Anda di halaman 1dari 6

Tun Abdul Razak Beliau sampai ke puncak karier politiknya apabila terpaksa mengambil alih pemerintahan negara dalam

keadaan darurat, menjadi Pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), menggantung Parlimen, mengharamkan perbincangan isu sensitif dan menerapkan kesetiaan rakyat melalui Rukun Negara. Beliau mengambil tanggungjawab memulihkan semangat dan keyakinan bangsa yang mulai pudar akibat tragedi hitam 13 Mei 1969 dengan Dasar Ekonomi Baru, mengembalikan demokrasi berparlimen dan menambah bilangan ahli parti dan menjana perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional dan kestabilan politik melalui penubuhan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 bagi menggantikan Parti Perikatan. Sesingkat usianya, beliau berjaya membawa negara kembali ke landasan demokrasi dan muncul dari celah-celah permasalah itu sebagai Perdana Menteri Malaysia Kedua menggantikan Tunku Abdul Rahman Putra pada 22 September 1971. Di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak, negara tidak sahaja memperlihatkan dasar ekonomi dan sosial yang radikal dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru berikutan peristiwa 13 Mei 1969 tetapi juga dasar luar Malaysia yang progresif, keluar dari bayangan pro-Barat, bebas dan berkecuali. Walaupun mengekalkan dasar antikomunis dan anti sosialis dalam negeri, tetapi tetap mengekalkan hubungan baik dengan Barat di samping menjalinkan hubungan dengan persahabatan dengan negara-negara komunis dan sosialis selain mendekati negara-negara Islam di Asia Barat dan lain-lain negara Dunia Ketiga. Dalam kemelut menangani ancaman pengganas komunis, Tun Abdul Razak berkesempatan melangkahkan kakinya ke Republik Rakyat China sebagai pemimpin Asia Tenggara yang pertama merintis hubungan diplomatik dengan negara komunis itu pada Mei 1974. Tun Abdul Razak dengan kebijaksanaan diplomasi dan dasar luar negaranya menjadikan suara Malaysia didengari oleh kuasa-kuasa besar dunia sehingga di peringkat antarabangsa. Terlalu banyak yang boleh diperkatakan mengenai sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan oleh Tun Abdul Razak terhadap pembangunan sosioekonomi dan sosiopolitik negara, setanding dengan gelaran Bapa Pembangunan yang diberikan kepada beliau. Hakikatnya segala nikmat kemajuan yang dikecapi hari ini adalah hasil daripada denyut pembangunan yang telah dirintis oleh beliau. Tanpa usaha membangunkan kawasan luar bandar, tanpa kemudahan infrastruktur yang dibina untuk kemudahan rakyat, tanpa badanbadan yang dibangunkan untuk memacu pembangunan negara seperti Felda, Felcra, Pertubuhan Peladang, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Dasar Ekonomi Baru

(DEB), Perbadanan Nasional (PERNAS), Syarikat Penerbangan Malasyai (MAS), Petrolium Nasional (PETRONAS), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Institut Teknologi MARA (ITM) yang kemudiannya dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM), Bank Bumiputera dan tanpa MAGERAN dan Rukun Negara, maka tidak akan ada kekuatan ilmu dan profesionalisme yang dapat menegakkan perpaduan, kestabilan, keyakinan diri dan daya saing yang mampu membina maruah negara.

Tun hussein Onn Tun Hussein telah meneruskan dasar-dasar kepimpinan Tun Abdul Razak yang merupakan teras kepada pembangunan negara. Malah bagi mengukuhkan dasar terdahulu, beliau telah melancarkan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dalam tahun 1981 yang bertujuan meningkatkan ekuiti bumiputera untuk menikmati kemakmuran ekonomi negara selaras dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Di samping itu, beliau telah melancarkan Rukun Tetangga, Lembaga Perpaduan Negara, Koperasi Usaha Bersatu, Rancangan Malaysia Ketiga termasuk menghadapi ancaman dadah dengan merasmikan PEMADAM dan anasir komunis dengan mengukuhkan angkatan bersenjata sebagai benteng kedaulatan negara. Tun Hussein memiliki personaliti cermat, teliti dan berdisiplin telah berjaya memainkan peranan yang signifikan dalam menangani masalah yang mengancam keselamatan negara. Beliau tidak akan bertolak ansur terhadap unsur-unsur yang mengancam keamanan, keharmonian dan kestabilan atau dengan kata lain keamanan negara digugat oleh anasir-anasir subversif. Malah perwatakan yang sederhana yang disulam dengan pendekatan yang tegas telah memperlihatkan keikhlasan beliau memperjuangkan perpaduan di Malaysia. Gelaran Bapa Perpaduan sangatlah sesuai seperti mana akronim huruf pangkal nama beliau, HUSSEIN yang menjelaskan ciri-ciri perpaduan yang hendak dicapai dalam sebuah masyarakat majmuk di Malaysia. Akronim di bawah menjelaskan ciri-ciri tersebut; H U S S E Harmony Unity Security Survival Efficiency

Integrity

N National Tun Hussein telah meninggalkan jasa yang menjadi teras dalam pentadbiran Perdana Menteri selepas beliau yang menekankan nilai amanah, bersih, integriti dan lain-lain ke arah masa depan yang cemerlang.

Tun Dr Mahathir Mohammad Wawasan 2020 Harapan Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad adalah menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Wawasan 2020 adalah satu penyataan cita-cita. Bagaikan seorang artis, Tun Dr Mahathir bin Mohamad menampilkan satu falsafah yang murni yang kemudiannya disusuli dengan perlaksanaan yang berterusan. Matlamatnya ialah pembangunan yang berwajahkan kemanusiaan dengan persekitaran yang seimbang. Memberkenalkan pelbagai Slogan, Dasar dan Konsep baru Dasar Pandang Ketimur Dasar Penerapan nilai-nilai Islam Dasar Kependudukan 70 juta Wawasan 2020 Slogan "Bersih, Cekap dan Amanah". Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bin Mohamad tidak pernah letih memperkenalkan perubahan. Langkah awalnya setelah menjadi Perdana Menteri ialah memperkemaskan jentera kerajaan dengan menggerakkan kempen 'Bersih - Cekap - Amanah' dan 'Kepimpinan melalui teladan' ke arah menerap nilai kebertanggungjawaban dan etika murni dikalangan kakitangan awam khususnya dan masyarakat amnya. Beliau juga memperkenalkan penggunaan 'kad perakam waktu' dan pemakaian tanda nama kepada kakitangan kerajaan

Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga menampilkan 'Dasar Kependudukan 70 juta' ke arah menjadikan Malaysia mempunyai pasaran dalam negara yang mampu menyokong pengeluarannya. Dasar pandang Ke Timur Beliau tidak gentar dengan kontroversi dan pernah menggemparkan hubungan baik diplomatik Malaysia British dengan mengamalkan dasar 'Buy British Lasts" sebagai satu tindak balas di atas sikap London yang mendiskriminasikan kepentingan Malaysia Beliau kemudiannya memperkenalkan 'Dasar Pandang Ke Timur' dengan menjadikan budaya kerja masyarakat Jepun dan Korea sebagai suatu yang harus diteladani oleh rakyat demi meningkatkan produktiviti serta menyemai etika kerja professional. Dasar Penswastaan Antara elemen penting dalam Dasar Pandang Ketimur ialah melihat bagaimana Negara Jepun dan Korea boleh menjadi sebuah negara maju dan menjadi pemimpin dalam beberapa jenis industri dunia. Program penswastaan mula diketengahkannya pada tahun 1983 sebagai satu usaha melihat penting peranan swasta. Beliau juga melihat beberapa sektor dalam kerajaan perlu diswasta agar dapat diuruskan secara profesional dan menguntungkan serta dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam menjana projek-projek pembangunan. Pengswastaan terhadap entiti kerajan juga digerakkan agar organisasi yang diswastakan lebih cekap. Pengswastaan melibatkan pemindahan kuasa kawalan, kepentingan ekuti dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. Penswastaan terhadap industri perkhidmatan juga diperkenalkan demi mempertingkatkan mutu khidmat kemudahan awam supaya lebih selesa. Sealiran dengan dasar itu beliau menampilkan 'Dasar PengsyarikatanMalaysia yang bertujuan menjana kerjasama antara sektor awam dan swasta agar kedua-duanya bekerja sebagai rakan kongsi dalam pembangunan. Dalam memperhebatkan eksport negara, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Sogossosha Malaysia yang diceduk dari versi Jepun yang bertujuan menjadikan syarikat-syarikat Malaysia berdaya saing di peringkat antarabangsa dengan penyatuan sumber dalam usaha meluaskan pasaran produk Malaysia Dalam usaha ke arah membina negara maju proses industrialisasi adalah sesuatu yang wajib. Sehubungan itu beliau telah melancarkan 'Dasar Perindustrian Negara' yang bertujuan mengorentasikan kegiatan ekonomi Malaysia kepada eksport barangan industri demi

mengurangkan pergantungan ekonomi terhadap komoditi dan seterusnya mempertingkatkan teknologi negara melalui pemindahan teknologi. Melalui dasar ini HICOM, Perwaja dan beberapa kilang berkapasiti tinggi telah diwujudkan. Penggerak Industri Permotoran Malaysia Dr. Mahathir mahu Malaysia terlibat dalam industri permotoran agar rakyat negara ini dapat menguasai teknologi dan kekayaan yang ada dalam industri ini. Hasil dasar ini maka lahirkan kereta nasional 'Proton Saga'. Sejak itu Malaysia menjadi pemain yang aktif dalam industri otomobil dengan mengeluarkan van 'Rusa' dan motosikal 'Kriss' dan menjadi pengeksport kereta yang berdaya maju. Malaysia juga adalah hub pemasangan beberapa jenama kereta terkenal bagi rantau Asia Tenggara Tidak cukup dengan dengan membuat kereta, beliau juga menggerakkan projek litar Formula 1 yang bakal menjadikan Malaysia salah satu destinasi grand prix dunia Negara juga menaja pasukan formula 1 Stewart. Pada tahun 1993 Malaysia terlibat dalam bidang pengeluaran pesawat terbang ringan 'Eagles X-TS'. Belum sempat rakyat mengejar teknologi negara di jalan raya, beliau telah membawa negara ke angkasa lepas. Beliau mengasaskan Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas dan impiannya terserlah dengan terbinanya Planetarium Negara yang dilancarkan pada tahun 1994. Sehubungan itu beliau telah mengilhamkan agar Malaysia mempunyai satelitnya sendiri. Ini menjadi kenyataan apabila tirai tahun 1995 ditutup dengan pelancaran MEASAT 1 dan disusuli dengan MEASAT 2 pada Oktober 1996. Perubahan dan pembaharuan dalam pentadbiran Dr. Mahathir Membaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan dalam sektor awam Mengubah masa kerja Mengarahkan penggunaan kad perakam waktu Mengarahkan penggunaan kad tanda nama Melaraskan waktu antara semenajung Tanah Melayu dan Sabah, Sarawak Dr. Mahathir adalah seorang yang menjaga waktunya, sehubungan itu beliau telah menukar waktu negara dengan mempercepatkan setengah jam di Semenanjung agar selaras dengan

Sabah dan Sarawak sebagai satu usaha integrasi nasional. Dalam proses itu Singapura telah diyakinkan untuk turut serta. Malaysia juga mengalami pembangunan prasarana yang luar biasa pesatnya di bawah kepimpinan Dr. Mahathir. Projek lebuhraya menghubungkan utara - selatan dan timur - barat semenanjung telah menjadikan Malaysia negara yang mempunyai rangkaian lebuh raya antara yang terbaik di dunia. Malaysia juga melangkah ke era pengangkutan berteknologi tinggi apabila transit aliran ringan (LRT) diperkenalkan di Kuala Lumpur. Memperkenalkan bandar pentadbiran moden Pada September 1996, kerajaan telah mengumumkan pembinaan bandaraya pentadbiran persekutuan 'Putrajaya' yang bernilai RM2.6 bil. Putrajaya sebuah bandar pentadbiran terancang mempunyai falsafah murni ke arah mempertingkatkan produktiviti pentadbiran awam negara dan seterusnya mewujudkan 'kerajaan elektronik'.

Anda mungkin juga menyukai