Anda di halaman 1dari 21

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER TUJUH ( JANUARI ) / 2013

HBML2203 PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

TUTOR ENCIK ANUAR B. MOHD LEN

PELAJAR Nama No. IC No. Matrik : Nor Aini Bt Yusop : 730414045108 : 730414045108001

Kandungan BIL 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 PERKARA Pendahuluan Tujuan Penyelidikan Kaedah Kajian Definisi dan Konsep Sekolah Bestari Dapatan dan Perbincangan Daripada Kajian 5.1 Kesedran guru terhadap konsep Sekolah Bestari 5.2 Kesedaran Guru Terhadap Objektif dan Peranan Sekolah Bestari 5.3 Kesedaran Guru Terhadap Pedagogi Sekolah Bestari 5.4 Kesedaran Guru Terhadap Kemahiran di Sekolah Bestari 5.5 Hasil guna tenaga yang diharap dapat dilahirkan 13 dari Sekolah Bestari. 12 11 10 9 MUKA SURAT 3 4 5 6

6.0 7.0

Cadangan Penambahbaikan Kesimpulan

13 15

1.0

Pendahuluan Era teknologi maklumat dan komunikasi telah mengundang satu cabaran yang amat hebat

kepada pendidik dan pentadbir sekolah di negara ini, khususnya di Sekolah Bestari. Apakah Sekolah Bestari? Sekolah Bestari merupakan satu daripada tujuh aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia (MSC, Multimedia Super Coridor) dan sekolah ini adalah contoh satu perubahan terancang yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Usaha ke arah penyediaan Sekolah Bestari yang merangkumi sumber tenaga manusia, bahan pengajaran dan pembelajaran, prasarana dan sistem pengurusan telah siap dirancang sejak tahun 1997 lagi. Pada tahun 1999, s e b a n y a k 88 buah sekolah telah dikenal pasti untuk menjadi sekolah rintis berkonsepkan Sekolah Bestari sebelum dikembangkan sepenuhnya di sekolah-sekolah lain. Para pelajar di Sekolah Bestari digalakkan berdikari dalam meneroka dengan sendiri bidang ilmu baru yang diminati. Dengan cara ini, pelajar dapat memaksimumkan potensinya ke tahap yang cemerlang. Untuk meningkatkan pembelajaran dalam bidang sains dan teknologi, para pelajar disediakan dengan kemahiran dalam teknologi maklumat dan komunikasi supaya mereka mampu menghadapi cabaran dalam bidang tersebut pada masa depan. Pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Bestari menuntut perubahan budaya pengajaran yang besar. Pembelajaran pemerolehan fakta, berasaskan memori, berpusatkan guru, konteks setempat dan lebih kepada buku teks perlu ditukar kepada budaya pengajaran dan pembelajaran berbudaya kaya ilmu, berfikiran kritis dan kreatif, berpusatkan pelajar, akses kendiri dan terarah kendiri, konteks global serta penggunaan kemudahan teknologi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, di Sekolah Bestari juga budaya pembelajaran yang menumpukan kepada pemikiran yang mendalam dan pembelajaran bermakna diwujudkan. Diharap dengan cara ini, dapat melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis, cekap menjana dan merumuskan idea serta menyelesaikan masalah. Para pelajar perlu menguasai kemahirankemahiran belajar seperti kemahiran mengumpul dan memproses maklumat sebagai asas kepada pemerolehan pengetahuan dalam pelbagai mata pelajaran.
3

Sistem pengurusan sekolah juga turut mengalami perubahan terancang. Satu sistem pengurusan secara elektronik yang dapat mengawal segala aspek pengurusan sekolah telah diperkenalkan. Sistem pengurusan sekolah yang berasaskan teknologi maklumat secara bersepadu bagi melicinkan proses-proses kerja, kolaborasi antara agensi-agensi pusat dengan pihak sekolah dan kemudahan komunikasi dan teknologi maklumat akan membantu pengetua membuat keputusan yang berkesan secara pantas. Ini dapat dicapai dengan adanya kemudahan akses kepada maklumat dan perhubungan dengan pihak-pihak yang boleh membantu (Creamer & Creamer, 1986; dan Nuske, 1993).

2.0

Tujuan Penyelidikan Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mendapatkan makumat tentang persepsi guru

terhadap pelaksanaan Sekolah Bestari di Malaysia. Biarpun Sekolah Bestari telah lama diperkenalkan, tetapi masih ramai guru yang tidak menyedari akan kewujudan sekolah seperti ini. Untuk menjayakan kaji selidik ini saya telah memilih dua puluh orang guru yang terdiri daripada tujuh orang guru lelaki dan tiga belas orang guru perempuan untuk menjawab soalansoalan yang berkaitan dengan Sekolah Bestari bagi mengetahui kefahaman mereka terhadap sekolah-sekolah ini. Berikut adalah senarai nama sekolah dan bilangan guru yang terlibat dalam soal selidik ini.

Nama sekolah dan bilangan guru yang terlibat dalam kajian soal selidik BIL SEKOLAH BILANGAN GURU TERLIBAT 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 SK Lereh SK Perempuan Methodist 2 SK Klebang Besar SJKC Ek Tee SJK Tangga Batu SMK Malim SK Cheng SK Krubong SK Taman Bukit Rambai SK Pulau Sebang SK Kampung Bandar Tun Razak SK Ayer Keroh SK Tengkera 2 6 1 1 2 1 2 1 1 1 1 1 1 1

3.0

Kaedah Kajian Kajian persepsi ini menggunakan satu instrumen sahaja iaitu dengan menggunakan

borang kaji selidik. Satu set borang kaji selidik diberikan kepada guru-guru secara rawak dari beberapa buah sekolah dan tidak memerlukan keseimbangan jantina. Penilaian dibuat secara kuantitatif. Data kuantitatif yang diperoleh akan dianalisis secara peratusan. Soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C. Bahagian A merupakan maklumat diri responden , bahagian B mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan konsep, matlamat, objektif dan peranan , pedagogi, kemahiran dan hasil guna tenaga yang dapat dilahirkan dari Sekolah Bestari manakala bahagian C pula mengandungi cadangan responden terhadap pelaksanaan Sekolah Bestari. Soal selidik menggunakan skala likert dipilih kerana Skala Likert menurut Djaali (2008) ialah skala yang dapat dipergunakan untuk mengukur sikap, pendapat, dan persepsi seseorang
5

atau sekelompok orang tentang suatu gejala atau fenomena pendidikan. Skala Likert adalah suatu skalapsikometrik yang umum digunakan dalam kuesioner, dan merupakan skala yang paling banyak digunakan dalam riset berupa survei. Nama skala ini diambil daripada nama Rensis Likert. Rensis Likert telah menerbitkan suatu laporan yang menjelaskan tenteng penggunaan skala Likert. Sewaktu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam skala Likert, responden memilih salah satu dari pilihan yang tersedia . Pilihan yang diberi menentukan tingkat persetujuan mereka terhadap suatu pernyataan. Bentuk jawapan skala Likert terdiri daripada sangat setuju, setuju, ragu-ragu, tidak setuju, dan sangat tidak setuju. Dalam kajian ini saya menyediakan skala seperti berikut : a. sangat tidak tahu b. tidak tahu c. ragu-ragu d. tahu e. sangat tahu -(1) -(2) -(3) -(4) -(5)

Dalam pembinaan item soalan, saya bahagikan kepada lima bahagian dengan setiap bahagian mengandungi lima persoalan. Bahagian-bahagian tersebut ialah : a. konsep Sekolah Bestari b. objektif dan peranan sekolah bestari c. pedagogi sekolah bestari d. kemahiran sekolah bestari e. hasil guna tenaga yang dapat dilahirkan oleh sekolah bestari

4.0

Definisi dan Konsep Sekolah Bestari Menurut EB. Fishe ( 1991) Sekolah Bestari boleh didefinisikan sebagai sekolah berwajah

baru yang terdapat cara-cara baru dalam mengurus sistem persekolahan, pentadbiran sekolah, pengurusan bilik darjah, pengurusan masa dan penilaian pelajarnya. D. Perkins (1992) pula menyatakan bahawa Sekolah Bestari sebagai sekolah yang thinking centerd dan learning centered.
6

Menurut tafsiran Kementerian Pelajaran Malaysia pula, Sekolah Bestari di Malaysia merupakan institusi pembelajaran yang telah direka semula secara sistematik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk menyediakan para pelajar kepada zaman maklumat (Ministry of Education Malaysia, 1997). Konsep sekolah bestari di Malaysia adalah berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif. Projek Sekolah Bestari yang dirancang merupakan satu daripada Aplikasi Koridor Raya Multimedia. Oleh sebab itu teknologi menjadi komponen penting dalam pelaksanaannya. Sekolah Bestari mendorong murid mengamalkan pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri serta mengikut kadar pembelajaran kendiri. Kemahiran generik yang diamalkan membolehkan pelajar mendapatkan, menganalisis, mentafsir, mensintesis dan menyebar maklumat dengan lebih cekap. Dari segi pengurusan pentadbiran, semuanya dikomputerkan secara berpusat. Ini akan menjadikan pengurusan lebih cekap. Semua pihak akan terlibat dalam perkara yang berkaitan dengan peningkatan profesionalisme dan pengurusan sekolah serta pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuklah ibu bapa , sekolah dan pihak yang berkepentingan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran pula, pendekatan pembelajaran yang sesuai digunakan untuk memastikan perkembangan generik pelajar. Antaranya ialah ; a. Pembelajaran berpusatkan pelajar b. Pembelajaran bersifat individu c. Pembelajaran masteri d. Pembelajaran kadar kendiri e. Pembelajaran akses kendiri f. Pembelajaran terarah kendiri g.Pembelajaran berfikrah
7

h. Pembelajaran berbantukan teknologi i. Pembelajaran berasaskan otak j. Pembelajaran berasaskan projek Ciri-ciri pedagogi Sekolah Bestari pula, boleh dilihat menerusi pembelajaran melalui pengalaman. Aktiviti yang dijalankan lebih berpusatkan murid. Seterusnya, guru perlu menggalakkan penglibatan secara aktif daripada para pelajar. Disamping itu ia bersifat kolaboratif di mana setiap maklumat yang diperolehi dikongsi bersama. Kurikulum di Sekolah Bestari bersifat fleksibel. Kurikulumnya turut merangkumi pelbagai disiplin ilmu, bertema dan merentasi setiap bidang pembelajaran. Selain itu ia turut mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam setiap bidang ilmu. Elemen bahasa, pemupukan akhlak dan nilai murni pula pula bersifat merentas kurikulum. Bidang ilmu yang disampaikan di Sekolah Bestari bersifat futuristik iaitu menyediakan pelajar untuk menghadapi masa depan. Oleh sebab itu ia berorientasikan praktis dan berasaskan proses. Penilaian dan pentaksiran di Sekolah Bestari pula berbentuk tidak formal, berterusan dan berfungsi sebagai pelengkap kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Fokus pentaksiran ialah untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan perkembangan pelajar untuk memudahkan tindakan susulan. Pelbagai alat pentaksiran dan bentuk soalan digunakan berdasarkan tujuan pentaksiran dan objektif matapelajaran diajarkan. Prestasi pelajar dilaporkan menerusi kriteria yang menerangkan tahap pencapaian pelajar dimana tumpuan pentaksiran ialah elemen yang ingin dibentuk dalam diri pelajar menerusi hasrat dan kandungan kurikulum.

5.0

Dapatan dan Perbincangan Daripada Kajian STT sangat tidak tahu T tahu TT tidak tahu ST sangat tahu RR ragu-ragu

5.1

Kesedaran Guru Terhadap Konsep Sekolah Bestari Sejauh mana pengetahuan anda terhadap Konsep sekolah bestari

Item

Huraian

STT

TT

RR

ST

B1(a) Sekolah tempat murid belajar mengikut kadar kendiri, akses kendiri serta terarah kendiri. B1(b) Sekolah untuk semua jenis murid iaitu rendah dan menengah. B1(c) Sekolah yang mengoptimumkan teknologi pendidikan. B1(d) Sekolah yang berkeupayaan kendiri untuk membestarikan sumber manusia. B1(e) Sekolah yang gurunya berperanan sebagai pembimbing di sisi dan bukan pendeta di pentas. JUMLAH DALAM PERATUS

2 10% 10 50% -

8 40% 5 25% -

10 50% 5 25% 20 100 % 6 30%

3 15%

1 5%

10 20%

15 75% 38

5 25% 46

13

Dapatan daripada kajian mengenai kesedaran guru terhadap aspek konsep Sekolah Bestari mendapati 46% guru sangat tahu tentang konsep Sekolah Bestari. 38% tahu, 13% raguragu, dan 3% lagi tidak tahu. 50% guru sangat tahu bahawa Sekolah Bestari merupakan tempat murid belajar mengikut kadar kendiri, akses kendiri serta terarah kendiri .Ini menunjukkan bahawa kebanyakan guru tahu dan faham tentang konsep Sekolah Bestari yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran. Semua guru ( 100% ) yang terlibat dalam kajian ini sedar bahawa Sekolah Bestari merupakan institusi yang menjadikan penggunaan pelbagai teknologi terkini dalam pelbagai aspek pengurusan sekolah.Namun demikian terdapat segelintir guru yang tidak mengambil
9

perhatian terhadap perkara ini. Hal ini mungkin disebabkan sekolah mereka tidak terlibat dalam projek Sekolah Bestari yang diperkenalkan. Sebanyak 15 oarang guru ( 75%), tahu bahawa di Sekolah Bestari guru bertindank sebagai pembimbing yang perlu sentiasa berada di sisi murid dan bukannya pendeta di pentas. Maknanya guru-guru sedar bahawa di Sekolah Bestari guru tidak boleh menggunakan pendekatan ceramah secara terus menerus dalam proses Pengajaran dan pembelajaran.

5.2

Kesedaran Guru Terhadap Objektif dan Peranan Sekolah Bestari Sejauh mana pengetahuan anda terhadap Objektif dan peranan Sekolah Bestari.

Item

Huraian

STT -

TT -

RR -

T -

ST 20 100% 20 100% 20 100% 18 90% 78

B2(a) Membangunkan intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar . B2(b) Mewujudkan peluang bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan individu menerusi peningkatan komunikasi menerusi ICT. B2(c) Mendemokrasikan pendidikan dengan memberi peluang belajar kepada semua murid. B2(d) Menghadkan penglibatan pihak berkepentingan. B2(e) Menghasilkan tenaga kerja yang berfikir dan celik teknologi dengan mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. JUMLAH DALAM PERATUS

6 30% -

2 10% -

12 60% 2 10% 14

Mengenai objektif dan peranan Sekolah Bestari pula, keseluruhannya 78% memilih sangat tahu, 14% memilih tahu, 2% memilih ragu-ragu dan 6% memilih tidak tahu. Item B2(d) merupakan penyataan berbentuk negatif. Terdapat 12 orang guru(60%) , setuju bahawa pihakpihak yang berkepentingan dihadkan penglibatan mereka dalam pelaksanaan Sekolah Bestari. Keadaan ini mungkin disebabkan mereka keliru dengan penyataan yang disediakan atau menunjukkan bahawa ramai guru tidak sedar tentang peranan yang dimainkan oleh pihak-pihak swasta terutamanya, terhadap perlaksanaan Sekolah Bestari. Didapati juga, 100 % guru memilih sangat tahu bagi item B2(a, b, dan c) .Peratusan yang tinggi terhadap objektif dan peranan Sekolah Bestari memberi gambaran bahawa kebanyakan guru faham tentang matlamat penubuhan sekolah Bestari

10

5.3

Kesedaran Guru Terhadap Pedagogi Sekolah Bestari Sejauh mana pengetahuan anda terhadap Pedagogi Sekolah Bestari

Item

Huraian

STT -

TT -

RR 4 20% 15 75% -

T 12 60% 3 15% 7 35% 6 30% 3 15% 31

ST 4 20% 2 10% 13 65% 4 20% 2 10% 25

B3(a) Konsep pembelajaran yang berteraskan teoriteori pembelajaran masa kini menjadi komponen teras dalam pedagogi bestari. B3(b) Terdapat lima elemen bestari dalam kemahiran generik. B3(c) Antara ciri-ciri pelajar dalam Pedagogi Bestari ialah memiliki kecerdasan verbal linguistik. B3(d) Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran bestari, pembelajaran melalui pemerhatian dan meniru perlakuan seorang guru atau model sangat digalakkan. B3(e) Terdapat enam jenis pendekatan yang digunakan dalam pengurusan pembelajaran bestari. JUMLAH DALAM PERATUS

2 10% -

5 25% -

3 15% 15 75% 37

Pedagogi merupakan kaedah pengajaran yang diamalkan di Sekolah Bestari. Sebanyak 25% guru sangat tahu tentang pedagogi yang diamalkan di Sekolah Bestari. Ini adalah kerana seorang daripada responden merupakan guru yang bertugas di Sekolah Bestari iaitu SK Pulau Sebang. 31% guru lagi menyatakan tahu, 37% guru memilih ragu-ragu, 5% guru tidak tahu dan 2% guru sangat tidak tahu. Dapatan yang hampir seimbang antara guru yang tahu dengan yang ragu-ragu dan tidak tahu menunjukkan bahawa masih ramai guru yang tidak sedar tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sepatutnya dilaksanakan di sekolah Bestari. Selain seorang guru yang bertugas di Sekolah Bestari selebihnya hanya mengetahui tentang Sekolah Bestari melalui pembacaan dan perbualan bersama rakan-rakan.

11

5.4

Kesedaran Guru Terhadap Kemahiran di Sekolah Bestari Sejauh mana pengetahuan anda terhadap kemahiran yang diaplikasikan di Sekolah Bestari .

Item

Huraian

STT -

TT -

RR -

T -

ST

B4(a) Sebagai fasilitator guru perlu menyediakan segala rancangan P & P yang sistematik dengan sumber yang mencukupi, menarik dan mencabar. B4(b) Mengumpul maklumat merupakan salah satu kemahiran belajar dalam pembelajaran bestari. B4(c) Antara kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ialah menilai serta membuat kesimpulan. B4(d) Kemahiran menilai dalam P&P bestari antaranya ialah akses kendiri. B4(e) Kemahiran ICT dalam pembelajaran bestari memerlukan murid membuat persembahan menggunakan power point. JUMLAH DALAM PERATUS

20 100% 16 4 80% 20% 19 1 95% 5% 3 15% 17 85% 3 15% 1 5%

4 20% -

10 50% 2 10%

12

55

29

Kajian dalam aspek ini mendapati sebanyak 29% guru memilih sangat tahu tentang kemahiran yang digunakan di Sekolah Bestari . 18% tahu, 10% ragu-ragu, manakala 4% tidak tahu. Sebanyak ( 50% ) ragu-ragu tentang kaedah penilaian yang dilaksanakan di Sekolah Bestari. Ini memberi gambaran bahawa masih ramai yang kabur tentang kaedah penilaian yang diperkenalkan. Semua guru yang disoal iaitu 100% sangat mengetahui bahawa guru di Sekolah Bestari bertindak sebagai fasilitator yang perlu menyediakan segala rancangan P & P yang sistematik dengan sumber yang mencukupi, menarik dan mencabar. Sangat sedikit guru yang mengetahui kaedah penilaian di Sekolah Bestari iaitu seramai 6 orang ( 30%). Dalam item B4, 19 orang guru ( 95% ) mengetahui bahawa menilai dan membuat kesimpulan termasuk dalam kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif .

12

5.5

Hasil guna tenaga yang diharap dapat dilahirkan dari Sekolah Bestari. Sejauh mana pengetahuan anda tentang hasil guna tenaga yang diharap dapat dilahirkan dari Sekolah Bestari.

Item Huraian B5(a) Generasi baru yang menguasai sekurangkurangnya tiga bahasa. B5(b) Tenaga kerja yang celik IT. B5(c) Melahirkan tenaga kerja yang memiliki tahap kecerdasan dan kemahiran yang tinggi. B5(d) Mengutamakan modal insan yang cemerlang dalam akademik . B5(e) Melahirkan generasi yang mengamalkan semangat kerja berpasukan. JUMLAH DALAM PERATUS

STT -

TT 4 20% 6 30% -

RR 5 25% -

T 6 30% -

ST 5 25% 20 100% 20 100% 2 12 10% 60% 20 100% 8 77

10

Dalam aspek ini pula, sebanyak 77% guru memilih sangat tahu tentang hasil guna tenaga yang diharapkan dapat dihasilkan daripada Sekolah Bestari. 8% guru memilih tahu, 5% masih ragu-ragu dan 10 % guru tidak tahu. Hanya 5 orang guru ( 25% ) sangat tahu tentang matlamat untuk melahirkan generasi baru yang menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa. Bagi item B5(b, c, e ) pula 100% guru menyatakan sangat tahu tentang jenis tenaga kerja yang bakal dilahirkan oleh Sekolah Bestari iaitu tenaga kerja yang celik IT, berkemahiran tinggi dan mengamalkan semangat kerja berpasukan. Terdapat juga guru yang tidak tahu bahawa Sekolah Bestari mengutamakan modal insan yang cemerlang dalam akademik iaitu seramai 6 orang ( 30 % ). Hanya 2 orang, (10%) memilih tahu dan 12 orang ( 60 %) memilih sangat tahu.

6.0

Cadangan Penambahbaikan. Lanjutan daripada kaji selidik yang dilaksanakan, para responden yang terlibat telah

mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil untuk memastikan projek Sekolah Bestari yang diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran ini mencapai matlamatnya. Responden mencadangkan supaya sebaran maklumat tentang penubuhan Sekolah Bestari perlu diperluaskan

13

dan tidak terhad kepada sekolah yang terpilih sahaja. Guru-guru sedar tentang kewujudan Sekolah Bestari , tetapi sangat sedikit yang mengetahui pelaksanaannya diperingkat sekolah. Selain itu, dalam proses pengintegrasian teknologi maklumat di sekolah, memerlukan setiap sekolah dilengkapi dengan kemudahan yang secukupnya. Setiap sekolah memiliki sekurang0kurangnya satu makmal komputer. Ini tidak mencukupi untuk menampung penggunaan setiap kelas. Guru-guru sering berebut untuk menggunakan kemudahan makmal dan juga bilik tayang. Akibatnya penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran hanya dapat digunakan sekali dalam seminggu. Bagi menambah kemahiran dalam penggunaan ICT, guru-guru perlu diberi latihan secara berkala untuk meningkatkan kemahiran seiring dengan perkembangan teknologi. Latihan daripada tenaga yang benar-benar mahir membolehkan guru menguasai sepenuhnya setiap program atau perisian yang dibekalkan oleh kementerian. Latihan dalaman di sekolah yang diberikan oleh wakil-wakil guru yang mengikuti kursus khas tidak mencukupi sebaliknya sering berlaku kecairan maklumat. Oleh sebab itu,kurikulum latihan dalam perkhidmatan perlu dinilai semula supaya kandungan kursus yang dijalankan berkait rapat dengan pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Tidak terkecuali, pihak kementerian perlu sentiasa menambah baik kualiti perisian teknologi maklumat yang dibekalkan ke sekolah- sekolah. Menurut kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap keberkesanan penggunaan perisian komputer mendapati para pelajar berasa bosan dengan sesetengah perisian. Mereka lebih suka guru mengajar seperti biasa kerana dengan cara itu guru-guru akan lebih banyak bergerak. Berbanding apabila menggunakan perisian, guru-guru akan lebih banyak terpaku di hadapan computer sahaja. Disamping itu, pihak pengurusan sekolah perlu memainkan peranan yang serius dalam memastikan setiap perisian komputer yang dibekalkan oleh kementerian digunakan secara maksima. Sebaik-baiknya pihak kementerian melantik seorang juruteknik komputer di setiap sekolah seperti yang terdapat di Sekolah Bestari. Hal ini perlu kerana tidak ramai guru yang mahir dalam mengendalikan perkakasan ICT terutama apabila mengalami kerosakan.

14

7.0

Kesimpulan Kesimpulan yang dapat dibuat daripada kajian ini ialah, kebanyakan guru sedar tentang

wujudnya program Sekolah Bestari ini. Namun disebabkan tidak semua sekolah terpilih untuk menjayakan program ini maka dalam kalangan guru terdapat sebahagian yang tidak mengambil tahu tentang perkara-perkara yang menjadi asas di Sekolah Bestari. Pembangunan program Sekolah Bestari memerlukan pemantauan yang konsisten untuk memastikan objektif penubuhan sekolah jenis ini mencapai matlamatnya. Pemantauan yang dilakukan haruslah merangkumi pelbagai pihak yang berkepentingan daripada murid, guru, pihak pengurusan perisian yang digunakan dan sebagainya. Sebagai individu yang bergelar pendidik, setiap guru harus memainkan peranan proaktif dalam perkara yang melibatkan pendidikan. Walaupun sesuatu program yang diperkenalkan oleh kementerian tidak melibatkan institusi di mana kita sedang bertugas, tetapi sikap ambil tahu perlu ada dalam kalangan guru. Ini bagi memastikan kita tidak tercicir daripada arus pemodenan dunia pendidikan khususnya. Sementelah perkembangan dunia sains dan teknologi masa kini berlaku dengan sangat pesat, seharusnya seorang guru itu berada beberapa tapak ke hadapan berbanding murid-muridnya supaya tidak dianggap ketinggalan.

15

LAMPIRAN

BAHAGIAN A

Sila tandakan ( / ) di petak yang berkenaan.

A1 A2

Nama sekolah Alamat sekolah

: ______________________________________________ : ______________________________________________ ______________________________________________

A3

Lokasi sekolah Bandar

: Luar bandar

A4

Jenis sekolah Sekolah Kebangsaan Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Sekolah Jenis Kebangsaan ( T ) Sekolah Menengah Kebangsaan

A5

Gred sekolah Gred A Gred B Gred C

A6

Jantina Lelaki Perempuan

16

A7

Kelulusan Akademik Sijil Pelajaran Malaysia Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Diploma Ijazah

A8

Bilangan tahun dalam perkhidmatan perguruan 0 5 tahun 6 10 tahun 11 -15 tahun 16 20 tahun 21 25 tahun Lebih daripada 25 tahun

17

BAHAGIAN B Sila bulatkan respons anda mengikut skala berikut. 1 Sangat tidak setuju 2 Tidak setuju 3 Tidak Pasti 4 Setuju 5 Sangat setuju

B1

Konsep Sekolah Bestari Sekolah Bestari mengikut acuan Malaysia ialah : B1(a) Sekolah tempat murid belajar mengikut kadar kendiri, akses kendiri serta terarah kendiri. B1(b) Sekolah untuk semua jenis murid iaitu rendah dan menengah. B1(c) Sekolah yang mengoptimumkan teknologi pendidikan. B1(d) Sekolah yang berkeupayaan kendiri untuk membestarikan sumber manusia. B1(e) Sekolah yang gurunya berperanan sebagai pembimbing di sisi dan bukan pendeta di pentas. 1 2 3 4 5

B2

Objektif dan Peranan Sekolah Bestari Objektif utama penubuhan sekolah bestari adalah untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Nyatakan pandangan anda menggunakan skala likert yang diberi tentang penyataan yang disenaraikan dalam jadual. Matlamat penubuhan Sekolah Bestari adalah untuk : B2(a) Membangunkan intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar . B2(b) Mewujudkan peluang bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan individu menerusi peningkatan komunikasi menerusi ICT. B2(c) Mendemokrasikan pendidikan dengan memberi peluang belajar kepada semua murid. 1 2 3 4 5

18

B2(d) Menghadkan penglibatan pihak berkepentingan. 1 B2(e) Menghasilkan tenaga kerja yang berfikir dan celik teknologi dengan mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. 1 2 2 3 3 4 4 5 5

B3

Pedagogi Sekolah Bestari B3(a) Konsep pembelajaran yang berteraskan teori-teori pembelajaran masa kini menjadi komponen teras dalam pedagogi bestari. B3(b) Terdapat lima elemen bestari dalam kemahiran generik. B3(c) Antara ciri-ciri pelajar dalam Pedagogi Bestari ialah memiliki kecerdasan verbal linguistik. B3(d) Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran bestari, pembelajaran melalui pemerhatian dan meniru perlakuan seorang guru atau model sangat digalakkan. B3(e) Terdapat enam jenis pendekatan yang digunakan dalam pengurusan pembelajaran bestari. 1 2 3 4 5

1 1 1

2 2 2

3 3 3

4 4 4

5 5 5

B4

Kemahiran di Sekolah Bestari B4(a) Sebagai fasilitator guru perlu menyediakan segala rancangan P & P yang sistematik dengan sumber yang mencukupi, menarik dan mencabar. B4(b) Mengumpul maklumat merupakan salah satu kemahiran belajar dalam pembelajaran bestari. B4(c) Antara kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ialah menilai serta membuat kesimpulan. B4(d) Kemahiran menilai dalam P&P bestari antaranya ialah akses kendiri. B4(e) Kemahiran ICT dalam pembelajaran bestari memerlukan murid membuat persembahan menggunakan power point. 1 2 3 4 5

1 1 1 1

2 2 2 2

3 3 3 3

4 4 4 4

5 5 5 5

19

B5

Hasil guna tenaga yang diharap dapat dilahirkan dari Sekolah Bestari. B5(a) Generasi baru yang menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa. B5(b) Tenaga kerja yang celik IT. 1 B5(c) Melahirkan tenaga kerja yang memiliki tahap kecerdasan dan kemahiran yang tinggi. B5(d) Mengutamakan modal insan yang cemerlang dalam akademik . B5(e) Melahirkan generasi yang mengamalkan semangat kerja berpasukan. 1 1 1 2 2 2 2 3 3 3 3 4 4 4 4 5 5 5 5 1 2 3 4 5

Apakah cadangan anda untuk menjayakan perlaksanaan Sekolah Bestari. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

20

RUJUKAN

1.

Dr. Adenan Ayob, Mohd Rain Shaari, danTuan Jah Tuan Yusof ( 2012). HBML2203 Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu, Selangor: OUM Asmelinda Ismail, Bahariatulaini Badri, dan Faizatu Amla (2001). Pelaksanaan Sistem Penilaian Bestari Satu Tinjauan ke Atas Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Temenggung Ibrahim dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Penggawa Barat. Batu Pahat: Universiti Teknologi Tun Hussien Onn. Razali b Hj Yu ( 1999 ). Persepsi Pelajar Sekolah Bestari Tentang Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Sarawak: Institut Perguruan Batu Lintang.

2.

3.

Rujukan Internet:
1. Pembestarian Sekolah ,Portal Rasmi Pusat Kegiatan Guru Seri Manjung http://btpn perak.moe.edu.my/pkgserimanjung/index.php?option=com content&view=article&id=14&Itemid=22 2. Sekolah Bestari

http://malaysiakita.tripod.com/bestari.html 3. Mohamad Ruzi, 17 Ogos ( 2008 ) Konsep Sekolah Bestari, http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/180-jenis-jenis/6051sekolah-bestari.html Anis, 4 Disember (2010), Macam-Macam Skala, http://blog.unsri.ac.id/anis/welcome/macam-macam-skala/mrdetail/17732

4.

21