Anda di halaman 1dari 3

SISTEM RESPIRASI MANUSIA

1 (a)

(b). i) Mekanisma tarik nafas Inspirasi iaitu kemasukan udara ke dalam paru-paru. Tahap inspirasi terjadi akibat otot tulang rusuk dan diafragma

berkontraksi. Tulang rusuk akan terangkat . Isipadu rongga dada membesar manakala paru-paru juga akan mengembang, sehingga tekanan udaranya menjadi lebih kecil dari udara atmosfera. Ketika ini diafragma akan bergerak turun ke bawah dan sangkar tulang rusuk akan membesar. Tekanan udara dalam paru-paru akan berkurang di bawah tekanan udara atmosfera, dan ini menyebabkan udara akan mengalir ke dalam paru-paru.

i) Mekanisma hembus nafas Ekspirasi iaitu pengeluaran udara dari dalam paru-paru. Tahap ekspirasi terjadi akibat otot tulang rusuk dan diafragma berelaksasi dan otot dinding perut berkontraksi menyebabkan diafragma terangkat dan melengkung menekan rongga dada, sehingga isipadu rongga dada mengecil. Isipadu rongga dada dan paru-paru mengecil ketika diafragma bergerak naik dan sangkar tulang rusuk juga akan mengecil. Tekanan udara dalam paru-paru akan meningkat melebihi tekanan udara atmosfera, dan akan menyebabkan udara mengalir keluar dari paru-paru.