Anda di halaman 1dari 4

Bahan Aluminium

1. Bahan logam bukan ferus yang diperoleh daripada bahan galian bauksit. 2. Ringan dan mudah dibentuk. 3. Pengalir elektrik dan haba yang baik. 4. Digunakan untuk menghasilkan barang perhiasan, peralatan rumah, kabel elektrik dan bahan binaan. 5. Tahan karat.

Kekuatan 1. Ringan dan mudah 2. dibentuk 3. Tidak berkarat 4. Mudah dipotong Kelemahan 1. Tidak dapat dipateri menggunakan pemateri logam.

Keluli Lembut
1. Sejenis bahan logam ferus yang dibuat daripada campuran besi dan karbon. 2. Mudah dibentuk dan dipotong. 3. Pelbagai bentuk serta ketebalan seperti kepingan, dawai, batang dan bentuk L. 4. Sesuai digunakan untuk membuat paku, skru, jeriji pintu dan pelbagai.

Kekuatan 1. Dapat dipateri menggunakan pemateri logam. 2. Pelbagai bentuk, tebal dan panjang Kelemahan 1. Mudah berkarat jika tidak disapu cat licau.

PVC (Polyvinyl Chloride)


1. Diperoleh dalam bentuk paip. 2. Sejenis bahan yang ringan, tahan karat dan mudah dikendalikan. 3. Disambungkan dengan menggunakan simen pelarut atau glu PVC. 4. Digunakan untuk membuat paip air, perabot dan lain-lain.

Kekuatan 1. Tidak berkarat. 2. Ringan dan mudah dikendalikan. 3. Mudah disambungkan dengan menggunakan soket dan simen pelarut. Kelemahan 1. Tidak tahan kepanasan.

Perspek
1. Kepingan plastik yang keras dan terdapat dalam pelbagai warna dan ketebalan. 2. Digunakan untuk membuat bentuk model atau prototaip bagi sesuatu produk. 3. Untuk membuat papan tanda dan plat kenderaan. 4. Dipotong menggunakan pisau pemotong perspek.

Kekuatan 1. Permukaan licin dan berkilat 2. Pelbagai warna yang menarik. 3. Perspek lutsinar boleh diwarnakan menggunakan cat semburan. Kelemahan 1. Permukaan mudah tercalar. 2. Keras dan mudah pecah semasa pemotongan. 3. Sukar dibentuk dan dibengkokkan 4. Perlu alat khas untuk memotong dan mencantum.