu ____________ musang yang cuba menyerangnya. 3. Tumbuhan itu akan ____________ dengan lebih cepat jika sentiasa dibubuh baja. 4. Getah itu ___________ apabila ditarik. 5. Besi __________ apabila disejukkan. 6. Mukanya ___________ apabila dimarahi oleh ibunya. 7. Kanak- kanak sedang __________ di jalan itu. 8. Hakim __________ pengedar dadah itu hukuman mati. 9. Peminat bola sepak ___________ Stadium Merdeka sejak petang lagi. 10. Jangan sekali-kali ___________ kebolehan orang lain.

LATIHAN 4 Isikan tempat-tempat kosong di bawah dengan kata-kata berimbuhan men..... yang sesuai. menyiapkan membantah melaut merawat mengalir memuji menghargal membancuh menggubah menjerang

1. Janganlah kita ____________ kata orang tua. 2. Sungai di belakang rumahnya ____________ dengan deras. 3. Emak sedang __________ susu untuk adik. 4. Kakak __________ air di dapur. 5. Sawah padi di Negeri Kedah ___________ luas. 6. Kita perlu ___________ jasa orang lain terhadap kita. 7. Cikgu selalu __________ murid yang pandai dan rajin itu. 8. Doktor itu sedang ____________ pesakitnya. 9. Kegemaran kakak saya ialah ___________ bunga. 10. kita akan __________ projek itu dalam tempoh dua tahun.

LATIHAN 5 Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan perkataan yang sesuai. 1. Apabila kami tiba di kampung itu, kami ternampak sawah-sawah padi yang ________dari jauh. 2. Penuntut-penuntut pusat pengajian tinggi terpaksa _________ rumah di luar kampus kerana penginapan di asrama sudah penuh. 3. Perusahaan _________ nanas terdapat di beberapa tempat di Johor Bahru. 4. Osman tidak dapat __________ kerana masih di bawah umur 21 tahun. 5. Kapal terbang dari Kota Bharu itu ___________ di Lapangan Terbang Sultan Aziz Shah pada pukul 8.45 malam. 6. Bercucuk tanam dan __________ ikan air tawar merupakan pekerjaan utama kebanyakan penduduk di kampunng saya. 7. Haslina __________ kepada ayahnya supaya membenarkan dia berkelah ke Desaru bersama kawan-kawannya. 8. Mustaza bercita-cita untuk __________ seorang ahli perniagaa yang berjaya pada suatu hari

nanti. 9. Mak Cik Naimah leka ___________ ketupat sehingga tidak sedar akan kedatangan anak cucunya. 10. Pada musim tengkujuh, para nelayan tidak dapat __________ ikan kerana laut bergelora. merebus mengundi menangkap menjadi mengetin menguning menyewa mendarat merayu menternak