Anda di halaman 1dari 7

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TEKS PENGACARA MAJLIS

UNTUK

PROGRAM SATELITTE SCIENCE CENTER


TAHUN 2010

6 NOVEMBER 7 NOVEMBER 2010 PKG GEMENCHEH

Masa 8.45

CUE Ketibaan tetamu

ANN 1
Biji selasih boleh dimakan Menjadi perisa sedap terperi Selamat datang kami ucapkan Semoga majlis tambah berseri Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Program Satellite Science Centre di PKG Gemencheh Tahun 2010. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis perasmian akan bermula sebentar lagi. Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat.

Masa
8.55 am

CUE
Ketibaan wakil Pengarah JPNS

ANN 2
Mengumumkan ketibaan En Tajudin bin Abd Rahman Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Tampin, ke Program Satellite Science Centre

Masa
9.00 am

CUE
Lagu Negara ku dimainkan Para tetamu jemputan dan hadirin dijemput duduk

ANN 3
Lagu Negara ku dimainkan..... Yang Berbahagia En Tajudin serta hadirin sekalian dijemput duduk.

Masa
9.00 am

CUE
Setelah semua hadirin berada di tempat duduk

ANN 4
Daun Layu di tengah gurun Nampak jalur pohon cemara Tradisi Melayu turun temurun Pantun ditutur pembuka bicara Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum sejahtera, salam 1 Malaysia. w.b.t, salam

Yang Berbahagia En Tajudin bin Abd Rahman Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Tampin (Mewakili Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan) Yang Berbahagia Cik Phyllis Lam Li Wan Ketua Penolong Pengarah Pusat Sains Negara Yang Berusaha En. Abdullah bin Yussuf Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan Yang Berusaha En Zainal bin Yusof Guru Besar SK Datuk Abdullah (Merangkap Pengerusi PKG Gemencheh) Para Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Tampin Ketua-ketua Jabatan dari Agensi: MRSM, Polis, Pejabat Kesihatan, Pejabat Haiwan Semua Urusetia Program yang terdiri daripada : Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Seluruh Negeri Sembilan Guru-guru SK Datuk Abdullah Agensi Pameran (MIMOS, Nuklear Malaysia, CETREE PUSTAKA, Bomba, Planetarium Negara, Jab. Meteorologi, Remote Sensing, AELB, MRM, Jab. Falak USM & UKM Para guru, pelajar, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Masa
9.05 am

CUE
Setelah semua para tetamu jemputan dan hadirin duduk

ANN 5
Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta mengalu-alukan kehadiran yang berbahagia En Tajudin Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Tampin (Mewakili Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan), ke Program Satellite Science Centre tahun 2010. Majlis juga mengucapkan selamat datang kepada semua para tetamu jemputan, tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin yang dimuliakan.

Masa
9.05 am

CUE
Bacaan doa

ANN 6
Kalau pergi ke Tanjung Keramat Singgah sebentar rumah Cik Samad Bersama kita memohon rahmat Moga majlis mendapat berkat Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan En. Mohd Aris bin Yusof Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Selepas bacaan doa

Masa
9.10 am

CUE
Ucapan alu-aluan KPP PSN

ANN 7
Ke Pekan Kuala membeli bingka Sayang pesanan terlupa sudah Majlis bermula tirai dibuka Dengan alunan madah nan indah Kuntum melati tumbuh melata Burung merbah di pohon cemara Assalamualaikum pembuka bicara Selamat datang untuk semua Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama sekali lagi dalam Majlis Perasmian Program Satellite Science Centre Anjuran Pusat Sains Negara dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan dan Pusat Kegiatan Guru Gemencheh. Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tetamu jemputan, para tetamu, tuan-tuan, puan-puan serta hadirin sekalian ke program ini.

Masa
9.12 am

CUE
Ucapan Alu-aluan KPP PSN Hadirin yang dihormati,

ANN 8

Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berbahagia Cik Phyllis Lam Li Wan (Ketua Penolong Pengarah Pusat Sains Negara). Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Masa
9.20 am

CUE
Setelah selesai ucapan KPP PSN

ANN 9
Demikianlah tadi ucapan alu-aluan daripada Yg Bhg Cik Phyllis Lam Li Wan (Ketua Penolong Pengarah PSN). Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada Yg Berbahagia Cik Phyllis atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi. Hadirin yang dihormati sekalian, seterusnya majlis dengan hormatnya menjemput dan mempersilakan Y Bhg En Tajudin bin Abd Rahman (Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Tampin) mewakili Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Program Satllite Science Centre Anjuran Pusat Sains Negara dengan kerjasama Bahagian Teknologi Negeri Sembilan dan PKG Gemencheh.

Masa
9.30 am Setelah ucapan JPNS

CUE
selesai Pengarah

ANN 10
Begitulah berakhirnya ucapan Yg Bhg En Tajudin bin Abd Rahman (Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Tampin). Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas ucapan dan kesudian merasmikan Program Satellite Science Centre sebentar tadi. Hadirin sekalian,

Penyampaian hadiah pertandingan mewarna.

Majlis diteruskan dengan Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak Pra-Sekolah. Untuk memulakan penyampaian hadiah, dipersilakan Yg Bhg Cik Phyllis (KPP PSN) dengan diiringi Yang Berusaha En Abdullah bin Yussuf (KPP BTPNNS) menjemput dan mengiringi Yg Bhg En Tajudin bin Abd Rahman untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Senarai nama pemenang: 10. 9. 8. 7. 6. 5. 4. (saguhati) (saguhati) (saguhati) (saguhati) (saguhati) (saguhati) (saguhati)

3. 2. 1.

( ketiga ) ( kedua ) (pertama )

Masa
9.45 am

CUE
Setelah selesai penyampaian hadiah Penyampaian cenderamata kepada wakil pengarah JPNS dan BTPNNS

ANN 11
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yg Bhg En Tajudin atas kesudian menyampaikan hadiah-hadiah sebentar tadi. Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yg Bhg Cik Phyllis untuk menyampaikan cenderamata kepada Yg Bhg En Tajudin. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Seterusnya dijemput En. Abdullah bin Yussuf (KPP BTPNNS) untuk menerima cenderahati daripada PSN.

Masa
10.00 am

CUE
Setelah selesai penyampaian cenderahati kepada wakil pengarah JPNS dan BTPNNS

ANN 12
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yg BHG Cik Phyllis atas kesudian menyampaikan cenderamata itu tadi.

Masa
10.05 am

CUE
Lawatan ke Tapak Pameran dan jamuan VIP.

ANN 13
Hadirin dan hadirat yang dihormati, Sempurnalah sudah Majlis Perasmian Satellite Science Centre pada pagi ini. Semoga program dan pameran yang dijalankan dapat meningkatkan lagi minat para pelajar kepada mata pelajaran sains dan menjadikannya sebagai satu pembelajaran yang menyeronokkan bagi mereka. Di samping itu, program ini juga diharapkan akan turut memberi manafaat kepada guru-guru khususnya dan masyarakat setempat amnya dalam perkembangan teknologi sains yang terkini. Seterusnya, majlis menjemput Yg Bhg En. Tajuddin, diiringi Cik Phyllis, En Abdullah dan para tetamu jemputan ke Tapak Pameran yang diadakan di tapak perhimpunan SK Datuk Abdullah dan juga PKG Gemencheh. Seterusnya menikmati jamuan yang telah disediakan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Masa
10.10 am

CUE
Penutup

ANN 14
Hadirin dan hadirat yang dihormati, Berakhirlah sudah majlis perasmian pada pagi ini. Walau bagaimanapun program yang dijalankan akan diteruskan hingga ke petang nanti dan juga keesokkan hari iaitu hari Ahad. Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan para hadirin untuk melawat ke tapak pameran dan mengambil bahagian dalam bengkel, ceramah dan demonstrasi yang dijalankan. Tuan-tuan dan puan-puan serta para pelajar boleh merujuk buku program yang disediakan untuk mengetahui aturcara yang telah disediakan sepanjang 2 hari program dijalankan. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan dan hadir ke program ini dan majlis di akhiri dengan dua rangkap pantun : Di atas dahan pohon tempua Melihat rusa tepi perigi Salam perpisahan untuk semua Di lain masa bersua lagi Bunga seroja di atas cemara Jatuh sekuntum di atas para Andai kata tersilap bicara Kemaafan jua yang kami pinta Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah w.b.t

Anda mungkin juga menyukai